Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

Jumaat, 16 November 2018

Mekap, Allah dah jadi yang terbaik.

Rupa kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah. 

Kenapa kalau rupa tak cantik tak boleh hidup ke? Allah dah bagi kelebihan dengan kesesuaian dari apa yang telah diciptaNya. 

Rupa cantik bukan bermakna kita beruntung, Allah tidak menilai rupa, dan Allah menguji dengan zahir rupa, bahkan orang yang diberi rupa cantik lebih besar ujiannya dalam beriman.

Kenapa sanggup mekap sampai merubah rupa asal, semata-mata untuk kelihatan cantik? Apatah lagi jika menjadi fitnah pula.

Tapi tak salah nak cantikkan diri dengan fitrah keinginan Tuhan jadikan, dengan tujuan yang dibenarkan.

Muhasabah.


Isnin, 17 Disember 2012

Jagalah Aurat, Maruah. Sudah dimana tahap Kita?


Hari ini bila kita berjalan kemanapun, untuk keluar singgah hanya walau ke rumah-rumah jiran-jiran kita, ke surau, kedai berdekatan. Masalah pendedahan aurat amat cukup ketara sekali, seolah hukum dilarang dedah selain muka dan pergelangan tangan, ketat, sendat, jarang, terbelah, solek berlebihan dan seumpamanya itu lagi sudah dibenar agama sekarang. Pakaian wanita-wanita hari ini memang tak lulus syariat. Dari golongan peringkat sekolah rendah, menengah, remaja dan hingga tahap sudah bersuami dan keatas. Begitu rosak dengan bermacam fesyennya. Apatah lagi jika keluar ke bandar-bandar, kedai-kedai makan, pusat membeli-belah, tempat hiburan, permainan dan pantai. Pasti yang majoriti ramainya adalah pakaian yang sangat ditegah dan jauh lari dari suruhan Al-Quran dan Hadis Nabi kita saw. Yang sempurna cara pemakainya boleh dibilang, ia akan dinampak begitu asing. Tidak termasuk lagi yang begitu seksi pemakaiannya lagi, benarlah Sabda Nabi saw: “Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu. (Hr Bukhari)”. Hadis ini menunjukkan ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Bila sudah hilang sifat malu. Hal ini seolah begitu berat untuk diubah, demikianlah munasabah jaminan mudah syurga bagi wanita adalah dari yang menjaga maruahnya. Memelihara pakaian dan akhlaknya, termasuk dengan kes yang suka iklan dan kongsi-kongsikan gambarnya diinternet. 

Hari ini dilihat bersamanya juga dari para ibubapa yang amat menjaga Agama, pelakunya juga seorang yang dikurniakan nikmat sihat, rezeki dan segala kemudahan dan kesenangan lain. Kenapa kita masih memilih untuk dosa. Kesalilah dosa. Ingin saya ungkap kembali sedikit petikan dari artikel lepas ini: Marilah kesali Dosa, tidak Ego. 

“Ada orang, andai Allah bagi segala isi dunia kepadanya. Segala nikmat dunia dia dapat kecap dan rasa, dikurniakan segalanya kepada dia. Tiada halangan dan hukuman. Dan dia telah sentiasa lihat dan tahu berlaku kematian, kejadian alam, kemalangan dan yang ditimpa penyakit. Hanya satu menjadi bezanya, menjadi ujian yang sangat besar untuk dirinya. Supaya tunduk juga kepada ketetapan Allah. Hanya agar tunduk, dengar juga perintah Allah. Buang segala sifat ego dan malu, tak sanggup dengan keadaan sekeliling. Samada patuh atau tidak? Guna segala nikmat dengan cara yang halal atau tidak? Berusaha laksana suruhan Allah? Kenapa ego, masih tak ingin patuhkan Allah juga dan tidak berusaha merubahnya”

“Ramai dari kita, dalam sedang mencari rezeki. Agama kita terabai. Kenapa sampai demikian? Ingatlah tujuan yang besar dari mencari rezeki itu, bukan sekadar makan, minum, dan untuk segala kemudahan dunia. Ia lebih lagi dari itu, ia adalah dari antara amanah-amanah diciptakan kita. Kita berkerja dan kita ingat segalanya ini adalah sementara dan ada perhintungan kelak, ada hasil yang cukup mengembirakan. Ingatkan segalanya ada hubungan ikatan dengan Allah. Kita ini hamba Allah. Kita dijadikan dan kita akan dimatikan”. Ada kata pepatah: “Siapa yang tujuan hidupnya hanya makan minumnya, maka hasilnya ialah apa yang keluar dari perutnya itu”. 

Didikan dari kecil, suasana dalam keluarga sendiri dan penekanan hal didikan agama adalah antara faktor yang amat penting sekali. Malang ramai ibubapa rela biarkan dan didik anaknya dengan pakaian yang ketat, dan segala yang dilarang. Tudung singkat, bonggol, baju sendat dan bermacam fesyennya mengikut suasana ramai orang yang memakai, mengikut selera iklan barat, tergila-gila tarikan musim dunia, hingga melupakan cara Agama. Demikian sudah pastu bila dewasanya anak, amatlah susah untuk diubah. Dalam Islam anak adalah antara sumber untuk mencari pahala untuk selepas mati kelak. Namun anak kita menjadi hasil yang lahir melakukan yang dilarang Allah. Seterunsya keadaan yang mendorongnya dari suasana dalam keluarga sendiri, dan juga lagi penegasan awal tentang dosa, pahala, halal dan haram semenjak kecil lagi. Mungkin boleh baca perkongsian-perkongsian lain dalam label wanita ini.



Marilah kita sentiasa menyedarinya, hal ini wajib diusaha dan diperingatkan. Adakah pakaian harian kita menepati kehendak Allah atau terus mengundang murka Allah. Sedarilah dan marilah kita usaha berubah, bila lagi ingin kita berubah, kita sudah tahu atau buat-buat tak tahu. 

Dari keindahan, keadilan dan rahmatnya Islam itu. Allah azza wajalla sentiasa memberi peluang dan ruang kepada kita semua dan melarang kita dari berputus asa. 

Dengan memang banyak dan benarnya kebaikan dan kebenaran dari sesiapapun dan diri kita sendiri juga, tidaklah ia menjadikan ternafinya dan terbetulnya yang salah dan silap dari sesiapapun itu dan juga diri kita. Silap memanglah ia silap dan benar memanglah ia benar. Itulah fitrah kita sebagai manusia. 

Agama Islam cukup sempurna, tiada hal kehidupan yang dilepas pandang oleh Islam. Ada aturan dan panduannya dalam Islam. Yang dirasa tiada disebut dan kaitan dalam dan dengan Islam itu kerana dari kejahilan diri kita dan tidak sampai pengetahuannya kepada kita. Al-Quran dan Sunnah telah menjelaskan segalanya. Dari segala tuntutan Agama, segala suruhan dan larangan Allah. Menjadikan seorang hamba itu begitu hebat, kuat, mulia, selamat dan berjaya dunianya.



Sudah dimana tahap kita sekarang. Wanita sekarang, ujian besar adalah aurat dan dengan iklankannya pula. Dari dedah terus dan pamerkannya. Sudah tutup dan dedah di fb. Tutup dengan berbagai gaya dan aksi pula. Dan berpurdah dengan menzahirkannya. Kadang tunjuk yang ditutup dan tunjuk pula yang terdedah. Kadang sudah ditutup dan ditunjuk yang terdedah pula. Begitulah berbagai ragam dan masalah hal aurat dan iklan difb ini. Bila melihat keadaan ini. Hanya sangka baik yang nak disangkakan. Semua sedang berhadapan dan berjuang melalui ujian. Usahalah dan teruslah sedar dan bangkit dengan kesedaran itu. Berbagai musim yang berlaku diatas menunjukkan kita kadang telah masih tertewas lagi dengan ujian nafsu, masih lemah dalam menghadapinya dan kadang telah berjaya mengawalnya. Teruslah berusaha, dan mencari jalan agar kuat teguh atas jalan yang diredhai Allah itu. Mungkin dulu fenomena bebas dengan dedah terus. Tapi sekarang, dilihat fenomena dengan berpurdah pula dizahirkan. Melihat apa hasil yang boleh kita simpulkan, dari antara banyak kebaikan dan keburukannya. Jika nak diletak juga gambar, yang tidak berpurdah, memadai gambar profile yang neutral biasa dengan sempurna ditutup aurat. Adapun yang berpurdah pula, sudah memadai juga seperti yang tidak berpurdah. Gambar kita sebenar, tak payah diletak. Sudah pasti keduanya dengan berbagai gaya adalah dilarang. Ditutup itu dan berpurdah itu untuk elak fitnah. Namun jika sebaliknya dilakukan. Maka sama sahaja, bahkan mengaibkan dan mencelarukan lagi hukum Agama. Sebenarnya dari kita sendiri, apa dari tujuan kita letak gambar tersebut. Jika kita sebagai wakil rakyat, pemimpin, dan perlunya orang untuk mengenali kita. Atau niat kita dari awalnya adalah sebaliknya. Jika mampu untuk cari jalan dan elak dari sebarang fitnah, maka itulah yang dituntut. Wanita bukan bahan untuk selalu ditonton. 


“Hijab itu bukan sekadar menutupi wajah, ia jua menutupi hati dan diri, dengan akhlak mulia, dan malu bercampur baur dengan lelaki-lelaki yang bukan mahram. Sucikan pakaian isteri-isteri Rasulullah s.a.w, contohi mereka, jangan dicemari kemuliaan hijab dengan gurau senda teruna dan dara, dengan gaya manja di dinding muka buku”  - Status fb dari kenalan

Wanita bukanlah bahan pameran untuk ditenung. Hari ini ujian besar adalah ramai yang sibuk mempamerkannya diinternet. Merata gambarnya dipostkan dengan bermacam aksi. Itu pula berlaku ramai dari yang masih bujang, mungkin itu kita boleh sifatkan mereka yang ingin agar ada yang tertarik, untuk mencari jodoh, mengharap pujian, untuk berkenalan dan sebagainya lagi yang menjadi kesukaan zaman remaja-remaja di zaman sekarang. Namun menjadi bala besar lagi apabila ia masih berlaku juga selepas kahwin. Inilah ujian besar yang sebenarnya. Kejahilan dan pengabaian dari saranan Agama. Keterikutan cara barat. Jangan kita meremehkan hal ini. Demikianlah Agama amat menjaga dan menitikberatkan ia awal-awal lagi. Untuk apa gambar tersebut? Untuk siapa? Payah bagi lelaki untuk mengelak dari terkena sifat dayus akhir zaman ini, ini ujian besar dalam alam rumahtangga, dan ini bakal menjadi punca masalah besar dalam rumahtangga. Jangan kita fikir nikmat seks semata. Mereka membebaskan diri dari kaitan Agama. Dari hak suami isteri bila membuka internet. Jangan diikut sangat kehendak nafsu kita itu, fikirlah dan jagalah hal-hal ini sebaiknya. Jangan nak diikut juga selera barat dan mereka-mereka yang jahil. Kita buat ikut suka kita sahaja. Asal rasa gembira, kita suka, kita buat. Perhatlah baik-baik hukum hakam Agama. Kita ini sudah isteri orang, wajah dan tubuh badan kita masih menjadi fitnah diluar sana. Masih digilai dan menjadi saluran membangkitkan dosa kepada orang. Seolah siapa sahaja masih boleh sentuh, isterikan dan tegur kita. Sedarlah, jangan terlena kesukaan ini. Jangan terabai kerana kesibukan lain. Semuanya dan segalanya itu dari awal untuk menjaga kesucian, kemuliaan dan kebahagiaan kita semua. Luahkanlah dan zahirkanlah segalanya kepada yang dihalalkan. Sabar dan nikmatilah senikmatnya dengan jalan yang telah dihalalkan oleh Agama. 


 “Aurat wanita, perubahan dengan rasa sangat susah, ejekan, ketawa dan dengan panas dan peluhnya, dan berbagai lagi pengorbanan lain. Segalanya merupakan hal-hal yang amat besar nilaian dan ganjarannya disisi Allah. Menutup dengan sempurna aurat dan tidak mempamerkannya pula, lambang keimanan yang hebat pada suruhan Allah. Wahai Muslimah, disegani dan dimegahi kerana begitu tinggi kehendak agama padamu” 

Ingin saya kongsikan luahan status dari seorang kenalan fb, yang saya rasa itulah hakikat keadaan yang sedang dirasai oleh lelaki, dialami sendiri oleh saya.
“Para facebooker wanita. Nampak solehah tapi gedik. 

1) Bila update status tulis ayat "ala manja" dan ejaan yang "comel or brutal tapi ala solehah" walaupun hakikatnya mahu menyampaikan sesuatu mesej yang baik. 

2) Bila bermuamalah di fb sekalipun sesama sejantina, tulis "ala-ala mesra alam" sampai melampau seperti "cium pipi kunk, wink-wink", "rasa nak peluk akak/adik je" and baanyak lagi. Sedangkan jika diluar fb bicara tidak seindah dan semesra alam di fb pun. Semua ahli fb tak kira lelaki atau perempuan akan membaca status dan komen anda/kita sekalipun dia tidak meng "like" or "komen". Namun jauh di sudut hati si pembaca merasa " alaaahai manjenye die dengan kawan-kawan die". Biasanya lelaki akan rasa syok dan boleh mengundang syahwat dengan tulisan-tulisan seperti itu, tak percaya sila tanya mereka ya. 

3) Animasi senyuman, gelak or kenyit mata melampau sana sini untuk lelaki seperti: "Syukran akhi ;-)", "Sama-sama :p Ustaz", " ^___^, " Mohon kopi pes akhi yunk ;;)))". Apa perasaan lelaki bila mendapat komen dan terima animasi seperti ini? 

4) Tulis dan ajak manusia berdakwah dalam masa yang sama menggoda orang. Seperti: "Pesanan ustaz dan ustazah saya, sabar lah dalam ujian ya khas buat semua sahabat-sahabat saya yang disayangi lagi dirindui. Lalu tag orang-orang muslimin disamping muslimat. 

Bagi saya, semua nampak simple dan biasa, tapi ianya mengundang penyakit hati bagi mereka yang sudah sakit. Jagalah akhlak dan adab sebagai muslimah, dalam fb kita sudah hilang malu, jika diluar fb adakah sesuka hati kita melayan mana-mana lelaki atau bicara. Kalau sekalipun nak cari jodoh dan tackle lelaki takkan Fb medannya. Jadilah muslimah yang benar-benar solehah yang tidak menjadi punca kepada membuka selera lelaki untuk melakukan maksiat hati. Mohon maaf jika terkasar bahasa, saya juga kadang-kadang terlepas pandang bila belek-belek balik memang menjengkelkan diri sendiri sebenarnya. "Nasihat untuk diri saya terlebih utamanya". 

p/s : Bak kata Status dari Ibnu Batoota yg dipersetujui: "Kami benci dedah kecomelan di fb".” 

Bila buka fb ada sahaja terserempak dengan perkara-perkara yang menyebalkan hati. Jarang berlaku dikalangan muslimin tapi banyak berlaku dikalangan muslimat. Kerana yang namanya Muslimah terlalu khas urusannya berbanding lelaki. 

Di dalam fb, muslimah lebih berani dan berkeyakinan diri dengan menulis status-status jiwang karat yang sesekali baca rasa "semacam je". Seperti, "Aku ingin menjadi isteri solehah kepada bakal imamku", " Cintaku hanya untuk yang halal", "Keindahan diriku hanya untuk si dia". Orang lelaki bila baca dia akan rasa "terpanggil untuk dekat dan ambil tahu" kalau begitu. Lelaki ada tak tulis macamni? Ada mungkin tapi jarang. Kalau ada memang dia perlu kepada kahwin. Tapi kalau perempuan tulis begitu, ada banyak sebab musabab antaranya, nak menarik perhatian, biasanya menarik perhatian lelakilah. 

Muslimah juga, lebih slumber menegur lelaki di fb, di wall, di komen, di inbox, chat sampai kadang-kadang rimas sampai semak mata melihatnya. Ada saja nak ditegur selagi boleh, cipta macam-macam ayat power, kalau lelaki tegur dulu tu adatlah. Jika tegur untuk sesuatu yang berkenaan boleh terima lagi. Tapi tegur "kerana saja, suka-suka, nak berkenalan, nak mulakan bicara, nak test power pun ada". Bila dah start semua tu. Maka hilanglah sifat malu. Tanya soalan advance pulak tu. (dikisahkan kepada saya) Astaghfirullahal'azim. 

Tahniah, bagi muslimah yang bebas daripada semua unsur-unsur ini.” 

Nasihat ini cukup berguna, saya kira perlu untuk kita (para wanita) hadam dan muhasabah ia sebaiknya. Saling berpesan kepada yang lain juga. Ada komen yang tidak bersetuju dengan nasihat diatas. Saya katakan. 

1. Status ini sebagai nasihat dan peringatan. Hal ini perlu dielak kerana besar fitnahnya, bagi yang ramai punyai penyakit dalam hatinya. 

2. Yang selalu update status islami, kita hanya bersangka baik. Yang buruk dibelakang bukan alasan. Salah silap, kita saling tegur. Kita memberi semangat dalam untuk kebaikan dan perubahan. 

3. Saya tidak hanya menilai dari zahir sahaja, saya tak menafikan banyak kebaikannya yang lain. Jika zahir itu salah, tetap salah. Yang batin, tidak diketahui, hanya Allah menilai kita semua. 

4. Jika memang perbuatannya, sebaliknya yang terzahir dari status yang dizahirkan. Demikian, ayat status-status seperti dinyata diatas itu perlu diubah dan dihindar. Dari penyakit yang nampak biasa itu, ia telah dan bakal membenihkan penyakit-penyakt lain buat lelaki, dan kepada hasil yang lebih parah lagi. 


Akhirnya, teruslah kita bersama melaksanakan syariat Islam dalam hidup kita. Asing Islam itu bukan dibiar cara hidup kita asing dari orang ramai. Memilih untuk mengasingkan diri. Namun kita sering terasing dan masih diasing dari orang ramai 


03 Safar 1434 H bersamaan 17 Disember 2012 M 
Isnin, 11.00 pm. Terengganu, Malaysia.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Aurat itu dosa, ia Fitnah.



Sabda Nabi saw: “Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya”. (Hr Muslim) 

Sabda Nabi saw: “Tiada aku meninggalkan suatu fitnah lebih berbahaya terhadap kaum lelaki daripada godaan wanita”. (Hr Muslim) 

“Di satu lampu isyarat, aku tertengok seorang perempuan cantik yang menunggang motor. Pakai baju kurung, tudung, dalam kain pakai seluar trek dan kakinya pakai stokin. Walaupun dia cantik, tapi memilih untuk tak berpakaian cantik kerana tak mahu menjadi fitnah kepada lelaki, jadi aku bagi 100% respect pada dia. Aku harap dia berjaya dunia akhirat”. – Ridhuan ِAbdul Karim

“Untuk lelaki, kita beli baju cantik, kita boleh tayang dalam Fb untuk berkongsi. Kita beli buku, kita boleh tayang dalam Fb untuk berkongsi. Kita beli iPad kita boleh tayang dalam Fb. Tapi bila kita beli anak dara orang dengan mas kawin, kita tak boleh tayang dalam Fb sebab kita beli aurat, aurat bukan untuk ditayang-tayang, dan bukan untuk di kongsi-kongsi. Beli benda lain boleh kongsi, tapi beli aurat tidak. Usah kita lupa Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya wanita itu aurat..” (Hr at-Tirmidzi, no. 1207 dan katanya Hasan Sahih Gharib)”. - Fathi as-Sakandary 

“Bila seseorang wanita post gambarnya di facebook, kemudian ada orang comment, "cantiknya awak", "waah.. comelnya", "isyh keibuannya wajah", "ayunya" atau apa-apa yang seerti dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. 

Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah? Biasanya ramai wanita yang menjawab "thanks", "terima kasih" atau "alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa-biasa aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik? 

Menurut pendapat saya, perempuan yang baik dan sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan delete gambar tersebut daripada facebooknya, tanpa sebarang komen lagi. (Antara point ini yang saya kongsikan sewaktu ceramah Langkah 1,2 ,3 Mencari Jodoh di Seminar Baitul Muslim pada 6 Oktober 2012 yang lalu). Namun yang lebih baik tentunya, tiada dipaparkan gambarnya yang cantik tersebut”. - Uzar 

1. Temanku semua, peliharalah aurat, usah jua dipaparkannya lagi. Sungguh banyak dan berat fitnahnya. Gambar kita sekarang masih tetap memberi saham dosa, hari-hari kerja kita masih terikat dengan dosa. Nabi saw telahpun memberi amaran. Dilarang Agama bukan untuk susahkan. Itu perintah dari Allah yang telah menjadikan kita, memang ada hikmah dari segalanya. Bersabarlah dalam mentaati ketetapan ini. Taatlah dan usahalah taat untuk cari redha Allah. Kita akan dapat lebih daripada itu lagi. Hal ini memang berat fitnah mata yang memandangnya teman. 

2. Antara tanda hidayah dan pertolongan dari Allah itu. Hasyrat, perancangan, dan jalan-jalan dosa itu jadi sering terbantut, gagal dan sukar. Saat ketika itulah ujian yang besar dan mana pilihan jalan kita. 

3. Yang telah dan akan melencongkan kita dari patuh, itu ujian. Rasa sangat begitu berat, payah dan malas untuk yang benar dan disuruh, itu semua ujian pada diri kita. Dari diri dan dari sekecil hinggalah sebesar urusan, marilah saling sering muhasabah teman. 

4. Jalan untuk berubah dan insaf itu sudah pasti akan menerima dan melalui dengan berbagai-bagai ujian. Kita mohon pada Allah atas segalanya. Jangan kita berputus asa. “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmat-Mu keatasku. Aku juga mengakui dosa-dosa terhadap-Mu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau ya Allah”. (Hr Bukhari). “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk memperelokkan ibadatku kepada-Mu”. (Hr Abu Daud, an-Nasaai dengan sanad yang sahih) 

5. Kita tak mampu nak menjadi tarikan dan contoh kepada orang, marilah kita jauhi dari merosakkan orang lain. Kita tak mampu nak merubah orang, biarkanlah diri kita mudah diubah dan dapat berubah. Sama-sama kita usaha yang terbaik dan hindar dengan yang terbaik. Sama-sama bantu dan saling biar kita memerlukan dalam menegakkan untuk kebaikan. 

6. Buatlah yang benar dan bersabarlah, ada hasilnya. Tak dunia, akhirat yang sudah pasti. Jauhilah dosa, yang keji dan dilarang itu, ia akan juga menyakitkan dimasa yang lain pula. Tak dunia, akhirat yang telah dijanji. Kita bersyukur dengan kebaikan dunia dan berusaha dengan mengharap kebaikan akhirat. Dan kita bertaubat dengan musibah dunia dan berusaha dengan mengharap keselamatan akhirat. Setiap dari segala ujian-ujian, itulah perjuangan kita di dunia ini.



7. Siapa kata ia tidak membawa kepada fitnah. Nabi saw telah memberi amaran akibat dan bahayanya. Menyuruh agar kita supaya menitikberatkannya dan berjaga-jaga dengannya. Marilah jangan lewakannya lagi. 

8. Pakaian yang digariskan syara’ itu menyebabkan tiada ingin dirasa orang untuk mengganggunya. Tapi jika sebaliknya yang sudah memang kita hasyratkan, amatlah berdosa kelakuan itu. Hakikatnya amat betapa gah dan mulianya bila dipandang wanita yang memelihara aurat itu. 

9. Pernah disembang dengan rakan sepengajian yang sudahpun berkahwin, yang saya lihat dari zahirnya cukup terjaga akhlaknya, “katanya, melihat keadaan sekarang ini, sungguh memeningkan kepala, katanya sudah kahwin bukan jaminan sudah dapat selamat dan mampu kawal jika dalam keadaan masyarakat sekarang yang seolah bertelanjang sebegini, terkejut saya dan terfikir seketika, apatah lagi yang belum kahwin, yang tiada asas agama dan lemah agamanya. Beratnya ujian ini”. 

10. Telah banyak artikel tentang aurat yang dituliskan, harap ia sudah cukup dan dapat manfaatnya. Akhirnya dalam apa-apa jua hal pun, kita perlu usaha cari jalan bagaimana agar aku ini menjadi hamba yang taat. Kita perlu fikir cara yang menyebabkan aku dapat berubah seperi orang lain berubah. Samaada dengan kawan, suasana, dan apapun jalan lain lagi yang mampu membentukku. 


Firman Allah swt: Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (An-Naazi´aat 40,41) 

“Nafsu dari terjebak dengan maksiat, syahwat. Dan nafsu yang menghalang, melekakan dari taat, beribadat kepada Allah” - (islamweb.net) 

Mungkin boleh baca: Aurat dan Tabarruj. 


01 Zulhijjah 1433 H bersamaan 17 Oktober 2012 M 
Rabu, 03.00 pm. Sana’a, Yaman.

Sabtu, 8 September 2012

Aurat dan Tabarruj.

Soalan dari fb: Salam, terbaca pasal tabarruj. Nak tanya kalau pakai tudung macam heliza ni kira tabarruj tak? Masih menutup aurat dan kelihatan cantik kan? 

Jawapan: Waalaikumussalam, terima kasih atas pertanyaan. Sedikit perkongsian ringkas dari saya dari kaitan soalan. Komen amatlah dialukan.



1. Tujuan menutup aurat adalah untuk menjaga maruah dan menghindari fitnah. Segala apa yang Allah jadikan dan tetapkan munasabah dan ada hikmah dan sebabnya. 

2. Begitulah juga dalam memakai purdah, ada pendapat yang sunatkannya kerana untuk menjaga dari fitnah. Demikian jika sudah sempurna aurat dan hatta berpurdah, namun zahir sana sini, dengan macam aksi, fesyen, gedik dan suara yang menghairahkan. Ia tetap dilarang, kerana tidak mencapai tujuannya tadi. Iaitu mengelak fitnah. Namun ia bukan bermaksud sama sahaja tutup atau tidak, yang masih tak tutup amatlah besar lagi fitnah dan dosanya. 

3. Dalam Surah al-Ahzab ayat 33 telah dinyatakan larangan ini pada isteri-isteri Nabi. Agar berada dirumah dan jangan keluar bertujuan untuk bertabarruj seperti wanita-wanita jahiliyah dahulu. Dengan erti samada dari perbuatan, percakapan dan pemakaiannya. Demikian dizaman sekarang beralih pula difb, kerana ramai mata memandang dan memujinya. 

4. Hal ini juga mengikut suasana tempat. Mungkin negara arab, wanita semuanya majoriti hitam berpakaian dan berpurdah, jika pakai seperti kita, maka fitnah yang amat besar bakal terjadi. Demikian dinegara kita, kebiasaan dengan fesyen bermacam warna dan tidak berpurdah, ia masih tidak mengundang fitnah. Maka diharuskan lagi, adapun yang jelas seperti ketat, jarang, nipis dan seumpamanya lagi. Gincu, solek, berhias dan wangian yang berlebihan. Pakaian yang melampau dengan lagak sombong, gelang, rantai, yang bukan kebiasaaan dilihat dan lambang-lambang fitnah. Ia sudah jelas dilarang.



5. Adapun seperti heliza helmi atau najwa latif dan juga hukum aksi-aksi lakonan wanita bertudung atau pengacara-pengacara, namun zahir dengan bermacam adegan gambar atau video yang mengayukan. Pendapat saya. Hal ini kita melihat dari segi hikmah dalam dakwah dan kepentingan dan skop yang lebih besar lagi. Dalam nak merubah dan memahamkan mereka. Untuk menarik orang. Berhadapan dengan bermacam pengaruh barat dan maksiat moden sekarang. Manfaat atau keburukan yang banyak terhasil. Ia perlu kepada perbahasan yang panjang dan luas lagi, tidak hanya terus menghukum haram semata. 

6. Nak pakai macam heliza, saya berpendapat masih belum dikira bertabarruj mengikut suasana ditempat kita sekarang. Kita jaga perbuatan dan percakapan. Kita berpakaian memang hendak tujuan memelihara aurat dan tiada niat untuk bermegah-megah. Ia untuk memenuhi dan menjaga perintah agama dan fitrah untuk sentiasa bersih, kemas dan cantik dan dengan sedikit wangian. Bukan dengan tujuan agar lelaki ghairah memandang dan menghidunya. Tujuan membuka dan mengharap timbul dan berlaku fitnah. Kelak, kita juga yang benci perbuatan dari kesan fitnah tersebut, atau amat malang jika sudah memang itu tujuannya. iaitu untuk Bertabarruj. Nauzubillah min zaalik, ‘mohon jauh dari demikian’.



7. “Menayangkan gambar dengan berbagai gaya yang walau sudah bertudung. Andai hanya wujud sebilangan yang memang amat sensitif dengan sekadar gambar. Maka itulah fitnah, fitnah yang cukup besar. Kesan yang membenihkan lagi keburukan-keburukan lain. Saranan-saranan Islam adalah ingin menjamin dan menjaga setiap hal individu dan masyarakat”. 

8. Jika tidak dengan sebab ini, maka ia akan banyak mengundang hal mungkar dan masalah lain. Dosa-dosa lain sedang menunggu untuk menghiburkan kesukaan ini. Terutama pula kes sihir dan khianat yang acap berlaku sekarang. Jika yang dedah terus pula, sudah tentu lebih salah lagi. Ayat dalam Al-Quran dinyatakan tika keluar rumah. Sekarang kita tika bermain internet. 

9. Sudah fitrah saling bernafsu melihat berlainan jantina. Lelaki bila didepan wanita lain jadinya. Suara sahaja juga sudah melemahkan lelaki, hatta menerima ucapan dari seorang wanita. Apatah lagi jika suara sengaja diayukan dan watak dighairahkannya. Wajah dan pakaian digodakannya. Adalah amat sukar mengawal nafsu. Begitulah sebaliknya dengan larangan kepada lelaki. Islam melarang perkara ini kerana ia menjadi sebab membangkitkan nafsu. Demikian balasan azab yang diperingatkan kelak amat serius, kerana kita telah mengabaikan dan merosakkan tujuan seorang khalifah dijadikan Allah. Lalu terjadilah bermacam jenayah seks umpama binatang. Disebalik kelemahan dan kejahilan agama. Yang dilarang itu untuk menjaga semua orang. Ada sebabnya. Islam bukan menghalang fitrah. Allah swt yang menfitrahkan kita dan Islam dari Allah haluan fitrah kita ini. Jika tidak ikut Islam, terkeluar kita dari fitrah dan jadilah hidup untuk nafsu. Anak zina merata, rosak keharmonian keluaga, dirogol dan dianiaya. Tipu, curi, rasuah, riba, zalim dan berbagai kemusnahan terhasil. “Contoh video lagu-lagu yang berbagai-bagai bentuk disebar di internet. Adakah sama seperti kita melihat video seekor monyet sedang buat pertunjukan. Kadang ia benar telah memalukan, menjatuhkan dan mengaibkan imei tudung dan Islam itu sendiri”. 

10. Demikian, maksud menutup aurat dengan sempurna dizaman sekarang adalah termasuk menutupnya dengan sempurna juga di internet. Dan maksud tidak bertabarruj dizaman sekarang adalah termasuk tidak menzahirkannya juga dengan bermacam posing dan fesyen gedik di internet.



11. Akhirnya, terima kasih kerana menutup dengan sempurna aurat dan tidak menayangkannya dialam maya. Dalam kita memelihara perintah Allah, perbuatan ini juga telah menutup amat banyak pintu-pintu fitnah dan dosa lain buat lelaki. Mudahan terus kuat memeliharanya dan terus kita berusaha melaksanakan kehendak yang lain lagi dalam agama. Ingatlah ini semua kerana Allah dan sudah pasti ganjaran besar sedang menanti kita.  

12. Yang masih free hair, tutuplah dengan sempurna aurat. Berusahalah segera hindari pakaian ketat, jarang dan segala yang dilarang Agama. Memahami erti menjaga aurat sepertimana dijelas diatas. Hal ini sangat dasyat fitnahnya. Sedang kematian sentiasa mengintai kita. Mudahan terus kuat menghadapi ujian untuk memelihara aurat ini dan segala perintah lain. Masa yang terus berjalan, marilah dengan penuh rasa hina, akui kejahilan kita yang lepas. Saling sama muhasabah, beri teguran dan terus berusaha menjadikan diri patuh akan arahan Allah. 


“Segala suruhan Allah ini tiada lain, untuk kemulian dan kebaikan hambanya yang diciptakannya” 

 “Allah tidak pernah jemu menerima taubat dan amal kita. Allah sentiasa mengetahui usaha dan hakikat keadaan kita bagaimana sebenarnya”. [Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati]. (Ali-'Imran 119) 


 Berusaha dan berdoalah. “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk memperelokkan ibadatku kepada-Mu”. (Hr Abu Daud, an-Nasaai dengan sanad yang sahih) 


 Merenungi ungkapan Ibn Qayyim al-Jauziyyah: “Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail). 


20 Syawal 1433 H bersamaan 07 September 2012 M 
Jumaat, 10.00 am. Sana’a, Yaman.

Sabtu, 10 Disember 2011

Aurat, marilah Menutupnya dengan Sempurna.



• Melihatnya Bertudung, menutup dengan sempurna Aurat, tak ketat, sendat, jarang, singkat, terbelah dan seumpamanya. Hatiku benar-benar tertarik, suka. Sudah pastinya akanku bersangka dia seorang yang Baik, kerana dia telah menyahut seruan Allah dan Rasul, dia telah menutup pintu-pintu Fitnah, dia telah menghalang dari terbentuknya bermacam-macam Fitnah lain. Walau kadang hakikatnya memang ada kekurangan, kesilapannya yang lain yang dilakukan. Itu perkara, Dosa yang lain pula. Mudahan silap yang tak diketahui itu, cukup dia dengan Allah, mudahan diubahi, mudahan walau masih lagi tak diikhlas menutup dengan sempurna Aurat, kerana dipaksa dan sebagainya, masih lagi diteruskannya dan akhirnya disedari Hikmah suruhan itu.


" Kita sedar itu Dosa, kita ada Usaha, ingin Berubah pada yang Baik, kita mohon pada Allah, secara beransur-ansur, insya’ allah diPermudahkan "


• Hakikatnya Wanita-Wanita yang benar-benar memahami masaalah Aurat, Maruah, Fitnah. Memelihara, menjaga sebaik-baiknya. Perkara ini akan menjadi benteng buat mereka, ia mengawal tiap perbuatan, kelakuan, bicara mereka. Pakaian Syara', Muslimah itu mampu mengawal, ia tak diingin untuk Orang mengganggu, ia tak meransang penglihatan Lelaki, bahkan merasa gerun, selamat, tiada masaalah, walau dimana dan apa Pekerjaan mereka. Mereka dipandang hebat, gah, dinilai tinggi, cukup Bermaruah walau diamana dan apa Pekerjaan mereka.


• Syariat, Ketetapan Islam. Tiap suruhan dan larangannya telah jelas Hikmah baik buruknya. Amat-amat sempurna, selamat.




SEBALIKNYA


• Melihat bila kau mendedahkan Aurat, pakai ketat, sendat, jarang, terbelah dan seumpamanya. Hatiku benar-benar sedih, kecewa. Sudah pasti akanku bersangka dia bukanlah seorang yang Baik, kerana dia telah mengabaikan perintah Allah dan Rasul, dia telah membiarkan berbagai-bagai ruang Fitnah, Maksiat lain terhasil. Walau kadang hakikatnya memang ada kebaikan, kebajikan yang lain yang dilakukan. Itu perkara, Kebaikan yang lain pula. Mudahan Allah menerima Amalan kita, mudahan keikhklasan, rasa terdetik untuk perlunya menunaikan Kebaikan yang lain itu turut dirasai, difahami dalam masaalah Aurat.


• Dirasa perlu meninggalkan Dosa, keburukan yang lain itu turut dipandang serius dalam meninggalkan Dosa mendedahkan Aurat.


• Bila difikirkan, mereka yang masih mendedahkannya, ketat, sendat dan seumpamanya. Ingin jua disangka mereka benar-benar masih Jahil, belum sampai sejelasnya pengetahuan kepada mereka tentang Hukum, Kewajipan, kenapa, mengapa, hikmah, kesan, balasannya, dan disuasanai dengan Didikan ibubapa, masyarakat, teman-teman, dan cara Kerajaan yang memerintah.


• Jika tidak, kenapa dibiarkannya. Amat malanglah, andaikanlah jika SEBALIKNYA, tapi sering diungkap perkataan menunggu masa, seruan, barulah akan Berubah. Teman, Hidayah itu Pemberian Allah bagi yang berusaha mendapatkannya, bukan ditunggu Allah mengubahinya tanpa disedari, diingini dari Hatinya sendiri.


• Jika tidak, takkan tak merasa bimbang akan Sabda Nabi saw ini: (...dalam golongan yang tak dapat cium bau Syurga, penghuni Neraka {Sahih Muslim}) Mohon dijauhkan.


" Kita sedar itu Dosa, kita tiada Usaha, tapi ingin Berubah pada yang Baik, kita mohon pada Allah, tapi kita masih suka, biasa melakukannya, Dosa, tiap-tiap Hari "


• Hakikatnya bila Aurat tak ditutup Sempurna. Keadaan bila didedahkan Aurat, pakai ketat, jarang dan seumpamanya. Akan mencenderungkan lagi kearah Dosa, Maksiat lain. Dosa-Dosa kecil diremehkan.


• Masaalah Zahir, Fitnah itu sudah satu perkara yang Besar. Ada yang mengatakan walau tak tutup, tapi baik Orangnya, Baik yang lainnya, tunai Solat, taat Ibubapa, tak Berzina, Mengumpat dan banyak lagi Dosa lain.


• Dia taat Ibubapa, tak Mengumpat, tak Berzina, dia baik dari Segi ini, kerana dia Nampak kesan Buruknya. Dan dia rasa secara "Fitrah" perlu ditunaikannya. Padahal memang Hakikat Fitrah, Tuhan jadikan Manusia benci pada Keburukan, Kejahatan dan Suka pada Kebaikan.


• Ada perkara dalam Agama, dapat kita Persoalkan, dan ada yang tak dapat kita Persoalkan. Kesan, Hasilnya ada yang jelas Nampak, dan ada yang masih Belum. Tiap-tiap Ketetapan dari Zaman dahulu lagi, awal-awal lagi telahpun sabit sempurna diJelaskan melalui Kitab Mukjizat al-Quran, dan Peringatan, Hadis Nabi saw. (Segala Panduan, Peringatan, Nasihat, Teguran, Ancaman, Balasan dan segala-galanya telah Jelas dalam Dua Rujukan ini) Ia petunjuk hingga Kiamat. Perlu diIkut, dipegang untuk Selamat sampai Akhirat.


• Contoh Babi, dari dahulu lagi telah Jelas dinyatakan Pengharamannya, kerana kotoran, kuman, penyakit pada Babi tersebut, walaupun pada waktu itu Babipun masih belum Wujud, tapi telah dikhabarkan. Dan kita lihat sekarang bila dikaji, telah benar didapati kotoran, kumannya yang tak mampu dibersih dan memberi Kesan yang Besar. Begitulah segala Urusan Hidup Manusia, Urusan Perkahwinan, Ekonomi, Pemerintahan dan tiap Aspek lainnya, telah Jelas ada Etika, Panduan, Ketetapan dalam Islam. Kita semua perlu meyakiniNya, dengan mempelajari dan Memahaminya.


• Hukum Agama, Ia menjamin, memelihara semua Orang. Ada yang Berkait dan ada yang Tidak. Contoh Aurat, mungkin ada yang Berkata: “ rasa tak mengapa mendedahkan Aurat, dia kata Baik, tak melakukan kejahatan, dosa-dosa lain, dia berasa cukup Selesa dengan keadaan sebegitu, takpun menyusahkan Orang lain, tak pula mencenderungkannya untuk buat Maksiat lain, dan dia nampak tiada kesan Buruk, masaalah bila mendedahkan Aurat ”. Seolah-olah kita lebih tahu dari Allah, padahal Kita semua Allah yang Cipta, sudah tentu Allah swt lebih, amat mengetahui segalanya, apa keperluan, apa keburukan, kebaikan jika dilakukan demikian-demikian.


• Hakikatnya kesan pasti ada walau hanya Seorang. Tahukah dengan melihat pendedahan itu, amat-amat Besar Kesannya wahai Wanita. Walau anda Selamat, kesan Buruk akan terbentuk pada yang lain dengan sebab Anda. Wanita, Yakinlah, Ikutlah ketetapan Agama.


• Jika dikata tunai Solat, gambaran dilihat Solatnya cukup amat Lemah. Jika difahami Pelaksanaannya, pasti dirasa amat Berat untuk mendedahkan Aurat, kerana ia berkait Besar dengan perintah, ketetapan Allah. Wajib, Dosa, Pahala, Syurga, Neraka.


• Janganlah ada siapa-siapa yang masih memberi, mencari Alasan, untuk tak Mewajibkannya. Yang kata walau tak ditutup, tapi yang lain amat Sempurna, Baik, sudah memadai. Padahal Hakikatnya ia tetap dinilai Buruk, kerana pendedahan Aurat adalah Fitnah yang amat Besar. Adalah merupakan Pintu Utama untuk terhasilnya Dosa, Maksiat lain: (khlawat, bergaul bebas, zina, rogol, anak luar nikah, buang, bunuh anak, video lucah, cerai, curang, main kayu tiga dan pelbagai lagi).


Seorang Hakim dalam Islam akan membuat Hukum berdasarkan info dan bukti Zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan Aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran Hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin Hati begini boleh dianggap baik oleh Islam. – Dr Zaharuddin


Dengan sebab itu Nabi saw telah jelaskan dalam riwayat yang Sahih, (mudah syarat untuk Wanita masuk Syurga, antaranya jaga Maruah) dan Hadis (didedah, ketat, sendat dan sebagainya, tergolong penghuni Neraka). Demikian itu, Marilah kita semua, Wanita-Wanita Islam yang dicintai, dengan penuh keinsafan, buangkan Ego, menitikberatkanNya, usaha Merubahnya.


Ikut Syariat
Mengharap Rahmat
Selamat Umat


11 Muharram 1433 H bersamaan 07 Disember 2011 M
Rabu, 03.30 pm.

Isnin, 22 Ogos 2011

Wanita, hebat Tarikan, Godaannya...


..Wanita ini banyak, hebat Tarikan, Godaannya, bukan sahaja diWajah, bahkan Seluruhnya. Cara Berjalannya, cara Pemakaiannya, Wangian, Solekannya, Percakapannya, Mesejnya, Suaranya dan segala-galanya...

Andai tak dipelihara sebaiknya, tak dinilai sama cara, kehendak-kehendak yang digaris Agama, maka akan mendatangkan Fitnah yang cukup Besar, menyebabkan berbagai Fitnah terhasil. Demikian perlu bersungguh-sungguh memeliharanya. Perbuatan memandang remeh perkara ini akan memberikan Natijah yang Buruk pada Wanita diAkhirat kelak dan ia adalah merupakan salah satu Faktor Besar yang menyebabkan terbentuknya banyak Maksiat-Maksiat lain.

Namun jika ia benar-benar dijaga, dipelihara Bersungguh-sungguh perkara-perkara tadi. Iaitu digunakan, dimanfaatkan Kecantikan, Keayuan, Kelembutan dan segala tarikan, godaan, anugerah tersebut mengikut Syariat Islam. Diserikan, dihiaskan dengan Akhlak, Pemakaian, Pertuturan, Perbuatan dan segalanya dengan cara yang dituntut, diajar Islam. Ia punyai nilaian yang cukup berharga dimata Dunia dan ia telah menyempurnakan salah satu Syarat-Syarat untuk meraih Syurga.

Sama-sama kita renungi Peringatan Nabi saw ini:

• Apabila WANITA mendirikan Solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, Memelihara kemaluannya dan Mentaati suami, maka dikatakan padanya, masuklah Syurga dari pintu-pintu Syurga manapun yang engkau kehendaki. (Hr ibn Hibban, dinilai sahih oleh Albani)

• Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan Dunia adalah WANITA yang Solehah. (Hr Muslim)

• Tidaklah aku tinggalkan Fitnah yang lebih Besar, Bahaya, Dasyat bagi kaum Lelaki daripada Fitnah WANITA. (Hr Bukhari)

• Aku naik ke Syurga, dan kulihat kebanyakan penghuninya Orang-Orang susah, Fakir. Dan Aku naik ke Neraka, dan kulihat kebanyakan penghuninya WANITA-WANITA. (Hr Bukhari & Muslim)

Sabtu, 20 Ogos 2011

Debat tentang Aurat.



Debat diFacebook oleh 2 orang saudara tentang Aurat. Hujjah-Hujjah yang dikemukakan dilihat cukup hebat juga. Saya mengalukan untuk saudara-saudara buka, Save dan Besarkannya untuk Baca. Mudahan sama-sama mendapat Manfaat, atau jika masih terdapat lagi persoalan-persoalan lain, boleh dikomen, ditanya, dikongsikan.

Hujjah akal Manusia, memang takkan mampu melawan Hujjah al-Quran. Hujjah-Hujjah yang diberikan itu adalah sebenarnya sudah lengkap segalanya terdapat dalam al-Quran jika kita selidik betul-betul al-Quran, cuma saudara diatas tak menyebut secara terperinci dalil-dalil al-Quran.

Apapun, tujuan sebenar saya kongsikan Perkara ini tiada lain hanya mengharapkan supaya lahir kesedaran, keinsafan dari Hati kita untuk Berubah dan tidak sewenangnya lagi memperlekeh dan sentiasa mencari alasan-alasan lain.

Yang sudah sempurna ditutup Auratnya, marilah sama-sama kita sentiasa & terus sentiasa BerDoa memohon agar ditetapkan Hati atas landasanNya, ditetapkan Hati dalam menunaikan kehendakNya higga ke akhir Hayat.

Dan yang masih tak sempurna ditutup Auratnya, yang mendedahkan Rambut, mengenakan Pakaian yang ketat, sendat, jarang, nipis, singkat, terbelah, yang menyanggul dengan tinggi, besar sanggulannya dan bermacam lagi Fesyen Sekarang yang menyalahi kehendak, cara, Islam. Mudahan perasaan yang pastinya pernah ada terdetik dihati saudara untuk berubah itu tidak disia-siakan.

Ingatlah & Ketahuilah perbuatan itu akan menggolongkan kita sebagai Ahli Neraka kelak.

Dan bila segalanya sudahpun sempurna, Peliharalah ia.. tak perlulah nak diiklankan diInternet, diFB gambar-gambar tersebut, Besar & Dasyat juga Fitnah dari Gambar tersebut. Jika nak letak juga, cukup 1,2 keping sebagai Pengenalan diri, itupun dengan Sempurna Auratnya ditutup dan tiada gaya-gaya, aksi-aksi manja yang dizahirkan, ditayangkan.

Sama-sama kita berusaha sebolehnya hindar Diri dari dimurka Allah. Ramai sahabat kita yang mampu memeliharanya, kenapa kita tidak ? Andai terasa susah dengan cara ini, laluilah juga... biar terasa susah hanya sedikit kat Dunia yang sekejap ini untuk elak dari susah yang Banyak dan lama kat Akhirat nanti.

(Bismillahir Rahmanir Rahim)

يَا مُقَلبَ القُلُوب ثَبِّتْ قُلوبَنَا عَلى دِيْنِك

Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan Kami atas agamaMu.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di Dunia dan kebaikan di Akhirat, dan Peliharalah kami dari Azab Neraka.

Rabu, 13 April 2011

Aurat, mereka dihalang, ditangkap dan dipaksa supaya menanggalkannya.

Tahukah Anda Wanita-wanita Muslim diNegara Eropah, ada dikalangan mereka yang disekat, dihalang dari menyempurnakan Aurat mereka. Mereka ditangkap, tidak dibenarkan dari melaksanakan Kewajipan sebagai seorang Muslim yang telah diPerintahkan Allah swt. (namun mereka tetap jua ingin melaksanakannya kerana mereka tahu ianya adalah suatu Perintah, ketetapan dari Allah swt, bukannya suatu perkara yang boleh sewenangnya diabaikan, mereka yakin akan benarNya janji-janji Allah swt, mereka bimbang, takut memikirkan akan benarnya terdapat balasan yang amat Berat jika diabaikan Suruhannya). Walaupun hingga dihina, dipaksa supaya menanggalkannya dan dikenakan Hukuman pula jika enggan menanggalkannya.


Tetapi keadaan diMalaysia amat-amat cukup mengaibkan. Kita tiada sedikitpun segala gangguan tersebut. Namun pakaian yang dilarang Allah itu juga yang diinginkan untuk dipakai. Pakaian yang mendedahkan selain dari Muka dan tapak tangan, Pakaian yang sendat, ketat, jarang, nipis, singkat, terbelah dan sebagainya amat sudah terlalu biasa dizahirkan. Kenapa hingga sedemikian ? Ingatlah Janji Allah swt adalah Benar, Ingatlah datangnya ajal itu dalam keadaan yang tidak dapat kita sangkainya adalah Benar. Ketahuilah perbuatan tersebut adalah suatu Dosa. Dosa tersebut pula menyebabkan telah tercambahnya berbagai maksiat lain, terhasil dari melihat pakaian Kita yang meransang, menganggu tiap Mata lelaki yang memandangnya.

Duhai Saudari seIslamku… Sempurnakanlah Aurat Anda. Janganlah dibiarkan, dibiasakan hari-hari Hidup kita dengan sentiasa melakukan perkara Dosa. Nikmat rasa suka dengan mendedahkan Aurat itu tidaklah kekal, demikianlah Kehidupan Dunia bukanlah Kehidupan yang kekal, suatu masa nanti kita akan mati dan diperbangkit dan diperhitung, dipersoal segala-segalanya. Berbagai jenis alasan yang diberi dimasa Dunia dahulu dari melaksanakan Perintahnya akan terjawab dihari Perhintungan ini, samaada ianya Benar ataupun sekadar Rekaan.

Marilah kita menyempurnakannya (AURAT), Ianya dapat menyelamatkan kita dari beroleh Dosa, beroleh siksa, azab, jika tak menginsafinya. Menghindari diri dari diganggu, menghindari diri dari mengingini berbagai maksiat lain, menghindari dari dihampiri lelaki, lelaki pun rasa bersalah, malu nak menghampiri Kita dan seterusnya melakukan berbagai lagi maksiat lain, ianya juga menyelamatkan kaum Lelaki dari melakukan maksiat lain hasil dari pendedahan Aurat kita.

“ Islam itu datang menyelamatkan, menyempurnakan cara Hidup Manusia. Marilah kita sempurnakan Hidup kita dengan cara yang diajar Islam, bukan cara yang diingini Nafsu. Tiap laranganNya amat punyai Hikmah yang cukup Besar, yakinlah padaNya, Dia yang menciptakan Bumi dan segala Isinya, adakah patut kita mempersoal dan mencari cara Hidup yang lain dari cara yang telah diletakkan oleh Pencipta Bumi ini ”

Isnin, 21 Februari 2011

Fahami apa maksud MENUTUP AURAT sejelasnya.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu Pendengaran dan Penglihatan serta Hati Akal Fikiran); supaya kamu Bersyukur. (Al-Nahl 78)

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu Hajati. Dan jika kamu Menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan Bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan Sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim 34)

Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak Mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang Kufur Ingkar. (Al-Nahl 83)


Sudah seringkali rasanya Telinga kita biasa didengari akan apa yang dimaksudkan Menutup Aurat itu sebenarnya, bahagian mana yang Wajib Sebenarnya ditutup, bagaimana cara untuk Disempurnakannya dan Kenapa perlu Disempurnakannya. Namun masih ada sebahagian besar saudara seISLAM kita hari ini nampak pada Cara pemakaiannya seolah-olah tidak pernah lansung didengari Telinganya akan Peringatan, Nasihat Allah swt dan Rasulnya. Tidak pernah digunai Akal fikirannya untuk menilai, memahami akan tiap Perintah Allah swt dan Rasulnya.

Hari ini cara hidup yang diajar Islam makin dirungkai, ditinggalkan bahkan diejek. Seorang wanita yang Maruahnya masih dijaga, Auratnya selalu disempurnakan sesempurnanya dianggap Ketinggalan zaman, dipandang Ganjil dari yang lain. Padahal menyempurnakan Aurat itu suatu kewajipan dari Allah swt. Menjadi kebiasaan dengan didedahkan Aurat itu akan membawa Kecelakaan selepas datangnya Ajal nanti.

" Perbuatan Zina, buang Anak, bunuh Anak merupakan suatu maksiat yang dipandang teramat keji dimasa dahulu, namun Hari ini ianya sudah biasa didengari tiap-tiap hari. Generasi demi generasi baru, lahir ke Dunia dalam keadaan mereka yang sudah biasa mendegar, melihat maksiat sebegini rupa. Mungkin suatu masa nanti lahirnya ungkapan “cukuplah Berzina, anak jangan Dibuang, Dibunuh” Nauzubillah min zaalik "

Begitulah jua perbuatan mendedahkan AURAT. Hari ini Lahirnya anak-anak dan dibesarkannya dalam keadaan Keluarganya sendiri tidak pernah dilihat menyempurnakan Aurat sesempurnanya. Keadaan diSekolahpun sama sahaja. Dilihat pula Iklan, Cerita-cerita yang sedikitpun tidak pernah dianjurkan untuk menititik beratkan tentang cara pakaian yang sebenar diajar Islam. Jika adapun sedikit sahaja, dan diselit pula dengan berbagai Agenda-Agenda lain yang menampakkan Aurat itu tidaklah perlu sangat Disempurnakannya. Seterusnya Pemimpin Negara sendiri yang jauh cara Hidupnya dipandukan pada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw.

Segalanya sudah tentu melahirkan lagi kecelaruan dalam Kepala kita akan Bagaimana sebenarnya cara Islam yang betul. Dilihat teman-temannya, dilihat masyarakat didada akhbar, majalah, televisyen seolah Bertudung sahaja sudah memadai dengan apa yang dimaksudkan Menutup Aurat, dilihat Bertudung, tapi pakaian lain Ketat, Sendat, Nipis, Jarang, Sempit, Terbelah sudah memadai, dilihat hingga sampai separuh telanjang Didedahkan sudah menjadi perkara biasa dan bukanlah salah disisi Islam. Hingga lahirnya rasa ragu-ragu akan benarkah sebenarnya cara pemakaian ISLAM bukanlah begini ?

Justeru itu Saya ingin mengajak Saudara-Saudara sekalian agar Penglihatan, Pendengaran yang dianugerahkan Allah swt dimanfaatkan untuk mendengar, mempelajari, Memahami akan apa yang sebenar dimaksudkan “ MENUTUP AURAT ” itu. Pelajari, fahami dan Laksanakanlah akan tiap perintah Allah swt. Kita semua bukanlah dari kalangan Orang yang masih terkecuali lagi untuk dihisab dan ditimpa Hukuman kelak.

Islam adalah Agama Allah swt. Agama kepada Pemilik Dunia ini. Apa-apa bentuk Kejayaan yang diperolehi Seseorang itu tidak akan bermakna sedikitpun, melainkan setelah hidupnya disertai dengan keIslaman, keImanan pada Allah swt. Islam bukan agama yang direka-reka, ia didatangkan untuk menyempurnakan, menyelamatkan cara hidup manusia. Bersumberkan pada Al-Quran dan al-Sunnah. Barangsiapa hidupnya sentiasa disaksikan sama kehendak Allah dan Rasulnya, maka berjayalah hidupnya Dunia, Akhirat. Dan barangsiapa yang hidupnya tidak dihiraukan akan kehendak Allah dan Rasulnya, maka rugilah hidupnya Dunia, Akhirat.

Demikianlah Aurat ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang perlu kita Remehkannya. Larangan dari didedahkan dan Balasan Mendedahkannya telah Jelas disebut didalam Kitab Allah Al-Quran dan Hadis Nabi saw.

1. Firman Allah swt: Wahai Nabi, suruhlah Isteri-Isterimu dan Anak-Anak Perempuanmu serta Perempuan-Perempuan yang Beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 59)

2. Dan katakanlah kepada Perempuan-Perempuan yang Beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir Daripadanya; dan hendaklah mereka Menutup Belahan Leher Bajunya dengan Tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan Perhiasan Tubuh mereka melainkan kepada Suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 31)

3. Sabda Nabi saw: Ada 2 golongan dari penduduk Neraka yang keduanya belum pernah Aku lihat. Yang Ke2: Para Wanita yang Berpakaian tapi Telanjang, mereka Menyimpangkan lagi Menyelewengkan Orang dari Kebenaran, Berlenggang Lenggok dalam Perjalanannya. Kepala-kepala mereka seperti Punuk unta yang condong. Mereka ini tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium wanginya Syurga padahal wanginya Syurga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh Ini dan Itu. (Hr Muslim)


Saudaraku sekalian, ketiga-tiga DALIL diatas sudah memadai dijelaskan akan tiada lagi Alasan kenapa perlu juga Didedahkan Aurat. Jika dilihat akan maksud Tersirat, Tersurat dan berbagai Tafsiran dan Perbahasan oleh para Sahabat, Ulama-ulama’ terdahulu dan Sekarang . Kesimpulannya tidak ubah melainkan seperti berikut :

Pakaian bagi seorang wanita MUSLIM ialah :

Pakaiannya mestilah menutupi seluruh Tubuh Badanya. Melainkan hanya Muka dan Tapak tangan sahaja yang boleh dizahirkan.
Jadi segala jenis pakaian yang menzahirkan selain dari Muka dan Tapak tangan adalah pakaian yang menyalahi perintah Allah swt.
Pakaiannya mestilah Longgar, tidak Nipis, tidak Jarang, tidak Ketat, tidak Dendat, tidak Dempit, tidak Terbelah, tidak kelihatan Bentuk tubuh Badannya.
Tudung yang dipakainya mestilah Labuh dan Menutup Dada.
Lengan baju panjang sehingga ke Pergelangan tangan. (mestilah longgar, tidak nipis, jarang, ketat, tidak kelihatan bentuk tubuh badannya)
Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang hingga ke Buku lali. (mestilah longgar, tidak nipis, jarang, ketat, tidak terbelah, tidak kelihatan bentuk tubuh badannya)
Pakaiannya tidak menyamai seperti Pakaian Lelaki.
Wangian, solekannya hanya Sekadar, tidak Terlalu berlebihan.

Namun sebahagian besar wanita MUSLIM hari ini pakaiannya masih :

Didedahkan selain dari Muka dan Tapak tangan, bahkan lebih lagi sehingga mendedahkan separuh Tubuh mereka.
Didedahkan Auratnya untuk menarik perhatian kaum Lelaki. Membangkitan, Meransangkan lagi Syahwat kaum Lelaki.
Pakaiannya Ketat, Sendat, Sempit, Jarang, Nipis, Singkat, Terbelah, Kelihatan bentuk tubuh Badannya, Kelihatan bentuk Kawasan-kawasan yang mudah Menggoda.
Demikian itu, Suatu kesilapan yang Besar bagi sesiapa yang Menganggap, Merasakan cara Pemakaian seperti berikut sudah memadai : (Bertudung, menutup rambut itu sudah mencukupi, Bertudung ber‘T-Shirt berlengan pendek, Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya, Bertudung longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya, Bertudung hanya dipakainya di pejabat sahaja, tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya, Bertudung tudungnya dilempar ke belakang leher, dan terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung, Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya).
Solekan, wangiannya amat Berlebihan. Mempercantikkan bibir, alis dan pipi, mempercantikkan raut muka dan sebagainya.

Demikianlah apa yang dimaksudkan dengan “ MENUTUP AURAT ” itu. Jadi apa-apa bentuk jenis, cara pemakaian di zaman sekarang, jika ianya bersalahan dengan etika yang telah digariskan SYARA’ ia masih dikira tidak lagi Menyempurnakan, Menutup Aurat.

Seterusnya apa yang diharapkan mudahan agar tiada lagi Perasaan tidak ingin jua Menyempurnakannya. Nikmat hidup ini akan berkahir, padaNya kita akan Dihimpun, Dibicara kelak. Hindarilah diri dari sifat sentiasa Suka mencari alasan dalam melaksanakan perintahNya, meremehkan dan Membelakangkan PerintahNya. Dunia dan segala makhluk ini ciptaanNya, Dia Maha Mengetahui apa keperluan makhluk ciptaanNya. Cara hidup yang sempurna, lengkap ialah ISLAM. Agama dari pemilik Alam ini. Ia merangkumi tiap sudut keperluan kehidupan manusia. Segala syarat yang diletakkan tidaklah membebankan, jika dinilai, difikir, ianya amat bertepatan dengan kehendak logik Akal Manusia yang Sihat.

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (A-li 'Imraan 19)

Pelajari, fahami dan sempurnakanlah Aurat anda, Ianya akan dapat menyelesaikan banyak masaalah2 sosial hari ini. Menutup pintu2 fitnah, maksiat dan Seterusnya dapat menghindarkan diri kita dari Disambar Neraka kelak. Masaalah membiarkan Aurat terbuka TELAH mencambahkan lagi berbagai2 maksiat lain : Pergaulan bebas, zina, rogol, lahirnya anak luar nikah, buang anak, bunuh anak, bercerai dan bermacam-macam lagi. Lahirnya maksiat atas perbuatan Manusia itu sendiri. Firman Allah swt :

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Ruum 41)

Biarlah hanya sebahagian kita yang Sedikit ini sibuk untuk beramal, melaksanakan, mengambil berat soal cara Hidup yang diajar Islam, disamping sebahagian besar lain Masih ramai lagi yang tidak menghiraukannya. Ingatlah janji Allah itu Benar. Datangnya Ajal itu tidaklah dilihat pada keadaan seseorang yang masih muda atau masih sihat.

Demikianlah penjelasan ringkas akan apa yang dimaksudkan Menutup Aurat itu, bahagian mana yang Wajib kita sempurnakannya, bagaimana Cara yang sebetulnya dalam menyempurnakannya dan Kenapa perlu disempurnakannya.

“ Sebahagian Teman-teman kita yang lain sentiasa sibuk berusaha Memelihara diri dari perkara yang dimurkai Allah SWT, sentiasa Bimbang dirinya dari terkena percikan Azab Neraka kelak. Kenapa kita pula Nampak seolah-olah sengaja untuk mendapat Syarat ke Neraka Allah swt. Ayuh kita bersegera mengubahnya ”

Akhirnya, Renungilah Sabda Nabi saw yang bermaksud : Azab yang paling ringan di Neraka pada Hari Kiamat ialah dua butir bara api di kedua Telapak Kakinya yang dapat Merebus Otak. (Hr Tarmizi)

(05.00 pm. 21.2.2011)

Khamis, 13 Januari 2011

Aurat, Masih JAHIL atau SUDAH TAHU, atau ADA YANG MENGANGGAP IANYA TIDAK WAJIB!

Firman Allah swt: Hai Manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya Kegoncangan hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (Dahsyat). (Al Hajj 1)

Wahai umat Manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu Diperdayakan oleh kemewahan hidup di Dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar Penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu Lalai dan Menderhaka). (Faathir 5)



Pelbagai bentuk Peringatan,Teguran dan Nasihat telah banyak dijelaskan. Namun masih ramai lagi yang tidak Menyempurnakan Aurat mereka. Dan masih ramai Jua yang masih sibuk mengiklankan Gambar-Gambarnya di Internet.

Saudaraku sekalian. Bumi dan segala isinya Ini adalah ciptaan Allah swt. Berbagai jenis Makhluk ada didalamnya. Jadi perlunya ada Peraturan, Undang2 yang mesti dipatuhi oleh makhluk2 diBumi ini. Peraturannya ialah Islam. Cara hidup yang memberi keselamatan, kebahagian diDunia & Akhirat.

Menutup Aurat adalah salah satu cara Hidup yang diajar oleh Islam. Ia memperlihatkan akan Cantik & Sempurnanya Islam. Lahirnya kemormatan dari Masyarakat sekeliling, tiada gangguan dan ianya menjadi benteng kpd Perbuatan Maksiat yang lain. Kita diciptakan olehNya. Sudah pasti Dia menegetahui apa keperluan makhluk ciptaanNya.

Rasanya kita Semua sudah mengetahui bahagian mana Aurat seorang Wanita MUSLIM yg mesti disempurnakan. Kita juga sudah mengetahui akan Hukumnya. Dan Balasan siksaan bagi yang Mendedahkannya. Namun masih ada pelbagai bentuk Alasan seringkali keluar dari Mereka yang masih tidak ingin menyempurnakan Aurat Mereka.

PERTAMA: MUNGKIN SEBAHAGIAN BESAR MASYARAKAT KITA ADA LAGI YANG MASIH JAHIL, TAK TAHU LAGI AKAN KEWAJIPAN AURAT TERSEBUT ? ATAUPUN KERANA KEADAAN DIDIKAN SEMENJAK KECIL LAGI SUDAH TIDAK DIENDAHKANNYA ? ATAUPUN BARU MEMELUK ISLAM & PELBAGAI KEMUNGKINAN LAGI.

Perlu diketahui bahawa Menutup Aurat adalah Perintah dari Allah swt. Ia ditujukan kepada Isteri-Isteri Nabi, Anak-Anak Perempuan serta Perempuan-Perempuan yang Beriman. Ia tidak terkecuali Seorangpun. Ianya Wajib dilaksanakan. Sebagaimana yang telah jelas dijelaskan dalam firmanNya, lihat Surah Al-Ahzaab ayat ke 59.

Seterusnya Kita sendiri perlu Berusaha mendalami ilmu Agama. Tanyalah Ustaz2, Hadirkan diri ke Majlis2 Ilmu, cari & bacalah Buku2 Panduan Aurat bagi Seorang Wanita MUSLIM. Rasanya sudah Terlalu banyak Buku, Risalah, Artikel2 merata dijual, diinternet & Sebagainya. Menjadi kewajipan setiap Individu Muslim mengetahui mana Halal dan Haram dalam kehidupannya. Tak dinafikan sibuk dengan kerja harian, namun kewajipan sebagai hamba Allah amat perlu dilaksana.

Ibu Bapa sudah tentu perlu memainkan peranan yang Tinggi. Jika menginginkan Anak2 Gadis mereka menyempurnakan Aurat dengan sebaiknya, sudah tentu Ibu sendiri perlu menunjukkan cara pakaian yang mengikut cara Islam seluruhnya. Memberi penekanan yang penting akan soal Agama. Tahu akan keperluan Agama yang wajib diketahui oleh setiap Individu Muslim. Namun malangnya kehidupan sebahagian masyarakat Islam hari ini, Anak2 mereka sudah dididik supaya Mempamerkan Aurat, Dididik tidak mengenal arti Halal Haram dalam hidup mereka. Dididik sudah biasa dengan mendedahkan Aurat. Dan Jika berpakaian menutup Segalanya dirasakan Ketinggalan Zaman dan berbagai Macam anggapan lagi. Jadi tidak dapat tidak, perlu JUA untuk Anda meninggalkan Adat, Kebiasaan yang diasuh semenjak kecil dengan kehidupan yang bukan cara Islam kepada cara Hidup Islam yang sebenar.

Jika baru memeluk Islam, sudah tentu keperluan utama perlu dijelaskan adalah Aqidah. Memahami sedalamnya akan pengertian Islam dan Iman, seterusnya menerapkan segala aspek kehidupan berpandukan Al-Quran dan Sunnahnya. Yang penting usaha dalam melaksanakan tuntutan hamba pada Tuhannya sentiasa dipelajari.

KEDUA: RAMAI YANG SEBENARNYA SUDAH JELAS TAHU HUKUMNYA, TAHU AKAN AZAB NERAKA YANG BAKAL MENIMPA KELAK, TAPI ALASANNYA MALAS, PANAS, MALU, EJEKAN TEMAN, & BERMACAM LAGI ALASAN.

Saudaraku Sekalian. Ketahuilah Segala Alasan2 tersebut hanya merugikan diri Anda sendiri. Anda telah tahu Hukumnya, tahu janji Allah itu Benar. tahu datangnya Ajal itu dalam keadaan yang tidak disangka. Ingatlah Nikmat mendedahkan Aurat itu hanya sebentar, Ingatlah peritnya Siksa Neraka kelak.

Rasa malas, panas, malu, ejekan dan pelbagai bentuk alasan lagi perlu kepada kesabaran yang tinggi untuk Melawannya. Biarlah rasa panas, malu, perit, susah yang hanya Sementara dan hanya Sedikit ini dari merasa sakit, susah yang amat Dasyat lagi di Akhirat kelak. Panasnya tak tergambar, kelak kita semua Pasti dihimpun beramai-ramai dalam keadaan bertelanjang. Sehalus-halus perkara hingga sebesar-besarnya akan dibentang & dipersoal di mahkamah Allah swt.

Masuk Syurga itu bukan percuma, perlu kepada pengorbanan, kesabaran menghadapi UjianNya. Setiap orang diuji dengan kadar Imannya. Bagi kita yang masih sukar menyempurnakan Aurat, ianya menjadi Ujian pada diri kita, jika ia sudah disempurnakannya, Akan bertambah lagi Ujian lain. Demikianlah fitrah Hidup orang yang beriman. Ujian yang nak dilalui itu perlu kepada kefahaman Islam yang mendalam, kekuatan Amal, Iman & Taqwa. Maka perlunya mendalami Ilmu Agama. Ianya wajib atas tiap2 Muslim. Jika anda memahami, meyakini betul2 Perintah dan hikmah LaranganNya dan seterusnya melaksanakanya. Insya' Allah akan hadir rasa nikmat beramal dengan Islam. Hadir Rahmat dan Berkat dariNya.

Saudaraku sekalian. Kenapa kita Perlu merasa susah bila Hidup berpandukan Islam, kenapa kita tidak pernah berfikir, meyakini hikmah tiap2 larangan Allah swt itu. Para Nabi, sahabat & umat2 terdahulu telah mengorbankan Harta, Pangkat, Keluarga mereka untuk Islam.

Hari ini kita belum lagi disuruh mengorbankan Harta, Pangkat, Keluarga dan segalanya. Tapi baru sekadar permulaan baru, hanya disuruh menahan Diri dari Mendedahkan, Mengiklankan Aurat. Menahan dari melanggar perintah Allah dan Rasulnya. Segalanya untuk kebaikan kita jua. Ianya akan dapat menyelesaikan banyak masaalah2 Sosial, menutup pintu2 Fitnah dan akhirnya menyelamatkan Diri dari disambar Neraka kelak.

Diciptakan Syurga dan Neraka, ianya tempat yang kita akan tempuhi selepas berakhirnya Dunia nanti. Orang2 yang sabar dari menurut kehendak Nafsu, akan dibalas dengan Nikmat Syurga kelak. Begitu jua orang2 yang sentiasa menuruti Nafsunya, tak mengambil endah ketetapan Perintah Allah dan Rasulnya akan dibalas dengan Azab Neraka kelak.

KETIGA: SEMUA SUDAH MENGETAHUI SEJELASNYA AKAN KEWAJIPAN AURAT. AMAT MALANGLAH JIKA ADA YANG MENGANGGAP IANYA TIDAK WAJIB DILAKSANAKAN, IANYA TIDAK SESUAI UNTUK DISEMPURNKAN. MEREKA TELAH MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN ALLAH SWT. MEREKA TELAH MENGHALALKAN DIRI MEREKA UNTUK MERASAI NERAKA ALLAH. Nauzubillah minzaalik.

Mungkin Ramai yang berfikir, tak mengapa Didedahkannya, Amal2 yang lain pun sudah disempurnakan. Solat, Zakat, Puasa, Haji. Mereka melaksanakan Islam mengikut kehendak Nafsu. Padahal Tidakkah Kita mendengar seruan Allah swt: Hai orang-orang yang Beriman, Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah Syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Baqarah 208)

Solat itu jika dilaksanakan dengan penuh Kesempurnaan, Kekusyukan akan memberikan Kekuatan pada diri, akan menjadi Benteng diri dari mengerjakan Larangan Allah. Keinginan pada perkara2 Maksiat akan kurang. Itulah besarnya hikmah Solat. Jika kita dapati solat sudah didirikan, namun maksiat2 lain tetap dikerjakan. Menunjukkan lemahnya Solat.

Saudaraku sekalian, kenapa kita perlu beramal dengan Sebahagian yang lain, dan kita tinggal Sebahagian yang lain. Marilah sama2 kita cuba melengkapkan diri dengan cara Islam sepenuhnya. Saidina Umar ra pernah berkata: Kita semua adalah Umat yang dimuliakan Allah dengan Islam, barangsiapa yang mencari Kemulian (cara hidup) yang lain dari Islam maka kemurkaan Allah akan menimpanya.

Perbandingan Sebuah Motosikal yang tiada tayarnya, namun tetap juga dipanggil Motosikal. Tapi ianya cacat, tidak sempurna, tidak dapat dimanfaatkan bahkan tidak laku untuk dijual. Begitulah Aurat dalam Islam, menutupnya adalah salah satu Kewajipan, Kesempurnaan seseorang Islamnya.

Perumpamaan Islam seseorang itu, jika sudah lengkap yang lainnya, namun Auratnya masih Didedahkan. Islamnya nampak Aibanya, nampak ketidak Sempurnaan Islam tersebut. Ia menjerumuskan diri ke pintu2 Maksiat lain, Membuka lagi ruang2 Fitnah & berbagai Kemungkaran lagi. Padahal Islam itu datang menyempurnakan, menyelamatkan Manusia.

Jika kita dapati masa2 hidup kita terdapat banyak musibah berlaku, Ujian dan Kecelakaan. Perlunya dilihat akan bagaimana hubungan kita dengan Allah swt. Adakah cara hidup telah disaksikan sama tentang Halal Haramnya. Sama2 kita dalami, fahami Sabda Nabi saw yang bermaksud : Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu dihadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila engkau memohon hendaklah engkau memohon pertolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu, dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah telah tentukan keatas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya). (Hr Tarmizi)

Mengapa akal kita perlu Melabelkan, Memblokkan mereka ini golongan yang Alim dan Kami pula golongan yang Jahil. Tahukah Anda akan Saudara2 kita yang menutup Aurat mereka, dahulu asal mereka pun Jahil, tak tahu akan kewajipannya, Namun mereka diajar, dididik. Dan mereka cuba memahami dan melaksanakannya. Mengapa kita suka duduk dalam keadaan Jahil, mengapa Sukar untuk kita mengubahnya. Segalanya untuk Allah, untuk keselamatan Diri Di Masa Dunia dan Akhirat kelak.

Akhirnya janganlah sampai ada dikalangan Kita mengeluarkan alasan yang mengatakan Aurat ini tidak Wajib dilaksanakan. Ianya tidak Sesuai dilaksanakan Zaman Sekarang dan macam2 lagi alasan yg dianggap Biasa, namun Hukumnya sudah dikira kufur dari Islam, kerana jelas2 menghalalkan Larangan Allah dan Rasulnya.

Rasanya segala perkara sudah Dijelaskan. Saat ini malaikat Izrail belum Datang mencabut Nyawa lagi, saat ini Akal masih Waras lagi. Sama2 kita berubah & sentiasa cuba untuk Berubah menyempurnakan Aurat dengan seSempurnanya.

" Orang yang ingin mempelajari Al-Quran, dalam masa yang sama banyak kesilapan sebutannya, tetapi tetap jua bersungguh Mempelajari bacaan dengan sebaiknya, akan diambil kira jua pahalanya kerana kesungguhannya ingin jua mempelajari "

Segala Kekurangan atau Kemungkinan masih banyak Masalah2 yang lain lagi amatlah dialukan untuk dikongsi. Saya sekadar memberi penjelasan berdasarkan bacaan Buku, suasana yang Berlaku & Cerita yang dikongsi. Segalanya untuk Manfaat Semua. Laksanakannya kerana Allah, bukan paksaan atau ingin Menunjuk dan Sebagainya.

Sama2 kita Cuba berusaha melaksanakan perintahNya. Aurat dan segala segala cara hidup yang lain berpandukan Al-Quran & Sunnahnya. Kelak kita semua akan mengadapnya. Takutlah padaNya.