Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

Rabu, 16 Julai 2014

Cabaran Kerja.

Assalamualaikum semua, sekadar kongsi tentang kerja harian hidup. Artikel pun memang tak sempat untuk fokus tulis. 




Cabaran paling besar sekarang dialam pekerjaan yang dilalui; 

1. Semua perkara yang baru perlu dipelajari. 
2. Semuanya pula urusan besar-besar dan penting-penting wajib dipelajari. 
3. Ditambahi pula masa yang cepat diinginkan. 
4. Mendapat komen negatif yang banyak dan tiada pula sokongan, dokongan dan kerjasama yang baik. 

InshaAllah, yang baik teruskan. Tiada kebaikan yang sia-sia, apatah lagi apabila kita mengingati adanya hubungan iman kepada Allah iaitu sebagai ibadah dalam menunaikan amanah hidup ini dengan saling menaikkan Imej Islam yang mulia dan tinggi ini. 

18 Ramadhan 1435 H bersamaan 16 Julai 2014 M 
Rabu, 4.00 pm. Ipoh, Perak.

Sabtu, 8 Jun 2013

Blog Pengamal Teknik Nabi.

 

1. Puan Khairulaniza Khairuddin http://khairulaniza.blogspot.com/ 

2. Ustazah Siti Khadijah http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/

3. Puan Nurhidayah Jaafar http://ustazah-engineer.blogspot.com/ 

4. Puan Che Raziyusnita Irni Che Wan http://ustazahirni.blogspot.com/ 

5. Puan Fatimah Haslina http://fatimahhaslina.blogspot.com/ 

6. Puan Sharifah Shariff http://sharifahshariff.blogspot.com/ 

7. Puan Khairin Fariza http://khairinfariza.blogspot.com/ 

8. Puan Fazilah Misri http://cikgufazilahmisri.blogspot.com/ 

9. Puan Azniwati Ahmad http://www.syahnurazni.blogspot.com/ 

10. Puan Zuraida Noordin http://www.zuraidanoordin.blogspot.com/ 

11. Puan Azreen Asnawi http://azreenasnawi.blogspot.com/ 

12. Puan Nik Hartini Nik Man http://diarihartini.blogspot.com/ 

13. Cikgu Nadia Yusoff http://cikgunadiayusoff.blogspot.com/ 

14. Puan Khadijah Gani http://sukamengaji.blogspot.com/ 

15. Puan Ainul Naim Nik Faiz http://www.amaltekniknabi.com/ 

16. Puan Maryati Mohd Amin http://maryati2you.blogspot.com/ 

17. Tuan Sharulnizam Mohamed Yusof http://enciksharulnizam.blogspot.com/ 

18. Cikgu Azman Uyub http://cikgumanuyub.blogspot.com/ 

19. Ustaz Mohd Haidhir Md Yusof http://ustazmohdhaidhir.blogspot.com/ 

20. Cikgu Hilman Muhammad http://cikguhilman.blogspot.com/ 

21Puan Norasyikin Yusof http://didikpermata.blogspot.com/ 

22. Cikpuan Adnin Nur http://adyadnin.blogspot.com/2013/04/jangan-lupa-saya-taw.html 

23. Puan Nadia Razali http://www.usrotiikusayang.blogspot.com/2013/04/selepas-bengkel-exactly-lepas-bengkel.html 

24. http://parentinggayarasulullah.blogspot.com/


30 Rejab 1434 H bersamaan 09 Jun 2013 M 
Ahad, 02.40 pm. Perak, Malaysia.

Khamis, 16 Mei 2013

Kerja, tugas penting dari berbagai pengalaman.

1. Dari perancangan yang kemas dan tersusun. Dari kesungguhan dan ketekunan semasa berkerja. Pasti akan melahirkan hasil yang memuaskan dan terbaik. Islam juga menyuruh penganutnya tekun dan bersungguh apabila ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Bukan dengan sambil lewa dan sering tidak fokus.

  

2. Kepakaran dan kehebatan dari seseorang itu daripada pengalamannya diwaktu sebelum berkerja itu. Bagaimana cara yang dilalui seseorang itu diwaktu belajar, maka jalan dan cara itu juga akan diguna pakai diwaktu menjadi pengajar. Bagaimana jalan dan suasana kejayaan yang diraih seseorang itu ketika belajar, maka jalan dan suasana itu juga akan digunakan untuk meraih kejayaan mengajar ketika mengajar.

 


3. Contoh mungkin seseorang yang suasana belajar dan kejayaannya dahulu dengan paksaan, asyik dimarahi dan didenda, dan berbagai keperitan dilalui waktunya hinggalah dia berjaya. Maka hal itu juga akan diguna pakai bila mendidik orang kelak. Dan ada yang dilalui dengan kesugguhan masa yang lama, sentiasa dengan pujukan dan bertolak ansur, perubahan secara mengejut. Dan apa-apa lagi keadaan yang berbeza dilalui dari setiap orang. Maka keadaan itu juga akan diterjemahkan ketika waktu untuk dia mendidik pula. Pelajar pula berbeza keaadaan dalam menerima cara didikan tersebut. Demikian, perlu disini untuk kita melihat latar belakang keadaan pekerja kita diwaktu usia belajarnya. Dan gabungkan dengan kelebihan dan kekurangan yang ada dari diri masing-masing. Supaya kita dapat tenang memahami keadaan yang akan terjadi nanti, dan tidak mudah memaksa dan menyuruhnya berubah secara cepat untuk kerja-kerja yang belum mampu dibuat. Dan mudah mengasingkan dan menyusun gerak kerja organisasi kita. Kerana kita telah memahaminya. Indahnya anugerah kelebihan dan kekurangan yang telah dijadikan Allah itu. Begitulah Nabi s.a.w tidak menafikan minat dan keadaan sahabat-sahabat yang belum Islam kepada selepas keislamannya. Lihat Saidina Umar, Abu Zar, Khalid dan ramai lagi yang lain. Insha-Allah, pasti dapat menghasilkan kualiti hasil kerja yang cukup membanggakan. Kita dapat tahu bagaimana keadaannya, lalu kita memberi dan menyusun tugas yang sesuai dengannya. 

4. Banyak pengalaman, tapi keras kepala tiada guna. Kurang pengalaman, namun tidak keras kepala adalah lebih baik. Kurang pengalaman, tapi malas dan dan keras kepala lagilah merugikan. Dan banyak pengalaman, tapi dalam masa yang sama sentiasa terbuka dan rendah diri amatlah menguntungkan. Itulah akhlak yang baik.

 


“Pengalaman itu memang penting, hebatnya kerana dari pengalaman. Namun bersama atau wujudnya sifat rendah diri, sabar serta kuat usaha bersungguh untuk berubah, lebih membawa keuntungan. Sombong dan bangga merugikan dan memundurkan diri” 

5. Usaha terbaik dan dengan akhlak yang baik akan menguntungkan. Sifat rendah diri dan akui kekurangan dan tidak sombong, bangga, malas, dan rajin berusaha adalah asas permulaan dan keuntungan segalanya. Hebat nilaian dunia, tapi buruk akhlak. Alangkah ruginya. 


29 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 10 Mei 2013 M 
Jumaat, 11.30 pm. Perak, Malaysia.

Rabu, 15 Mei 2013

Berjaya Dunia dan Akhirat.

 

1) Minat dan berusaha (tak akan menjadi perniagaan dan pelaburan jika tidak ada minat dan usaha). 

2) Berniaga itu mula dari apa yang diminati. Cari apa yang kita minati dan kita diberi kelebihannya. 

3) Kuasai ilmu dahulu sebelum memulakan perniagaan. 

4) Jangan takut untuk gagal, kerana kegagalan adalah kamus kehidupan orang berjaya. 

5) Jangan hiraukan orang cakap yang penting usaha yang kita buat itu akan menutup mulut orang yang bercakap. 

6) Perbanyakan amalan Sunnah Nabi s.a.w, bantu orang yang susah, sentiasa jujur dan jangan sombong. 

7) Jangan hanya banyak bercakap tapi dalam diam laksanakan tindakan, kena fokus sampai jadi, selagi tak jadi kita kena cari idea lain sampai jadi dan banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t. 

8) Sebarkan ilmu dan bantu orang dengan ikhlas, jangan ambil kesempatan pada orang lain, tapi ubah mereka ke arah menjadi orang yang berjaya dengan ikhlas. 

9) Solat Dhuha. 

10) Niat memang untuk tolong orang. 

11) Ingat, kita akan diuji dengan minat dan keuntungan yang diharamkan Allah. Usaha carilah yang halal. Pasti ada. 


28 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 09 Mei 2013 M 
Khamis, 12.30 pm. Perak, Malaysia.

Pengurusan Masa Dunia dan Akhirat.

 

1. Jaga waktu solat. 

2. Jaga perintah Allah dan Rasul. 

3. Dahulukan yang wajib dari yang sunat. 

4. Istiqomah walau sikit. 

5. Doa. 

6. Senaraikan segala tugasan yang perlu dilakukan. 

7. Asingkan mengikut tahap kepentingan: 

     a. Penting dan segera
     b. Penting tetapi bukan segera 
     c. Kurang penting tetapi perlu disegerakan 
     d. Kurang penting dan tidak segera 


28 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 09 Mei 2013 M 
Khamis, 12.30 pm. Perak, Malaysia.