Memaparkan catatan dengan label Pesan-memesan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesan-memesan. Papar semua catatan

Rabu, 23 Disember 2015

Pesan-memesan Hidup (10)

Beza ilmu, persediaan yang dibuat dan kesanggupan untuk berkorban. 

Setiap perjalanan waktu hidup kita semua pasti sama berlalu tempoh demi tempohnya, cuma hanya ada yang awal laluinya dan ada yang lewat laluinya. Ada yang awal memasuki alam perkahwinan dan ada yang lewat, ada yang cepat punya anak dan ada yang kemudian, ada yang senang mendapat kerja dan ada yang susah, begitulah hal lain lagi dalam semua urusan perjalanan kehidupan kita. Namun apa perbezaan kebaikan dan keuntungan untuk kebaikan dunia dan akhirat kita ialah apabila seseorang itu mempunyai ilmu, membuat persediaan awal dan sanggup berkorban hadapi ujian dan cabaran. Contoh terdidiknya anak seseorang itu lain dengan cara kita apabila kita punya ilmu, persediaan sebaiknya dan sanggup berkorban hadapi ujian hasil pengetahuan yang kita ambil tahu dahulu dan usaha untuk kearah yang lebih baik dan cemerlang dalam meraih kebaikan dunia dan akhirat. Justeru untuk hasil yang lebih baik, tambah ilmu dengan pembelajaran, pembacaan, pengajaran hidup sekeliling, buang ego dan buat persediaan sebaiknya untuk kita menunjukkan contoh yang paling terbaik dan untuk kita membuktikan yang baik itu sebenarnya mampu dilaksanakan. Dan barulah kita punya bukti, pengaruh dan tauladan yang tepat yang sebenarnya untuk insan lain. Dan yang sudah kedepan melaluinya hendaklah dibuang ego dan kita saling merebut untuk perbaiki mencari yang terbaik lagi kearah menyahut perintah Allah swt. 

Dakwah tanpa celaan, yang buruk tetap dibalas buruk. 

Hari ini ramai sebahagian besar termasuk para pelajar agama suka menggunakan uslub dakwah dengan celaan, apatah lagi yang jahil, katanya islam juga mengajar kita tegas dan keras, namun kita lupa keras dan tegas islam padahal bukan seperti kita. Ada yang mengganggap kerana benarnya manhaj atau kumpulan mereka, maka apa sahaja sebarang celaan adalah baik dan beroleh pahala. Katanya juga islam bukan sekadar berlemah lembut namun juga tegas, namun kita lupa hingga kita sukar berlemah lembut. Kita juga kadang hingga membenci batang tubuh dan tidakkah keburukan yang patut dibenci, tiada suka dan benci kerana Allah. Kita juga katanya dalam nada lain mesej yang berbentuk kekerasan itu tujuannya adalah agar supaya sedar dan insaf, namun kerap mesej kita apabila diuji seolah jauh perbezaan dari maksud yang diajak agar insaf tersebut. Dakwah kita dakwah atau dendam dan dengki. Jika musuh sakit kerana kita melakukan kebaikan dan kepada Allah, maka kita hanya sakit adalah apabila yang dikatakan musuh itu berkait dengan melakukan keburukan dan ajak kepada dosa dengan tanpa kita melakukan dosa juga. Elakkan mengambil masa dan melayan dengan sindirian dan labelan yang sama kita seperti mereka. Andai sekiranya pilihan celaan kita mahukan, sebenarnya jauh untuk menarik orang untuk berubah, bahkan menguji diri kita juga suatu hari nanti dengan sebab bentuk celaan dan sindiran yang kita katakan pada orang lain walau untuk berdakwah, kerana agama tidak mengajar caranya sebegitu dan juga memberi ancaman. Cara kita yang salah tetap dibalas. Kita kata nak dakwah tapi cara buruk tetap dibalas buruk. Akhirnya jangan lupa doa dan balas keburukan dengan kebaikan, ingat cari keikhlasan dan kumpul bekalan untuk kematian. 

Lalui dengan ilmu dan tindakan. 

Setiap kita melalui satu tahap demi tahap dalam lumrah kehidupan, dalam sesuatu perkara yang ingin dilalui sudah pasti kita mencari panduan, peringatan, dan bermacam bantuan. Maka semua perkara hendaklah berusaha dengan pengetahuan dahulu, apatah lagi dizaman yang serba senang dan lengkap untuk dicari, hanya sekadar berkorban masa dan memaksa diri membaca. Contoh seperti seorang yang ingin berkahwin, buatlah persediaan dengan bersungguh mencari buku panduan agama akan apa yang patut dan perlu dibuat bermula dari a sehingga z, atau bertanya dan menghadiri kuliah dan seminar khas, lalu barulah kita lalui dengan penuh ilmu dan keyakinan, bukan sekadar hanyut, khayal dan gopoh dengan keseronokan perkahwinan sahaja. Begitu juga contoh waktu tiba menunggu cahaya mata pertama, buatlah persediaan seperti perkahwinan juga, dan juga segala sudut hal dalam hidup kita. Agama telah mengajar dan menjelaskan segalanya. Untuk kebaikan dunia dan akhirat. Usah hanya soal persediaan dunia kita ambil tahu, dalam masa yang sama apa tuntutan dan sunnah agama kita lupa dan tidak tahu.


23 Disember 2015.
Rabu, 5.00 pm. Ipoh, Perak.

Sabtu, 13 Disember 2014

Pesan-memesan Hidup (9)

Bila Melihat Orang Mendapat Ujian | Sangatlah penting reaksi kita apabila melihat orang mendapat ujian. Reaksi tindakan kita sewaktu tersebut sangat menguji keadaan kita disuatu masa nanti tatkala diuji Allah ujian-ujian lain dan seperti itu juga. Maka hendaklah kita mendoakan kepadanya, berdoa untuk diri kita, teliti akhlak dan setiap kali melihat ujian Allah di sekeliling kita maka andaikanlah ujian tersebut pastinya juga dilalui kita juga pada satu masa nanti. Apa respon dan pilihan tindakan kita terhadap orang lain adalah pilihan balasan buat kita juga.


Dalam Berusaha | Terus langkah kedepan dan akui untuk menerima cabaran perubahan hakikat realiti kekurangan sedia ada. Gopoh, memaksa yang mustahil, menafikan yang harus, melampau dan berlebih-lebihan menyebabkan kita gagal dan tidak mampu jua akhirnya. Lalui fitrah kita sebagai insan dengan perasaan, kehendak dan jiwa yang normal dengan ukuran Sunnah Agama.


21 Safar 1436 H bersamaan 14 Disember 2014 M 
Ahad, 11.45 am. Ipoh, Perak.



Sabtu, 11 Oktober 2014

Pesan-memesan Hidup (8)


Gembira dengan solat atau dunia? 

Saat hidup ini yang masih dapat kita jalani adalah kerana kurniaan Allah akan perasaan gembira yang memberi semangat kepada kita untuk meneruskannya. Semua orang merasai kegembiraan dari hasil usaha yang berbeza-beza kita lihat. Kita gembira dan mari kita menilai kegembiraan kita sejenak. Adakah kita lebih gembira dengan hasil demi hasil dunia yang kita raih melebihi dari perasaan gembira dalam menunaikan hak dan kefardhuan Allah kepada kita? Adakah kita lebih gembira menunggu-nunggu waktu hasil keuntungan dan kenikmatan dunia yang bermacam-macam dari apa yang diwajibkan Allah? Adakah kita lebih gembira dalam melaksanakan kerja-kerja dunia melebihi dari kefardhuan Agama kita? Adakah solat dan amal ibadat kefardhuan dan sunat kita menjadi sekadar adat yang disetkan dan waktu-waktu ketika susah. Jika demikian, maka perlu kita sama-sama bermuhasabah agar kecintaan dunia kita tidak melebihi dari tuntutan yang sebenar. Kita perlu sama-sama bermuhasabah agar Solat lah yang sepatutnya menjadi sesuatu urusan yang ditunggu-tunggu kita mengecepi rasa kegembiraan. Kita perlu sama-sama bermuhasabah agar kita tidak teralpa dengan nikmat yang sementara sebenarnya ini. Sampai kita tidak merasa apa-apa kegembiraan dengan amal kewajipan kita, sentiasa pula merasa malas, terbeban, menangguh-nangguh, gopoh, dan sebagainya. Kita terleka dengan nikmat-nikmat Allah. Kita lalai dengan keseronokan dunia. Kita ingat nikmat, tapi lupa yang memberi nikmat. 

Kita pasti juga akan dapat apa yang dibuat. Namun adakah sempat kita lihat? 

Hasil hidup ini ialah kita dapat apa yang kita buat. Dan kita juga mengharap segala tanaman kebaikan kita ada hasilnya nanti. Demikian itu yang kita harapkan, namun mari sama-sama kita berfikir sejenak andaikata kesempatan melihat hasil itu tidak sempat semasa hayat kita. Sedang kita punyai banyak masa, tenaga dan segala kemampuan telah disia-siakan. Sesungguhnya sangat rugilah kita.

Hidup ini berpusing ujiannya. 

Hidup ini berpusing ujiannya. Hari ini mungkin kita diuji, esok mungkin orang lain pula. Hari ini mungkin orang lain dan esok giliran kita pula. Begitulah ditetapkan Allah untuk menguji hamba-hambanya. Selalulah mengingati Allah dalam ujian yang menimpa diri kita dan sesiapa sahaja. Agar kita dapat hadapinya dengan hati yang masih kuat berpegang kepada Allah, tidak sombong dan tidak berputus asa dalam ujian yang diberi. 

Timbul masalah baru mencari Agama? 

Agama datang menyelesaikan masalah. Dan ia pedoman dan dan jalan bagi kita hingga mati. Ia terkandung dalam kitab mukjizat Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Justeru perlu sentiasa kita merujuknya. Jangan apabila timbul masalah barulah kita mencari apa nasihat Agama, bahkan sepatutnya hendaklah setiap segala keputusan dan tindakan yang ingin dibuat, kita cuba usaha serajinnya mencari dahulu apa kata Agama mengenainya, bukan buat dahulu dan baru cari Agama. Kerana Agama itu adalah panduan kebaikan dunia akhirat kita. Mari kita sama-sama bermuhasabah dengan cuba bermula menilai tindakan harian kita dengan kata Allah dan Rasul dahulu. 

Harapan kita kepada orang lain adalah harapan kita untuk diri kita. 

Agama datang membawa harapan. Rahmat Allah begitu besar mengatasi segalanya, demikian dihasut sebolehnya syaitan manusia ini agar berputus asa dengan Allah SWT. Begitulah kita dengan harapan kita sendiri yang kita berikan kepada orang lain. Semakin mengecil dan sempit harapan kita terhadap orang lain, sebenarnya telah menyebabkan semakin kecil dan sempit fikiran dan keuntungan lain untuk masuk dalam jiwa kita. Apabila kita biasa terlalu cepat seperti membuat satu ‘lebel, keputusan, hukum atau satu cara fikir disetkan’ seseorang itu dengan kata putus pendirian kita kerana tidak selari dengan kehendak jiwa kita. Maka itu juga adalah harapan untuk diri kita dari segala apa yang kita harapkan dalam matlamat kehidupan dunia dan akhirat kita. 


16 Zulhijjah 1435 H bersamaan 11 Oktober 2014 M 
Sabtu, 3.15 pm. Ipoh, Perak.

Sabtu, 31 Mei 2014

Pesan-memesan Hidup (7)

Gurauan seorang Ayah. 

Semua ingin gembira, kegembiran yang akan dirasai itu apabila dari perasaan saling memahami yang terbit dalam jiwa seseorang. Kadang ada seseorang suka bergurau dengan bersembang dan bertanyakan sesuatu yang seolah tidak diketahui dan difahami sesuatu perkara itu. Sedang semua itu hanya gurauan untuk melihat tindak balas kita, karenah dan jawapan yang keluar dari mulut kita. Riak muka dan kelakuan kita. Semua itu sebenarnya menjadi point kegembiraan baginya. Demkian andai kita berhadapan dengan situasi tersebut, usah menjadi terlalu terlebih emosi. Tidak terlalu lebih dan kurang. Railah dan fahamilah. 

Ulama’ yang disayangi. 

Kita melihat orang-orang hebat ilmu Agamanya, beramal dan berkorban melaksanakannya. Mereka disayangi, dihormati dan dikunjungi ramai hingga hari kematiannya. Mereka disayangi dan dirindui kerana sentiasa tidak putus-putus menyampaikan ilmu. Perasaan sayang yang dirasai seseorang adalah dari kesan penyampaiannya dalam memberi inspirasi, panduan, teguran, semangat dan kesedaran Agama dalam diri seseorang. Memberi kesan yang besar dalam hidup seseorang. Seseorang yang bila benar-benar mendengar, membaca, menghayati dan mengamalkannya. Maka dari situlah hadir rasa kecintaan dan kesanjungan atas sumbangannya yang besar dalam menyampaikan ilmu. Mereka tidak diminta disanjungi dan dihormati. Namun pengorbanannya menyebabkan orang ramai merasa cinta kepada beliau. Menolong seseorang dengan memberi nasihat dan menyampaikan risalah Agama. Itulah pertolongan yang besar, kerana ia merangkumi soal hajat dan panduan didunia dan untuk akhirat.

 

 


Biar orang senang ketiadaan Kita. 

Maksudnya bukan orang senang ketiadaan kita kerana keburukan kita. Namun biarlah orang senang walau ketiadaan kita diwaktu sedang orang sangat memerlukan kita. Ini adalah fokus kepada soal pekerjaan. Setinggi dan sehebat mana tahap pengorbanan dan kebajikan kita, maka sebaliknya juga yang akan diperolehi kita nanti. Sejauh mana kita memberi manfaat dan menyenangkan orang? Atau tanpa disedari akhlak tutur bicara dan tingkah laku kita telah menyusahkan orang lain sebenarnya. Mari kita melatih untuk beramanah dan berdisiplin dengan tanggungjawab kita.

 

Mendidik umpama menjaga Bara Api. 

Dalam waktu kita mendidik dengan kerap menyuruh, kerap tunjuk ajar, kerap pujian, saling mengerjakannya, pantau dan ambil tindakan. Kita umpamakan seperti bara api. Untuk dihidupkan bara api memerlukan usaha yang letih terlebih dahulu, kemudian apabila telah berhasil baranya, perlu dijaga rapi. Lalu teruskan tiup dan terus tiup hinggalah menyala marak dan marak lagi api. Begitulah pelajar, selalu pantau dan apabila melihat kebangkitan kesungguhan mereka, terus bakarkan lagi semangat mereka. Demikian juga apabila bara mula berkurang? Perlu ditiup kembali. 

Ada pelajar yang minat pada cikgu? 

Kawal masalah demikian melalui akhlak kita. Ia dengan cara ucapan dan tingkah laku kita. Biar mereka rasa yang seorang guru bukan seperti yang difikir oleh mereka. Tegaskan dengan ilmu. Biar terdapat beberapa sudut yang menyebabkan mereka rasa tidak suka dengan cara kita, yang sebenarnya sudah pasti untuk kebaikan. 

Pelajar tarik muka, keras kepala dan tak fokus kerana cikgu kurang perhatian kepadanya? 

Alhamdulillah, cuba fokus kepada semua dan abaikan pelajar-pelajar yang tetap berdegil. Itu perkara biasa. Abaikan dan teruskan tujuan utama kita menyampaikan ilmu. Kebalkan hati dan teruskan dengan teknik berbentuk info dan penerangan yang banyak. 

Akhlak seorang guru? 

Sudah tentu tingkah laku seorang guru mesti lebih segala-galanya. Ada waktu boleh sebenarnya walau kerap dilayan budak-budak dan mesra dengan mereka. Namun jangan sampai terikut rentak mereka. Ada prinsip Agama yang tertentu walau sukar bagi diri kita juga. Yang salah dan silap dari mereka tidak dituruti. Seolah sama tahap perangai kita. Benarkan yang benar. Guru tidak terpengaruh dan punyai pandangan ‘hebat/mulia/gerun’ dimata pelajar dengan cara yang sangat berakhlak, iaitu menepati galakan dan saranan Agama. 


1 Syaaban 1435 H bersamaan 31 Mei 2014 M 
Sabtu, 10.35 pm. Ipoh, Perak.

Khamis, 16 Januari 2014

Pesan-memesan Hidup (6)


Jangan menghina orang lain atas kesalahan mereka.

Kita mungkin terlepas pandang, dengan membiarkan nafsu kita mencela seseorang muslim yang lain kerana dosa yang dilakukan olehnya. 

Sedang agama melarang hal yang demikian. Diriwayatkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;


لا تُظهر الشماتة لأخيك؛ فيرحمه الله ويبتليك
Janganlah kamu mencela saudaramu (atas kesalahannya) boleh jadi dia dirahmati Allah (diampunkan kesalahannya) lalu Allah menguji kamu pula (melakukan kesalahan yang sama). [Riwayat al-Tirmidzi]

Imam Al-Tirmidzi juga ada mengeluarkan hadith lain yang sama maksudnya yang menyebut bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;

من عير أخاه بذنب لم يمت حتى يعمله 
Barangsiapa yang menghina saudaranya kerana dosa yang dilakukan maka dia tidaklah akan mati sehingga dia melakukannya pula.

# Hadith yang disebutkan di atas adalah didhaifkan oleh sebahagian ulama hadith. Namun pelajaran dan maksud hadithnya adalah disepakati sebagai sahih disisi agama. 

# Ada orang berbuat dosa bukanlah kerana mereka jahat, ada orang tidak membuat dosa pula bukanlah kerana mereka baik. Allah yang berhak mengadili bukan kita. - Ustaz Emran Ahmad


14 Rabiulawal 1435 H bersamaan 16 Januari 2014 M 
Khamis, 10.00 pm. Ipoh, Perak.

Selasa, 15 Oktober 2013

Pesan-memesan Hidup (5)

Manfaat nikmat dan cari yang halal:


 

Kita perlu lihat dan manfaatkan minat, kerja dan kesukaan kita yang halal. Yang ada manfaat untuk dunia dan akhirat kita. Fokuskan dan usahakan betul-betul apa yang kita minat itu sewaktu usia muda lagi. Usah bazirkan masa yang ada. Jangan dibazirkan peluang "sihat, senang, muda dan sibuk dengan hiburan memanjang dan soal cinta, couple yang menghanyutkan dan merugikan masa kita tanpa tujuan". Ada ungkapan yang berbunyi: "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu hidup selamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu mati esok hari." "Akhirat diutamakan, dunia dimanfaatkan". 

Cinta tanpa tujuan:


   

Perasaan cinta itu adalah nikmat dari nikmat-nikmat Allah kepada kita. Dari kebenaran perasaan cinta yang dirasa dan diungkap itu jika difahami sebaiknya, ia bukan dengan contoh perilaku yang bebas dengan sentuhan, luahan, gurauan dan perkongsian sebebasnya diruang media seperti sekarang ini mahupun diluar sana. Itu semua hanya kelalaian yang telah menipu kita, itu ujian nikmat muda. Itu antara fitnah dan ujian dunia. Sampai masa yang sebenarnya, usahalah ia, pasti ada jodohnya. Tak usah dibimbangi dan dirasa tiada orang berkenan pada diri. Cinta itu akan buta tanpa bimbingan Agama. 

Tanda benar perasaan dan ungkapan cinta, kasih dan sayang kepada suami dan bakal suami kita ialah tidak membenarkan kemanjaan, kecantikan, bentuk badan dan keayuan kita suka menjadi tatapan dan perkongsian bebas dan umum semua lelaki di ruang media ini. Orang lain memuji-muja, bergurau luahan manja dan bebas melakukan apa sahaja. Dan berbagai lagi fitnah pandangan lelaki dan fitnah lain akan terjadi. Marilah kongsikan kegembiraan menurut panduan Agama. Syariat itu indah dan selamat.

Tanda benar perasaan dan ungkapan cinta, kasih dan sayang ialah tidak membenarkan kemanjaan, kecantikan, bentuk badan dan keayuan orang yang kita suka menjadi tatapan dan perkongsian bebas dan umum semua lelaki di ruang media ini. Orang lain menatap, memuji-muja, bergurau luahan manja dan bebas melakukan apa sahaja. Dan berbagai lagi fitnah lain dan akan terjadi. Marilah usaha kembali kongsikan kegembiraan menurut panduan Agama. Syariat itu indah dan selamat.

Marilah kita mencari ilmu yang bermanfaat dengan bersungguh-sungguh. Cari rezeki dengan bersungguh. Cepatkan perkahwinan dan manfaatkan nikmat-nikmat hidup ini untuk Islam. Muhasabah bersama terutama buat diri saya.


Tugas hanya terus memberi peringatan:


    

Bila kita memberi sesuatu peringatan, kadang kita memikir nanti ada orang jahil yang menjadikan ia satu permainan dan alasan untuk melakukan lagi dosa. Kadang kita sibuk fikir dengan ungkapan yang biasa didengari ‘betul ke ikhlas, di bukan ikhlas pun, dia buat sekadar syarat sahaja dan sebagainya lagi’. Sebenarnya cukup kita hanya memberitahu hadis-hadis peringatan, kelebihan dan ancaman yang sudah cukup memadai untuk difahami dan bertepatan dengan keaadaan seseorang itu. Selebihnya sangka baik. Andai ada kata buatlah dosa, nanti dapat diampunkan juga dosa juga, diampunkan juga yang lepas dan akan datang. Abaikan, kerana hakikat perlaksanaan ibadah itu ada hubungan, kekuatan dan pengetahuan tersendiri seseorang itu dengan Tuhannya. Andai dia benar-benar ikhlas atau mempermainkan. Allah lebih Maha Mengetahui dan Maha Adil. 

Jangan sombong dan usaha dengan niat yang baik:


 

Usaha dan kehidupan yang baik hari ini belum tentu selamanya, hanya Syurga tempohnya berkekalan. Silih berganti pasti terjadi, ia ujian menguji Keimanan. Keburukan dan kelemahan orang dahulu boleh juga berubah, antara kekuatan usaha dalam 'ujian' yang tidak kita ketahui. Kelak bagaimana keadaan yang tidak pasti. Ujian berat yang hanya beberapa saat boleh terjadi dapat merubah segalanya dan menyebabkan kita tersungkur jatuh kembali. Ingat Allah dan awasi tiap percakapan dan perbuatan kita selalu. Tugas kita hanya saling mengingatkan. Untuk tujuan kebaikan. Sama-sama jauhi dan kawal diri dari tujuan selainnya. Iaitu umpatan, dengki, hinaan, celaan peribadi, sebar aib, merendahkan orang, dan menafikan kebenaran dan kebaikan orang. 

Kata-kata:

 أصلح نفسك وادع غيرك 
Baiki diri kamu dan serulah orang lain.

 أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم علي أرضكم 
Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegak ditempat kamu. 

P/s: Sila ikuti diPage Fb saya untuk perkongsian peringatan dan muhasabah bersama. 


11 Zulhijjah 1434 H bersamaan 16 Oktober 2013 M 
Rabu, 11.45 am. Terengganu, Malaysia.

Pesan-memesan Hidup (4)

Segala pujian yang tidak putus hanya kepada Allah yang mengurniakan segalanya kepada kita. Marilah kita terus sama-sama berusaha memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya. Tiada apa-apa kerugian hidup selagi mana Allah SWT masih memberi ruang untuk kita hidup. Kita masih boleh berubah dengan usaha untuk menjadi hamba yang berjaya dunia dan akhirat.



Doa, berharap kepada Allah: 

Nikmat hidup yang dikurniakan, pastinya dengan ujian. Para Nabi-nabi dahulu telah dan lebih berat lagi ujiannya. Mari kita lihat, hayati dan amal ungkapan ayat dan maksud tersirat dari doa-doa para Nabi-nabi ketika waktu dalam ujian. Antaranya:

Doa Nabi Ayub ketika ujian sakit:



Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Surah Al-Anbiyaa' 83) 

Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan:


Dan (ingatlah kisah) Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap (yang dimaksud dengan keadaan yang sangat gelap ialah didalam perut ikan, di dalam laut dan di malam hari). “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Anbiyaa' 87) 

Doa Nabi Zakaria untuk zuriat:



Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai keturunan yang mewarisi), dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (andaikata Tuhan tidak mengabulkan doanya, yakni memberi keturunan, Zakaria menyerahkan dirinya kepada Tuhan, sebab Tuhan adalah waris yang paling baik).” (Surah Al-Anbiyaa' 89) 

Doa Nabi Musa ketika susah:

“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir.” (Surah al-Qasas 24) 


Janji Allah dalam kehidupan ini:



Syukur: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Surah Ibrahim 7) 


Zikir: “Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu.” (Surah Al-Baqarah 152) 


Doa: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” (Surah Ghaafir 60)


Istighfar: “Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfaal 33)


11 Zulhijjah 1434 H bersamaan 16 Oktober 2013 M 

Rabu, 07.50 am. Terengganu, Malaysia.

Sabtu, 27 Julai 2013

Pesan-memesan Hidup (3)

Bukti hidup ini hanyalah sekejap. 




Betapa ramai yang telah mati dari keturunan keluarga kita sendiri, saudara-mara, teman dan setiap manusia di bumi ini. Yang telah lama pergi meninggalkan kita, sudah berapa puluh dan ratus tahun mereka tinggal dialam kubur sana. Masa mereka telah lama jauh pergi mendahului kita. Mereka dahulu hidup seperti kita. Kita didunia ini ada yang masih kecil, remaja dan tua pun paling lama lima puluh hingga lapan puluh tahun. Mati dengan sakit dan berbagai kejadian. Begitulah kita juga pasti kesana. Hidup kita bukan lama sangat dan selamanya didunia ini. Marilah sama-sama kita selalu menyedari hakikat ini. Kehidupan dunia hanyalah sekejap sahaja sebenarnya. Banyakkan bekalan, dan berusaha menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah didunia ini. 

Ujian hidup ibarat semak di hutan.

 

Kehidupan yang dilalui semua orang pasti ada ujian-ujian yang sentiasa hadir. Ujian itu umpama semak dihutan, jika kita berusaha untuk menebasnya, pasti selepas itu kawasan tersebut amat indah dan sedap mata memandang. Selesa dan baru nampak apa yang ada dihadapannya sebenarnya. Dan berbagai keuntungan baru dapat dirasai. Andai semak itu dibiarkan, lama-kelamaan ia makin panjang tumbuh, berserabut dan menyebabkan makin berat dan banyak kerja (ujian) yang perlu diredahi. Dan ujian itu sentiasa tumbuh juga walau semak yang telah acap kali kita tebas dan potong itu. Dan ia akan kembali tumbuh juga walau dibiarkan. Begitulah perumpamaan (ujian) masaalah hidup dalam kehidupan ini hingga mati. Ujian yang pasti akan terjadi. Tidak boleh dibiarkan, mesti sentiasa terus kuat berusaha menghadapinya. Ditebas yang lama, tumbuh yang baru pula. Dan berbagai kerenah dan perbezaan itu menjadikan kita semakin matang menerima dan bersabar dalam hakikat yang sementara ini untuk hasil yang indah sentiasa diiringinya dan yang pasti diakhirat kelak. Aamiin. 

Hasil mengikut kerajinan semasa belajar.


 

Kita buat yang baik dan terbaik, pasti kita akan dapat yang baik dan tebaik. Begitulah jika kita semasa belajar berusaha dengan tekun dan bersungguh. Pasti hasilnya kelak menguntungkan. Sebagai guru, contoh andai saya sendiri ketika belajar benar-benar fokus dan rajin. Pasti saya dapat menyampaikan ilmu tersebut untuk tahap orang-orang yang lebih tinggi. Andai sekadar bersahaja dan banyak bermain ketika belajar, maka tidak dapat untuk menyampaikan ilmu itu kepada tahap yang lebih tinggi. Mungkin ia sesuai kepada peringkat taska, sekolah rendah dan menengah. Ini bukan bemaksud tidak bagus dan merendahkan nilai kerja. Tapi ini sebagai kata semangat yang saya ingin ajukan kepada adik-adik diluar sana dan kepada murid saya sendiri disekolah. Namun masa yang terus berputar ini, jika kita tetap terus usaha bersungguh mengikut syarat untuk berjaya, pasti mendapat hasil yang sama. Semuanya kerana untuk kebaikan dunia, mencari dan menikmati apa yang halal dikurniakan Allah dan menunaikan kebajikan kerja untuk akhirat yang pasti ada hasil balasannya kepada kita semua walau kecil. Mencari kejayaan dunia untuk kejayaan akhirat. Kejayaan akhirat yang selalu menjadi pengawasan kejayaan hidup kita ini. Kerana kejayaan kita didunia ini tidak kekal selamanya dan akan menghadapi exam sekali lagi diakhirat nanti. Ada hasil yang sangat lagi indah dan membimbangkan disana. 

Kenapa ramai ibu bapa menyusahkan soal perkahwinan?


 

Kahwin satu fitrah dan sunnah yang sangat dituntut. Kenapa ramai ibu bapa memahalkan anak perempuan untuk dikahwini. Ianya menyalahi saranan agama dan berbagai alasan lain yang dikemukan sangat perlu ditolak kerana melihat keadaan keruntuhan akhlak yang tidak dapat dikawal sekarang ini. Islam agama yang selamat dan sempurna. Marilah mengikuti sunnah. Kenapa kita sangat memberatkan perlaksanaan pernikahan? Kenapa kita menampakkan pernikahan itu memerlukan peruntukan yang besar? Maharnya yang tinggi, persiapan, jamuan dan segala upacaranya. Janganlah sibuk menandingi pandangan dunia. Jauhilah pembaziran. Malang lagi upacara persandingan yang menjadi adat. Marilah ubah dan tinggalkan adat yang merosak dan membebankan. Biasakan majlis, duit tak wajib diambil. Banyak zina, bila ruang perkahwinan, ruang halal dilihat terlalu susah. Disebalik godaan nafsu yang sentiasa bergelegak. Kelemahan iman. Apa salahnya kita berpakat bantu anak, saudara, teman dan masyarakat kita untuk mereka cepat berkahwin. Banyak tanggungjawab untuk Islam yang perlu sama-sama kita tegakkan ini. Agar merek terselamat dari masaalah sosial, lalu berzina dan buang anak. Marilah memahaminya. Mengikuti syariat. Semua akan selamat. Hidup dirahmati. Aamiin. 

Ingatkan tentang mati sesama keluarga dan kawan.


 

Soal mati bukanlah perkara yang melemahkan semangat dan menyebabkan jadi tertumpu untuk beribadat semata. Namun mengingati ia sebagai perkara yang menyebabkan kita semakin kuat semangat untuk berusaha dan tidak berputus dalam menghadapi liku-liku kehidupan dunia ini. Kerana memikirkan yang kita sudah tiada masa didunia ini, akan buat yang terbaik untuk hasil balasan yang indah disana nanti. Ingati mati juga sangat sukar dan tidak selesa untuk kita ungkapkan bersama keluarga dan teman apabila berada dalam majlis-majlis dan bila duduk bersembang. Padahal ia suatu yang amat perlu diingatkan sentiasa. Ia pasti terjadi. Tidakkah Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang cerdik ialah yang paling banyak mengingati mati.” Kerana ia memikirkan agar dunia tidak menipunya, dan membuat persediaan sebelum kesana. Demikianlah marilah sama-sama kita cuba biasakan untuk saling memperingati sesama kita semua tentang kepastian ini. Wujudnya kebangkitan dan kehidupan yang kekal disana kelak. Ia akan terjadi bila-bila masa. Dan inilah peringatan dan pesanan yang paling penting dan perlu dititikberatkan kita semua. Kita inginkan diri kita dan keluarga, saudara-mara, teman dan masyarakat kita selamat semuanya. 


19 Ramadhan 1434 H bersamaan 28 Julai 2013 M 
Ahad, 09.15 am. Perak, Malaysia.

Isnin, 17 Jun 2013

Pesan-memesan Hidup (2)

“Kami takut pada murka-Mu ya Allah, namun kami selalu buat dosa ya Allah. Jadikan hati kami benar-benar takut pada kemurkaan-Mu, sehingga kami di jauhkan dari dosa” 

Manfaatkanlah nikmat muda dan sihat. Jangan membazir masa dengan bermain cinta. 

Adik dan teman, usah dibazirkan duit, kesenangan dan kenikmatan diusia muda, membeli gajet ini dan itu. Dan sebagainya lagi. Usah dihanyut dengki dunia. Sampai masa kita amat sangat memerlukan ia. Simpanlah duit untuk mudah dan agar cepat berkahwin nanti. Melahirkan zuriat. Membina generasi. Agar terselamat dari nafsu yang tidak terkawal. Supaya jauh dari fitnah yang makin dasyat sekarang. Hidup ini sangat singkat. Hidup untuk berjuang dan berkorban, untuk dunia hingga nikmat syurga yang dijanji kekal selamanya. Pengorbanan itu pasti turut dikurniakan kemanisan dan nikmat hidup didalamnya.


  

Adik dan teman, usah dibutakan nikmat bermain-main cinta diusia muda. Keluarlah dari kepompong sarang nikmat permainan yang tiada hala tuju dan sementara itu. Yang masih sangat jauh itu. Rancang dan fikirlah sebaiknya apa kerugian dan keuntungan untuk hidup yang sementara ini. Kita telah memerangkapkan fungsi kehebatan akal kita. Kerana sibuk asyik dengan soal cinta. Telah menumpulkan akal yang tajam ini. Menyebabkan hal yang selalu menjadi sibuk, runsing dan dibimbangkan adalah tentang jodoh dan percintaan itu. 

Sedikit perkongsian dan dialukan untuk baca artikel lama berkaitan tentang hukum perkahwinan dan ikutlah cara Islam dalam bercinta. 

Jauhi fitnah, yang membawa kepada fitnah. 

Remaja hari ini bukan sudah seperti dahulu lagi. Putaran kehidupan kita hari ini makin menghampiri saat akhirnya. Hal dosa yang dipandang besar dahulu sudah dipandang remeh dan biasa dizaman sekarang. Dan semakin lama dosa yang berat menjadi ringan dan yang ringan menjadi semakin diringankan. Nabi s.a.w mengingatkan kita agar selalu mengamalkan doa ini.

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ، صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ 


 “Ya Allah, yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu.” (Hr Muslim)

 اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ 

 “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami pada agama-Mu.” (Hr at-Tirmidzi, Ahmad, ibn Abi ‘Asim - dinilai sahih) 

Dan Nabi s.a.w memperingatkan kita dengan sabdanya: 


 Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: 

   بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ 
 Bersegeralah melakukan amal (kebaikan). Fitnah itu umpama sebahagian malam yang gelap. 

 يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا 
 Seorang insan akan bangun pagi dalam keadaan beriman, dan kafir pada waktu petangnya.

 وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا 
 Seorang insan akan masuk ke waktu petang dalam keadaan beriman, dan kafir pada pagi hari.

 يَبِيعُ أَحَدُهُمْ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا 
 Salah seorang daripada mereka akan menjual agamanya untuk kepentingan duniawi. 

 جامع الترمذي (كِتَاب الْفِتَن)بَاب مَا جَاءَ سَتَكُونُ فِتَنٌ كَقِطَعِ اللَّيْلِ 
 [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Fitan, Bab Fitnah Akan Terjadi Umpama Potongan Malam: 2126] 

Sesiapapun dan walau pelajar tersebut adalah pelajar sekolah agama. Namun dengan sebab lebih banyak faktor dan pengaruh sekelilingnya yang berbeza dengan didikan disekolah. Maka ia sukar untuk diterjemahkan tarbiyyah disekolah tersebut.


  

“Jika dalam keadaan bertunang, menunggu tarikh sahaja untuk berkahwin. Masih sukar mengawal dan menghindari fitnah, yakni ujian yang sentiasa mendatang. Untuk menjaga batas-batas dalam pertunangan. Maka apatah lagi yang tidak bertunang, dan yang jauh lagi memikirkan untuk bertunang. Yang membebaskan diri dengan couple dan segala bentuk kebebasan lain. Yang merasa selamat dan bebas dengan hal demikian. Sedang Agama menyuruh kita berusaha menghindari dosa dan jalan yang membawa kepada dosa. Tidak ada istilah bercouple di dalam Islam. Yang disuruh adalah mencari pasangan yang kita suka dan berkenalan dengannya dengan syarat-syarat dan tunjuk ajar yang telah diajar Islam untuk tujuan berkahwin.” 

Mungkin andai banyak nasihat dalam blog ini amat tegas dan kasar. Namun bukan itu yang diinginnya. Sekadar bahasa yang kasar. Dan hanya berharap, kita sama-sama sedar, muhasabah dan usaha ubah mana yang kita pernah dan masih silap. 


09 Sya’ban 1434 H bersamaan 18 Jun 2013 M 
Selasa, 10.00 am. Perak, Malaysia.

Rabu, 29 Mei 2013

Pesan-memesan Hidup (1)

 

Manfaat kesihatan dan muhasabah melihat orang ditimpa penyakit. 

Keuntungan utama hidup ini adalah sihat. Jika sihat, segala-galanya ada guna dari hidup. Waktu bila sangat sakit, baru kita sedari hanya amal ibadah dan kebaikan yang ada manfaat dari hidup ini. Hidup bukan selalunya sihat. Kadang ada yang hanya sedikit tempoh hidupnya dalam keadaan sihat. Ada yang separuh dalam kesakitan dari tempoh panjang umurnya. Dan ada yang kadang bersilih ganti sihat dan sakit. Semua itu ujian dari Allah. Tika masa yang senang ini, cuba kita renung dan selalu ingat keadaan pesakit-pesakit yang sedang terlantar dihospital. Pergi ziarah dan bertanya khabar bagaimana keadaan hidup mereka yang sedang sakit. Sedikit perkongsian tentang saudara yang mengalami penyakit buah pinggang yang sudah sampai tahap teruk. Ada yang tua dan masih muda. Tahu atau tidak waktu masa mereka habis dengan pergi mencuci darah dihospital. Tenaga untuk berkerja lemah. Makanan kena dijaga. Ubat mesti dimakan. Waktu cucian dilakukan tiga kali seminggu. Masa mengambil empat jam sehari. Kos bayaran tiap-tiap kali cucian yang mahal. Kesusahan dan kesanggupan anak dan keluarga. Dan berbagai-bagai lagi ujian dilalui mereka. Tujuan dikongsikan hal ini agar kita memanfaatkan tiap kali hembusan detik nafas yang masih diizinkan Allah. Masa sakit menentukan ketaatan masa sihat kita. Hidup kita akan kembali lemah semula. Waktu muda dan sihat ini adalah waktu untuk manfaat dan didik rohani kita sebaiknya. Kita mohon tika dalam kesakitan dapat bersabar dan istiqomah diberi kekuatan menunaikan suruhan Allah. 


 “Berbagai penyakit berat. Teruk keadaan dialami pesakit-pesakit yang sedang terlantar dihospital. Takut dan sedih mata melihat, merenung dan berfikir. Sampai masanya, kita diuji juga seberat demikian. Ingatilah, sedarlah ia selalu waktu sihat. Jangan dilupa syukur nikmat kita sihat ini. Sabar menghapus dosa-dosa.”


 

Bersungguh berusaha dan meraih pahala dengan keuntungan dunia. 

Hidup ini memerlukan pengorbanan. Usaha untuk hidup menuntut pengorbanan demi pengorbanan hinggalah dimatikan. Pengorbanan dalam meraih nikmat dunia yang dikurniakan Allah agar mencari dan mengambilnya. Tika waktu muda adalah peluang untuk berusaha sebaiknya dan menabung untuk waktu dunia dan akhirat. Pesan seorang teman tentang pentingnya rajin usaha sebaiknya waktu muda dan sebelum kahwin lagi. Kerana semasa muda itu sering malas dan banyak beralasan tidak sempat dan teramat letih. Padahal apabila sudah berkahwin, sempat pula diganti waktu dan bahkan ditambah lagi waktu kerja dan letih. Beliau mengingatkan waktu mudanya sebenarnya boleh dan terlalu banyak masa dibazir. Cuma malas dan tidak berusaha bersungguh. Benarlah nasihat beliau. Jangan kita sibuk khayal nak senang, tanpa sibuk fikir nak usaha. Dan sentiasa fikirlah kesenangan dunia itu menikmati kurniaan nikmat yang telah diberi dan apa yang telah diizinkan Allah. Fikir kesenangan dunia untuk bantu orang dan buat kebaikan.


 

Semua unsur ketenangan dan kegembiraan berada dalam sudut Islam. 

 Semua insan sentiasa mengharap dan menunggu-nunggu waktu yang membahagiakan dan menyenangkan hatinya. Mencari dan mengharapnya berkekalan. Dalam Islam ketenangan dan dan kesusahan itu adalah ujian yang silih berganti. Itu ujian bagi hamba yang beriman. Bersama selepas kesukaran itu pasti ada kegembiraannya. Jika kita melihat kepercayaan faktor-faktor dan amalan-amalan dari agama lain untuk mencari sumber ketenangan itu telah berada dalam sudut-sudut meraih ketenangan yang diaspekkan Islam. Itu semua lumrah yang pasti dirasa dan dapat diraih jika diusaha dilakukannya. Cuma kita hanya perlu kembali kepada Islam. Tidak perlu berpetunjukkan faktor luar yang lain. Beramal dengan rukun islam dan iman. Tidak mensyirikkan Allah. Islam agama yang luas menyentuh segala bidang dan kehendak naluri manusia. Islam itu sangat sudah sempurna. Ujian didalamnya ada hasil yang indah diakhirat nanti. 



Dari niat, memberi keuntungan besar kebaikan atau kerugian. 

Niat, sabda Nabi s.a.w: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya. (Hr Muslim dan al-Bukhari). 

Tiap hasil mengikut dari niat kita, walau sangatlah besar kesungguhan dan pengorbanan kita. Namun jika sudah hal itu yang telah memang kita niatkan. Maka kita akan dapat hal tersebut. Kita akan lalui keadaan dan suasana dari semasa ke semasa itu dengan apa yang kita telah niatkan. Yang tercapai itu kerana niat kita sebegitu. Jika kita niat sekadar dunia, kita akan dapat dunia sahaja. Akan dapat mengikut kadar yang kita niatkan. Jika kerana dunia akhirat, maka dunia akhirat kita dapat. Jika kerana akhirat, maka akhirat. Niat yang baik atau buruk, ada hasil didunia dan diakhirat nanti. Demikian, betulkan, fikirkan dan muhasabahkan dari niat kita mula-mula dahulu sebaikya. Dapat keuntungan itu melalui dari niat. 'Niat' membetuk keadaan yang dilalui. 


“Keuntungan hidup seseorang didunia dan akhirat yang lagi untung itu pada akhlaknya. Rupa dan bermacam kelebihan ada, namun jika buruk akhlak. Maka rendah kehormatannya didunia. Dan begitulah juga walau sekadar membuang sisa kayu dan dahan dijalanan, kesan dari tingginya nilai akhlak tersebut hingga dijanji hadiah syurga kelak.” 


28 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 09 Mei 2013 M 
Khamis, 01.00 pm. Perak, Malaysia.