Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan

Rabu, 16 Ogos 2017

Marahkan Anak?

1. Jangan ketika terlalu marahkan anak, lalu kita fikir kita boleh buat apa sahaja kerana anak itu masih kecil dan tidak akan melawan.

2. Marahlah dengan kadar yang sepatutnya, tidak sampai rasa serabut dihati, dan dengan niat yang betul.

3. Ingat, kerana anak itu akan membesar, dan kita akan tua, bimbang terjadi balik dibuat kepada diri kita pula apabila mereka sudah remaja dan dewasa.

- Muhasabah Bersama.

Ahad, 6 Ogos 2017

Ibubapa Yang Menghantar Anak ke Sekokah Agama.

Sudah pasti semua ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah Agama dengan harapan besar adalah agar pandai Ugama, menjadi ustaz di dalam keluarga mereka sendiri dan pemimpin umat, walaupun ibubapa itu sendiri jauh dari Agama. Namun ada beberapa halangan besar untuk kejayaan tersebut. Halangannya apabila ibubapa sendiri dengan rutin kebiasaannya selalu melakukan perkara yang berbeza serta berlawanan dengan apa yang dipelajari anak-anak mereka disekolah. Justeru hal ini sangat besar cabarannya kerana semua ini berbalik kepada soal kebiasaan dan apa yang telah biasa dilihat ketika dirumah dan bersama ibubapa mereka.

Disetiap kali anak-anak pulang, mereka melihat banyak hal bertentangan dengan apa yang mereka pelajari di sekolah. Contoh ustaz menceritakan kewajipan solat dan menutup aurat, namun apabila pulang ibubapanya tidak solat dan tidak bertudung. Maka kepala anak-anak menjadi pening, celaru, buntu, pelik, nampak Agama ini main-main, dan hilang kecenderungan semangat untuk beramal, dan menyampaikan Agama.

Ibubapa, dalam masa yang sama kena seiring berusaha dan bersedia untuk berubah. Memahami sebaiknya apa yang dimahukan dari anak-anak dalam mengharapkan pandainya Agama, dengan demikian barulah terhasil untuk membentuk anak benar-benar menjadi seorang alim serta faqih di dalam keluarga dan menjadi ikutan masyarakat.

Dari sewaktu saya belajar dahulu lagi saya sentiasa fikirkan, justeru pentingnya pertabiyahan keluarga dan keturunan dengan baik-baik. Ia untuk kesan yang terbaik buat anak. Apapun berjaya menghantar anak ke sekolah Agama itu sudah satu kebaikan besar. Tahniah.

Peringatan ini untuk saya juga.

Jumaat, 3 Mac 2017

Ingat Anak Itu... .

Anak itu antara anugerah, nikmat dan hiburan dari Allah, juga ujian dan aset akhirat kelak.

Agar dirinya beroleh kejayaan, dan ia kejayaan kita juga menjadi qurrotu a'yun didunia dan sebagai bekalan selepas kematian nanti.

Perlu dididik dengan Agama, dan sudah tentu ibubapa perlu mempunyai ilmu, dan mengamalkan ilmu.

InshaAllah terbina zuriat yang soleh. Semoga kita semua kuat berhadapan ujian dalam mendidik diri serta anak-anak, lagi-lagi dizaman yang dasyat fitnah ini.

Sabtu, 13 April 2013

Anak, bebaskan dengan yang Halal.

 

1. Marilah kita bebaskan mereka dengan yang halal. Suatu masa pernah ketika saya keluar ke pasaraya bersama pelajar-pelajar Tahfiz sekolah saya. Bila melihat dengan bermacam hiburan, pakaian anak muda tiada malu, suasana islamik yang jauh, janggal dan malu dengan suasana yang ditetap Agama, dan lagu-lagu yang diperdengarkannya. Melihat ragam sebahagian pelajar-pelajar seolah-olah sedang diberi cuti keluar dari penjara, nampak terzahirnya berbagai reaksi mereka akan betapa ketagih dan dahaganya kebebasan yang jauh dari Agama itu. Seolah itu rutin dan menjadi kepastian rutin bila berada diluar sekolah. 

2. Hiburan itu tidaklah hanya salah. Agama itu tidaklah juga sekadar dalam kefahaman lingkungan beribadat dan mempelajari Agama. Ia juga merangkumi dan meraikan fitrah dijadikan manusia itu. Kita mestilah jelaskan yang haram dan halal. Kefahaman Agama sejelasnya. Mudahkan dan luaskanlah yang halal. Susahkan dan sempitkan yang haram. Yang halal itu begitu banyak dan luas. Marilah kita berfikir dan berusaha untuk biarlah mereka bebas dengan hal yang halal.


 

3. Dasyatnya fitnah pada hari ini. Yang beramal dengan Agama dirasa dirinya yang salah. Sedang yang meninggalkan Agama merasa dirinya adalah yang betul. Sahabat, biarlah kita bersama yang pertama. 

4. Untuk muhasabah bersama. Sebagai seorang guru disekolah, ibubapa dirumah dan bersama memberi sokongan pada yang berkehendak untuk terbinanya nilai-nilai Islam yang telah dinyatakan Al-Quran dan As-Sunnah untuk masyarakat dan negara kita ini. Sama-sama kita usaha biar luas, mudah dan bebaskan dengan yang halal. 


03 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 14 April 2013 M 
Ahad, 09.00 am. Perak, Malaysia.