Memaparkan catatan dengan label Tasauf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tasauf. Papar semua catatan

Rabu, 28 November 2012

Menghayati erti Syukur.

1. Syukur, suatu lafaz yang mudah dan sering kita biasa gunakannya, “syukur alhamdulillah atas segalanya, syukur dengan apa yang ada”, dan berbagai lagi bentuk dan suasana ayat ini dilafazkan mengikut selera apa yang kita rasa itu, namun jika dihayati erti sebenar Syukur ini adalah ungkapan yang begitu besar nilaian dan maksudnya. 

2. Sudahkah kita beryukur sebenarnya? Adakah kita ini seorang hamba yang sentiasa bersyukur? Memang bukan mudah nak bersyukur dengan nikmat yang diberi, kita selalu lupa dan alpa, kita leka bila tika sudah senang dan sihat. Jika semua boleh laksana benar-benar erti syukur ini, kita akan dapati keihsanan berleluasa berlaku dari tiap semua orang.




Firman Allah swt: Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka". (Az-Zumar 8) 

 Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus 12) 

 Nabi saw menyebut tentang hal seorang mukmin: “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusannya adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya”. (Hr Muslim)



3. Nikmat sihat ini, jika sering diingati dan difikirkan betapa nikmatnya nikmat sihat ini, tiada apa yang nak disanggup diingkar dan rasa untuk tidak bersyukur lagi. Tiada guna segalanya bila sakit. Tiada yang ingin untuk sakit. Sungguh besar nikmat ini. Selalulah kita ingat nikmat sihat ini. Sakit, melenyapkan segalanya. Mudahan sihat, tidak melupakan kita segalanya. Kita mohon sentiasa dalam keadaan bersabar dan bersyukur atas segala yang terjadi. 

4. Erti syukur juga ialah tingkatkan amal dan buat yang disuruh dan hindar yang dilarang. Muhasabah bagaimana keadaan aku, bilamana dapat suatu keputusan dan hasil yang mengembirakan, menyenangkan dan melegakan aku. 

5. Berbagai keinginan, nafsu memang tak akan kenyang, jangan kenyangkannya. Jika sentiasa dikenyangkan, makin selalu lapar, sentiasa rasa tidak cukup. Cukup sekadar tidak kelaparan sangat, (memenuhi hajat dan keperluan). Marilah, pandunya mengikut syariat. Syukur yang sentiasa dirasa, menterjemahkan erti syukur itu, memikir hal keadaan sekeliling. 


Rasulullah saw apabila melihat apa yang disukai, beliau membaca: 

 ((الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ)) 
 Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal shalih sempurna. 

Dan apabila melihat apa yang tidak disukai, beliau membaca: 

 ((الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ)) 
Segala puji bagi Allah, atas segala keadaan. (Hr ibn Majah, al-Albani: hasan)



6. Dalam apa-apa hal pun yang kita jalani di dunia ini, ingat selalu Allah itu Maha Adil. Jangan kita kecewa, berputus asa dan masih terus nak berdengki, rasa tidak puas hati dan itu tidak adil. Itu semua ujian dari Allah. Nabi saw pernah berpesan kepada sahabatnya:


“Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi saw pernah suatu hari berpesan kepadanya: Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu. (agar sentiasa bersyukur)”. (Hr al-Bukhari dan Muslim) 

7. Demikian jika kita hayati benar-benar pesan Nabi kita ini, akan dilihat betapa indahnya kehidupan ini “Orang yang kaya, sentiasa melihat orang yang kurang darinya, orang yang rendah darinya melihat orang yang rendah lagi, orang yang rendah pula lagi melihat yang lebih rendah lagi, dan begitulah seterusnya sentiasa melihat kekurangan yang dialami oleh orang lain. Dari itu lahir erti syukur, membawa kepada tidak bongkak, bangga, lupa diri, tidak mencela, merendahkan orang, saling terasa ingin membantu, meningkatkan kebajikan, berjimat dan tidak suka membazir. Alangkah cantiknya dari asas merasa syukur akan nikmat kuniaan Allah kepada kita. Bersabar dan dalam masa yang terus berusaha dengan berkerja”.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ 

 Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari lenyapnya nikmat yang Engkau kurniakan, berubahnya kesihatan yang Engkau anugerahkan, dan kejutan kemurkaan Engkau, dan dari segala bentuk amarah-Mu. (Hr Muslim) 


15 Muharram 1434 H bersamaan 29 November 2012 M 
Khamis, 01.30 am. Terengganu, Malaysia.

Isnin, 26 November 2012

Ikhlas, yang menyelamatkan Kita.

1. Hanya Allah mengetahui batin kita semua. Islam melarang kita menyelidik hal dalaman orang, dan juga bersangka buruk dari kebaikan orang. Islam juga menyuruh menyelamatkan diri dari perasaan riak, ego, memuji diri, dengki, mengumpat dan memfitnah. Mengelak dari untuk dipuji. 

2. Betapa sangat sucinya sifat ‘ikhlas’ ini, bukan mudah meraihnya dan menyelusuri jalan yang penuh ujian dalaman itu. Bila kita mampu laksanakannya tegahan diatas, akan dirasa hanya kepada Allah sahajalah benar-benar digantung segala kerja itu. Dari itu jua hadir kekuatan kerana segalanya hanya kerana Allah. Begitulah betapa murni dan jernihnya sifat ini jika dihayati. Syarat ini yang menjadi diterimanya amalan. Syarat inilah jua yang dibimbangi dan dirunsingkan oleh kita semua kelak dikakhirat nanti. Tanpa syarat ini, maka tiada guna banyak mana pun amal kita. Hakikat nilaian ini yang menyamakan kita semua, yang walau sangat jauh berbeza pada zahir didunia ini. Walau sikit dan banyak amal kita.



3. Indahnya Islam mengajar kita. Dari ikhlas, lahir sifat saling membantu, membenarkan mana yang benar dan kurang, dan saling merasa bergembira. Kerana semua mengharap hanya redha Allah. Dan selamat dari berlaku perbalahan, bermusuhan, memperlekeh dan sifat-sifat sepertimana disebut diatas, yang akan merosakkan diri pelakunya. 

4. Menghindari diri dari sifat bila kita buat baik tapi kita rasa gembira dan suka bila disebut keaiban orang, dan rasa berat dan benci bila disebut kelebihan dan kebenaran orang. Sama-sama kita renungi hadis Nabi saw ini: 

 Sabda Nabi saw: “Orang yang awal dibicarakan pada hari kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang kerana-Mu sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. 



 Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-Mu”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. 



 Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-Mu”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (Hr Muslim) 


5. Hadis ini memberi penerangan yang cukup jelas akan pentingnya faktor ikhlas dalam tika hidup kita. Marilah kita sentiasa rutin untuk muhasabah sejenak, menyemak semula niat-niat amal kita. Bagaimana keadaanku aku disisi Allah. Terus kita berusaha mengikhlaskan diri kerana Allah. Mula-mula syaitan akan ganggu dengan mari rasa riak, bangga, puji diri. “Terus kita dalami ilmu agama, berterusan dalam mengerjakan amal itu diamana jua dan walau apa keaadaan kita. Saling tegah diri dari pujian, gandakan amal. Sentiasa mohon ampun dan berdoa kepada Allah, insyaAllah kita akan rasa berharap hanya kerana Allah”. Kata Dr Aidh al-Qarni: “lihat tika waktu kamu keseorangan dan juga bila ramai orang, bagaimana tahap kesungguhanmu”. 


13 Muharram 1434 H bersamaan 27 November 2012 M 
Selasa, 02.00 am. Terengganu, Malaysia.

Selasa, 18 September 2012

Bina dengan kekuatan Hati.

“Dalaman lemah, zahir pasti lemah” 

Hati yang bila rasa sakit, lemah rohani kita. Anggota tubuh badan lain pasti rasa tak semangat. Amal dirasa malas. Walau sihat dan gagah zahir kita. 

“Dalaman sihat, zahir pasti kuat” 

Hati yang bila rasa gembira, kuat rohani kita. Anggota tubuh badan lain pasti lagi rasa semangat. Amal dirasa amat bersungguh. Walau sakit dan lengah zahir kita. 

“Zahir lemah, dalaman belum tentu lemah” 

Walau anggota tubuh badan kita sakit dan cedera. Tak dapat lagi melemahkan semangat kita.

Segalanya dari “Hati”. Jagalah, peliharalah dan bersihkanlah hati kita. Didiklah, nilailah, pandanglah dan muhasabahlah selalu dari dengan hati kita. Jangan sibuk mula nilai dan pandang dari dengan zahir semata. Begitulah nilaian hakikat sebenar kebahagiaan, ketenangan dan kesempurnaan hidup seseorang. Bukan zahir ukurannya. Itu semua ujian hidup. Begitulah juga kita inginkan kekuatan dari kefahaman, bukan kekuatan dengan bilangan yang ramai dan suasana yang begitu hebat. 


Sabda Nabi saw: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya pada jasad itu terdapat seketul darah, jika ia baik, maka akan baiklah seluruh jasad itu. Jika ia rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah bahawa ia adalah hati. (Hr Bukhari dan Muslim)”



Hati kita kotor berpenyakit, maka tumbuhlah darinya bermacam perangai buruk. Hati yang selalu bersih, maka lahirlah darinya akhlak yang baik. Kita mesti berusaha memiliki kekuatan dari hati ini, iaitu menjaga hubungan dengan Allah, memerhati pandangan Allah, menyerahkan dan menyandarkan segalanya kepada Allah. Berusaha meraih segala hal dengan sentiasa menghubungkan kita dengan Allah. Selalu selidik dari hubungan kita dengan Allah. Memahami semuanya itu ujian dan ada hikmah dari Allah Yang Maha Mengetahui segala isi hati kita. Kerana kita ini dari Allah, milik Allah dan kepada Allah kita kembali semula kelak.


Firman Allah swt: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Qaaf 16) 


02 Zulkaedah 1433 H bersamaan 17 September 2012 M 
Isnin, 10.45 am. Sana’a, Yaman.

Khamis, 2 Februari 2012

Mari periksa, bersih Hati.



" Ketahuilah musuh kamu yg sebenarnya adlh nafsu kamu, jgn sibuk memusuhi org lain, sedangkan musuh di sisimu tdk kamu menentangkan, akibatnya kamu mnjadi hina dgn penyakit yg ada dlm hati kamu yg tlh ditakluk oleh nafsu maka jadilah kamu hina di sisi-Nya "

" Ramai yg mengadu macamana nak lawan nafsu, tetapi tdk mahu hidupkan hati brzikir kpd Allah, nafsu ini umpama anjing yg ganas, kalau kita lawan dia kita akan tewas, maka sebaiknya kita duduk dgn tuannya, maka anjing trsebut tdk berani mengganggu kita. Mari kita latih diri kita mnghampiri Allah dgn brzikir, bila hati sdh hidup, brmakna kita brsama dgn Allah maka nafsu tdk mampu mngalahkan kita lagi "

" Org bertanya kpdku mcmana nak khusyuk?, mulanya, ku jwb Wallahu A'lam, dia kata byk dah jawapannya yg tlh dia dgr, tapi nak tahu dari ustaz. Sebenarnya byk soalan yg aku tak boleh jawab. Kataku khusyuk terletak pd hati, ketika solat hati kita ingat macam², krn hati kita lalai, mcmana nak ingat, masa solat baru cari Allah, kita mestilah sentiasa mncari Allah sblm & slps solat. Dia bertanya lagi, macamana caranya. Kita mesti latih hati kita dgn berzikir sehingga hati benar² ingat Allah, maka dlm solat, kamu akan khusyuk Solat "

" Maaflah wahai teman² ku, sekadar luahan hati: Sesiapa yg memuji aku bermakna dia tdk mengenali diriku. Aku bukannya ingin pengikut yg ramai, cuma ingin brdakwah pd orang ramai, aku bukannya org yg luar biasa, tapi hanya org biasa seperti kamu juga, sekiranya seseorang itu kamu pandang mulia krn pengikutnya, ilmunya atau kedudukannya, maka kamu silap, sebenarnya kemuliaan trletak pd Taqwa, Nabi saw menyebut "Attaqwa hahuna (taqwa di sini)" ditunjukkan di dadanya. Bermakna Taqwa di hati. Sedangkan aku tdk mengetahui apakah ada dlm hatiku, (mungkin beriman, mungkin munafik) aku pun tak tahu. Carilah guru selainku krn aku tdk ada apa² kelebihan, aku tdk mampu mendidik diriku, bagaimana ingin membimbing kamu semua. Selama ini aku hanya mengajar Diri sendiri, menasihati diri sendiri tdk lebih drpd itu. Kpd guruku, bimbinglah hati ini agar sentiasa ingat kpd Allah, diri ini perlukan Doa darimu wahai guruku "

Ketahuilah...
• Sekiranya kamu sbgai Anak, kamu tdk mulia sehinggalah kamu Taat, berkhidmat & beradab kpd Ibubapa kamu.
• Sekiranya kamu sbgai Murid kamu tdk mulia sehinggalah kamu Taat, berkhidmat &  beradab kpd Guru kamu.
• Sekiranya kamu sbgai Suami kamu tdk mulia sehinggalah kamu bergaul, mendidik & berlembut dgn Isteri kamu.
• Sekiranya kamu sbgai Isteri kamu tdk mulia sehinggalah kamu benar² Taat kpd Suamimu.
• Sekiranya kamu sbgai Bapa kamu tdk mulia sehinggalah kamu mendidik Anak² kamu mnjadi Hamba yg Soleh.
• Sekiranya kamu sbgai Pekerja kamu tdk mulia sehingga kamu benar² Amanah & Jujur dlm menjalankan Tugas.
• Sekiranya ini dilaksanakan kamu akan mndapat Redha Allah & Rasul. Ya Allah ampunkanlah kami di atas kelemahan kami Semua. Aamiin.

Ketahuilah...
• Jika engkau menjadi org Kaya, tenangkan hatimu krn engkau berpeluang menolong org yg susah agar hilang penyakit bakhil dlm hatimu.
• Jika engkau menjadi org Miskin, tenangkan hatimu krn engkau selamat drpd didengki oleh org lain.
• Jika engkau bukan org Berilmu, tenangkan hatimu, krn kamu jauh dari penyakit ujub maka belajarlah dgn ulama' yg soleh.
• Jika engkau org yg Berilmu,(ulama') tenangkan hatimu, krn kamu adlh yg mewarisi harta pusaka Nabi.
• Kamu merasa banyak Berdosa bertaubatlah kpd Allah.
• Jika kamu ingin menjadi org Soleh, engkau kena merasa fakir, lemah & hina di hadapan Allah. Ingat maksiat batin lebih bahaya drpd maksiat zahir.
" Ya Ampunkanlah dosa kami di atas maksiat yg dilakukan " - Ustaz Mustaffa Kamal.


09 Rabiulawal 1433 H bersamaan 02 Februari 2012 M
Khamis, 09.45 pm.

Jumaat, 11 Februari 2011

Bersihkan Hati.


“ Ramai manusia sibuk setiap hari membersihkan & mencantikkan diri yang lahir. Tapi anggota batinnya dibiarkan kotor dan berdaki. Padahal rosaknya kehidupan di dunia berpunca dari kekotoran batin ”

“ Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya, dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” (Hr Bukhari Muslim)

Firman Allah swt : Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik). (Asy-Syu'araa' 88,89)

Kehendak seseorang dalam melaksanakan sesuatu perkara bermula dari hatinya, jika terdetik dalam hatinya untuk melakukan sesuatu, maka anggota lain akan turut serta mengikutinya. Hati yang beroleh manfaat, selamat ialah hati yang sentiasa tunduk, patuh dalam mendengar seruan Tuhannya, tiap larangan Tuhannya sentiasa diusaha untuk menjauhinya. Tiap perintahnya sentiasa disegerakan dalam melaksanakannya.

Kehidupan Dunia hari ini penuh dengan hiburan yang melalaikan. Maksiat dijaja dimerata tempat. Cara hidup yang diajar Islam tidak diendahkan. Mungkin sebahagian besar masih jahil, hasil dari didikan Ibu bapa, pemimpin Negara dan kelemahan para pendakwah sendiri. Ataupun padahal sebenarnya segala larangan Allah swt sudahpun diketahuinya, akan tetapi kerana hatinya yang tetap jua menginginkan untuk membelakangi perintah tersebut.

Saudaraku sekalian, janganlah dibiarkan hidup kita dibiasakan dengan perkara-perkara dosa walaupun kecil. Cubalah tunduk akan segala keangkuhan, kesombongan diri, dan bermacam-macam alasan lagi. Dengar dan sahutlah seruan Allah dan Rasulnya. Fahamilah tiap perintah dan Hikmah laranganNya. Terimalah dari tiap teguran siapa yang menghulurkannya. Walaupun kadang-kadang seseorang yang tidak kita sukainya.

“ Harta, pangkat, kedudukan, tua, muda, kaya, miskin dan apa sekalipun taraf kehidupan seseorang tidak menjadi syarat untuk kita menerima atau tidak mahu menerima tiap arahan Allah swt. Dan ianya tidak juga menjadi syarat untuk kita meraih kemulian disisi Allah swt ”

Firman Allah swt : Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 13)

Janganlah kita suka bersangka buruk pada orang. Suka mengejek, mengutuk, menfitnah dan banyak mengumpat sesama Muslim yang lain. Ianya suatu Dosa dan melahirkan lagi bermacam-macam keburukan. Janganlah mudah dipengaruhi dengan akhbar-akhbar dan segala berita yang sekarang banyak tidak amanah dalam melaporkannya. Perlunya diteliti, diselidik dengan sebaiknya dalam membaca dan mendengarnya. Janganlah dengan sebab kita membenci seseorang itu, segala teguran, nasihat dan peringatannya diabaikan. Kadang-kadang perlu juga diketepikan soal Politik dan segala perkara yang menidakkannya. Perlu dilihat, dimanfaatkan dari apa yang dikata, bukan dilihat siapa yang berkata. Ingatlah tiap peringatan tersebut adalah dari Allah swt jua. Mereka dahulu pun jahil, namun mereka sudahpun memahaminya dan Mereka ditugaskan pula untuk menyampaikan kepada yang lain.

Saudaraku sekalian, jika segala nasihat, peringatan yang seringkali sudah didengari oleh telinga kita tidak terasa ingin difikirkannya, dimuhasabahkanya. Ianya menandakan hati kita sudah gelap, kotor dengan dosa-dosa. Ingatlah tiap kali dosa yang dilakukan akan menyukarkan lagi hati untuk terbuka mendengar peringatan Allah swt. Padahal segala peringatan, tiap perintah dan laranganNya amat sudah cukup jelas dan sempurna. Justeru itu sama-sama kita perbaiki, mencuci Hati kita supaya sentiasa bersih, mudah mendengar dan menyahut tiap Perintah Allah swt sebelum ianya makin kotor dan tidak mampu lagi untuk dihilangkan kotorannya.

Justeru itu sudah semesti caranya ialah perlunya ditinggalkan akan segala perkara yang dimurkai Allah swt, seterusnya melakasanakan segala tuntutanNya. Memperbanyakkan, meningkatkan lagi amalan dalam kehidupan seharian kita. Janganlah kita suka duduk dalam keadaan jahil, ajal tidak dimaklumi waktunya. Perlu jua didalami Ilmu Agama, agar kita tahu mana Perintah dan LaranganNya, mana Halal, Haram dalam kehidupan seharian kita.

Hati yang bersih sudah tentu hati yang sentiasa disenangi untuk menuruti, melaksanakan tiap suruhan Allah dan menghindari laranganNya. Namun ianya bukan mudah, perlu sanggup mengorbankan rasa nikmat melakukan pelbagai maksiat yang sementara tersebut untuk menghindari kecelakaan yang dasyat diakhirat nanti. Perlu sentiasa melawan ujian nafsu yang semakin hari semakin sukar dikawalnya akibat dari suasana kehidupan Dunia sekarang yang penuh dengan agenda-agenda hiburan, maksiat yang melalaikan, yang membawa kepada kecelakaan di Masa perhintungan Akhiat kelak.

“Jika jahil perlu dipelajarinya, difahaminya. Jika sudah difahami dan sudah dilaksanakannya, perlu diikhlaskannya pula. Jika sudah diikhlaskannya, perlunya untuk dipohon agar ditetapkan Hati dalam melaksanakan suruhanNya”

Seterusnya sama-sama kita berusaha untuk melazimikan cara hidup seharian kita dengan amalan-amalan berikut. Inysa' Allah, ianya akan mampu menjadi benteng dari terlalai pada perkara dilarang Allah swt.

Kita yakini, pelihara perintah Allah swt sebaiknya, insya’ Allah, Dia pelihara kita. Kita tolong, bantu agama Allah swt, insya’ Allah, Allah swt akan tolong kita. Yakinlah akan benarnya Firman Allah swt & Sabda Nabi saw :

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhamad 7)

Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu dihadapanmu. (Hr Tarmizi)

Pertama : Solat. Tiang pada Agama Islam, penghulu segala amal lain. Ianya perlu dipelihara, didirikan dengan sesempurnanya. (Tidak menangguhkannya, tunaikan berjemaah di Masjid, jaga Rukun, thuma’ninah. Insya’ Allah jika ia dilakukan dengan penuh kesempurnaan, khusyuk akan hadirnya rasa tenang dalam kehidupan seharian dan dapat menjadi benteng dari perbuatan mungkar.

Kedua : Diselangi pula dengan amalan sunat lain. Sunat qabliyyah dan ba’diyyah, sunat dhuha dan witir. Wirid selepas solat. Bersedekah walaupun sedikit. Puasa sunat. Lazimi lidah dengan sentiasa istighfar, selawat atas Nabi. Manfaatkan masa lapang dengan berzikir dimana jua berada. Quran dijadikan bacaan harian, fahami maknanya, paling kurang satu helai sehari. Baca surah al-kahf tiap2 jumaat. Hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu dan sentiasa berusaha jauhi jalan-jalan maksiat. (Penglihatan, perbuatan & pertuturan).

Ketiga : Jika berkemampuan untuk bangun pada malam hari untuk solat tahajud, bermunajat memohon ampun pada Allah swt, amatlah besar fadhilatnya. Memohon pada Allah swt agar tergolong dari kalangan hambanya yang soleh, beriman, patuh pada peraturanNya. Pohon mudahan diterima akan segala amalan yang dikerjakan, dijauhi sifat riya, takabbur, kagum pada diri, mengumpat, dengki. Pohon ditunjuki, ditetapkan pada jalan yang diredhaiNya. Dan keselamatan, kebaikan hidup di dunia & akhirat, pada diri, kedua Ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan sekalian kaum Muslimin.

Saudaraku sekalian. Biarlah terasa letih, perit, susah sedikit keranaNya. Susah Akhirat teramat lagi dasyatnya. Ajal tak dijangka masanya. Masih muda, sihat tak menjadi sebabnya.

Namun jika tidak berkemampuan untuk dilaksanakan semuanya, tidaklah mengapa. Biarlah sedikit, tapi ianya berterusan lebih baik. Tetapi amatlah lagi beruntung jika kita berusaha untuk cuba melaksanakannya.

Sabda Rasulullah saw : Wahai sekalian manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu menerima segala amalanmu. sehingga kamu sendiri merasa jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit. (Hr Muslim)

Diterangkan : Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah swt secara berterusan.

Akhirnya, Jika kita tidak bersegera untuk membaiki, mencuci segala kotoran, karat yang terdapat dalam hati kita, maka selama-lamanya keadaan kita tidak akan berubah. Firman Allah swt :

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Ar-R'ad 11)

(10.00 pm. 10.2.2011)

Sabtu, 22 Januari 2011

Takut kepada Allah.

Sifat takut merupakan benteng bagi orang-orang yang beriman dan menghampirkan lagi seseorang hamba itu kepada Tuhannya. Apabila lahirnya sifat takut dalam hati seseorang hamba itu, ianya akan menjadi benteng dari terpukau dengan segala tipu daya Dunia dan berbagai bentuk kemungkaran yang datang.

Manusia yang punyai sifat takut didalam hatinya berbeza dengan mereka yang tidak merasainya. Perasaan takut inilah menjadi penyelamat bagi orang-orang yang beriman daripada hanyut melakukan maksiat. Kerana mereka meyakini akan benarnya janji Allah swt tentang terdapatnya Hari Perhintungan, pembalasan Syurga atau Neraka. Mereka tahu akan tiap perbuatan, tutur bicara dan semuanya sentiasa dicatit sama oleh para Malaikat dikiri kanan.

Perlunya sentiasa rasa takut pada Allah swt. Bukan pada manusia, bomoh, syaitan2 dan segala perkara yang mensyirikkan ini. Telah dijelaskan di dalam Kitab (Al-Mustakhlos fi Tazkiyatul Anfus) Karangan “ as-Syeikh Said Hawa ”. Takut ini dibahagikan pada 2 Maqam.

1. Firman Allah swt : Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. (A-li 'Imraan 28)

Yang pertama :
Takut yang semua orang merasainya. Ianya terhasil dari Keimanan, Kepercayaan akan pastinya tentang Azab Kubur, Hari pembalasan, Syurga dan Neraka. Tiap manusia bila dipersoalkan, digambarkan tentang dasyatnya azab Neraka kelak sudah pasti hadirnya rasa takut, bimbang memikirkannya. Namun dikala datang ujian nafsu keduniaan, takut tersebut tidak mampu menyelamatkannya. Kelalaian, Kelemahan Iman melupakan tentang peritnya Azab Neraka kelak. Kelalaian, Kelemahan Iman melupakan akan besarnya Nikmat Syurga tersebut.

2. Firman Allah swt : Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. (Faatir 28)

Yang kedua : Takut yang sebahagian kita sahaja merasainya. Ianya terhasil jua dari Keimanan, Kepercayaan akan pastinya tentang Azab kubur, Hari pembalasan, Syurga dan Neraka. Namun bukan kerana hanya memikirkan tentang benarnya janji tersebut, tapi kerana hatinya yang sudah terpaut dengan kecintaan yang mendalam pada Allah dan Rasulnya. Hidupnya sentiasa sibuk dikorbankan dengan mendalami Ilmu Allah swt. Sentiasa sibuk mengajak manusia supaya hidup disaksikan sama kehendak Allah dan Rasulnya. Diserahkan, digantungkan seluruh Hidupnya pada Allah swt. Kecintaan pada Allah dan Rasulnya sudah cukup merasa nikmat akan hidup ini.

“ Selalunya tiap Suruhan, Perintah Allah swt sukar dilaksanakan, tetapi apabila dilaksanakan terasa bahagia, selamat, sempurna beramal dengan tiap perintah tersebut. Begitu jua tiap Cegahan, Larangan Allah swt mudah diamalkan, tapi apabila diamalkan, terasa jiwa kacau, serabut, tidak tenang hasil dari kemurkaaNnya ”

Kita diciptakan dariNya, Dia Maha Mengetahui apa keperluan makhluk ciptaanNya. Yakinlah padaNya. Tiap larangannya punyai Hikmah yang cukup Jelas. Janganlah membelakanginya.

Hari ini kita semua Hidup dizaman yang penuh dengan hiburan maksiat keduniaan yang dasyat, yang sukar untuk dielak. Ianya melalaikan kita semua dari tujuan sebenar dihidupkan, lupa untuk memenuhkan bekalan (Iman & Amal) yang perlu dipenuhi untuk ke Akhirat nanti.

Untuk lahirnya rasa Takut yang hakiki, yang mampu menjadi benteng penyelamat diri dari terjebak dengan perkara2 maksiat :

1. Sudah pasti Segalanya tidak dapat tidak perlu kepada kefahaman yang jelas akan apa erti Islam yang dianuti ini, apa Hakikat Iman yang sebenar. Ianya Perlu kepada mendalami ilmu2 Agama. Sepertimana disebut di dalam satu madah :

“ Marilah kita menjadi orang yang Berilmu, supaya kenal Tuhan, cinta kepadaNya, takut terhadapNya dan tunduk kepadaNya ”

Jika kita memahami sebaiknya apa erti Sebenar Islam ini, kita akan dapat fahami tiap Perintah dan Hikmah sebenar laranganNya. Seterusnya Kecintaan padaNya akan lahir kerana kesempurnaan, kebaikan yang dirasai apabila beramal dengan cara Islam. Dilihat akan Kehebatan, kekuasaan Allah mengatasi segala yang lain. Akhirnya diyakini akan benarnya janji2 Allah swt. Dan hadir rasa takut dan ingin patuh pada tiap PerintahNya.

2. Seterusnya perlu untuk sentiasa tidak merasa jemu beribadah padaNya. Sentiasa berusaha mencari redhaNya. Sentiasa berusaha seboleh yang mungkin menjauhi perkara yang dimurkaiNya. Sentiasa berdoa memohon ketetapan Hati dariNya. Sentiasa disibukkan dengan perkara2 yang tidak bertentangan dengan perintah Allah & Rasulnya.

“ Bangunkanlah dunia sehebat mana yang kita mahu dengan ilmu dunia, tapi ingat, membangunkan diri mestilah dengan ILMU AGAMA ”

Disini saya mengajak pada diri serta teman2 sekalian. Tidak dapat tidak perlunya untuk kita sentiasa berusaha memahami, mendalami ilmu2 Agama. Apa erti sebenar Islam yang dianuti ini. Jika sememangnya bukan cita2 kita untuk menjadi seorang Ustaz atau sebagainya. Ianya tetap jua perlu dipelajari, untuk keselamatan, panduan diri diDunia dan Akhirat. Ilmu2 lain tak salah untuk diceburi, dipelajari, bahkan amat diperlukan. Namun ilmu2 yang berkaitan tentang mana Perintah dan Larangannya amatlah lagi perlu untuk difahami, diketahui sejelasnya kerana ia berhajat untuk ke Alam Akhirat kelak.

* Namun Sebenarnya jika kita memperhatikan, memikirkan tentang Kekuasaan, penciptaan segala kejadian makhluk, tumbuh-tumbuhan dan segala isi dunia ini. Ianya dapat menguatkan, menambahkan lagi Keyakinan, Keimanan kita.

Firman Allah swt : Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar 21)

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-'Ankabuut 20)


* Begitu jua jika kita mengkaji, membaca akan sejarah Umat2 dahulu yang membelakangkan, mengejek, menghina Seruan Allah dan Rasulnya. Telah ditimpa keatas mereka Bala, kemusnahan Hidup dari Allah swt.

Firman Allah swt : Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Ghaffir 21)

Dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya? (Yusuf 109)


* Begitu jua, jika dilihat berbagai Bencana Alam yang melanda Dunia hari ini. Gempa bumi, banjir, ribut taufan dan lain2 lagi. Segalanya menunjukkan Kehebatan, Kekuasaan Allah swt berkuasa atas segalanya.

* Dan akhirnya jika difikirkan tentang Alam Akhirat yang telah dijanjikan dengan Nikmat dan Siksaan. Wujudnya Hari Pembalasan, amal timbangan, titian sirat, Syurga dan Neraka. Disebut pula padanya bagaimana keadaan penghuni Neraka, sudah cukup rasanya bagi kita semua untuk perlu merasa takut pada Allah swt.

Saudaraku Sekalian…

* Adakah kita merasa takut bila memikirkan tentang segala kejadian ciptaan Allah swt ?
* Adakah kita merasa takut bila memikirkan tentang dosa-dosa yang lepas dan yang akan datang ?
* Adakah kita menahan diri dari melakukan maksiat keranan takut akan balasan Allah dan siksaanya ?
* Adakah kita takut mati dalam keadaan bukan Islam ?
* Adakah kita merasa takut bila memikirkan tentang kematian, azab kubur dan Hari dihimpunkan kelak ?
* Adakah ketakutan yang dirasai itu menghalangi kita daripada melakukan perkara yang haram, walaupun dalam keadaan berhajat ?


Jika semua persoalan di atas di jawab dengan YA, insya' Allah kita semua akan memperolehi hasil yang baik dan kejayaan mendapat syurga Allah swt dengan izinnya.

Akhirnya, jika sifat Takut itu sentiasa didiami, dirasai dalam Hidup kita, Insya’ Allah segala Suruhan dan LaranganNya tiada lagi alasannya.

Sama-sama kita renungi Sabda Nabi saw yang bermaksud :

Azab yang paling ringan di neraka pada hari kiamat ialah dua butir bara api di kedua telapak kakinya yang dapat merebus otak. (HR. Tirmidzi)

Sabtu, 15 Januari 2011

Jauhi sifat Riya'

Sememangnya Kehidupan Dunia akan berakhir jua. Kita semua akan dihidupkan buat kali kedua di Akhirat kelak. Disana nanti dibentang kembali tiap2 perbuatan yang dilakukan di masa Dunia. Ditimbang, dibicara dengan seadil-adilnya di Mahkamah Allah swt. Seterusnya Syurga atau Neraka menjadi natijahnya.

Demikian itu, sudah semestinya kita semua menghendaki Syurga adalah natijahnya. Tapi syurga yang diidamkan bukanlah Percuma, ianya perlu kepada ketaatan, keyakinan, keikhlasan yang mutlaq pada tiap2 Perintah & LaranganNya.

Sabda Nabi saw : Sesungguhnya hal yang paling aku takuti menimpamu ialah syirik kecil: yaitu riya. (HR Ahmad dgn sanad hasan)

Dunia ini medan Ujian, Setiap orang diuji dengan kadar Imannya. (Contoh, sesiapa yang masih belum menyempurnakan Aurat, ianya menjadi Ujian pada dirinya untuk berusaha menyempurnakannya, ia perlu sabar menahan, menyempurnakan auratnya dari didedahkan. Perlu melawan rasa malas, panas, malu, kritikan dan berbagai ejekan lagi.

Namun jika ia sudah menyempurnakannya. Akan diuji pula tahap keikhlasannya menyempurnakan Aurat tersebut. Adakah kerana dahulu jahil, dan hinggalah sekarang baru memahami apa itu aurat, kerana takut akan balasan Neraka kelak atau menutupnya kerana menunjuk2, untuk dilihat, dipuji2 manusia, sekadar fesyen, bukan kerana menyahut Perintah Allah swt.

Begitulah jua tiap2 amalan lainnya. Syaitan itu sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan, merosakkan amalan kita semua. Sama2 kita laksanakannya kerana Allah.

“Jika jahil perlu dipelajarinya, difahaminya. Jika sudah difahami dan sudah dilaksanakannya, perlu diikhlaskannya pula. Jika sudah diikhlaskannya, perlunya untuk dipohon agar ditetapkan Hati dalam melaksanakan suruhanNya”

Begitulah fitrah Hidup orang yang beriman. Hidupnya sentiasa diuji, namun janganlah kita berputus asa, janganlah dirasakan cara Islam itu menyusahkan. Jika kita memahami, menghayati betul2 tiap Perintah dan hikmah LaranganNya. Insya' Allah dihadiri hidup ini rasa Rahmat, BerkatNya. Terasa nikmat, selamat, sempurna beramal dengan cara hidup Islam.

Kita yakini, pelihara perintah Allah swt sebaiknya, insya’ Allah, Dia pelihara kita. Kita tolong, bantu agama Allah swt, insya’ Allah, Allah swt akan tolong kita. Yakinlah akan benarnya Sabda Nabi saw & firman Allah swt :

Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu dihadapanmu. (Hr Tarmizi)

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhamad 7)

Justeru itu, perlunya tiap2 amalan yang ingin dilaksanakan. Diikhlaskan, diniatkan semutlaqnya kerana ALLAH swt. Agar beroleh manfaat pada diri dan orang lain jua.

Berkata ibnu Qayyim : Taqwa pada hakikatnya ialah mentaati, melaksanakan perintah Allah swt dengan penuh keimanan, pengharapan dan keikhlasan yang benar dalam melaksanakannya. Melakukan apa yang telah ditetapkan itu dengan penuh keyakinan dan mempercayai akan benarnya janji Allah swt pada hamba-hambanya. Dan meninggalkan apa yang dilarang itu dengan penuh kepercayaan hikmahnya, dan merasa bimbang akan balasan Allah swt kelak.

Namun jika tiap2 suruhan & larangan yang dijelaskan Allah swt & Rasulnya ditunaikan selain dari kehendakNya (Allah). Nescaya rugilah dunia dan akhiratnya. Sama2 kita jauhi diri dari sifat suka menkagumi diri sendiri, menunjuk2 dan segala sifat yang mensia2kan ini. Bukan percakapan, pujian orang yang perlu difikirkan, tetapi penerimaan amalan tersebut perlu difikirkan, dititik beratkan. Adakah sudah disempurnakan, diniatkan dengan sebaiknya. Kerana ia punyai kaitan natijah Syurga atau Neraka kelak.

Diantara Kata-kata ulama’ di dalam mencela sifat-sifat keji.

Abu Darda’ ra telah berkata: Tanda-tanda kejahilan itu tiga : menkagumi diri sendiri, banyak bercakap yang tiada erti, melarang sesuatu tetapi mendekati.

Berkata Malik bin Dinar: Barang siapa yang mempelajari ilmu, nescaya dia akan dibentuk dengan ilmu tersebut dan dia akan tawadhuk, sebaliknya barang siapa yang mempelajari ilmu tanpa amalan dan tindakan, dia telah menambahkan sifat bangga dan takabbur dalam dirinya.

Riya’ hasilnya hanya mensia2kan tiap amalan yang dikerjakan, tiada habuan diDunia mahupun Akhirat. Bahkan kecelakaan disana. Demikian itu, Carilah redhaNya, bukan pandangan, pujian manusia yang diharapkan. Darinya kita datang dan padaNya kita akan pulang.

Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkanlah hati-hati kami di jalan agamaMu dan dalam mentaatiMu.

اللهم طَهِّرْ قُلُوبَنَا مِنَ النِّفَاق وأعمَالَنَا مِنَ الرِّياَء

Ya Allah, bersihkanlah hati kami dari kemunafikan & amal kami dari riya.

Selasa, 4 Januari 2011

Mengumpat, PERINGATAN Bersama.

Perkara yang sudah dibiasakan, apabila Bersembang, atau dalam banyak2 Pertemuan lainnya. Hidangannya adalah Mengumpat. Padahal ianya adalah suatu perkara yang salah di sisi Islam, ianya merosakkan lagi hubungan Persaudaraan sesama Muslim, berlakunya Fitnah, Mencaci sesama lain dan pelbagai keburukan lagi akan lahir dari sifat suka Mengumpat.

Sabda Nabi saw: Seorang Mukmin bukanlah Pengumpat, Pengutuk, Berkata Keji atau Berkata Busuk. (Hr Bukhari)

Islam itu amat Sempurna, Cantik jika dipraktikkan akan segala perkara yang meyempurnakannya. Larangannya punyai hikmah yang cukup Besar. Sama2 kita cuba untuk menjauhi sifat Mengumpat diantara satu sama lain. Allah swt telah menjelaskan dalam Al-Quran dengan gambaran yang amat Jijik bagi yang suka mengumpat. Firman Allah swt:

Janganlah kamu mengumpat diantara satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan Daging saudaranya yang sudah Mati ? Maka tentulah kamu merasa Jijik kepadanya. (Al-Hujuraat 12)

Nabi saw menerangkan makna Mengumpat dalam Sabdanya:

Tahukah kamu apa Ghibah itu? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui" Beliau bersabda: Menyebut-nyebut sesuatu tentang Saudaramu hal-hal yang dia tidak Sukai.

Ditanyakan: bagaimana halnya jika apa yang Aku katakan itu memang terdapat pada Saudaraku ? Beliau menjawab: " jika apa yang Kamu katakan terdapat pada Saudaramu, maka engkau telah Mengumpatnya dan jika ia tidak terdapat padanya maka Engkau telah Berdusta atasnya. (Hr Muslim)


Jadi, mengumpat adalah menyebutkan sesuatu yang Terdapat pada diri seorang Muslim, sedang ia tidak suka (jika hal itu disebutkan). Baik dalam soal keadaan jasmaninya, rohaninya, akhlaknya, hartanya dan Sebagainya. Caranya pun bermacam-macam. Di antaranya dengan menceritakan Aib, menirukan tingkah Laku atau Gerak tertentu dari orang yang diumpatkan dengan maksud mengolok-olok.

Jika kita semua dapati perkara yang dijelaskan diatas, ianya telah menjadi rutin Kebiasaan kita, sama2 kita Hijrah untuk Tinggalkanya. Kerana buruk hasilnya diAkhirat nanti.

Sabda Nabi saw: Orang yang muflis dalam kalangan Umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di Akhirat kelak bersama-sama dengan Pahala Solat, Puasa dan Zakat yang pernah dilakukan semasa di Dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa Dosa Memaki Hamun Orang lain, Memfitnah, Memakan harta orang, Menumpahkan Darah dan Memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil Pahalanya (si Muflis) dan dibayar kepada Mangsa-Mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis Pahalanya, diambil pula Dosa-Dosa Mangsanya, lalu dibebankan kepada si Muflis. Kemudian dia dihumbankan ke Neraka. (Hr Muslim)

Seterusnya menjadi kewajipan bagi Orang yang hadir dalam majlis atau apa2 Pertemuan yang sedang Mengumpat orang lain, untuk mencegah Kemungkaran dan Membela Saudaranya.

Nabi saw amat menganjurkan hal demikian, sebagaimana dalam sabdanya:

Barangsiapa menolak Ghibah atas kehormatan Saudaranya, niscaya pada hari kiamat Allah akan menghindarkan api Neraka dari Mukanya. (Hr Ahmad)

Dijelaskan pula oleh para Ulama’ akan beberapa keadaan yang dibolehkan untuk kita bercakap (Mengumpat) mengenai saudara kita:

1. Jika seseorang itu dizalimi, dianiyai. (dibolehkan menceritakan siapa yang menzaliminya)

2. Untuk meminta pertolongan orang lain supaya menegur, mencegah saudaranya yang sedang melakukan kemungkaran. (tidak mengapa diceritakan keadaan saudaranya itu)

3. Untuk meminta, bertanyakan persoalan berkaitan hukum2 Agama. (contoh: seorang Hamba bertanyakan sesuatu mengenai hukum, lalu diceritakannya jika si A atau si B ini melakukan perkara demikian apa hukumnya)

4. Untuk memberi peringatan pada kaum Muslimin tentang kejahatannya. (contoh: jangan berjalan, berkawan dengannya, kerana dia seorang penipu, pencuri, penjenayah dan sebagainya)

5. Untuk menerangkan keadaan seseorang yang ingin dinikahinya. (kesempurnaan anggotanya, pekerjaannya dan segala perkara yang menjadi kewajipan diketahui kedua pihak)

6. Jika seseorang yang amat jelas, terang2 dengan sifat kefasikannya.

Akhirnya mudah-mudahan kita semua terselamat dari segala bentuk perkara yang dilarang oleh Allah swt dan berusaha mencegahnya, mahupun pada diri kita dan sahabat-sahabat kita.