Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Selasa, 20 Jun 2017

Kenapa Gagal Tarbiyah Ramadan?

Apabila kita merasa Ramadan itu peluang untuk mentarbiyah diri kita dan Ramadan itu datang untuk mentarbiyah diri kita, maka inshaAllah, kita akan berjaya mendapat hasil serta kemanisan hasil itu.

Namun yang menjadi Ujiannya ialah kita tidak merasa apa-apa selain ibadat sekadar adat, keseronokan bazzar, berniaga dan persiapan raya.

Lantaran kejahilan dan kelalaian, lalu Ramadan hadir dan berlalu dengan sama kehidupan kita.

Disebut di dalam Hadis, dimana Malaikat Jibril mengaminkan doa dari Nabi ﷺ yang bermaksud, “Celakalah (malanglah, rugilah), sesiapa yang diberi kesempatan bersama Ramadan, namun dosanya tidak diampuni”. ¹

Lagi ada Hadis menyebut, “Di bulan Ramadan, ada seruan, “Wahai orang yang menginginkan kebaikan, maralah. Wahai orang menginginkan melakukan kejahatan, tahanlah”. ²

Justeru itu dikesempatan Minggu terakhir, marilah sama-sama kita memohon sebanyak-banyak kemaafaan dan mempergandakan ibadah serta menjaga sebaikanya ibadah puasa kita. Semoga kita berjaya mencapai tujuan Taqwa dari puasa ini, inshaAllah.

¹) HR. Al Bukhari di dalam Adab al-Mufrad.
²) HR. At Tirmidzi.

Jumaat, 9 Jun 2017

15 Ramadan, dah Nak Raya.

Alhamdulillah, sudah 15 Ramadan. Hari ini hari minggu, sudah pasti ramai yang sedang berehat dengan mengambil kesempatan untuk tidur, mungkin seronok dan penuh nikmat kan? Hehe. Namun saya disini tidak dapat tidur, bukan sebab kerja, bukan sebab sibuk, bukan sebab buat persiapan Raya juga, tetapi sebab tengok anak yang buas dan segar di pagi hari ini. Jadi sambil-sambil itu, boleh lah saya menulis dengan perasaan menahan tidur ini.

Ramadan sudah hendak masuk ke fasa akhir, maka Raya pun sudah semakin dekat. Lagu Raya telah kedengaran, sembang-sembang tentang Raya mula keriuhan, kita juga sudah mula menanti-nanti lagu Raya di siaran radio. Semua orang gembira. Meriah. Indah. Alhamdulillah. Itu adat kita, tidak salah hadir keseronokan itu.

Pada muslimin dan muslimat, kita buatlah persiapan awal, kita ambil kesempatan di hari cuti ini, selesaikan cepat-cepat proses persediaan raya ini. Baju Rayanya, langsir Rayanya, kenderaan Rayanya, duit Rayanya, biskut Rayanya, kos bajet Rayanya. Untuk diri, ibubapa, isteri dan juga anak. Kita buatlah awal, ia lebih baik, ia tiada masalah jika nampak semacam terlalu awal pun, bahkan puasa pertama lagi sudah bagus jika sudah dipersiapkan, tapi maklumlah mungkin ramai seronok tunggu di penghujung sebab baru ada jualan murah dan feling raya kan?

Tetapi bagi saya, saya galakkan awal. Kerana apa? Kerana saya sedih memang selalu masyarakat kita diwaktu-waktu sebegini sudah meninggalkan “Ibadah Ramadan”, berbagai janji kebaikan Ramadan sudah tidak diambil endah lagi, kegembiraan nak beraya sepatutnya tidak mengganggu Ramadan kita, kenapa sampai terabai Ibadah Ramadan? Beraya-berayalah, persiapan raya-persiapan rayalah. Kita susun masa betul-betul dan tetap terus fokus ibadah ni. Ok?

Ada lagi pesanan ni. Pakaian kita. Ya pakaian. Wanita jagalah pakaian Raya kita, dan sudah pasti hari-hari kebiasaan kita. Nak cari baju, cari yang tidak ketat, sendat, nipis, jarang, singkat, terbelah. Cari yang tidak tabarruj, iaitu design yang terlebih menarik perhatian. Lelaki pula, hendaklah menutupi aurat, jauhi pakaian yang mempunyai tulisan serta corak yang tidak Islamik.

Sewaktu bershoping, usahlah membazir, cukup bersederhana, banyakkan bersyukur, manfaatkan harta pada tempat sebaiknya, sebab segalanya nanti ditanya Pencipta kita.

Ingat orang yang susah, jangan sampai bergaduh, jangan sampai tidak bersyukur, jangan tidak dibantu mereka yang susah. Kita tidak tahu, betapa ramai insan yang tiada apa kemeriahan disisi mereka kerana susah, memang betul susah, hanya kita tidak tahu. Jadi biasa-biasa sudahlah.

Rebutlah ganjaran Ramadan. Agar Ramadan kita diampun Allah dosa-dosa kita, itulah kejayaan terbesar. Nanti mula berhimpit lelaki perempuan tanpa segan batasan dosa pahala lagi hanya kerana shoping, itu juga hindarkanlah.

Akhirnya. Selamat membuat persiapan Raya. Dan selamat menghidupkan sebaiknya anugerah Ramadan ini. Semoga kita beroleh matlamat Taqwa. Aamiin.

Selasa, 30 Mei 2017

Berdoa dan Bersegera Berbuka.

Sunnah kepada kita banyakkan berdoa ketika hampir berbuka puasa, dan menyegerakan makan tatkala masuk waktu berbuka.

Jadi kita sudah boleh tentukan masa sebelum 30 minit masuk waktu berbuka atau 15 minit untuk memanjatkan doa-doa kepada Allah. Dan sejurus tepatnya masuk waktu Ifthar, terus makan.

Tinggalkan dulu segala kerja lain dan perkara yang sia-sia, inshaAllah kita fokus untuk betul-betul berdoa.

Maka tidaklah perlu menunggu kedengaran azan berkumandang, lalu baru hendak dimulai bacaan doa, dan hatta bacaannya pula diwaktu itulah nak dipanjangkan.
Kesilapan ini kerap dilakukan dalam kebiasaan majlis, sepatutnya apabila azan dilaungkan, baca بسم الله dan makan. 

Indahkan... .

Ahad, 28 Mei 2017

Bazzar & Fitnah Wanita.

Seperti biasa setiap kali bermula Bazzar maka akan ada yang menyuarakan tentang masalah aurat wanita yang tidak diambil kisah lagi.

MENUNDUKKAN PANDANGAN.

Setiap mukmin amat ditekankan agar memelihara pandangan dan mengelak dari ke tempat-tempat yang bercampur serta bertempuh-tempuh antara lelaki dan perempuan, apatah lagi dengan pemakaian yang begitu seksi.

Di dalam keluarga saya. Dahulu Ibu sangat tidak suka ke Pasaraya kerana atas faktor-faktor ini, hinggalah juga sekarang, dan saya juga seperti begitu kadang-kadang. Jika di Kuala Terengganu, Ayah akan pergi membeli-belah di Pasaraya Sabasun sewaktu saya kecil lagi, kerana Pasarayanya lebih Islamik dari sudut sosial, barangan yang dijual, pengiklanan, penjagaan aurat dan lain lagi.

Namun, takkan sampai begitu sekali? Dan sudah tentu kita tidak dapat melarikan diri jua jika dilihat persekitaran suasana hidup di zaman sekarang ini? Ini jumud, sempit dan ketinggalan. Mungkin persolan ini ada bermain dalam kepala dikalangan kita.

Beginilah, kita ada pilihan sebenarnya. Kita ada cara dan acuan hidup orang beriman. Kita tidak ketinggalan. Kita tidak kerugian. Kita juga tidak kejumudan. Yang perlu bagi kita ialah berusaha mengikuti perintah Tuhan. Itulah puncak Kejayaan. Penting menjaga pandangan, segala masalah bermula dari pandangan, besar hikmah kejayaannya dalam kehidupan, dan bimbang hilang pahala puasa makan minum yang ditahan. (Ini termasuk menjaga pandangan di media sosial fb, televisyen dan sebagainya).

Jika dharurat, terpaksa, tiada pilihan dan menyukarkan, kita teruskan. Jika suka-suka dan masih banyak pilihan serta kemudahan, sebolehnya kita elakkan. Jika mampu dikawal dan tujuan dakwah, maka dibolehkan. Jika sekali-sekala atau jarang jarang mungkin tidak mengapa.

BAZZAR RAMADHAN.

Begitulah di Bazzar Ramadhan, jika diperhatikan besar sungguh fitnahnya, fitnah wanita dan kepadatan lelaki dan perempuan bercampur. Lagi pula sedang Berpuasa. Bukankah di Bulan ini diperingatkan agar lebih menjaga suruhan dan larangan Allah, memohon keampunan dan menggandakan ketaatan. Bagi wanita, ibu serta isteri yang sempat membuat kuih, sangatlah bagus. Jika ingin jua ke Bazzar, terus cepat-cepat membeli dan segera pulang. Jika ada tempat-tempat lain yang kurang fitnahnya, maka kita pergilah ke tempat tersebut.

AURAT WANITA.

Aurat wanita seperti sudah dimaklumi umum ianya adalah wajib tanpa sebarang khilaf lagi. Baik dibulan lain atau puasa. Justeru bagi wanita muslim yang disayangi, marilah sama-sama bermuhasabah dan memperbaiki masaalah aurat kita, baik dibulan lain dan terutama di Bulan Ramadhan yang menjadi peluang untuk kita berhijrah.

Pakailah pakaian yang baik-baik, hindari mendedahkan kepala (rambut), pakaian sendat, ketat, jarang, nipis, nampak rupa bentuk, singkat dan terbelah. Dan jauhilah fitnah pakaian bertabarruj (berhias berlebihan), wangian terlebih, berhimpit dan bergaul bebas di Bazzar. Juga kepada peniaga, jaga kebersihan, halal haram jualbeli, dan pemakaian. Semoga ganjaran Puasa yang besar kita ini diterima Tuhan. Semoga kita menjadi hamba yang Bertaqwa. InshaAllah.

Semoga kita menyedarinya. Ramai suka ke tempat tersebut kerana banyak mata lelaki memerhati dan ramai wanita untuk dipandang.

Nanti masuk musim perayaan juga demikian, dan kita juga ada pilihan sebenarnya. Semoga ada manfaat bersama.

Sekian.

Ahad, 5 Jun 2016

Ramadhan 2016.

 


Alhamdulillah dengan kesempatan bersama Ramadhan lagi tahun ini. Cukup saya terus kepada fokus kesimpulan penekanan yang perlu kita lihat:

● Perhatikan segala hukum Ibadat Ramadhan kita agar sah dan diterima Allah.
● Perhatikan amalan sunnah yang ditinggalkan Ugama agar sempurna, tepat dan diterima Allah.
● Perhatikan hubungan rohaniyah kita dalam setiap ibadat agar benar-benar dengan penuh pengharapan dan mendapat segala kebaikan Ramadhan.
● Perhatikan kesan Ramadhan agar berjaya menyedarkan, membawa perubahan dan perbezaan yang baharu.

Alhamdulillah atas Nikmat Ramadhan ini:

● Ada yang datang Ramadhan sibuk dengan bisnes yang utama.
● Ada yang datang Ramadhan sudah sibuk dengan memikirkan tentang raya.
● Ada yang datang Ramadhan sibuk dengan menikmati juadah berbuka.
● Ada yang datang Ramadhan tertunggu untuk kejohanan Euro.

Jangan sampai kita belakangkan Tawaran Ramadhan ini. Ramadhan tiba lagi. Ramadhan yang Allah izinkan kita lalui ini, marilah kita:

● Menjadikan segala perubahan kebaikan dengan azam yang baru dimulai semula di bulan ini.
● Mengambil dan merebut segala keistimewaan di bulan ini.
● Dan mengharap Ramadhan ada hasil perubahan pada diri kita serta diterima Allah.

"Selamat Beribadah. Selamat Berjuang. Selamat Berusaha. Moga Kita Tidak Berputus Asa."

5 Jun 2016.
Ahad, 12.30 am. Marang, Terengganu.

Khamis, 18 Jun 2015

Ramadhan 1436 H.


Segala puji bagi Allah, Ramadhan datang lagi tahun ini dengan umur kita masih diberi kesempatan, syukur kerana punya peluang menambah kebaikan dan menyesali keburukan kerana kelak ada hamba menyesali kerana tidak menambah kebaikan dan menjauhi keburukan. Ada insan baru beberapa hari meninggal dunia, ada insan sakit, ada insan dilanda berbagai musibah saat ini. Alhamdulillah, kita diberi nikmat dengan nikmat-nikmat yang mampu untuk kita gunakan merebut peluang kebaikan Ramadhan ini.

Ramadhan itu Harapan Baru

Mari kita mulakan kembali hidup kita dengan fitrah yang asal bersih ini dengan proses Permulaan Ramadhan ini. Mari kita bentuk kembali untuk bangun berusaha lagi menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa dengan Permulaan Ramadhan ini. Jadikan Ramadhan ini harapan baru. Suntikan untuk perubahan baru. Ramadhan menjadi peluang dan permulaan segalanya. Ramadhan peluang mendidik, memperbaharui dan memperbaiki iman, taubat, solat, sedekah, quran, zikir, qiam, menjaga mulut, mengawal pandangan, bersabar, bersyukur, ikhlas, mengawal segala cegahan dan larangan Allah dan meraih kembali tuntutan dan saranan dari Allah.

Harapan Puasa kita

Marilah, kita berpuasa dengan penuh Iman dan Pengharapan pada Allah agar diampun dosa kita. Marilah, kita menjaga mulut, pandangan, pendengaran dan tingkah laku agar tidak sia-sia puasa kita. Marilah, kita memohon ampun kepada Allah agar diampun dosa-dosa kita yang banyak. Marilah, kita menggandakan ibadat dan menghayatinya agar berjaya mengnatijahkan sifat Taqwa. Marilah, kita menjaga ketetapan hukum-hukum puasa dengan sunnah dari Nabi-Nya agar diterima amalan kita. Marilah, kita berusaha apa yang termampu bagi diri dan mengajak siapa yang dekat, hampir dan yang keseterusnya agar terlaksana tanggungjawab dakwah kita. Marilah, kita melatih diri dengan segala keharusan dan kewajipan Agama dalam Ramadhan ini agar ia berjaya diteruskan. Marilah, kita berdoa memohon sebanyak-banyak kebaikan agar diberkati dan mendapat kebaikan kehidupan dunia dan akhirat nanti.

Harapan Kesan Puasa kita

Kita mengharapkan agar segala kebaikan solat berjemaah, membaca al-quran, zikir, qiam dan sedekah dapat berjaya diteruskan dan ada kesannya selepas Ramadhan. Kita mengharapkan agar segala kebaikan menjaga mulut, pandangan, pendengaran dan tingkah laku dapat berjaya diteruskan dan ada kesannya selepas Ramadhan. Kita mengharapkan kebaikan sabar, syukur, bertolong-menolong dan pembersihan jiwa ini dapat berjaya dipelihara dan punyai kesan selepas Ramadhan nanti.

Dengan puasa, kita jadi lebih sabar, lebih syukur, lebih sihat, lebih taat dan lebih kebaikan diraih tanpa sedar dari hebatnya hikmah Puasa itu.

Selamat menjalani Ibadah Puasa. Mudahan sama-sama kita berusaha dan saling sentiasa mengingatkan. تقبل الله منا ومنك

18/6/15. Ipoh.

Ahad, 12 Ogos 2012

Rebut peluang, baki 10 Terakhir.

(1) “Rasa malas dan sukar sangat nak buat amal. Nak rebut peluang tawaran ganjaran 10 malam terakhir ini. Aku sudah tahu dan sudah sering sentiasa orang peringatkan. Aku sendiri juga dari kalangan pelajar agama”.



1. Sebab jahil dan dosa yang masih menjadi rutin hidup kita, kita perlu muhasabah dan selidik kerja masa hari-hari kita. Dari dosa samaada yang secara zahir dan batin. Yang sedang tergantung, bertangguh dan belum tertunai, dengan ibu bapa, teman dan sesiapapun.  

2. Sebab sifat remeh dan sambil lewa dengan amal wajib lain. Terutama solat. Melewatkan, sudah biasa dengan qadha solat. Dosa-dosa besar yang masih berjalan. 

3. Sebab asyik dengan hiburan dunia memanjang, tv, lagu, fb, chat, cerita, bergelak ketawa, remeh hal benar, dan bermacam-macam lagi seumpamanya. 

4. Demikian, hal-hal inilah yang telah mengekang dan mengawal kita. Memalaskan dan membutakan kita. Seolah menghijabkan kita. Mata hati kita telah diseliputi karat yang tebal. Bila lemah dan masih kotor hati kita, maka segala dosa dan kejahatan-kejahatan lain akan sentiasa memburu dan mengikuti kita. Ingin menarik dan senang menghampiri kita. Demikian bila kita kuat, maka sebaliknya pula akan berlaku, iaitu kebaikan yang akan mengekang dan ia dinampak mudah dan ringan. Sedang kejahatan pula sukar dan amat payah menghasut kita. Bila kita masih dalam berdosa, dalam kelalaian lain, maka kita rasa berat, malas dan tak sanggup berusaha untuk kebaikan lain. Dan bila kita sudah dalam kebenaran, sentiasa dengan kebaikan, maka kita rasa sukar, lemah dan tak mengharap berusaha untuk kejahatan dan apa-apa yang melekakan, sering selalu rasa bersalah. 

5. Sedang malam al-qadr itu menjanjikan jaminan yang cukup besar dari Allah. Ganjaran yang berganda-ganda. Dosa kita yang lalu hendak dibersihkan. Amal malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan, iaitu lebih baik dari 83 tahun, 4 bulan kita buat amal. Hidup kita belum tentu sampai bila, bagaimana keadaan kita selepas ini. Ini hadiah untuk kita semua. 

(1) Rasa tak perlu paksa diri dan rebut. (2) Ia juga hanya sunat. (3) Tak ada nikmat buat ibadat, rasa macam seksa diri. (4) Lain waktu boleh amal amalan lain. Tak terkesan dan ambil endah lansung.



1. Paksalah diri untuk permulaan ini. Perlu diusaha melakukannya. Jika tidak diramadhan ini, maka bila lagi kita nak bangun berqiamullail. Bulan lain sudah tentu akan lagi sibuk dan malas. Kerana ia tidak seperti ramadhan, janji kelebihan yang besar. Suasana yang berlainan, nafsu sudah berkeliaran. Ada tempat yang berlumba-lumba untuk meraihnya, suasana masjid bising dengan tangisan-tangisan taubat penyesalan. Sedang hati kita masih lagi gersang, jangan biarkan ia terus gersang. Inilah masanya. 

2. Amal-amal kebaikan kita yang lain, ia menghapus dosa-dosa kita yang lain. Amal-amal sunat kita, ia menampung keaiban yang wajib. Kita semua akui, banyak kelekaan kita pada perkara wajib. Tunai dengan sambil lewa, melambatkan, gaduh, dan bermacam kekurangan. Begitu jaga banyak dosa-dosa kita yang terlepas pandang dalam kehidupan seharian. Demikian yang sunat ini menampung segalanya. Dunia ini tempat kita beramal dan akhirat tempat dibalas amal. Sabda Nabi saw: 


Amalan yang pertama akan dihisab diakhirat nanti ialah berkenaaan dengan solat, lalu Allah swt menyuruh malaikat memeriksa setiap solat hambanya, sudah sempurna atau masih ada kekurangan. Jika sempurna, maka catitlah sempurna. Dan jika tak sempurna, maka lihatlah adakah ada padanya amal sunat. Jika ada, maka sempurnakan untuk yang fardhu tadi dari sunatnya. (Hr Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani) 

 Dalam riwayat lain pula dinyatakan: “Yang pertama dihisab dari hamba dihari kiamat dari amalnya ialah solat. Jika baik, maka dia telah berjaya, lulus. Dan jika rosak, maka dia telah gagal, rugi. Jika ada sesuatu yang kurang dari solatnya, lihatlah adakah ada padanya amal sunat, maka disempurnakan apa yang kurang dari solat tadi”. (Hr at-Tirmidzi, hasan) 

3. Nikmat dengan hal maksiat, maka tiada nikmat dalam ibadat. InsyaAllah, jika kita dapat tinggal segala maksiat, maka hadir nikmat dalam beribadat. Rasa manisnya, gembira, tenang, dan semakin semangat ingin untuk buat ibadat. Tak dapat rasa nikmat sebab maksiat, kotoran pada bekas hati, minuman, makanan kita itu, walau air, makanan mahal dan sedap sekali manapun. Tukar rasa nikmat itu. Memang perlu melalui prosesnya, kesungguhan yang kuat dan keuntungannya besar. Kebahagiaan dunia dan akhirat. Yang ingin bersih, dia tak akan selesa dan manfaatkan jika suatu itu bercampur dengan yang kotor. Tapi yang sudah ingin kotor, dia tak akan berkesan jika bercampurnya dengan yang bersih. Asal tercapai hasyratnya. 

4. Fikir tangguh dan masa lagi panjang. Tiada lain, ingat dan renung tentang kematian. Mati, bukti dan pengajaran segala-segalanya. Ingat jua masa kita, bila sakit, susah, ditimpa banyak musibah dan ujian yang besar. Semuanya bergantung dan ada kaitan dengan penyerahan doa, ibadat kita kepada Allah. Akan datang bagaimana kehidupan kita belum tentu halnya. Muda, sihat dan senang tidak kekal. Ini tarbiyyah dari Allah. Rasa tak perlu ambil tahu sedikitpun, marilah kita berusaha bersih sedikit demi sedikit karat tersebut. 

(1) “Aku memang lemah hanya dalam hal kebaikan ini. Sedang orang lain sedang berkejar-kejaran dan berlumba-berlumba merebutnya. Hati aku masih keras”.



1. Buang ungkapan itu, dan cuba berusaha. Kita mohon ditetapkan hati-hati kita, diampunkan dosa dan terus diberi kekuatan. Ingat kebenaran azab dan nikmat kelak. Fikir Allah masih bagi ruang pada kita, walau memang amat keji perbuatan kita dahulu. Masih beri nikmat dapat rasa gembira suka, kesihatan dan umur kehidupan umur ini. Aib dan imej kita masih terjaga dan masih dapat memperbaikinya. Dan segalanya yang terjadi dalam hidup kita. Dan ingat, bagi Allah mudah dan berkuasa mengubah segalanya. Demikian hati perlu berusaha melazimi hal-hal sunat, agar sentiasa lembut mendengar perintah Allah. 

2. Kita berserah pada Allah dan kita kena berusaha. Kadang mari fikir rasa tak mampu juga kawal nafsu lepas ramadhan nanti, sama juga aku lepas ramadhan nanti. Marilah kita buang anggapan itu, tak payah fikir. Rancang hal-hal yang dapat mengelak dari dosa kelak. Rancang kesukaan yang halal. Pohon pada Allah, kurniakan dan mudahkan dengan jalan yang halal. InsyaAllah, sama kita berusaha.


الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَاغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِواكَ 

 “Ya Allah, cukupkanlah aku ini dengan yang halal-Mu daripada memerlukan yang haram-Mu. Dan kayakanlah aku ini dengan kurniaan-Mu daripada bergantung selain daripada-Mu”. (Hr at-Tirmidzi)

 اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ, وَالأَعْمَالِ, وَالأَهْوَاءِ, وَالأَدْوَاءِ 

 “Ya Allah, jauhkanlah aku dari kemungkaran akhlak, (keburukan) amal perbuatan, (kejahatan) hawa nafsu, dan penyakit”. (Hr at-Tirmidzi, sahih) 

(1) Di Yaman, Sana’a. Tangisan 10 terakhir dan pesta ibadat. (2) Tak rasa nak menangis.



1. Suasana yang amat memberi kesan. Remaja, pemuda, dan golongan tua berlumba memenuhi masjid. Dengan kerusi roda dan bertongkat, ada yang memanfatakan peluang untuk i’tikaf sepanjang sepuluh terakhir. Dan juga peluang lailatul Qadr. Benar, corong-corong masjid sentiasa kedengaran tangisan suara mereka. Dikiri kanan asyik suara tangisan, saat tiba ayat-ayat ancaman, peringatan dan jaminan ganjaran. Suara-suara seolah serentak berkata, ya Allah, ya Allah, ya Allah dalam keadaan menangis... Hati mana tak terkesan dan merasainya. Masa bacaan yang begitu panjang terus diharapkan dan tiada dikeluhkan, merenungi ayat-ayat, mengenangi dosa-dosa hidup yang banyak. Doa-doa membakar tipudaya dunia, menuntut pengorbanan hidup. Walau saya tak mampu memahami selengkapnya, namun ayat-ayat yang dibacakan seolah menyebabkan hati terpukau dengan merasa amat kerdil dan hinanya diri, hati terus mengharap, air mata menghilangkan segala kesombongan. Hanya doa terus-terus diulangkan. Ya Allah.. Ampunkan dosa kami semua. 

2. Hiburan dunia yang sentiasa padat dan menyeronokkan kita. Dan tidak dapat memahami maksud ayat dan doa. Ini semua perlu kita usaha baca, hafal ayat, doa dan ingat sekali terjemahannya. 

(1) Ramadhan, ketika dan selepasnya. Menguji Keimanan. Menilai Keikhlasan. Melihat Ketaqwaan. Membentuk Perubahan. (2) Kenapa kita tidak buat.



1. Ramadhan, ketika dan selepasnya. Menguji keimanan kita, adakah sanggup kita tahan lapar dahaga, dan syahwat kerana Allah. Menghindari segala yang telah dilarang sebelum ramadhan hinggalah selepas ramadhan. Menilai keikhklasan kita, jika kita benar-benar ikhlas, maka kita akan jaga segala perkara yang diperintahkan ketika puasa. Menghindarkan segala yang megsia-siakan puasa dan mengejar fadhilat ganjaran yang dijanjikan. Dan terus sanggup bila selesai ramadhan. Melihat ketaqwaan kita, sebelum ramadhan dan ketika dan selepasnya. Tumbuh atau layu sifat-sifat taqwa kita. Segalanya jika benar ditaat, hasil yang cukup berbeza dapat kita rasa. 

2. Hadiah dari Allah, kenapa kita tidak ambil. Keampunan, ganjaran dan doa. Ini hanya diramadhan. Semua kelak, mudahan semua kita jadi orang bertaqwa. Tujuan yang sama. Pangkat yang paling bernilai dan mulia disisi Allah. 

Akhirnya, malam al-Qadr, andai sudah berlalu. Namun kelebihan bangun solat malam ini, adalah amat besar. Dan kelebihan baki diramadhan lagi ini. Sama-sama terus kuat bersungguh hingga ke akhirnya. “Kata Aisyah ra: Adalah Baginda Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada sepuluh akhir, kadar yang Baginda tidak bersungguh-sungguh pada selainnya. (Hr Muslim)”. Demikian kita juga perlu bersungguh-sungguh tidak pada selainnya. 


Sabda Nabi saw:....lalu ada seruan (pada bulan ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah (maralah). Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu (berhentilah, berundurlah)..... (Hr at-Tirmidzi, ibn Majah. Disahihkan oleh al-Albani) 

Marilah sama-sama usaha rebut peluang ini 


23 Ramadhan 1433 H bersamaan 12 Ogos 2012 M 
Ahad, 01.00 am. Sana’a, Yaman.

Khamis, 2 Ogos 2012

Ramadhan, Keampunan atau Kecelakaan?

Nabi saw bersabda: Ketika aku menaiki anak tangga (mimbar) yang pertama, Jibril as datang kepadaku lalu berkata: Celaka (malanglah) seorang hamba yang mendapat Ramadhan dan melepasinya dan dia tidak diampuni. Lalu aku pun menjawab 'Amin'. (Hr Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad) 

Amat menghinakan, bagi sesiapa yang sempat keatasnya Ramadhan dan melepasinya sebelum diampunkan dosanya (sedang dosanya masih tidak diampun). (Hr at-Tirmidzi, disahihkan oleh al-Albani)




1. Maksudnya, ada golongan yang puasa, yakni yang dibulan puasa, tapi tetap berlalu hidupnya hingga selesai ramadhan seperti biasa. Tidak ambil peluang banyakkan amal dan bertaubat, masih dengan dosa. Sedang ramadhan nak menghapuskan segala dosa. Iaitu, jika kita ikut syaratnya, habis ramadhan ini akan diampun dosa kita. Nabi saw bersetuju dengan ucapan Jibril as itu. Demikian jika solat, ada golongan yang celaka solatnya. Yang ingin menunjuk-nunjuk, meremehkan dan melewatkannya. Seperti disebut dalam (Surah Al-Maa´uun, Ayat 4-6) 


“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat. (Iaitu) mereka, orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka orang-orang yang berbuat riya” 

Imam al-Qurtubhi dalam tafsirnya menyebut: “Telah meriwayatkan adh-Dhahak dari ibn Abbas: Iaitu orang yang solat, jika dia solat, dia tidak harap pahala. Dan jika dia tinggal, dia tidak takut atasnya balasan”. Dan yang melewatkan solatnya. Lagi kata ibn Abbas: “Mereka adalah golongan munafik, yang tinggal solat secara senyap, dan zahir untuk iklankannya”. (Lihat ayat hal solat munafiq dalam surah An-Nisaa' 142.) [Tafsir al-Qurtubhi, Maktabah at-Taufiiqiyyah, al-Qaahirah: 19-20] 


2. Begitu juga puasa, digari syaitan dan dikunci pintu neraka. Syurga dibuka dan pintu keampunan dilebar seluasnya. Ganjaran ingin digandakan. Namun ada yang masih terus-menerus mengegokan dirinya. Ramadhan atau tidak, sama sahaja. Tawaran yang begitu berharga dari Allah tak dihiraukan. Dosa-dosa dijadikan syarat utama untuk terus hidup. Amatlah hina kedudukan ini. Mohon jauh dari demikian. 


3. Allah bagi kesempatan dengan ramadhan, tapi kita tidak guna kesempatan ini. Tidak mahu menebus segala dosa-dosa yang dibuat. Kita tak tahu selepas beberapa hari ramadhan ini dan ramadhan akan datang mungkin sudah sakit, sibuk atau sudah mati. Dan ruang yang Allah beri lagi ini, kita ingat semula yang ramadhan pada tahun lepas, kita telah merugikannya dengan bermacam dosa.




4. Bulan ini Allah suruh kita ganda ibadat, mohon ampun, tahan diri dari dosa. Nak latih dan bentuk semula kita. Bila kita sudah solat, ditambah pula solat tarawih dan dengan berpuasa. Maka ia mudah dan kuat berkesan untuk melatih dan membentuk kita agar taat perintah Allah, yang telah lama selalu diperingatkan sebelum ramadhan. “Tidak mengumpat, menghina, dedah aib, menipu, dedah aurat, pergaulan bebas, tinggal Quran, lupa masjid dan berbagai-bagai lagi perbuatan mungkar dan kelekaan lain”. Jika kita perhati semula, perkara-perkara yang membatalkan puasa itu, asalnya memang sudah halal. Dan perkara-perkara yang menghilangkan pahala puasa dan mencelakakan puasa itu sudah memang asal haram. Jika kita buat apa-apa yang diharam tika puasa ini sebelum puasa, maka ia juga tetap tegas diperingatkan dan besar ancaman buruknya. Demikian ibadat puasa ini suatu yang amat besar kerana digabungkan kedua-duanya. Menahan yang sudah halal dan tetap haram. Ia untuk mendidik kita semua. Allah nak asuh kita semua, kita tak tahu sebab kita ini ciptaan Allah. 


5. Maksudnya, bagi sesiapa yang memanfaatkan peluang ramadhan ini dengan menurut dan menjaga segala hukumnya. Maka terselamatlah dari kecelakaan ini. Allah swt tutup neraka dan buka pintu syurga. Tapi kita tidak menyahut seruan untuk ke syurga dan seruan agar jauhkan dari neraka. 


6. Kita melalui ramadhan, tapi kita masih buat hal-hal yang dilarang Allah. Kita tidak berusaha untuk melatih dan berubahkan diri kita. Semuanya untuk melihat kita sebenarnya, ikhlas atau tidak menahan lapar. Jika kita benar-benar ikhlas, nescaya kita akan berpuasa dengan penuh pengharapan dan keimanan kepada Allah. Iaitu dengan menjaga segala ketetapan-ketapan lain dari Allah. Marilah kita perhati amaran yang keras dari Sabda Nabi saw ini: 


Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih melakukannya, maka tiada pada Allah sebarang hajat terhadap dia meninggalkan makannya dan minumnya. (Hr Bukhari) 


7. Marilah kita perhati, adakah sebelum ramadhan hingga sekarang diramadhan ini? Sama sahaja kita dengan kelekaan. Atau ramadhan lebih baik, atau ramadhan lebih teruk? Biar terasa ada perubahan. Sebab kita mengharapkan keampunan, ganjaran dan matlamat ketaqwaan. Dan ingin selamat dari puasa yang sia-sia dan celaka hasilnya. 


8. Rebutlah kita dengan tarawih, baca Quran, qiamullail, sedekah dan kebajikan-kebajikan lain. Jika memang malas sangat nak tambah lebih lagi, tidurlah... Jangan buat perkara dosa, habis masa dengan hal tiada faedah dan yang melalaikan. Kata orang, “malas sangat buat ibadat, jangan buat maksiat”. Malang sangat lagi, tidak tarawih, baca quran, qiamullail dengan sebab tengok cerita, sembang kosong, mengumpat dan segala hal dosa yang benar membazirkan puasa. 


9. Allah nak suruh kita jadi hamba yang bertaqwa. Takutkan Allah, iaitu dengan taat Allah dan ikut Rasul. Lalu akan jadi manusia baik dan buat yang baik, disukai Allah, Rasul dan semua manusia. Dan tinggal yang salah, dibenci Allah, Rasul dan seluruh manusia. Adil dan amanah dengan segala anugerah dunia. InsyaAllah, lahir kehidupan yang baik yang dirahmati, diberkati Allah. 


10. Ramadhan hadir dalam kita masih sihat. Tapi malang, sihat kita kuat untuk digunakan kesana-kemari. Tapi jadi tidak sihat untuk ke masjid, qiamullail dan kesempatan beribadat. Sering wujud alasan yang banyak. 


11. Seseorang itu dapat merasa dan mengetahui sendiri dosanya diampun atau tidak. Kerana dengan halnya sendiri masih berterusan dengan buat dosa atau tidak? Masih tidak bertaubat, berubah dan berusaha merubahnya. Antara mungkin rasa tanda diampun Allah. Hati tawar untuk dosa, semangat untuk buat baik dan sering selalu rasa bersalah dengan Allah. 


12. Dalam Al-Quran dinyatakan (تتقون لعلكم). ‘Laalla’ dalam Al-Quran bermaksud janji dari Allah. Janji Allah untuk menjadikan kita orang yang bertaqwa dari hikmah puasa.




13. Solat sunat yang hanya disuruh secara berjemaah dimasjid, ialah solat sunat tarawih. Tidak untuk solat sunat lain. “Mungkin ada yang kata, tarawih itu sunat, tak buat pun tak apa. Malas sangat tarawih dimasjid, buat dirumah pun tak apa. Jemaah sunat, buat dirumah pun tak apa”. Kita sebenarnya telah memufliskan diri kita. Allah hadiah ramadhan ini, ganjaran hadiah yang begitu berharga dan banyak sedang menanti kita! Keampunan yang besar dari Allah!. Kita merasa seolah sudah ada tiket ke syurga. Sudah cukup amalan. “Sedang Nabi saw pecah kaki ketika solat malam, lalu kata Aisyah ra kenapa buat juga, bukankah telah diampun engkau apa yang terdahulu dan terkemudian. Lalu Nabi saw menjawab: “Bukankah, tidakkan aku ini hamba yang bersyukur. (bimbang dikira masih tidak syukur dengan Allah) [Hr Muslim]”. Marilah kita renungi Hadis kelebihan tarawih dan solat berjamaah ini: 


Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam). (Hr at-Tirmidzi, sahih) 

 Jika imam berkata: “Ghoiril magh-dhuubi ‘alaihim waladh dhoolliin”, maka katakanlah “aamiin”. Maka sesiapa perkataannya serentak perkataan aamin para Malaikat, maka diampunkan dosanya yang lalu. (Hr Bukhari) 

“Marilah kita usaha jaga solat berjamaah untuk selamanya dan tarawih hingga selesai ramadhan. Bukan dalam golongan yang tinggal apabila masuk sepuluh terakhir kerana sibuk raya”




Sesiapa yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dari-Nya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu. (Hr Muslim) 

 Matlamat Puasa, Firman Allah swt: “Agar kamu bertaqwa, (menjadi orang-orang yang bertaqwa)”. (Al-Baqarah 183) 


14. Akhirnya, sama-sama kita berlumba dan rebut setamaknya dengan berbagai amal dan dengan segala kemampuan yang ada. Bagaimana nak jadi orang baik? Nak berubah jadi orang baik? Inilah dia, Ramadhan. Allah nak jadikan kita orang yang baik. Dengan syarat, hati ditunduk sepenuhnya dalam pengharapan ini. Benarlah jika ada yang merasa sedih bila berakhirnya ramadhan, perasaan ini tak dapat nak diterjemahkan, ia berhasil dari kesan didik ramadhan. 


15. Sama-sama bermuhasabah. Kita semua baru sedar, maka kita perlu ubah. Saling mendoakan. Tiada lain, peringatan ini terfikir untuk diri yang selalu alpa. Yang penting, jangan kita set awal-awal lagi yang kita ni, “aku ramadhan macam biasa juga, sama sahaja, habis ramadhan nanti buat semula”. Atas kita segala-galanya. Segalanya mudah bagi Allah. Malang lagi yang sanggup persoal pula, “kenapa aku perlu berubah?”. Jawabnya sebab kita akan mati dan ditanya kenapa kita tidak berubah? 


"Dan mohonlah ampun bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. (Surah Muhammad 19) 

 Ya Tuhan kami, ampunlah aku dan ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari berlakunya hisab (hari kiamat). (Surah Ibrahim 41)" 


Mungkin boleh baca artikel ini: Maksiat atau Taat, hubungan dengan Allah. 




13 Ramadhan 1433 H bersamaan 02 Ogos 2012 M 
Khamis, 02.10 pm. Sana’a, Yaman.

Sabtu, 28 Julai 2012

Puasa, kenapa buat Dosa?

1. Hakikatnya, segala perintah lain yang diperingatkan dibulan puasa ini. Umpama jaga lisan, pandangan, baca al-Quran, solat malam dan lain-lain lagi. Sudahpun lama dijelas akan dalil berkenaan larangan dan fadhilatnya. Ia juga tetap sama memberi ancaman dan untuk membersihkan dosa. Ia sudahpun sentiasa diperingatkan dalam banyak ayat Al-Quran dan Hadis. Namun di bulan puasa ini, suatu bulan yang telah diperuntukkan Allah swt kepada kita dalam setahun. Ianya hadiah dari Allah!. Ia adalah untuk memperingatkan kembali, melatih semula dan menyedarkan kita semula, ingin memperbaiki semula tahap taqwa kita yang merosot. Melahirkan semula hamba yang benar-benar bertaqwa. Menyucikan segala dosa-dosa dan kelalaian yang lepas sepanjang setahun. Janji digandakan ganjaran yang begitu besar dan juga kemaafan yang tiada kira dari Allah.




2. Kerana hidup kita bukan setakat dunia sahaja, tapi ada hasil di akhirat kelak. Allah swt memberi tawaran pahala yang begitu banyak dibulan ini. Segala ketetapan ini, disamping dilihat suatu kepatuhan semutlaknya kepada Allah, ia juga untuk mendidik diri kita. “mengawal nafsu, berjimat, erti syukur, menjamu orang, sedekah, segala sifat-sifat keji terkawal kerana puasa”. Segalanya punya manfaat, demikianlah syurga yang indah dari akhlak-akhlak yang indah. 


3. Berbagai jenis 'penyakit dosa' setiap tahun kita hidup, disediakan pencucinya dibulan puasa ini. “Bulan keampunan, Bulan ganjaran, Bulan al-Quran, Bulan ibadah”. Ibadat puasa, sahur, tarawih, witir, tadarus al-Quran, sedekah, zakat dan qiamullail. Menyembuhkan segala penyakit. Mengubah dan membentuk semula kita, agar menjadi manusia yang bertaqwa. Kerana itu perayaan disambut selepas puasa disebut ‘iidul fitri’, yakni kembali kepada fitrah. Suci bersih seperti baru dilahirkan. Kita mengharap, agar kesannya kuat melekat hingga ke Ramadhan seterusnya pula.




“kita disuruh memenjarakan nafsu sepanjang hari dan selama sebulan. Dan disuruh agar tetap taat segala perintah yang telah ditetapkan” 


4. Demikian, datanglah kita kepada Allah diramadhan ini dengan penuh kehambaan. Puasalah kita dengan penuh pengharapan. Allah swt nak bagi pahala, tapi kenapa kita tetap masih lawan dan abai perintah Allah, masih biar rasa ego untuk pulang mengagungkan Allah. Dari sudut jauh hatinya mengakui hal kebenaran suruhan Agama, namun seolah ada yang menghalang untuk mencelikkan matanya. “Merasa usia muda, tubuh sihat, sering ingin untuk menangguh, melihat keadaan rakan yang lain, dan bermacam lagi”. Allah swt nak beri hadiah, tapi kita menolak dan tak mengambil endahnya, bahkan membalas hadiah tersebut dengan hal yang dibenci. Difikir semula, inilah yang dikatakan menzalimi diri sendiri, iaitu orang yang merugikan dirinya sendiri. Jika terjadi pada diri kita, kita juga merasai akan patutnya gelaran yang dinyatakan ini. 


“Kita rasa malas dan berat untuk buat ibadat, buat yang benar dan baik. Walau sudah nampak jelas. Sebab maksiat-maksiat yang terselit. Dosa-dosa yang terbiar. Kejahatan-kejahatan yang sudah menjadi rutin. Yang masih tergantung dan bertangguh. Rasa bangga dengan dosa. Tak tahu dan faham hikmah dan tujuannya” “Lemah iman dan jahil” 

 “Hati-hati yang banyak dosa, dibiarkan dosa, dengan kelalaian dunia, kosong dengan amalan. Maka akan terjangkitlah sifat-sifat dengki, mengumpat, hina, dedah aib, riya’, ujub, ego, sering marah, bergaduh, sangka buruk, kata kotor, hal-hal baik diperendah, inginkan lagi dosa, tak puas dengan dosa, dan sebagainya lagi. Manakala bila hati sentiasa bersih, sifat-sifat ini sukar untuk dijangkiti dan berjangkit”




Sabda Nabi saw: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukannya, maka tiada pada Allah sebarang hajat terhadap dia meninggalkan makannya dan minumnya. (Hr Bukhari) 


5. Mungkin ada sembang-sembang, “Tak payah puasalah, buat maksiat juga. Sama sahaja, tak dapat juga pahala. Hanya lapar, dahaga sahaja boleh. Macam tak puasa juga”. Saya katakan: “Bila tidak puasa, maka itu adalah dosa besar yang jauh lagi nak disamakan dengan puasa tapi buat maksiat. Kerana ia sudah meninggalkan sepenuhnya. Adapun yang masih buat maksiat, mungkin ia juga tak mengingininya, iman lemah, terlanjur, telah dan sedang berusaha atau ada yang membiarkan untuk terus buat dosa lain”. Maka pahala dari puasa kurang, luput ganjarannya dan tipis untuk dapat jaminan pengampunan dari Allah dan kesan, hikmah ibadat puasa tersebut. Hadis ini juga adalah memberi peringatan kepada kita, bagaimana untuk meraih kesempurnaan puasa. Mendidik dan memberitahu kita. Ibadah puasa, ingin mendidik roh dan jasad kita. 


“Kebenaran akan melawan dan menghalang kejahatan, manakala kejahatan demi kejahatan, akan menjurus untuk terus jahat” 


6. Kenapa perlu dibiarkan dosa sentiasa menyelangi puasa. Buat wanita yang masih dedah aurat, ketat, jarang, dan sebagainya lagi. Sedarlah!. Macam mana kita nak meraih ganjaran dan keampunan dari Allah!. Orang yang terus buat dosa tika puasa, dia merasa sendiri ruginya puasanya. Lapar dan dahaganya hanyalah sia-sia. Seperti juga orang yang solat untuk menunjuk-nunjuk, dia juga tahu yang tiada guna solatnya. Hal-hal sebegini mungkin masih sering diremehkan sebahagian orang, kerana yang asyik bermain dalam kepalanya adalah, “tunggulah waktu lain, nanti bertaubat semula, ganti semula, buatlah betul-betul, takkan Allah tak terima langsung amal kita”. 


7. Jauhilah kita dari perangai meremehkan larangan Allah. Jika bulan puasa tak dapat juga mendisiplinkan kita, maka lebih sukar dibulan yang lain, kerana nafsu makan dan syahwat sudah bebas. Jika ramadhan tak dapat juga menyembuhkan kita, maka dibulan lain sukar untuk mengubatnya, kerana tiada jaminan ganjaran dan keampunan yang besar seperti ramadhan. 


8. Apa salahnya kita jadikan hukum hakam agama ini, suatu yang amat-amat sensitif. Kita perlu benar-benar mengambil berat hal dosa pahala, halal haram dan sunat makruh. Walau kecil dan ringan, sedikit dan tersilap. Kerana dari pandangan inilah permulaan segalanya. Lalu sudah merasa bimbang perkara makruh, tak lagi dosa kecil, dan apatah lagi dosa besar. Demikian agar terselamat dari jauh kehanyutan dan kesesatan dari jalan Allah. Dari sukar untuk berubah dan sebab berputus asa dengan rahmat Allah. 


Tidaklah bertambah keelokan seseorang yang beriman kecuali bertambah rasa takutnya kepada Allah sehingga dia berkata: "Aku tidak akan selamat dari azab Allah". Sementara orang yang fasik akan berkata: "Orang sepertiku ini ramai, aku akan diampunkan, tidak ada apa-apa yang buruk akan berlaku ke atasku, rahmat Allah itu luas". (Petikan status fb kenalan) 


Sabda Nabi saw: Apabila awal Ramadhan tiba, maka syaitan-syaitan dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Dan pintu-pintu syurga dibuka, dan tidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu (berhentilah). Pada setiap malam Allah swt memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka. (Hr at-Tirmidzi, ibn Majah. Disahihkan oleh al-Albani) 


9. Akhirnya, marilah kita perhatikan lafaz sabda Nabi saw ini. “Neraka ditutup dan Syurga dibuka” dan “Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu”. Ini bulan keampunan dan bulan untuk mentarbiah kita. Pilihan kita, samaada ingin dididik oleh Allah atau biar dengan arus nafsu. Demikian dengan pengawasan kita akan perbuatan jahat dibulan ini, dapat membendung segala kejahatan- kejahatan selepas ramadhan nanti. Bulan ini, doa lebih diperkenankan. Dan tiap amalan-amalan yang dikerjakan, pasti ada kesannya.




Jika amal di bulan ini lebih pahalanya, maka maksiat di bulan ini, makin berat dosanya. 

Sabda Nabi saw: Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang Akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku berikannya. Sesiapa yang memohon keampunan kepada-Ku, akan Aku ampunkannya” (Hr Bukhari) 


10. Kesempatan Ramadhan tahun ini. Dikesempatan waktu sebelum sahur dan dengan kelebihan bulan Ramadhan ini, marilah sama-sama kita bersungguh-sunguh menadah pahala dengan amal, panjatkan doa dan memohon ampun kepada Allah. Ini ialah bulan keampunan, bulan ganjaran, bulan diperkenankan...! 


* Doakan saudara-saudara kita yang sedang diuji, Syria, Rohingnya dan seluruh tempat lain. 




08 Ramadhan 1433 H bersamaan 28 Julai 2012 M 
Sabtu, 02.50 pm. Sana’a, Yaman.

Selasa, 24 Julai 2012

Puasa, untuk 2 Kegembiraan.

Sabda Nabi r : Allah telah berkata: Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya. Puasa adalah pendinding, dan apabila hari berpuasa seseorang di kalangan kamu, maka janganlah dia bercakap kotor dan janganlah dia menjerit-jerit. Jika seseorang memakinya atau menyerangnya maka hendaklah dia berkata, "aku adalah seorang yang berpuasa". Demi Tuhan Yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi. Untuk orang yang berpuasa 2 kegembiraan yang dia bergembira dengannya: Apabila dia berbuka dia bergembira, dan apabila dia bertemu Tuhannya dia bergembira dengan puasanya. (Hr Bukhari) 

Sabda Nabi r : Setiap amalan anak Adam akan digandakan, satu amalan kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda. Allah berkata: kecuali puasa, puasa itu untuk-Ku, dan Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebab-Ku. Bagi orang yang berpuasa 2 kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. (Hr Muslim) 


1. Nabi  r  sebut bagi orang puasa ada dua kegembiraan, tika berbuka dan tika dapat bertemu dengan Tuhannya kelak. Kita semua tak hanya ingin gembira waktu tika berbuka kerana sudah hilang rasa lapar dan dahaga. Tapi kita nak kegembiraan dapat bertemu Allah kelak. Ia hanya hasil dari puasa yang penuh dengan keimanan dan keikhlasan, menjaga segala syarat, kehendak dan mengharap tujuannya. Inilah hal penting, untuk kita meraih kegembiraan yang hakiki disana.


Kuih-muih di Sana'a, Yaman.


2. Bukan sekadar rasa nikmat selepas bertahan lapar, iaitu tidak sekadar letih jasmani. Tapi yang kita inginkan juga rohani. Hubungan dan ikatan kita dengan Allah swt. Amalan kita. Ibadat yang benar-benar bertunjangkan keihlasan dan kehambaan dalam menjalaninya. 


Sabda Nabi  r  : “Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti”. (Hr Muslim)

Sabda Nabi  r  : Sesiapa yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dari-Nya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu. (Hr Muslim) 


3. Marilah kita berusaha meraih keduanya, tidak hanya satu kegembiraan yang dapat. Kita menjaga dan melatih mulut, pandangan dan segala yang lain agar turutkan perintah Allah. Mohon jauh dari puasa yang sia-sia. Jika hanya kegembiraan yang pertama kita raih. Rugi- dan sia-sialah kita, hanya perut yang lapar, tapi nafsu masih sentiasa kenyang. "Dedah aurat, pergaulan bebas, asyik dengan hiburan, web lucah, mengumpat, menghina, dedah aib, kata kotor, dan bermacam-macam lagi dosa lain. Andai solat yang ditinggalkan, maka tiada guna seluruh puasanya".


“kita dapat rasa semula nikmat dunia yang kita tahan, dan kita mengingini nikmat akhirat yang berpanjangan”




4. Marilah kita renungi sabda Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad saw: 


Sabda Nabi  r  : Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukannya, maka tiada pada Allah sebarang hajat terhadap dia meninggalkan makannya dan minumnya. (Hr Bukhari) 

Sabda Nabi  r  : Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga. (Musnad Imam Ahmad, Sahih ibn Khuzaimah, at-Thabrani dalam al-Kabir dan sanadnya tidak mengapa. Al-Albani - sahih dalam Sahih al-Jaami’)

Sabda Nabi  r  : Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan sia-sia, tiada faedah dan keji, lucah. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat kacau padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”. (Ibn Khuzaimah, ibn hibban dalam sahihnya, dan al-Haakim. Al-Albani - sahih dalam Sahih al-Jaami’) 




04 Ramadhan 1433 H bersamaan 24 Julai 2012 M 
Selasa, 12.30 pm. Sana’a, Yaman.

Ahad, 22 Julai 2012

Puasa ini untuk Allah.

Sabda Nabi r: Allah telah berkata: Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya. Puasa adalah pendinding. (Hr Bukhari)

Sabda Nabi r: Setiap amalan anak Adam akan digandakan, satu amalan kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda. Allah berkata: kecuali puasa, puasa itu untuk-Ku, dan Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebab-Ku. (Hr Muslim)




1. Berbeza dengan ibadat lain, mungkin seseorang yang tunai atau tinggal solat. Mereka tunai atau tinggal dalam kedaan ada orang mengetahui dan melihatnya. Walau diucap aku sudah solat, aku bukan yang tinggal solat, tapi perbuatan membuktikannya. Mungkin jua mereka tunai dalam tidak ikhlas, kerana disuruh, menunjuk-nunjuk atau sekadar memenuhi syarat dan seumpamanya lagi. 


2. Namun bagi yang berpuasa, mereka tunai atau tidak, tiada orang mengetahui dan melihatnya. Hanya Allah yang mengetahui hal sebenarnya. Mereka mengaku aku sedang puasa, aku bukan yang tinggal puasa, tapi perbuatannya tak dapat diketahui melainkan Allah. Hanya kita dengan Allah. 


3. Sebab ibadat ini benar-benar berkait rapat antara perintah Allah dengan keinginan nafsu. Solat, mungkin hanya beberapa rakaat, lalu selesailah dan dapat buat dosa semula. Namun puasa tidak, ia boleh dinampak jelas kesan kepatuhan kita pada Allah. Kerana kita sanggup menahan lapar dan dahaga. Menahan rasa letih, tekanan, terliur dengan makanan dan melakukan persetubuhan bagi yang sudah berkahwin. Memaksa diri untuk segalanya itu. Disamping sentiasa mengawal tiap perbuatan yang menghilangkan ganjaran Puasa. Tiada keinginan untuk menunjuk, memenuhi syarat dan sebagainya. 


4. Demikianlah sabda Nabi saw: “Allah swt menyatakan, puasa ini untuk Aku, dan Aku yang akan memberi balasannya”. Kerana hanya Allah mengetahui hakikat dan kadar segalanya. Kerana sudah pasti semutlaknya untuk Allah. Tidaklah bermaksud amal yang lain tak diketahui dan bukan untuk Allah. Tapi menggambarkan tentang betapa besar dan hebat kelebihan orang yang berpuasa. Bagi yang sanggup menahan nafsu jasmani dan rohaninya. Sebab ia berkait dengan kedua-duanya. “Makanan jasad dan roh”. Tidak seperti ibadat lain. 


Wallahu 'alam.




02 Ramadhan 1433 H bersamaan 22 Julai 2012 M 
Ahad, 02.30 pm. Sana’a, Yaman.

Ahad, 7 Ogos 2011

Ramadan, perlu Beramal dengan Berilmu.



Dalam kita nak meraih, merebut Ganjaran, Fadhilat Ramadhan ini, sudah tentu kita perlu tahu akan soal-soal berkaitannya. Adab-Adabnya, Hukum-Hukumnya, dimana/apa Kelebihan- Kelebihannya dan bagaimana Cara-Caranya. Perlu kita Beramal dalam keadaan Berilmu, supaya beroleh Hasil yang Sempurna dan Cemerlang.

Saya sendiri tak ingin Mengulasnya kerana sudah terlalu banyak Ulasan-Ulasan yang telah dibuat oleh para Agamawan-Agamawan kita. Demikian saya hanya sertakan link-link artikel terpilih yang dirasakan amat perlu untuk kita sama-sama membacanya dan memanfaatkannya.

1.
Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunnah - Drmaza.
2.
Adab Berbuka Puasa – Menurut Sunnah Rasulullah saw - Drmaza.
3.
Sahur Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya - Drmaza.
4.
Kekeliruan Tentang Solat Tarawih - Drmaza.
5.
Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan - Uzar.
6.
Ramadhan : Apa Perlu Buat? - Uzar.
7.
Ramadhan & Batalkah Puasa Kita Jika... - Uzar.
8.
Ramadhan : Penyuntik 'Antivirus Dosa', Menghilang Hipokrasi - Uzar.
9.
Separuh Ramadan & Puasa Yang Tercabar - Uzar.


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَناَّ

" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau yang Maha Pemaaf, Pengampun, kasih kepada kemaafan maka maafkan, ampunkan Kami "

Mudahan semua mendapat manfaat. Selamat Beribadah... :)

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Beribadah.

Dikesempatan ini Saya ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah Ramadhan buat semua pengunjung-pengunjung yang pernah, sudi mengunjungi Blog ini. Syukur masih lagi diHidupkan untuk kita sama-sama merebut sebaiknya Ganjaran, Peluang ini. Andai selepas Ramadhan kita masih Hidup, harap hari-hari Hidup kita seterusnya dapat dilalui sepertimana yang dilalui diRamadhan ini...

sedikit tazkirah Permulaan:

solat 5 waktu WAJIB, buat kat masjid SUNAT MUAKKAD.
solat tarawih SUNAT MUAKKAD, buat kat masjid lebih AFDAL.


..Solat Tarawih, ramai yang mampu datang ke Masjid, mampu korban masa, mampu datang dari jauh, mampu ajak anak-anak, keluarga datang bersama. Tapi kenapa hanya Solat Tarawih? Alangkah indahnya jika solat-solat yang Wajib itu kita turut mampu juga...

Apa-apapun, mudahan dengan Kesungguhan, Keikhlasan kita datang merebut Ganjaran Ramadhan dikurniakan Allah rasa terus ingin sentiasa berjemaah diMasjid.

amat indah, sempurna jika Beribadat dengan Berilmu.
didikan perlu ikut Sunnah, bukannya ikut adat Kebiasaan.