Sabtu, 26 Jun 2010

Berduaan dengan wanita yang Bukan Mahram

Syaitan amat suka dalam menyebarkan fitnah dan menjerumuskan manusia kepada yang haram. Kerana itu Allah Swt mengingatkan kita dengan Firmannya :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. (An-nuur 21)

Syaitan memasuki tubuh anak adam bagaikan aliran darah. Diantara cara-cara syaitan menjerumuskan manusia ke dalam perbuatan keji adalah khalwat dengan wanita bukan mahram. Kerananya, syariat Islam menutup pintu tersebut, sebagaimana yang disabdakan Nabi saw :

لا يخلون رجل بامرأة إلا كان ثالثهما الشيطان

Tidaklah seorang laki-laki berkhalwat dengan wanita kecuali pihak ketiganya adalah syaitan. (Hr ahmad)

Berdasarkan petunjuk hadis di atas, maka tidak dibolehkan seorang laki-laki berkhalwat dengan wanita bukan mahram, baik dirumah, di pejabat dan sebagainya. Baik dengan isteri saudaranya, dengan pembantunya dan sebagainya.

Yang menjadi masalah pada hari ini, ialah sekelompok masyarakat yang masih lagi meremehkan persoalan ini. Entah kerana terlalu percaya kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Padahal khlawat sangat berpotensi untuk mengundang perbuatan mungkar dan maksiat.

Paling tidak, menjadikan syhawat untuk mengarah ke sana. Kerananya tidak menghairankan, jika semakin banyak ketidak jelasan nasab dan keturunan. Di samping jumlah anak luar nikah juga semakin meningkat.

Oleh itu marilah sama-sama kita mengambil berat tentang perkara ini, jangan kita membiarkan anak-anak remaja kita binasa dengan hubungan yang bebas, tidak mengenal halal dan haram sebagaimana kita melihat masyarakat barat musnah dengan faktor hubungan yang sangat bebas ini, sangat mengaibkan.

Firman Allah swt :

يأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلاَئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ لاَ يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُون مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahriim 6)

Demikian itu juga, janganlah kita menganggap islam itu menyusahkan kita, bahkan setiap yang dilarang itu ada hikmahnya. Islam membenarkan cara untuk bersama, caranya mestilah melalui pernikahan, bukan berkhalwat dan sebagainya. fikir-fikirkanlah...

Renungilah Firman Allah ta'ala yang berbunyi :

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yaa siin 65)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan