Memaparkan catatan dengan label Pernikahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pernikahan. Papar semua catatan

Selasa, 12 Februari 2019

Diam untuk selamat rumahtangga.


Diam banyak menyelamatkan keadaan, terutama dalam rumahtangga, dia merawat rumahtangga, kalau jawab dia akan merosakkan rumahtangga kerana ditangannya ada cerai.

Seolah-olah diam itu merupakan benteng kepada kalimah cerai di belakangnya, bila terkeluar/roboh semua bentengnya dengan tidak diam maka tinggallah cerai sahaja lagi yang akhirnya keluarlah perkataan cerai itu. - Ust Mat Esa Deraman.

Sabtu, 5 Januari 2019

Step cari jodoh.


Biar jelas, dengan siapa kita send mesej, apa tujuan? Nak jual barang, minta derma, bagi sumbangan, minta tolong, tanya soalan agama, nak berkenalan, nak bergurau, nak belajar dan apa-apa lagilah, biarlah jelas. Ini sekadar contoh jika sesiapa yang serius bagi tujuan mencari jodoh.

Jemput baca bagi siapa yang sudi, sekadar perkongsian ringkas.

Sampai masanya = faktor umur, kewangan, suasana, kesedaran diri, dosa pahala, kehendak agama + jelas tujuan + maka datang keyakinan.
.
.
Cari + jumpa + cari orang tengah + wakil minta gambar + wakil minta nombor fon.
.
.
Mari berkenan + terus mesej mulakan perkenalan serta bagitahu tujuan nak jadikan pasangan andai jodoh + jelaskan akan bermesej tujuan kenal² sahaja dahulu + ajak kawan pergi jumpa dirumah tengok dekat + sambung proses kenal yang perlu dan penting sahaja + sebulan dua cukup.
.
.
Rasa selesa + hati ok + istikharah + buat keputusan + bincang keluarga + masuk meminang + bincang kos dan tarikh + kahwin.

SELESAI. Semoga Allah betulkan niat kita semua. Semoga Allah mudahkan segala urusan baik kita semua. Semoga hubungan pasangan kita diatas dasar Agama dan dipelihara oleh Allah.

Sabtu, 17 Jun 2017

Apabila Ibu dan Isteri Rajin Memasak.

Seorang ibu bila dah selalu masak sedap-sedap untuk anak-anak, dan jarang sangat ajar anak makan di kedai, jadi anak pun lebih seronok dan selesa masakan ibu, dan kurang minat makanan diluar.

Begitu juga isteri bila rajin berkorban masak sedap-sedap untuk suami, suami pun dah malas dan kurang selera pergi kedai, dan juga untuk ajak keluar makan kat kedai. Terima kasih isteriku.

Jumaat, 3 Mac 2017

Isteri & Suami Saling Menjaga.

Isteri itu menjaga suaminya, iaitu memastikan suami terselamat dari melakukan yang haram. (Tidak menjaga pandangan terhadap wanita lain, bergurau senda, dan fitnah seumpamanya lagi).

Suami juga menjaga isterinya, iaitu memastikan isterinya terhindar dari perbuatan yang haram. (Tidak mendedahkan dirinya pada lelaki lain, pada khalayak ramai, dipuji dan ditegur lelaki lain, mekap dan tabarruj menarik perhatian lelaki, membuka aurat, bergurau senda, dan berbagai fitnah lain lagi).

Itulah arti sebenar Cinta. Maksud 'menjaga' itu, ada kehendak tersirat yang perlu difahami.

Selasa, 10 Januari 2012

Bercinta, menilai cara Islam.

Lelaki yang soleh: Aku ingin menjaga mataku dari dosa, kau jagalah auratmu dari terbuka. 
Wanita yang solehah: Aku ingin menjaga diriku dari fitnah, kau jagalah matamu dari dosa. 
Lelaki yang soleh: Kau peliharalah kelakuanmu, aku ingin membendung penyakit-penyakit dalam hatiku. 
Wanita yang solehah: Kau benarkanlah agama dalam niatmu, aku ingin memelihara kemuliaan dan kesucian ini.



1. Ini yang perlu saling kita lahirkan semua teman. Bukan lelaki yang suka mengambil kesempatan, yang nak merasa nikmat bebas dan masa muda. Bukan wanita yang dibiar direla sentuh dan dibawa kesana kemari, nak merasa nikmat bebas dan masa muda. Marilah kita kembali dan nilai semula bagaimana cara yang telah dilunas dan disuruh Agama. Melahirkan hamba soleh, lahir zuriat yang soleh dan lalu membentuk masyarakat dan negara yang aman dari hal dilarang Allah. Segala kecelaruan dan berbagai masalah mendatang, ada kaitan dengan masa kesukaan dan kelewaan ini semua teman. Yang punya tanggungjawab, marilah saling sering memerhati hal ini. Memikir dari cinta, dan dalam bercinta itu adalah merupakan amanah hidup. 

2. Yang masih lagi leka memanjang dengan bercinta, bermanja, bersembang siang malam, sayang, miss u, kongsi gambar, video, lihat aurat atau lebih lagi, bebas bersentuhan, berkhalwat dan berjalan kesana kemari. Sembarangan berputus dengan yang ini, bermain dengan yang itu, dan yang parah lagi dengan sudah biasa berzina. Marilah banyak-banyakkanlah mohon ampun, berfikir, matangkan dan waraskan fikiran kita sebentar. Kita bukan kekal dalam kedaan sebegini, sudah tentu kita pasti akan ingin berkahwin juga. Kahwin bukan tujuan "seks" semata-mata. Terlalu banyak perkara yang perlu kita fikir. Banyak hukum dan undang-undang rumahtangga perlu diketahui dan dititiberatkan. Dan kita sebenarnya sudah dan dapat mampu dan faham segalanya, namun usia dan nikmat muda ini asyik melenakan kita. 

3. Bangkit dan marilah saling sedarkannya temanku. Tinggallah adat yang salah itu. Kebiasaan dan kesukaan dengan keadaan sebegini punyai banyak kesan yang buruk kelak selepas kahwin. Pada anak, rumahtangga dan diri kita sendiri. Kita perlu bentuk dan tarbiyyah dari awal lagi. Marilah kita mengikut acuan dan cara yang telah digaris Islam, segalanya amat sempurna dan cantik dilihat. Apa yang dilarang Islam, telah jelas zahir keburukannya dan apa yang diseru Islam, telah jelas zahir kebaikannya. Marilah kita yakininya. Kita gembira dan bahagia, Allah redha, kasih dan pelihara. Sama-sama kita berubah, saling belajar dan memahami asas ajaran Islam ini. Segala yang lepas, kita pohon taubat kepada Allah. Segala ini ujian dalam menuju akhirat, kita inginkan kebaikan dunia dan akhirat. Mohon tidak dari kenikmatan dunia dan sakit di akhirat.



4. Banyak yang perlu difahami lagi. Islam bukan melarang dan mengharamkan segalanya. Artikel Drmaza dibawah ini perlu kita sama-sama baca dan fahaminya. 

Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Kahwin? 

Disini saya sertakan sedikit komen tambahan dari kenalan fb saya tentang artikel Drmaza ini, katanya: “Cinta itu fitrah, tindakan kita akan memandu cinta kita ke syurga atau neraka. Kita mampu berkahwin, lalu memilih perkahwinan untuk merealisasikan cinta kita, maka pahalah untuk kita. 

Jangan perguna artikel di atas (Dr Asri) untuk memadu asmara atau bermanja-manja dengan si dia yang bukan suami mahupun isterimu!. 

Kita tidak mampu berkahwin, lalu kita memilih untuk berusaha mnjaga diri kita, mengawal perasaan kita, tidak memadu asmara, usahkan berzina ber 'I miss you, I love you' pun kita hindar. Kita tidak menyibukkan diri dengan bermanja-manja atau berhubung dengan si dia. Cinta itu hanya terpateri di dalam hati. Iman yang ada mengawal diri, sekali terpandang, menunduk diri, terbias di hati, segera istighfar di hati. Insya'Allah, baik buat kita. Untuk seorang mukmin, semuanya baik, samaada dia syukur atau sabar. Dapat nikah, syukur, tak dapat nikah sabar :) Nice kan aturan Islam


16 Safar 1433 H bersamaan 10 Januari 2012 M 
Selasa, 11.45 pm. Terengganu, Malaysia. 

Edit semula: 
06 Zulhijjah 1433 H bersamaan 22 Oktober 2012 
Isnin, 08.30 am. Sana’a, Yaman.

Isnin, 30 Mei 2011

Kenapa Haram Bersanding ?

Firman Allah swt: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu maka terimalah, dan apa jua yang dilarangNya maka jauhilah. (Al-Hasyr 7)

Tahniah pada mereka yang akan melansungkan Perkahwinan, Baarakallahulakuma, wajamaa Bainakuma fi Khair. Namun kenapa masih Ramai lagi yang ingin menjalankan Upacara Persandingan? Padahal ianya suatu kesalahan dalam Islam. Jika dilihat segala adat-adat Kebiasaan yang dijalankan amat menyalahi pada kehendak Syara’ (Islam). Telahpun jelas disebut dalam al-Quran & Hadis. Haram Bersanding kerana terdapatnya Unsur-Unsur, Upacara-Upacara berikut :

• Menabur Beras Kunyit, Membaca Jampi Mentera, Renjis-merenjis, (perbuatan berikut kononnya dapat memberi semangat kpd pengantin, terhindar dari nasib buruk dan dapat menghalau dari diganggu segala jenis gangguan).

Amalan ini dilihat telah menyerupai Budaya masyarakat Hindu dan Mempercayai perkara2 khurafat, tahayul. Padahal Islam amat melarang menyamakan apa-apa Amalan, Perbuatan dengan Agama yang lain dan Mempercayai perkara2 Berikut.

= Sabda Nabi saw: Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari Golongan mereka. (Hr Abu Dawud, Hadis sahih menurut ibnu Hibban)

= Sabda Nabi saw: Barangsiapa yang mendatangi ahli Tilik (Dukun, Bomoh) walau sekalipun tidak membenarkan tilikan tersebut maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari. (Hr Muslim)

= Sabda Nabi saw: Sesiapa yang mendatangi Dukun dan Bomoh, malah membenarkan apa yang disebutkan oleh Dukun atau Bomoh tersebut. Maka sesungguhnya ia telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda saw. (dinilai sahih oleh al-Albani)

• Berhias berlebihan, Tujuan untuk dipamerkan (tabarruj), menunjuk-nunjuk.


= Firman Allah swt: Janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu. (Al-Ahzaab 33)

Merubah kejadian Allah, Merubah kecantikan sebenar seperti membuang bulu Kening, mengikir Gigi dan berbagai cara lagi yang seumpamanya.

= Sabda Nabi saw: Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening) dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah. (Hr Bukhari)

• Mendedahkan Aurat.

= Firman Allah swt: Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 31)

Membazir Harta, Kos dalam menyediakan kelengkapan untuk Persandingan, Terlalu bermewah-mewah, Boros.

= Firman Allah swt: Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (Al-Israa' 26)

Seterusnya terdapat adegan-adegan yang sebenarnya tak perlu untuk dizahirkan dikhalayak Ramai seperti bergambar dengan pelbagai aksi yang digayakan, aksi yang menimbulkan fitnah dan sebagainya, terdapatnya Percampuran, pergaulan Bebas dan berbagai lagi aktiviti-aktiviti yang melalaikan.

Justeru itu, marilah sama2 kita merubah tiap cara Hidup kita kpd cara yg telah diajar al-Quran & as-Sunnah. Tinggalkanlah adat2 yang telah menyalahi kehendak Islam. Tak dinafikan agak sukar meninggalkan adat2 tersebut, namun ianya perlu juga diusahakan untuk meninggalkannya. Keredhaan & Keberkatan dari Allah itu perlu kita cari, bukan perkara yang dimurka Allah perlu kita dibuat.

Memadai dengan cara yang telah diajar Islam. Selamat, Senang dan Sempurna segala-galanya. tak perlu menyusahkan Diri, Menunjuk-nunjuk, Membazir.

" Semua Nikmat adalah dariNya, sama2 kita Bersyukur atas pemberianNya dgn taat, patuh pada KetetapanNya. Bukan tak ambik endah akan KetetapanNya "

Jumaat, 31 Disember 2010

Anak, jelaskan Mana Halal Haramnya.

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri & zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 74)

Sabda Nabi saw : Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). (HR. Bukhari)

Anak jika dididik, ditanam betul-betul dengan kefahaman yang jelas akan erti Islam yang dianuti ini, dibimbingnya dengan cara Islam yang lengkap. Tahu mana Halal Haramnya, mana Perintah & Laranganya. Dinilai sama soal Dosa & Pahala, dijelaskan akan benarnya Kematian, benarnya Hari pembalasan, akan dasyatnya Siksaan Neraka dan Nikmatnya kehidupan Syurga kelak. Insya’ Allah akan dapat menyelamatkannya dari terbabit dengan masalah gejala sosial yang amat parah melanda hari ini.

Diajarnya Al-Quran, kenal Allah & Rasulnya. Seterusnya akhlak, pertuturan yang baik dan beradab sentiasa dipamerkan. Rumah dihiasi dengan bacaan Al-quran, Zikir2 & Ceramah2 Agama. Andai tidak berkesempatan hantarlah ke pusat-pusat Pengajian Islam. Ianya wajib dijelaskan atas tiap-tiap individu Muslim. Tak salah jika ilmu kedoktoran, engineering, management, multimedia dan sebagainya dihasyratkan. Namun dalam masa yang sama kewajipan Ilmu agama perlu dipelajari, difahami sejelasnya. Agar mereka tahu akan kewajipan seorang Hamba. Kerana ianya ada hubungan dengan kehidupan Akhirat kelak.

Namun Hari ini sebahagian masyarakat kita, anak-anak mereka didik cara hidupnya jauh dari cara hidup yang disuruh Islam. Diasuhnya kasih pada Artis-artis, pelakon, penyanyi. Dibawanya ke tempat-tempat hiburan yang melanggar Ketetapan Allah & Rasulnya. Dibiasakan hidup tanpa mengenal soal Halal Haram.

Hari ini macam-macam rancangan Hiburan reality Tv diterbitkan. Antaranya Idola Kecil. Rancangan yang merosakkan lagi fahaman kanak-kanak tentang Islam. Yang menjerumuskan lagi pada perkara-perkara mungkar. Soal Aurat, Pergaulan, Dosa Pahala, Halal Haram tidak diendahkan. Fikrah masyarakat sudak rosak. Sehingga menangis Ibu Bapanya melihat kesungguhan anaknya. (Nauzubillah minzaalik)

* Dibelakang sana adanya golongan yang sentiasa cuba untuk menyesatkan, melalaikan Manusia. Mereka menggalakkan pintu-pintu kemaksiatan diajaja. Menyekat pintu-pintu kebaikan dari dibuka. Dan disana jua adanya golongan yang terus Istiqomah untuk terus mempertahankan, melaksanakan Islam, menyeru Manusia ke jalan diredaiNya, sentiasa memberi peringatan atas kelalaian manusia.

* Islam adalah agama Allah. Firman Allah swt : (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". (Al- Baqarah 138).

* Walaupun kita keseorangan sibuk untuk beramal, melaksanakan, mengambil berat soal cara Hidup Islam, disamping orang lain sibuk mengejar kenikmatan Dunia tanpa menghiraukan ketetapan Allah. Ia tidak sekali-kali melemahkan Allah. Allah swt itu Maha Kuat. Ia jua tidak melemahkan iman kita, janganlah berputus asa. Yakinlah akan benarnya janji-janji Allah swt.

Kita semua sememangnya menginginkan anak-anak kita menjadi manusia yang berguna, taat pada perintah Allah & Rasulnya, tidak derhaka pada Orang Tuanya dan menjauhi segala perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya. Maka tidak dapat tidak perlunya jua untuk kita mendidik mereka dengan acuan cara hidup yang telah digariskan Islam, segalanya untuk kebahagiaan Hidup Dunia & Akhirat. Jauhilah didikan cara hidup yang tidak disaksikan sama kehendak Allah & Rasulnya. kelak kita juga yang susah.

Luqman Al-Hakim telah menasihatkan anaknya sebagaimana yang telah diceritakan dalam Al-Quran :

Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (Luqman 17)

Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus (ialah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya) lagi Maha Mengetahui. (Luqman 16)


* Akhirnya sama-sama kita renungi Firman Allah swt :

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah. (Luqman 33)

Sabda Nabi saw : Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga, Sedekah Jariah, Ilmu yang Berguna dan Anak yang Soleh yang Mendoakannya. (Hr Muslim)

* Sama2 kita berusaha memperbaikinya. Saling mengingatkan sama keluarga, sanak saudara dan masyarakat Amnya.

Ahad, 27 Jun 2010

Rebutlah pangkat Isteri Solehah

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.


Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk.

Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya.

Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

Sabtu, 26 Jun 2010

Kenapa disyariatkan sebuah Perkahwinan ?

Dalam penghidupan manusia sejagat, lelaki dan perempuan berpasang pasangan bagi memenuhi tuntutan fitrah semulajadi. Segan ataupun malu kita sebagai anak gadis harus menerima setiap tahap penghidupan kita sebagai seorang wanita. Antara tahap yang bakal kita lalui ialah sebagai seorang isteri kepada sang suami, tetapi bagaimanakah kita untuk mencapai taraf sebagai isteri solehah yang dikehendaki oleh agama kita?


Kenapa disyariatkan sebuah perkahwinan ?

• Menjaga nilai kemanuasian
• Menyelamat nasab keturunan daripada tercemar
• Menwujudkan kerjasama dikalangan suami isteri
• Melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW
• Menghindari dari sebarang penyakit yang berkaitan.

Panduan untuk kita ikuti.

01. Manhaj al-Quran al-Karim
Di dalamnnya terkandang banyak petunjuk dan pedoman untuk kita ikuti. Salah satunya surah an-Nisa, at-Talaq dan lain-lain.

02. Sunnah Nabawiyyah
Carilah mana-mana hadith yang berkaitan dengan dunia wanita kerana Saidatinah Aisyah sendiri merupakan seorang berpengetahuan luas dalam hukum-hukum berkaitan dengan kewanitaan sepertimana pernah di riwayatkan beliau telah mengajar seorang wanita Arab pada untuk mandi hadas besar/mandi junub secara hakiki.

Bagaimana untuk menjana isteri yang solehah ?

01. Seorang isteri hendaklah mempunyai ilmu-ilmu rumahtangga.
Ilmu - ilmu yang dapat memperindahkan lagi susasana rumahtangga yang hormani. Ilmu ini banyak kita perolehi contohnya bertanya daripada orang-orang yang telah lama berkahwin ataupun melalui pembacaan

02. Penjagaan diri dalaman dan luaran.
Seorang isteri hendaklah menjaga dirinya dari luar dan dalam agar dapat menambat hati suami. Contohnya senantiasa membersihkan tubuh badan dan berbau wangi .

03. Moral dan akhlak.
Dalam hal ini, segala tingkah laku isteri haruslah terjaga.Apabila bergelar seorang isteri kepada seorang suami, semuanya akan berubah tidak akan sama pada zaman bujangnya. Tangungjawab pada suami didahulukan.

04. Spiritual dan kesabaran.
Dalam hal ini ketaatan dan kepimpianan dalam menjadi sayap kiri suami harus cekap.Pandai menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik tanpa menimbulkan pertelingkahan.Seorang isteri harus membentuk kendiri,memahami psikologi lelaki kerana penghidupan adalah berdua bukannya hanya memntingkan perasaan sendiri.

05. Meletakkan ajaran agama sebagai asas.
Agama Islam telah mengajar kita tentang tangungjawab seorang isteri terhadap suami dan sebaliknya.Apabila kita mengamalkan agama maka secara totalnya kita mengamalkan isi kandungannya.

Berkata Said Hawa, usrah solehah adalah terdiri daripada :-

01. Thaqafah dan ilmu
02. Akhlak
03. Mempunyai wawasan masa depan
04. Penyusunan dan penyatuan hidup
05. Pelaksanaan

Ciri–ciri usrah solehah :

01. Pemilihan pasangan berasaskan orang yang bergama
02. Sentiasa kukuh dan teguh perhubungan
03. Hidup dalam suasana riang, tenteram, damai dan hormani
04. Memelihara syariat
05. Memandang dan menghormati agama
06. Dakwah dan tarbiyyah terlaksana
07. Senantiasa mengingati dan mensyukuri nikmat Allah SWT.

"Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku, tetapi jika aku menyeleweng maka betulkan aku.... " -Saidina Abu Bakar R.A.

Antara Hukum Perkahwinan.

1. Wajib Berkahwin:

Wajib apabila seseorang itu sudah mempunyai kemampuan dan keperluan yang cukup untuk melangsungkan perkahwinan, dan bimbang terhdap dirinya itu daripada melakukan perkara-perkara maksiat, melakukan zina dan segala perkara yang tidak ada cara lain untuk mengelaknya, melainkan dengan pernikahan.


Kerana untuk menjaga dan mengelak daripada berlakunya perkara yang haram adalah wajib, maka tidaklah sempurna semua itu, melainkan dengan mesti berkahwin.

Maka barangsiapa yang bimbang terhadap dirinya dari melakukan perkara yang haram, akan tetapi dalam masa yang sama, tidak mempunyai kemampuan dan keperluan yang cukup untuk melaksanakan pernikahan. Iaitu (kemampuan dari segi nafkah, makan, tempat tinggal dan sebagainya).

Oleh itu, hendaklah bersabar dan berusaha dalam mengawal nafsu ini. Berusaha mengguna dan mencari dengan jalan yang halal, yang dibenarkan di dalam Islam. Bukannya dengan melakukan zina dan segala perkara yang dilarang Allah swt.

Firman Allah swt:



وَلْيَسْتَعْفِفْ الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya. (Surah An-Nuur 33)

Diantara cara untuk menahan syahwat dari terus bergejolak adalah dengan berpuasa. Sabda Nabi saw:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج، فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Wahai sekalian pemuda, barangsiapa yang mampu untuk memikul beban keluarga hendaklah ia berkawin. Sesungguhnya perkawinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu seksual, tapi barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya. (Hr al-Bukhari)

Jika seseorang itu sudah mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin, akan tetapi tidak berkahwin lagi, dan terus melakukan perkara-perkara yang dilarang di dalam Islam. Maka amatlah berdosa hukumnya atas individu tersebut.



2. Sunat Berkahwin:

Adapun bagi sesiapa sudah mempunyai kemampuan dan keperluan yang cukup untuk melangsungkan perkahwinan dan tidak dibimbangi lagi dirinya dari melakukan perkara-perkara maksiat. Maka disunatkan padanya berkahwin, kerana ianya lebih baik daripada tinggal seorang diri, bahkan ia merupakan sunnah para Nabi-nabi as.

Allah swt telah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Firman Allah swt:

وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasang-pasangan, agar mereka mengingati (kebesaran Allah). (Surah Adz-Dzaariyaat 49)


سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لاَ يَعْلَمُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Surah Yaa Siin 36)


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. (Surah Al-Hujuraat 13)


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً


Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (adam), dan yang menjadikan daripada (adam) itu pasangannya (isterinya - hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. (Surah An-Nisaa' 1)


Sabda Nabi saw:

تزوجوا الودود الولود، فإني مكاثر بكم الأنبياء يوم القيامة


Kahwinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak. (Sahih Abu Dawud)

Hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan kepada kita untuk berkahwin.

* Diterjemah dari kitab Fiqh Sunnah karya Sayyid Sabiq dengan beberapa penambahan dan pengurangan. Masih berbaki lagi hukum makruh, haram dan harus yang tidak diterjemah disini. Dan ada dijelaskan dalam kitab beliau.


14 Rejab 1431 H bersamaan 26 Jun 2010 M
Jumaat, 10.58 am. Sana'a, Yaman.

Edit semula: 
28 Rejab 1434 H bersamaan 07 Jun 2013 M
Jumaat, 01.45 am. Terengganu, Malaysia.

Berjabat tangan dengan Wanita bukan Mahram

Pada zaman sekarang, jabat tangan diantara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi, bahkan merasakan malu jika tidak berjabat. Tradisi itu mengalahkan akhlak islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baih dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika salah seorang dari mereka diajak dialog tentang hukum syariat, dengan dali-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai orang kolot, ketinggalan zaman, kaku, ekstrim, dan sebagainya.


Sehingga dalam masyarakat kita berjabat tangan dengan bukan mahram sudah tidak ada perasaan bersalah sedikit pun, padahal perkara ini salah disisi syariat islam. Janganlah kita meremehkan perkara ini.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara' tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut. Sabda Nabi saw :

لأن يطعن في رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له

Sungguh ditusuknya kepala salah seorang dari kalian dengan jarum dari besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Hr At-tabrani)

Hal ini juga termasuk di dalam zina tangan, sabda Nabi saw :

العينان تزنيان واليدان تزنيان والرجلان تزنيان والفرج يزني

Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluanpun berzina. (Hr Ahmad)

Lagi hadis Nabi saw :

ولا والله ، ما مست يد رسول الله يد امرأة قط غير أنه يبايعهن بالكلام

Dan demi Allah, sungguh tangan Rasulullah saw tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai'at mereka dengan perkataan. (Hr Muslim)

Berduaan dengan wanita yang Bukan Mahram

Syaitan amat suka dalam menyebarkan fitnah dan menjerumuskan manusia kepada yang haram. Kerana itu Allah Swt mengingatkan kita dengan Firmannya :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. (An-nuur 21)

Syaitan memasuki tubuh anak adam bagaikan aliran darah. Diantara cara-cara syaitan menjerumuskan manusia ke dalam perbuatan keji adalah khalwat dengan wanita bukan mahram. Kerananya, syariat Islam menutup pintu tersebut, sebagaimana yang disabdakan Nabi saw :

لا يخلون رجل بامرأة إلا كان ثالثهما الشيطان

Tidaklah seorang laki-laki berkhalwat dengan wanita kecuali pihak ketiganya adalah syaitan. (Hr ahmad)

Berdasarkan petunjuk hadis di atas, maka tidak dibolehkan seorang laki-laki berkhalwat dengan wanita bukan mahram, baik dirumah, di pejabat dan sebagainya. Baik dengan isteri saudaranya, dengan pembantunya dan sebagainya.

Yang menjadi masalah pada hari ini, ialah sekelompok masyarakat yang masih lagi meremehkan persoalan ini. Entah kerana terlalu percaya kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Padahal khlawat sangat berpotensi untuk mengundang perbuatan mungkar dan maksiat.

Paling tidak, menjadikan syhawat untuk mengarah ke sana. Kerananya tidak menghairankan, jika semakin banyak ketidak jelasan nasab dan keturunan. Di samping jumlah anak luar nikah juga semakin meningkat.

Oleh itu marilah sama-sama kita mengambil berat tentang perkara ini, jangan kita membiarkan anak-anak remaja kita binasa dengan hubungan yang bebas, tidak mengenal halal dan haram sebagaimana kita melihat masyarakat barat musnah dengan faktor hubungan yang sangat bebas ini, sangat mengaibkan.

Firman Allah swt :

يأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلاَئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ لاَ يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُون مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahriim 6)

Demikian itu juga, janganlah kita menganggap islam itu menyusahkan kita, bahkan setiap yang dilarang itu ada hikmahnya. Islam membenarkan cara untuk bersama, caranya mestilah melalui pernikahan, bukan berkhalwat dan sebagainya. fikir-fikirkanlah...

Renungilah Firman Allah ta'ala yang berbunyi :

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yaa siin 65)