
Ibadah puasa juga dapat membersihkan hati dari segala daki-daki yang kotor, dapat mengawal nafsu dari lembah kemaksiatan. Jika kita mengkajinya, banyak hikmah disebalik ibadah puasa tersebut.
Sabda nabi saw :
عن أبي أيوب الأنصاري : أن النبي ص قال : من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال فكأنما صوم الدهر
Dari Abu Ayyub Al-Anshory bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa setahun." (Hr Muslim)
Para ulama' mengatakan : Yang dimaksudkan seperti puasa setahun adalah bagi mereka yang meyempurnakan puasa ramadhan tiap-tiap tahun dan diikuti dengan puasa enam hari di bulan syawal. Seperti mana yang disebut oleh para ulama' :
وإنما كان كصيام الدهر، لأن الحسنة بعشر أمثالها، فرمضان بعشرة أشهر، والستة بشهرين
Yang dikatakan puasa seperti setahun itu ialah kerana setiap kebaikan yang dilaksanakan dilipat kali ganda menjadi 10. Maka puasa ramadhan seperti 10 bulan, manakala enam hari di bulan syawal beroleh 2 bulan. Inilah yang dimaksudkan dengan puasa setahun.
Puasa enam ini menggambarkan kesyukuran kita kepada Allah swt atas limpah kurnianya dapat kita menyempurnakan puasa ramadhan dengan secukupnya. Begitu juga menunjukkan kecintaan kita dalam menunaikan segala suruhanNya.
Perlu diingat, setiap ibadah yang dilaksanakan bukan hanya pada waktu-waktu yang tertentu sahaja, jika selesai ramadhan sudah mula melakukan perkara-perkara yang dimurkainya. Bahkan hendaklah istiqamah dalam mengerjakan suruhanNya.
Puasa enam ini diibaratkan seperti solat sunat. Setiap solat sunat yang kita lakukan menjadi penampung bagi segala kekurangan yang terdapat pada solat fardhu. Begitu juga dengan puasa enam ini menampung bagi segala kekurangan pada puasa Ramahdan lalu.
Sabda Nabi saw :
قال صلى الله عليه وسلم : " إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم " رواه أبو داود
Amalan yang pertama akan dihisab diakhirat nanti ialah berkenaaan dengan solat, lalu Allah swt menyuruh malaikat memeriksa setiap solat hambanya, sudah sempurna atau masih ada kekurangan. Jika masih terdapat kekurangan maka dilihat pada amalan sunatnya, adakah ada atau tidak, jika ada maka menjadi penampung bagi segala kekurangan yang ada pada solat fardhu tadi. (Hr Abu Daud)
Ia juga merupakan natijah daripada hasil tarbiyah yang telah dilakukan di bulan ramadhan. Menunjukkan keimanan, ketaqwaan dalam ibadah yang dikerjakan. Jika kita dapati seseorang yang masih melakukan maksiat, tidak menerima hukum Allah swt dan sebagainya, mungkin hikmah ramadhan itu masih belum dicapai dengan sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan