Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Disember 2010

Fitnah Kehidupan.


Hari ini Pintu KEMAKSIATAN jelas terbuka, begitu juga Pintu KEBAIKAN jelas terbuka.
Kekuatan Iman & Taqwa penentunya.

Berbagai ujian fitnah kehidupan harus ditempuhi jua. Perit, letih, susah yang ditempuhi akan dibalas dengan kegembiraan yag kekal disana.

Firman Allah swt : Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (An Naazi´aat 40,41)


Jangan bedukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan – Imam Syafie.

Syurga itu bukan percuma, perlu Sabar akan Ujian dari Allah swt. Fitnah Wanita dan segala hiburan Dunia hari ini amat dasyat. Tak terbayang lagi bagaimana dasyatnya fitnah Dajjal kelak.
(Syurganya, Neraka Allah. Nerakanya, Syurga Allah).

Justeru itu perlunya jiwa ini diisi dengan IMAN & TAQWA yang kuat. Meyakini semutlaknya akan segala Perintah dan Hikmah LaranganNya.

Solat itu perlu didirikan dengan sesempurnanya. (Tidak menangguhkannya, tunaikan di Masjid, jaga Rukun & thuma’ninah) Insya’ Allah jika ia dilakukan dengan penuh kesempurnaan, khusyuk akan dapat menjadi benteng dari perbuatan mungkar. Seterusnya melazimi lidah dengan sentiasa beristighfar, berzikir mengingatiNya dimana jua, Quran dijadikan bacaan harian, fahami maknanya, perbanyakkan amalan sunat, hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu dan jauhi jalan-jalan maksiat. (Penglihatan, perbuatan & pertuturan). Insya' Allah Rahmat & Berkat dariNya akan hadir.

Firman Allah swt dalam hadis Qudsi : Aku menurut prasangka hamba-Ku kepada-Ku, dan aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Bila dia mengingat-Ku pada dirinya maka Aku mengingatnya pada diri-Ku, dan jika dia mengingat-Ku pada suatu kelompok maka Aku mengingatnya pada kelompok yang lebih baik dari mereka. Jika dia mendekat satu jengkal kepada-Ku maka aku akan mendekat satu hasta kepadanya, jika dia mendekat datu hasta kepada-Ku maka Aku akan mendekat satu depa kepadanya. (Hr Bukhari)

Tak salah kita nak mencari kenikmatan dunia selagi mana ianya tidak mlalaikan dari tujuan Sebenar Hidup, tidak melanggar ketetapan Allah & Rasulnya, tidak mngambil cara hidup yang lain dari Islam.

Harta benda, makanan menjadi keperluan Hidup di dunia, perlu berkerja mencarinya. Ianya sebagai bekalan untuk menampung hari-hari hidup kita hinggalah sampai ajal.

Namun bila sampai ajal, bekalan harta & sgala isi dunia ini akan meninggalkan kita. Hanya satu yang akan kekal dan ianya menjadi penentu antara NIKMAT atau AZAB di sana. Iaitu AMAL.

Justeru itu dalam kita mencari keperluan dunia, janganlah dilupai tentang keperluan Akhirat. Tempat sebenar hidup, kekal didalamnya.

Saksikan sama cara hidup kita hari ini tentang mana Halal Haramnya, mana Perintah dan Larangannya. Adakah segalanya sudah menepati cara Hidup Islam yang sebenar, atau sebaliknya. Supaya kita terselamat diakhirat Kelak dan tak merasa rugi bila dibangkitkan.

Saat ini akal kita masih waras memikirkan segalannya. Sama-sama kita manfaatkan masa
Sihat, Senang, Lapang, Muda & Hidup ini sebelum datangya masa Sakit, Susah, Sibuk, Tua & Mati.

Firman Allah swt : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Nahl 97)

Sabtu, 18 September 2010

Hukum Allah penyelesaiannya.


15 Sept - SIBU. Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah. Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi. Mayat bayi yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam itu ditemui seorang peniaga wanita yang kebetulan lalu di lorong berkenaan antara pukul 9 hgga 10 mlm. - Utusan

15 Sept - IPOH. Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas beberapa batang paip di bawah sebuah jambatan di Kampung Cegar, Bidor di sini petang ini. Bayi malang itu ditinggalkan kira-kira 1.5 kilometer dari Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah dan ditemui seorang wanita pada pukul 5.30 petang. - Utusan

15 Sept - KOTA BHARU. Sebuah keluarga yang sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Salor dekat sini terkejut apabila menemui bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan di beranda rumah mereka, hari ini. Bayi seberat 2.5 kilogram itu ditemui oleh Mohssin Sheikh Mohammad, 50, selepas diberitahu oleh anak saudaranya berusia 19 tahun yang terdengar tangisan bayi itu kira-kira pukul 8 pagi. Mohssin yang pulang bercuti di rumah keluarganya di kampung berkata, sebaik sahaja dimaklumkan, dia terus membuka pintu dan menemui bayi perempuan diselimut dengan kain lampin serta tuala diletakkan di atas beranda rumahnya. "Saya mendapati di sisi bayi itu terdapat sebotol susu. Saya kemudian membawa bayi tersebut ke dalam rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Nilam Puri. - Utusan

Semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan, dibunuh kejam. Zina sudah mnjadi perkara biasa, pelbagai bentuk maksiat berleluasa dimana-mana, halal & haram sudah tidak diambil kira, kejahilan makin bertambah, malu sudah tiada lagi, bahkan menunjuk-nunjuk pada perkara yang dimurkaiNya. Undang-undang rekaan manusia tidak dapat mnyelesaikannya. Mungkin suatu masa nanti orang akan bercakap "cukuplah sekadar berzina, anak jangan dibuang, dibunuh". nauzubillah min zaalik.

Bermacam-macam cara difikirkan, diperkenalkan kondom, cawat besi, bank bayi, pendidikan seks, sekolah pelajar hamil, semuanya tidak selesai. Allah swt telah menunjukkan kegagalan undang-undang ciptaan manusia. Namun manusia masih sukar untuk balik pada Allah swt. Masih mempersoalkan hukum Allah, Ingatlah segala harta, pangkat, kedudukan, kaum kerabat & segalanya akan binasa dan dipersoal kembali di mahkamah Allah swt nanti. Bumi dan sagala isinya ini Milik Allah, Dia Maha mengetahui apa keperluan makhluk yang diciptaNya.

Selagi mana Hukum Allah masih dibelakangkan, masih dipilih-pilih untuk dilaksanakannya dan kecenderungan masyarakat yang memberi sokongan. Sampai bila pun kemungkaran ini tidak akan dapat dibendung. (Kelab-kelab malam, pusat hiburan, konsert yang melalaikan, penjualan arak, pil ectasy, video, iklan, cerita berunsur lucah, yang tidak bermoral, pendedahan aurat, pergaulan bebas, curi, rompak, bunuh dan segala pintu kemungkaran lagi).

Saudaraku sekalian. Seandainya kita semua meyakini Islam yang dianuti ini, meyakini dunia ini akan musnah akhirnya, meyakini akn Azab & Nikmat disana. Nescaya Islam yang dianuti ini terasa nikmatnya, bumi yang didiami hadir keberkatan dariNya.

Firman Allah swt : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan mmerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta mmberi zakat, dan meraka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan & perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj 41)

Sabda Nabi saw : Semua kamu adalah pemimpin & semua kamu akan diminta pertanggungjawabannya.

Seorang Imam (amir) adalah pemimpin, dan bertanggungjawab atas rakyatnya.
Seorang suami adalah pemimpin dalam lingkungan keluarganya, dan dia akan diminta pertanggungjawabannya.
Seorang isteri adalah pemimpin dalam rumah suaminya, dan dia akan diminta pertanggungjawabannya.
Seorang pelayan adalah pemimpin dalam harta kekayaan majikannya, dan dia akan diminta pertanggungjawabannya.

Jadi semua kamu itu pmimpin & semua kamu itu akan diminta pertanggungjawabannya. (Muttafaq alaih)

Kita semua akan pulang mengadap Allah mmbawa bekalan masing-masing. Akan dibentang segala amal yang dikerjakan, dari sehalus-halus perkara hinggalah sebesar-besarnya. Justeru itu marilah sama-sama kita menjalani kehidupan dunia ini berpandukan wasiat yang telah ditinggalkan Nabi saw. Iaitu Al-Quran dan SunnahNya, supaya kita terselamat & tidak tersesat selamanya. Sama-sama kita menafkahkan saki baki hidup yang masih dikurniakan ini pada Islam dengan kemampuan yang ada. Alangkah indahnya hidup ini jika disaksikan sama hak-hakNya

Laksanakan Islam pada diri anda, keluarga, sanak saudara, teman-teman & masyarakat amnya, mengikut kemampuan masing-masing. Kita semua menginginkan kebahagiaan, keselmatan didunia & diakhirat.

" Ya Allah! ampunikanlah segala kesilapan, keterlanjuran, kelalaian, kejahilan kami dalam mnjalani khdupan dunia ini, berilah petunjuk kami, tetapkanlah hati2 kami dijalanMu dan dlm mentaatiMu "

" Ya Allah! Aku memohon kepada Engkau akan Syurga dan barang yg boleh menghampirkan aku kepadanya daripada perkataan atau perbuatan dan amalan dan aku berlindung dari Neraka dan apa yg menghampirkan aku kepadanya sama ada melalui perkataan, perbuatan dan amalan "

Sabtu, 3 Julai 2010

Manisnya Iman

Mengasihi Allah swt dan Nabi saw termasuk dikalangan orang-orang yang mendapat kemanisan iman. Sepertimana disebut di dalam hadis :

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ
أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ
وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, Dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, Dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) tidak mahu menjadi kafir setelah Islam, sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka. (H.R Bukhari Muslim)


Syarah Hadis


1. Kasih mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada mencintai yang lain, maksudnya ialah kita mestilah mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kita kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, saudara mara, hatta terhadap diri kita sendiri. Dan selanjutnya kecintaan kita yang mendalam itulah yang mendorong kita untuk berbakti kepada Allah dan Rasul-Nya, seterusnya menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Kita mendahulukan perintah Allah dalam apa jua perkara.

2. Bukan kerana melihat pada harta, kedudukan yang tinggi dan sebab-sebab duniawi. Cinta jenis ini juga adalah cabang dari kecintaan seseorang terhadap Allah. Seseorang jika benar-benar cinta kepada Allah, maka kesan cintanya itu akan mendorong dia untuk suka jika orang tersebut taat kepada Allah, dan sebaliknya dia akan bersedih dan berusaha menegurnya jika rakannya itu melakukan dosa. Ini tidak bererti jika ia mencintai seseorang kerana tujuan selain itu lalu ia terkeluar daripada iman. Hanya saja sebagai bukti kemanisan iman seseorang ialah jika dia cinta kepada seseorang semata-mata kerana Allah, dan jika ia benci kepada seseorang juga adalah semata-mata kerana Allah.

3. Mukmin yang hakiki adalah orang yang tidak ragu lagi bahawa sekiranya dia kembali melakukan amal-amal kufur (dosa) setelah ia insaf dan mendapat petunjuk Allah (taufiq) maka tidak mustahil dia akan dilemparkan kedalam api neraka di akhirat nanti. Oleh sebab itu imannya yang mendalam mencegah dia daripada mengulangi lagi dosa-dosa lampau sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api di dunia ini. Dan sebagaimana kebenciannya kalau dirinya akan dihumban ke dalam api yang bernyala-nyala, begitu jugalah darjat kebenciannya jika anaknya, ibu bapanya, isterinya dan saudara maranya akan dilemparkan kedalam api.

Jika 3 pekara diatas tidak terdapat pada diri kita, ia menandakan tiada kemanisan iman dalam diri kita.

Kemanisan iman ini kita gambarkan sebagai gula yang hilang rasa manisnya, begitu juga dengan garam yang hilang rasa masinnya. Ianya tidak akan membawa manfaat, begitu juga dengan Iman yang tidak ada kemanisan padanya.

Jika benar kamu mengasihi Allah

Firman Allah swt :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li 'Imraan 31)



Ayat ini menyatakan berkaitan kasihkan Allah menjadi suatu perkara yang sangat penting di dalam beriman kepada Allah swt dan juga beriman kepada Rasulullah saw.

Ayat ini menceritakan Allah swt menyuruh umat yang menjadi sasaran dakwah dizaman Nabi saw, iaitu orang-orang musyrikin mekah dan juga golongan ahli kitab. (Nabi saw mengatakan : Jika kamu benar-benar mengasihi Allah maka ikut lah daku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu)

Syarat untuk mendapat kasih Allah swt ialah mengikut Nabi Muhammad saw.

Diantara maksud Allah mengasihi ialah sebagaimana yang disebut di dalam ayat diatas (Maka ikutlah daku) yakni hendaklah kita mengikuti segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Bermula dari mengucap kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, haji, perkahwinan, muamalat dan seluruh aspek kehidupan kita mestilah berlandaskan tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Termasuklah juga dalam mendirikan kerajaan Islam.

Sebagaiman yang dilaksanakan oleh Nabi saw di Madinah. Menjadikan hukum Islam sebagai hukum yang berkuasa memerintah Negara. Kita juga melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh para sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar dalam menunaikan suruhan Allah swt.

Membuktikan keimanan mereka dengan mengikuti Nabi saw untuk berhijrah ke Madinah. Sehingga sanggup meniggalkan tanah air, harta benda serta anak isteri, semata-mata bagi mendirikan Kerajaan Islam.

Dan orang madinah pula menyerahkan tanah air mereka dan harta benda, untuk melihat tertegaknya Kerajaan Islam.

Janganlah kita menjadi golongan yang mengambil sebahagian sahaja di dalam melaksanakan perintah Allah swt dan meninggalkan sebahagian yang lain, sepertimana yang kita lihat keadaan pemimpin pada hari ini. Bahkan yang lebih malang lagi mereka yang menganggap politik itu adalah suku dan agama suku.

Firman Allah swt : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al- Baqarah 208)

Bala yang Melanda

Nabi saw bersabda :

تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله و سنة رسوله

Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi mana kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.


Dizaman yang penuh dengan cobaan dan segala ujian ini, marilah sama-sama kita berpegang teguh dengan dua perkara yang telah dinyatakan oleh Nabi saw, iaitu Al-Quran dan SunnahNya. Supaya kita tidak tersesat dan terselamat dari segala bentuk musibah yang menimpa.

Firman Allah swt :

وَمَا آتَاكُمْ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَاب

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya maka jauhilah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Hasyr 7)

Melihat pelbagai bentuk musibah, ujian dan bala bencana yang menimpa masyarakat hari ini, adalah hasil daripada perbuatan maksiat dan dosa yang dilakukan kepada Allah Swt dan RasulNya. Selain itu juga mendustakan ayat-ayat Allah, mengkufuri nikmat-nikmatNya dan menukarkan kenikmatan itu dengan kekafiran, serta para penguasa dan pembesar-pembesarnya menukar hukum Allah dengan hukum jahiliyah dan kecenderungan masyarakat memilih serta mengikuti tradisi nenek moyang dengan ajaran sesatnya yang bertolak belakang dari hidayah dan Sunnah Rasulullah saw.

Allah swt menerangkan di dalam Al-quran berkaitan sebab datangnya musibah, bala bencana. Diantaranya :

Allah swt berfirman:

وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَى حَتَّى يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولاً يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَى إِلاَّ وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ

Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim. (Al-Qasas 59)

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (Al-Israa' 16)

وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ إِلاَّ نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا كَانَ ذَلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا

Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz). (Al-Israa' 58)

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (Asy-Syuura 30)

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan. (Al-Nahl 112)

أَلَمْ تَرَى إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُوا نِعْمَةَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّوا قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ ، جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا وَبِئْسَ الْقَرَارُ

Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?

(Iaitu) neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahannam. (Ibrahim 28,29)

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya. (Ar-Ruum 9,10)

(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)". Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.

(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim. Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. (Al-Anfaal 49-55)

Demikianlah diantara ayat-ayat Allah yang menerangkan sebab-sebab datangnya musibah dan bala bencana.

Justeru itu, marilah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan, dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Firman Allah swt : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim 7)

Akhirnya, renungkanlah Firman Allah Swt berikut :

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raaf 96)