Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan

Khamis, 18 Februari 2016

Buku Abdul Rahman Bin Auf.

 

Alhamdulillah, buku ini sangat baik bagi mereka-mereka yang direzekikan Allah dengan harta yang melimpah ruah, dan juga kepada kita semua yang sudah pasti menginginkan kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan ini disebalik kejayaan dan kekayaan Akhirat yang sudah mesti perlu didahului dan difikirkan. 

Mengandungi 76 muka surat sahaja karangan oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Kekayaan Abdul Rahman Bin Auf terlalu jauh berbanding kita dan dalam masa yang sama pengorbanan beliau juga lagi tak terkira banyaknya. Antara point pengajaran yang hanya pada sudut perkongsian bacaan saya sahaja adalah tentang: 

 Sifat beliau menolak tawaran apabila ada yang ingin membantunya, dan beliau cuba berusaha dengan sendiri. 

 Kekayaan beliau seiring sama tahap pengorbanan beliau pada Agama dan bahkan lebih lagi. 

 Menjadi motivasi untuk kaya dan berkorban, dan contoh untuk yang kaya agar berkorban.  

 Tidak salah kaya namun hendaklah pengorbanan pada Agama diutamakan. 

 Kearah mana halatuju kejayaan dan kekayaan yang diinginkan dan dikejarkan kita? 

 Apakah kekayaan membawa kebaikan atau kelalaian? 

 Beliau risau dengan kekayaan yang melalaikan. 

• Kehebatan sedekah dan beliau sangat banyak bersedekah. 

 Beliau mempunyai beribu-ribu binatang ternakan antaranya 10 ribu ekor kambing. 

 Beliau sanggup menyumbang 700 ekor unta bermuatan harta benda penuh untuk dakwah Islam. 

 Beliau dijanjikan syurga. 

 Beliau terlibat dalam peperangan bersama Nabi SAW. 

 Beliau pernah cedera parah dalam peperangan. 

 Beliau pernah menyumbang kelengkapan untuk berperang. 

 Beliau tidak berhutang. 

 Kunci kejayaan antaranya “Ilmu, sabar, kawan, berdikari, usaha apa yang ada, fokus, patuh syariat dan lain lagi.” 



18 Februari 2016.
Khamis, 4.30 pm. Ipoh, Perak.

Sabtu, 23 Januari 2016

Buku Makaarim Al-Akhlak.

 

Alhamdulillah, buku yang sangat baik untuk dibaca dan sangat ringkas dan nipis sahaja mengandungi 51 muka surat. Sarat dengan dalil dalam asas nasihat berkaitan akhlak dan apa kemuliaan akhlak itu. Buku “Makaarim Al-Akhlak (Kemuliaan Akhlak) oleh Syaikh Muhammad Bin Shaleh Al-Uthaymeen.” 

Antara point pengajaran yang dikeluarkan ini adalah dari hanya sudut perkongsian bacaan saya sahaja: 

• Akhlak itu dari tabiat semulajadi dan juga sesuatu yang boleh dan perlu diusaha. 

• Perilaku yang baik khas dari seseorang itu adalah keutamaan dari Allah yang diberikan kepada siapa yang Ia kehendaki. 

• Para ulama’ menyebut bahawa akhlak yang mulia itu diantaranya adalah apa yang disuruh oleh syariat terdahulu. 

• Ramai orang memahami bahawa berakhlak baik itu khusus ketika bermuamalah sesama makhluk sahaja dan bukan dengan Sang Pencipta, tetapi pemahaman ini kurang benar kerana akhlak baik itu sebagaimana terjadi ketika bermuamalah dengan sesama makhluk maka terjadi juga ketika bermuamalah dengan Allah. 

• Kesimpulan akhlak baik itu tempatnya ketika bermuamalah dengan Allah dan sesama manusia. 

• Solat perkara yang berat bagi orang munafik dan sebaliknya bagi orang mukmin merupakan tempat memohon pertolongan, mencari kekuatan dan ketenangan. 

• Bersabar dan redha terhadap taqdir Allah, taqdir-taqdir Allah yang telah diatur bagi setiap makhluknya tidak semuanya menyenangkan makhluknya. 

• Berakhlak baik dengan Allah mencakupi tiga perkara: 1) Membenarkan khabar-khabar yang datang dari Allah. 2) Beramal dengan perintah Allah. 3) Bersabar dan redha dengan taqdir Allah. 

• Sabar dengan ujian dan ketetapan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 155-156 yang bermaksud: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” 

• Orang yang berakal tidak menyandarkan keburukan pelaku itu kepada syariat yang mana pelaku itu berada di dalamnya. 

• Mungkin sahaja memafkan itu bukan perbuatan baik, boleh jadi orang yang melakukan jenayah kepadamu adalah seseorang yang dikenali suka melakukan kejahatan dan kerosakan, maka jika anda memaafkan dia, dia akan terus melakukan kejahatan dan kerosakan, maka yang lebih utama dalam hal ini adalah dengan menghukumnya kerana adanya maslahat. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah: “Melakukan perkara yang baik adalah wajib dan memaafkan adalah sunnah, maka apabila dengan memaafkan itu menyebabkan terhapusnya kebaikan, maka hal itu disebut mendahulukan sunnah daripada wajib, maka ini tidak ada dalam syariat Islam.” 

• Hanya sahaja memaafkan itu menjadi terpuji apabila memaafkan itu lebih bermaslahat, apabila menghukum itu lebih bermaslahat maka menghukum lebih utama. 

• Ilmu tanpa tarbiyah itu mudharatnya lebih banyak daripada manfaatnya, akan tetapi dengan tarbiyah ilmu itu menjadi pengantar tujuan yang ingin dicapai, kerana Allah SWT Berfirman yang maksudnya: “Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah SWT – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.” (Ali-Imran 79).



23 Januari 2016.
Sabtu, 6.45 pm. Ipoh, Perak.