Memaparkan catatan dengan label Kematian / Taubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kematian / Taubat. Papar semua catatan

Ahad, 11 Jun 2017

Zikir Taubat.

⚫ Rasulullah ﷺ bersabda:

وَمَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ.

Barangsiapa membaca, “Subhanallahi Wabihamdihi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya)” seratus kali dalam sehari, maka dosanya akan dihapus, meskipun 
sebanyak buih lautan. [HR Muslim]

⚫ Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, ia mendengar Nabi ﷺ  bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً.

“Demi Allah, sesungguhnya Aku beristighfar pada Allah dan bertaubat pada-Nya dalam sehari lebih dari 70 kali.” [HR. Bukhari]

Semoga kita sentiasa beristighfar serta memohon taubat pada Allah, dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Selasa, 19 Mac 2013

Akukah yang Nifaq itu...

 

Tiap waktu yang masih diberi ini adalah untuk kita muhasabah. Marilah sama-sama kita bermuhasabah. Adakah kita kelompok munafiq di bawah? 


Tsauban radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:


Sekelompok manusia daripada umatku akan dikenali kerana mereka datang pada hari Kiamat dengan kebaikan yang umpama gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikan (kebaikan mereka itu) debu-debu yang berterbangan. Tsauban berkata: Wahai Rasulullah, ceritakan ciri-ciri mereka kepada kami agar kami tidak termasuk dalam kalangan mereka tanpa kami sedari. Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam menjawab: Mereka itu adalah saudara kamu, daripada jenis kamu. Mereka mengambil mengambil waktu malam (sebagai waktu beribadah) sebagaimana kamu mengambil waktu malam (untuk beribadah padanya). Tetapi, mereka adalah kelompok manusia yang bersunyi-sunyi dengan perkara yang Allah haramkan lalu mereka pun melakukan perkara yang haram itu. [Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhud, hadis no: 4243. Disahihkan al-Albani] 

Mereka itu termasuklah orang-orang yang ketika bersendirian mereka menonton filem-filem yang haram. Mereka melawat laman-lama pornografi di internet. Mereka menggunakan identiti yang lain ketika ber'chatting' dengan bukan mahram. Kemudian, kalian melihat mereka pada zahirnya sangat istiqamah dalam kebaikan sama ada dalam sudut berpakaian, solat dan puasa. 

Hadis ini merupakan amaran kepada mereka ditakuti perlakuan mereka itu sebenarnya perlakuan orang munafiq. Dan juga amaran kerana ditakuti mereka itu musuh kepada iblis secara zahir, tetapi rakan kepada iblis secara rahsia.


  

Akukah yang nifaq itu... 

Nifaq.. 
batas kepungan di dasar penuh nista, 
lidah bercabang, talam bermuka, 
bicara penuh helah perdaya, 
amanat yang terjungkir sia-sia, 
janji dipijak tanpa percaya, 
pemiliknya dijanjikan sebagai kerak api neraka. 

Silap diri yang malas mencari ruang, 
lalu percaya tanpa diulang, 
keterbatasan yang tidak pernah dikuak, 
tidak mungkin aku di kalangan manusia yang nifaq. 

Berdosanya diri tatkala menelah diri sebagai suci, 
atau terasa bebas dari dosa yang dipandang keji, 
itulah kelam indah yang dikabur syaitan, 
sering meremeh silap pada insan, 
bukan pada diri sendiri, 
yang terus dianggap penuh suci. 

Ya Tuhan, akukah yang nifaq itu? 
merasa diri mulia tanpa dosa, 
terus memuja hati yang 'diapung' rasa mulia, 
menghukum pula insan lain penuh noda dan hina. 

Pada niat, lisan dan amalan, 
satu demi satu... singkapan yang terus diuji, 
doaku pada Tuhan Ar-Rahman, 
kuredah baki kekuatan pada tadabbur quran dan sunnah teladan, 
tunjukkan bagiku taufik dan jalan, 
jangan diriku merupakan munafik yang tidak akan dipandang.


Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. (An-Nisa' 145)


Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. (An-Najm 32) 



Puisi dicopy dari: http://tintapendita.blogspot.com/2013/01/sajak-akukah-yang-nifaq-itu.html 


07 Jamadilawal 1434 H bersamaan 19 Mac 2013 M 
Selasa, 11.45 pm. Perak, Malaysia.

Sabtu, 3 November 2012

Terus berusaha dan pohon Doa, Taubat.

Dimasa yang sihat, muda, senang, lapang dan saat hidup inilah peluang sebanyak dan semampunya untuk buat perkara baik. Bila sakit, tua, susah, sibuk dan sudah mati memang sudah payah, letih, tak larat, dan tiada guna (mati). Diwaktu, tempat, dan segala ruang, kelebihan dan kemampuan yang ada ini. Dalam usia dan keadaan sekarang ini. Kita buat segalanya yang terbaik dan terus-menerus berusaha memperbaiki mana yang kurang dan selalu lagi silap. Sentiasa mohon doa pada Allah agar terus kuat menghadapi berbagai-bagai ujian hidup yang pasti berlaku dan mohon terus istiqamah dalam kebaikan hingga dimatikan. Kita memang tak tahu apa yang terjadi akan datang, kita tak tahu bagaimana bila berhadapan dengan ujian yang lain pula yang pasti akan datang, kita tak tahu kita mampu dan kuat atau tidak bila berhadapan dengannya, kita rasa memang macam tak akan mampu juga, waktu dan suasana yang pasti akan berubah. Ujian boleh berlaku sekelip mata. Semua boleh berubah hanya sekejap. Kita hanya terus bergantung dan pohon pada Allah dengan sentiasa terus berusaha dan terus berusaha menjadi hamba yang patuh, soleh dan tidak ego, melawan dan menghina yang disuruh. Mungkin nanti masih terjadi juga lagi yang dilarang Allah. Kita lemah, dan tersungkur lagi dengan ujian. Kita bangkit semula dan muhasabah ingat kembali, kenapa dan apa sebab yang menghanyutkan kita. Kita terus mencari jalan dalam berusaha memelihara perintah Allah dan mendekatkan diri kepada Allah. Kita bukan malaikat yang tidak akan pernah mendurhakai Allah, dan bukan jua iblis.



“Aku mesti sentiasa ingat dan yakin, segala ketetapan dari Tuhanku itu bukanlah untuk menyusahkan dan menbebankan aku. Tuhanku yang menciptakan aku. Dia mengetahui segala kelemahan dan kekurangan aku. Dia mengetahui segala kesanggupan dan kemampuanku. Dia mengetahui aku sebenarnya mampu atau tidak. Dia tidak akan menzalimi dan mempersiakan aku. Segalanya itu untuk membentuk dan menjaga aku. Kelak aku pasti kembali kepadanya semula. Disaat-saat yang terus berjalan ini, aku akan usaha dan terus bangkit usaha untuk buat yang terbaik meraih kejayaan dunia dan akhirat. Dalam Al-Quran dinyatakan: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah 286) Tuhanku tidak akan susahkan aku, tidak biarkan aku dalam kesukaran, melainkan itu memang aku mampu buat sebenarnya, demikian aku perlu berusaha dengan sentiasa pohon kekuatan kepada-Nya” 

 “Tuhanku tak pernah menzalimi diriku, tapi akulah yang menzalimi diri aku sendiri, yang sebab terzalimnya diri aku” 

 “Walau tiada minat, itu adalah tanggungjawab dan amanah. Sama-sama terus berusaha. Tanggungjawab mengatasi minat. Tanggungjawab untuk diminatinya. Tanggunggawab itu dari Allah, minat itu pilihan kita. Allah tak akan suruh apa yang kita tak mampu, sebab Allah tahu apa yang kita mampu sebenarnya” 

 Copy dari status kenalan fb - “Makhluk yang hanya melakukan kebaikan berterusan adalah malaikat, makhluk yang melakukan kejahatan sahaja adalah syaitan terkutuk. Sedangkan sikap kembali dari keburukan dan kejahatan menuju kebaikan dan ampunan adalah tabiat anak-anak Adam. Kerana sebaik-baik pendosa itu adalah mereka yang bertaubat dan mohon keampunan” 



Bila kita telah sentiasa sedarkan pada diri mesej diatas ini, insyaAllah, kita pasti meraih nikmat manisnya Iman dan Islam ini. Berada dalam bimbingan Agama. Dan bila mampu meraihnya, kita akan kuat dapat mengagak apa yang akan mencenderungkan kepada maksiat atau taat, dan sentiasa sedar dan muhasabahnya. Saat itu merasa hakikat sebenar ketenangan dan kesakitan dalam hidup ini. Saat itu kesabaran dan keperitan dirasa manisnya. Nikmat dalam ketaatan dan sakit dalam maksiat. Sangat takut dengan maksiat dan gembira dengan taat. Dan yang kita harap, akhirnya agar mati dalam keadaan sedang dalam keinsafan dan berterusan dengan amal yang diredhai Allah. Terselamat dari tergelincir, mengelaknya dengan sentiasa muhasabah selalu dan berwaspada selalu dari imbasan godaan dari syaitan. Dari rutin amalan kita yang akan memberi kesan kepada hal ini. 


“Kita mohon doa agar terus istiqamah dalam berusaha meraih istiqamah mentaati Allah. Kita mohon agar istiqamah, yakni mudahan sentiasa wujud dan lahir kesedaran dan kekuatan untuk selalu muhasabah diri. Tersedar bingkas dari hal dan jalan kelekaan” 

Hari ini sebahagian besar masyarakat terutama para remaja masa kini. Amat menyedihkan dan meresahkan. Kefahaman agama yang menipis, akhlak makin merudum, moral makin hancur, solat dan fadhilat lain bukan menjadi keutamaan, berseronok dan berhibur menjadi kesukaan, berpergian lelaki dan perempuan menjadi amalan, aurat dan maruah dicabut seharian dan sebagainya lagi. Dengan keadaan dunia terbuka hari ini. Semuanya marilah sama-sama usaha baiki kejahilan ini. Inilah ujian dan perjuangan kita. 


“Kita sampai pada keadaan kita yang sekarang adalah dengan perjuangan. Dan selama nafas ini berhembus selama itu pula kita dan semua manusia lain akan terus juga berjuang. Berjuang dan terus berjuang. Kehidupan didunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti sejak lahir hingga akhir hayat. Semua dari kita berjuang. Seorang bayi berjuang dengan linkungan asing yang ia belum kenal sebelumnya. Seorang ibu yang berjuang untuk menjaga dan mendidik anak-anaknya. Seorang ayah yang berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganya. Perjuangan ibubapa kita sudah terlalu amat sudah cukup untuk menyedar dan membangkitkan semangat kita. Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu. Yang miskin berjuang untuk mendapatkan kehidupan yang layak. Yang sedang dilamun cinta berjuang untuk menahan rindu. Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dari membuka tudungnya. Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumah tangga. Yang terkena musibah atau orang yang di tinggal oleh orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupannya. Yang berselisih berjuang untuk berdamai dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan Agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi” – Copy status kenalan fb



Berbagai kata orang dan hal sekeliling yang terjadi itu, itu ujian pada kita semua, untuk terus membentuk kita, mungkin ia betul, dan atau terjadi untuk melihat keikhlasan, kesabaran dan pergantungan kita dengan Allah. 


Fitrah itu akan terus berlalu menjadi fitrah, itu fitrah dari penciptaan Allah. Disebalik dalam kekuasaan dan pengetahuan Allah segalanya. Hanya bila tanpa tiada suluhan petunjuk, rahmat, doa dan pergantungan kepada Allah, maka terkeluar dari fitrah yang difitrahkan sebenarnya. Kerosakan akhlak, cara hidup, merosakkan diri dan kesan pada orang lain. Berbagai masalah lahir, lupa asal usul, sombong, ikut selera nafsu, keinginan diri dan lupa hal kematian. Marilah mengikut petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah. Telah indahnya segala syariat Islam.

Kadang dalam hidup kita, syariat Agama telah kita sentiasa awasi, namun sering gagal dan tidak tercapai apa yang ingin dilaksana. Itu ujian dari Allah, menguji kesabaran, keikhlasan dan ketaatan. Memberi pahala dan menghapuskan dosa. Dan itu mungkin memang ia bersalahan dengan fitrah yang telah Allah jadikan, siapa yang bersungguh usaha, akan berjaya, siapa yang selalu gopoh, banyak masaalah terjadi. Kerana Allah tak akan buat zalim pada hambanya, makhluk yang diciptakannya. Hamba yang mentaatinya. Takkan Allah yang menjadikan kita, nak sengaja menyusahkan hidup kita.

Akhirnya, sedikit selingan lain. Ingat selalu Allah azza wajjalla itu Maha Adil, jangan kita kecewa, berputus asa dan masih terus berdengki, rasa tidak puas hati dan tidak adil. Itu semua ujian dari Allah. Kita tak tahu, sedang Allah telah Maha Mengetahuinya. Nabi kita Muhammad saw pernah berpesan kepada sahabatnya: 


Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi saw pernah suatu hari berpesan kepadanya: “Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu. (agar sentiasa bersyukur)”. (Hr al-Bukhari dan Muslim)

“Tuhanku adalah saksiku, malaikat dikiri kananku, manusia-manusia sekelilingku dan diriku sendiri menjadi saksi” 

Bila selalu difikir dan dikhayalkan nikmat syurga yang pasti itu, sedikitpun tak dapat nak dibanding dengan nikmat dunia. Terlalu lebih memadai dari apapun kesakitan dan keperitan dunia. Segala semua hal yang menguntungkan diraih dan tiada perlu usaha sedikit apapun lagi. Sungguh besar, kadang mengingatinya menjadi pembawa semangat dalam hidup. “Ya Allah, golongkanlah kami dari kalangan ahli syurga-Mu ya Allah. Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami ini, terimalah amalan kami, ampunlah silap kami dan bantulah kami melalui ujian-ujian itu ya Allah”. Kita akan bersama menempuh segalanya hingga berjaya ke syurga kelak. 

Kata para Salihin.
“Kami meminta pada Allah”

Jika Allah kurniakan, kami gembira sekali.
Dan jika Allah tak kurniakan, kami lebih lagi gembira.
Kerana yang diberi, adalah pilihan kami. 

Dan yang tidak diberi, adalah pilihan Allah.
Dan pilihan Allah sudah pasti adalah lebih baik dari pilihan kami.


- Ada sedikit penambahan dari status kenalan fb yang dicopy diatas. 


18 Zulhijjah 1433 H bersamaan 03 November 2012 M 
Sabtu, 02.15 pm. Sana’a, Yaman.

Khamis, 30 Ogos 2012

Terus Kita berusaha mentaati Allah.

1. Aku terus lagi persoalkan diriku? Bagaimana mungkin aku tak perlu ambil tahu, lalai dan remehkan hal Agama. Hukum-hakam, halal haram, dosa pahala dan segala ketetapan Agama? Hal kematian, alam kubur dan hari akhirat nanti? Sedang kelak aku pasti mati juga. Nikmat sihat, umur, harta, pangkat dan segala yang didunia ini tidakklah kekal. Aku tak akan mampu untuk mengekalkannya. Tak akan mampu menghalangnya. Ini bukti perlunya untuk sahut ketetapan Allah. Kembali sentiasa mengambil cakna setiap perintah Agama.




“Usaha kaitkan segala urusan rutin hidup kita dengan kehendak Agama. Barulah kita akan rasa dan lihat betapa cantik, lengkap dan kemas, teraturnya kehendak Agama. Cukup hebat dan sempurna. Bukan dan janganlah kita guna dan cari agama apa yang kita kehendaki” 

Sabda Nabi saw: “Yang mengiringi jenazah itu ada tiga: keluarganya, hartanya, dan amalannya. Dua dari tiga hal tersebut akan kembali dan tinggal satu saja (yang mengiringinya), keluarga dan hartanya akan kembali, dan tinggal amalannya (yang akan mengiringinya)”. (Hr Muslim) 

“Tidak akan bergeser kedua kaki manusia pada hari kiamat hingga ia ditanya tentang: Umurnya untuk apa dihabiskan, Ilmunya apa yang telah dilakukan, Hartanya dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan, Jasadnya untuk apa ia gunakan”. (Hr at-Tirmidzi, hasan sahih) 

2. Kuat, kaya manapun. Hebat, punya kedudukan tinggi manapun. Cantik, punya kelebihan apapun. Aku pasti mati juga. Teman-teman sebayaku ramai yang sudah pergi. Ada yang dalam kelalaian, dan ada yang telah sedar hakikat kehidupan. Sudah amat terlalu banyak pengajaran telah diperlihatkan sebenarnya. Manusia-manusia yang ingkar dahulu. Namun ku masih jua leka dan sering menangguh-nangguh. Ya Allah… Aku sedikitpun tiada apa sebenarnya, aku hanyalah seorang hamba-Mu. "seorang hamba". Aku bukan sudah asal dibentuk dengan kedaan seperti hari ini. Permulaanku dari setitis mani. Dibentuk dan dilahirkan. Lemah dan dikurniakan. Aku tiada apapun. Segala nikmat dan kurniaan ini milik dari Allah. Ia hanya pinjaman dan kurniaan Allah. Dunia ini hanyalah sementara, untuk mengujiku. Aku yang sering jahilkannya. Tiap kelebihan dan kekurangan itu ujian. Ku sedar betapa terlalu sikitnya dalam bersyukur. Sabda Nabi saw: 


Daripada ibn Umar ra, beliau berkata: Rasulullah saw memegang bahuku lalu bersabda: “Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan”. (Hr Bukhari)




“Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya”. (Hr at-Tirmidzi, dinilai sahih oleh al-Albani) 

3. Alhamdulillah, pada hari dan saat ini, aku sedar dalam keadaan aku masih lagi hidup. Keadaan ini akan ku sentiasa detikknya dalam hati ini. Rasa sentiasa bersalah dan sentiasa bertaubat. Ku seru pada diri dan teman-temanku tika hidup ini. Marilah kita ubah sikap perjalanan hidup kita. Sibukkan dengan kebaikan. Waktu yang makin cepat, usah biar berlalu dengan maksiat. Kita mengharapkan mati sedang dalam kebaikan. Kita berusaha dan terus berusaha melalui jalan perubahan itu, jangan sesekali meredhai suatu dosa itu, suka, berharap dan menzahirkannya. Kita tak tahu mati bila, harap mati kita dalam keadaan sedang kita berusaha menuju Allah. 


“Lebih besar dan bahaya dari maksiat adalah terus menerus dalam maksiat, suka dan meredhainya dan memutuskan harapan dirinya dengan Allah” 


 “Suka menzahirkan dan gembira dengan saling heboh dan berkongsi perkara-perkara dosa. Sedang Nabi saw bersabda: Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya)”. (Hr Bukhari dan Muslim)



4. Allah itu amat Maha Pengampun. Maha Penyayang bagi sesiapa yang sentiasa ingat dan sedar yang Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah itu juga amat Maha berat siksaannya bagi sesiapa yang sentiasa ingat dan sedar yang Allah itu amat Maha berat siksaannya. Marilah kita sentiasa ingatkan dua perantaraan ini. Agar kita tidak berputus asa dan sentiasa ingat yang kita tidak dapat lepas dan bebas dari balasan Allah. Agar kita terus kuat untuk kembali berada di jalan yang benar. Sabda Nabi saw dalam hadis Kudsi dan Firman Allah swt: 


Allah berfirman: “Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului murka-Ku”. (Hr Muslim) 


Allah berfirman lagi: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Hr at-Tirmidzi, dinilai hasan oleh al-Albani) 

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Maa'idah 98) 

 Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya. Yang mempunyai segalanya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nyalah kembali (semua makhluk). (Ghaafir 3) 

5. Kita semua perlu berubah, memang berubah itu bukanlah mudah. Ingat Sabda Nabi saw ini: “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai, manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat (perkara yang disukai). (Hr Muslim)”. Segalanya memang dengan usaha, iaitu mesti dengan mendalami dan memahami ilmu dan kehendak Agama. 


“Berubah itu dengan belajar Agama. Mengenal Islam. Mengenal pemilik Islam ini”


6. Dari kepercayaan. Iman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat, ketetapan dan ketentuan. Didalami, yakin, faham, dan akan terbenar di hati dengan diterbit lafaznya pada lidah lalu diamal, iaitu diterjemahkan melaui perbuatan. Solat, zakat, puasa, haji. Dan segala kebajikan dan kebaikan lain. 

7. Besar dan luasnya rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah swt. Semua kita dapat merasainya. Semua mahkluk dirasaikannya. Rasa sesal, insaf dan bersalah itu tanda betapa Allah sayangkan kita. Tanda Allah masih kasihkan kita. Allah ingin agar kita berubah kembali semula ke pangkuannya. Rasa ego, suka dan harap dengan dosa itu tanda Allah murkakan kita. Nikmat dan kesan buat dosa itu tak sama dengan nikmat dan kesan buat baik. Kita rasainya. Itu tanda wujud murka atau redha Allah. Kita jauhi dan tinggal dosa itu juga tak sama dengan kita juga jauhi dan tinggal buat yang disuruh Allah. Kita rasainya. Wujud tetap bersalahnya kita. Rasa kosongnya hidup kita. Kesannya zahir dan batin terasa. Rasa takut, gerun, berdebar, bimbang, sedih, sesal, tak selesa dan tak tenang. Itu tanda iman. Marilah semua, kita perlu kembali pada Allah. Yang didetikkan itu peringatan dari Allah swt. 


Nabi saw menyebut: “Kebaikan itu adalah kemuliaan akhlak dan dosa itu adalah apabila kamu sedang lakukannya, hatimu tidak tenang dan kamu tidak mahu ia diketahui oleh manusia” (Hr Muslim). Erti hadis ini adalah bagi insan yang masih punyai iman, hatinya tidak keruan; namun bagi pencinta maksiat dan hati yang mati, dosa adalah menghiburkan. - Uzar 

8. Pelaku dan penyebar kebaikan itu merasai nikmatnya. Amat besar nikmatnya. Ketahuilah, itu keredhaan dari Allah. Dan pelaku dan penyebar kejahatan itu merasai juga nikmatnya. Amat sedap nikmatnya. Sedarlah, Itu bala dari Allah. Dan pelaku dan penyebar kejahatan itu merasa sering bersalah. Bangkitlah, itu tanda marahnya Allah, ingin menyedarkan kita. 

9. Marilah kita terus sentiasa tidak jemukan diri untuk membaca dan menghayati Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Ia perlu. Hakikatnya ia memberi semangat dan memberi kekuatan kepada kita. Segala kerja kita dirasa tidaklah sia-sia. Segala yang berlaku dan akan berlaku dinyatakan. Setiap amal dan perjalanan hidup ada jaminan dan kaitan dari Al-Quran dan Hadis. Al-Quran dan Hadis bukti kita. Pendorong segalanya.



10. Mengadulah segalanya tentang diri kita kepada Allah. Kita terjerumus lagi, lalu kita terus bangkit bertaubat. Allah gembira dengan kepulangan kita. Ini perjuangan jihad kita. Dengan syarat, bukan main-main dengan taubat. ‘Kita fikir selepas buat dan nanti bertaubatlah semula’. Kita ingat dan yakin janji Allah swt ini: “Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-'Ankabuut 69)” 


Firman Allah swt: Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. (Al-Israa' 25) 

 Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Luqman 15) 

11. Berputus asalah dengan dosa. Jangan putus asa dengan Allah. Antara syarat taubat adalah tak rancang untuk ingin terus mengulanginya lagi. Buangkanlah segala perancangan, kelengkapan dan harapan untuk dosa. Berdoa mohon kekuatan dan terus berusaha kita dalam mentaati Allah. Taubat, lahir kekuatan dan ketabahan dari Allah. Rahmat Allah, menjadikan segala-galanya serba indah dan cukup.




Akhirnya, marilah kita renungi Sabda Nabi saw ini: Sekiranya manusia memiliki satu bukit berupa emas, maka ia menginginkan untuk memiliki dua bukit (emas). Dan tidak akan ada yang dapat memenuhi keinginan manusia kecuali tanah (setelah manusia dikubur). Dan Allah akan mengampuni siapa saja yang bertaubat kepadanya. (Hr Bukhari) 


“Nabi saw telah lama meninggalkan kita. Pesan Nabi saw agar kita berpegang dan berpetunjuk dengan dua perkara ini. Iaitu Al-Quran dan Sunnah Baginda. Nescaya kita tidak akan sesat selama-lamanya. Sebelum fikir jauh lagi, mari kita selidik dan muhasabah sedalamnya dahulu untuk diri dan keluarga kita. Ia kitab panduan, petunjuk, pengajaran, penawar dan penyelesai segala masaalah. Segala-galanya dikhabarkan. Marilah sama-sama kita sering baca, hayati dan amalkannya” 


Artikel berkaitan: Marilah kesali Dosa, tidak Ego..

12 Syawal 1433 H bersamaan 30 Ogos 2012 M 
Khamis, 06.00 am. Sana’a, Yaman.

Rabu, 18 Julai 2012

Marilah kesali Dosa, tidak Ego..

"Firman Allah swt: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (At-Tiin 4)"




1. Jika sentiasa patuh dan serahkan ke kehendak nafsu. Hancur binasalah dunia ini. Gay, lesbian, tipu, rasuah, curi, bunuh, zalim, bebas aurat, pergaulan, zina, sumbang mahram, anak luar nikah, arak, dan sebagainya lagi, andai dihalalkan dan tiada halangan. Entah, apa jadi dengan dunia ini. Memang kelam kabut dan habis celaru, punah rosak. Seperti binatang yang kita lihat. Begitulah Al-Quran sifatkan lebih teruk dari binatang kerana kita ada akal. Sudah pasti, kita semua secara fitrah asalnya tidak sesekali mengingini dan benci sifat ini. Ini sifat asal pada setiap manusia. Namun nafsu sentiasa menghasut. Kita manusia, Allah kurniakan akal dan nafsu. Binatang hanya nafsu, sedang malaikat tiada nafsu. “Demikian ada pendapat yang menyatakan, ada manusia yang tahapnya lebih mulia dari malaikat. Dan ada yang menyatakan sebaliknya”. Apabila berjaya mengawal kedua-duanya pemberian ini. Lebih dari malaikat atau teruk dari binatang. 


2. Islam tak halang nafsu seperti dilakukan sami budha atau cina dikasi dan lain lagi. Islam juga tak biarkan turutinya, sampai sumbang mahram, rogol dan lain lagi. Tapi Islam mengawalnya, meletakkan cara yang sesuai. Cara ini yang dapat menyelamatkan dan membentuk kita. Kita nak harta yang banyak, tapi bukan dengan mencuri, menipu. Kita saling ingin untuk bebas bergaul, tapi bukan dengan zina, lalu anak luar nikah. Kita nak agar orang tertarik dengan kita, tapi bukan dengan pakai seksi. Kita nak cari duit, tapi bukan dengan jadi pelacur, jual dadah. Begitulah perkara lain lagi. Memang semua ini bukan senang nak hindar dan ubah. Tapi difikir, amat munasabahlah ganjaran syurga yang Allah janji kelak. Semua ini, kita tak akan dapat tinggal dan kawal melainkan setelah hubungan kita dengan Allah kuat. Tauhid, keimanan kita kepada Allah. Amal, ketaatan kita pada tiap suruhan Allah. Semuanya berkait rapat soal rukun Iman dan Islam. Inilah penting dan tujuan besarnya segala ibadat yang diwajibkan Allah. Kesan untuk diri, hubungan dengan Allah. Kearah membentuk manusia yang mulia, yang berakhlak. Ini ujian dan ini tujuan kita hidup, sebab kita bukan kekal disini. Bersambung ke alam Akhirat. Begitu juga kes pengeboman berani mati sesukanya, cara ibadat yang melampau dan berikutnya lagi. Ia bukanlah dari ajaran Islam.




3. Yang terlanjur, pernah buat jahat, keji dahulu. Islam buka pintu seluasnya pada kita. Jangan kita sombong. Kita perlu kembali, usaha berubah taatkan perintah Allah. Jangan ikut iblis yang sombong, dia rasa tak patut taat perintah Allah. Kenapa perlu taat pada perintah Allah? Sedang aku dari api, Adam dari tanah. Begitulah kita, jangan sampai fikir demikian. Kita fikir kita ini macam mana yang asalnya dari dalam kandungan, dari air mani. Kadang hakikatnya, bila kita ingat semula dosa, perbuatan yang kotor, yang jahat kita lakukan. Kita rasa, bodohnya, peliknya, teruknya aku. Macam mana aku boleh buat macam tu, kenapa aku sanggup buat. Tak berfikirkah aku ketika tu. Itulah nafsu, saat akal tak berfungsi. Iman lemah. Keinginan ini sebenarnya fitrah, fungsikanlah ia dengan iman. Tidak bertindak mengikut nafsu.




Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." 

Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina." (Al-A'raaf 12,13)


Iblis diberi syurga, disuruh agar sujud. Kita diberi dunia, disuruh supaya patuh. Gunalah nikmat dunia dalam keadaan tidak lalai. Guna nikmat dunia dengan berpatuhkan Allah. 


Firman Allah swt: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai tua, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. (Al-Hajj 5) 


“Begitulah beratnya hukum bagi orang yang tidak Solat, jenayah yang paling teruk. Kerana sifat sombong” 


4. Banyak dan berat mana dosa kita, kembalilah kita bertaubat. Banyakkan, lebihkan amal, kebaikan. Ia akan menghapus kejahatan, ia akan lahir rasa malu, rasa bimbang, tidak selesa untuk buat dosa. Selalu bersalah dan tidak berputus asa, lalu terus bertaubat. Kelak, lama-kelamaan, ia akan menenggelamkan kejahatan. Hati akan tawar dengan maksiat. Nabi saw pernah bersabda: “Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dihasankan oleh al-Albani). Ini gambaran, kita tak dapat lari dosa, namun bukan semesti kita perlu redha, terima kerana bersandar pada hadis ini. Hadis ini menyatakan, yang sifat sememangnya manusia ini. Allah swt ciptakan akal dan nafsu, tak ada yang bersih, pasti pernah juga terlanjur. Dan disuruh terus bertaubat. Ini sifat hakikat manusia, jangan kata dan anggap seseorang seperti malaikat atau binatang. Itu lumrah, semenjak kisah Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga. Ini semua pengajaran dan panduan kepada kita.




“Copy dari status fb seorang sheikh, katanya: Penyakit-penyakit nafsu itu semuanya berpunca daripada keinginan. Manakala penyakit-penyakit hati semuanya berpunca daripada kesombongan. Sesungguhnya Allah mengampunkan maksiat yang terhasil daripada keinginan, dan Dia tidak mengampunkan maksiat yang terhasil daripada kesombongan. Dalilnya, Saidina Adam, maksiatnya adalah keinginan untuk makan buah, sementara Iblis maksiatnya adalah kesombongan, maka Allah mengampunkan Saidina Adam dan tidak mengampunkan Iblis - Dr Muhammad Muhanna” 


5. Islam tak kisah banyak mana maksiat yang kita lakukan, jelek mana yang dikerjakan. Kita diberi peluang yang amat luas, demikian jika ada yang terus menghukum, menerakakan orang semudahnya, ia tidak dibenar dan dilarang Islam. Masaalahnya kita sendiri, selama mana kita terus ingin bermaksiat. Semuanya, Allah masih kurniakan kepada kita walaupun kita buat maksiat, rezeki, sihat, umur hidup ini. “Ada orang, andai Allah bagi segala isi dunia kepadanya. Segala nikmat dunia dia dapat kecap dan rasa, dikurniakan segalanya kepada dia. Tiada halangan, hukuman. Dan dia lihat, tahu berlaku kematian, kejadian alam, kemalangan, yang ditimpa penyakit. Hanya satu menjadi bezanya, menjadi ujian besar untuknya. Supaya tunduk jua kepada ketetapan Allah. Hanya agar tunduk perintah Allah. Samada patuh atau tidak? Guna segala nikmat dengan cara yang halal atau tidak? Kenapa ego, tak ingin patuhkan Allah juga dan tidak berusaha”. Kenapa kita pilih jalan yang salah, kita yang menzalimi diri kita sendiri. Kita kena berusaha untuk berubah, guna jalan yang halal, sebab kita ada akal. Ada Allah. Ada kekuatan sebenarnya. Tiap saat hidup, ini peluang dan ruang kita. Ajal itu pasti. Azab atau nikmat itu benar. Hukum Islam berkait segalanya, untuk memulihkan semua keadaan. Bacalah kisah qarun harta yang banyak, firaun kuasa yang hebat, mengaku tuhan. Kaum Nabi lut, dan banyak lagi kisah lain. Kisah ini benar, nyata dalam Al-Quran dan wujud buktinya sekarang. Begitulah iblis, bila sombong asas dan permulaan segalanya. Maka dikurniakan permintaannya dan kelak dengan waktu yang panjang ini akan ke neraka Allah juga. Kita punya harta, dapat rasa banyak nikmat, kita rasa ini usaha semuanya dari kita. Letih, susah, sakit dilalui. Kita tak ingin sandarkan dari Allah, tak ingin jua patuh pada Allah. Inilah bahayanya. Namun, Allah masih juga bagi peluang. Besarnya Rahmat Allah. Kita perlu perhati binatang-binatang yang Allah ciptakan. Perangainya bersandarkan nafsu, dia tak dapat fikir apa niat manusia bela dan suruhnya. Dan kita kena ingat, kita ini adalah “Hamba” Allah. 


“Ujian seseorang, mengikut tahap ketaatannya. Pandangan zahir, bukan hakikatnya”
“Keesaan, pergantungan, keyakinan, penyerahan semutlaknya kepada Allah, memudahkan jalannya, merubah segalanya” 


6. Akhirat, ia perkara ghaib. Memang sukar untuk diyakini. Namun ia wajib juga dipercaya, diyakini. Rukun Iman yang kelima kita akui. Yang saya fikir, apabila sudah dewasa. Akal dan segala anggota, sudah sempurna dan waras. Lalu belajar, berkerja dan buat segala yang diingini. Demikian, cuba untuk fikir tentang asal kejadian kita, kadang merasa cukup ajaib. Air mani yang keluar dari kemaluan. Terhasil dari nafsu, disalurkan dengan cara yang halal. Lalu proses demi proses berlaku, yang agak lama. Diberanakkan. Sekiranya ia sekadar dijelaskan dalam Al-Quran atau dari guru-guru. Ia mungkin tak yakin lagi, tapi setelah dapat dikaji dan dilihat sendiri. Dipercayainya. Asalnya tidakpun diketahui dan terfikirpun dengan demikian. Kita pun merasa amat munasabah dan benar. Begitulah akhirat, dicerita juga selengkapnya. Kehidupan lain setelah mati, ditanya, dibangkit, dihimpun, dibicara, diadili, timbangan, titian sirat, syafaat, azab yang pedih dan syurga yang besar nikmat. Namun tak diperlihatkan kepada kita. Tunggu selapas dihidup kali kedua, akan diperlihat. Sudah tentu kita akan percayainya juga. “Bezanya, cuma itu yang lepas dan akhirat akan datang”. Lalu tiada juga lagi ajaibnya. Rasa juga munasabah. “Kita daripada kanak-kanak, tak tahu sesuatu, lalu dapat untuk mengetahui sesuatu. Dan kita dari sudah mengetahui sesuatu, perlu untuk mempercayai, meyakini sesuatu (akhirat)”. Nabi saw sendiri telahpun menceritakan kepada kita, saat Nabi saw diangkat ke langit dalam peristiwa israk mikraj, diperlihatkan kepada Nabi perkara-perkara ghaib ini. Ini sudah memadai meyakininya. Rasul, manusia yang seperti kita dipilih Allah. Jika Allah memperlihatkan selalu, nescaya tiada seorang yang sanggup kufur, derhakan Allah. Namun bagi hati yang pekat dengan sombong, masih juga mengingkarinya. Kita baca kisah mereka yang lihat sendiri mukjizat berlaku dihadapannya, tapi dianggap itu sihir. Bahkan mereka terus makin kuat melawan para Nabi. Mungkin kita sendiri juga belum tentu, andai Allah benar tunjukkan nikmat syurga, tapi sepanjang dunia ini, kita diuji hidangan yang menghalang ke syurga. Kesusahan hidup. Walau sudah nampak, hanya iman yang benar kuat dapat mengatasi keperitan ini. Hanya doa yang terus kita panjatkan.




Al-Quran menyebut secara ditil perjalanan kisah firaun, jasadnya dikekalkan sehingga ke hari ini sebagai pengajaran untuk kita. Firman Allah swt: 


Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus 92) 


7. Sahabat, sampai bila kita ingin berterusan dalam maksiat. Sedang ajal tak dijangka, ia pasti. Muda tak kekal. Sihat tidak jua kekal. Dunia bukan selamanya. Saudara kita, yang telah mati. Yang sedang terlantar dihospital sekarang. Yang ditimpa berbagai musibah. Sakit sihat, susah senang, hidup mati, kuat lemah, gembira derita, bahagia celaka, berjaya gagal. Segalanya dalam kekuasaan, genggaman Allah. Bagaimana sanggup derhaka, ego ketetapan Allah. Tiada malukah kita kepada Allah. 

“Hidup bukan hanya memenuhi kehendak perut dan nafsu, syahwat” 


8. Hidup kita ini punya tujuannya, bukan sekadar berkerja, makan. Makan bukan hanya untuk Hidup. Hidup bukan hanya untuk makan. Bukan untuk main-main selamanya. Kita ada tujuan dan amanah dari Allah. Akhirat yang diberitahu, hal penting yang wajib sentiasa kita ingat, fikir dan rancang, renunginya. 


Allah swt berfirman: Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-Mu'minuun 115) 


“Kata pepatah: Siapa yang tujuan hidupnya hanya untuk makan minum, maka nilainya ialah apa yang dibuang dari perut itu” 


 Disana kelak, hanya ungkapan sesal. Firman Allah swt: Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat kepada Rasul." (Al-Ahzab 66) 

"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah." (An-Naba' 40)




9. Akhirnya, marilah kita saling selalu bermuhasabah. Tidak yang keras kepala dan bukan yang tiada kesal dengan dosa. Bertaubat dan terus berusaha menjauhi segala yang hanya keinginan nafsu. Bimbang ajal yang tak duga, dan rajin sama-sama tingkatkan ilmu agar kuat, meyakini segala ketetapan Allah. 


Firman Allah swt: Dari apakah Allah menciptakannya? (´Abasa 18) 

Hasan al-Basri, ulama’ taabiin berkata: Bagaimana boleh berlagak sombong seseorang yang keluar dari saluran kencing sebanyak dua kali (zakar dan faraj)? (Tafsir al-Qurtubhi, Maktabah at-Taufiiqiyyah, al-Qaahirah: 19-20) 


Sabda Nabi saw: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani) 


“Kita percaya ada Allah, semua akan mati dan dunia akan musnah. Jika kita tak ingin ikut cara, ketetapan Islam! maka cara apa yang lebih selamat, baik dan sempurna dari Islam?” 

“Setiap ketetapan Islam yang dikaji, tiada yang didapati, ia semuanya amat benar munasabah” 

“Hidup kita ini amanah dan hadiah, marilah kita nikmati hadiah dan selalu ingat pada yang Memberi hadiah” 




28 Sya’ban 1433 H bersamaan 18 Julai 2012 M 
Rabu, 02.30 pm. Sana’a, Yaman.

Sabtu, 14 April 2012

Maksiat atau Taat, hubungan dengan Allah.

Dunia memang tempat diuji, kerana kita akan pasti mati. Tiap rasa susah, perit, sakit, rasa tak tahan, tak mampu, tak sanggup dalam tika kita diuji, tiada lain, pertolongan dari Allah kita perlu pohonkan. Jangan sesekali berputus asa. Taubat, doa selalu perlu kita panjatkan. Kita ini hamba Allah, dari Allah. Allah mengetahui segalanya. Allah tidak pernah menzalimi, menyusahkan kita, kita yang menzalimi, menyusahkan diri kita sendiri. Islam, cara hidup segalanya. Ia lengkap. Marilah kembali, meyakini segala janji-janji Allah. Janji Allah itu Benar.


Maksiat atau taat. Bukan perkara yang mudah untuk kita terus buat dan tinggal, ia bukan suatu yang dapat segera berubah, dapat ikut. Ia bukan sekadar dengar, tahu, diperjelaskan tentang hukum, balasan, kenapa dan mengapa? Bukan dengan zahir keadaan. Ia benar-benar memerlukan kefahaman dalam Agama. Tahu, dalami hal Agama. Hubungan kita dengan Allah, yang benar-benar perlu dipelihara, dijaganya. Memelihara ketetapan, perintah, larangan Allah. Bagaimana Amalan rutin kita. “Mereka, para ulama’-ulama’, yang hebat, kita lihat perjalanan, akhlak, kesungguhan mereka. Orang yang hebat, tinggi sanjungan, kemuliaannya, sudah pasti kuat amalnya, kuat hubungannya dengan Allah”. Kita semua hamba Allah. Allah yang cipta. Lemah, kuat, sakit, sihat, hebat kita Allah tahu. Marilah,, kita perlu selalu pohon pada Allah, mohon kekuatan untuk selamat. Mampu tahan, kawal dari buat dosa, maksiat, minta dibuka jalan penawarnya. Sebab kita Allah yang cipta, kekuatan itu dengan dari Allah. Sabda Nabi saw:


Peliharalah titah perintah Allah nescaya Ia akan memelihara engkau, peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Ia selalu dihadapanmu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, maka mohonlah dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu, dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah telah tentukan keatas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya). (Hr at-Tirmidzi, hasan sahih)




Ingat kita akan terus diuji, hingga mati. Jangan sesekali merasa kuat, hebat. Jangan biar lemah ikatan, hubungan kita dengan Allah. Lupa, lalai, jauh dengan Allah, terhasil dosa, akan inginkan dosa. Dosa sudah pasti melemahkan hubungan, melonggarkan ikatan dengan Allah. Sukar buat amal dan pertingkatkan amal. Dosa mengekang kebaikan, kebenaran, keikhlasan. Demikian dalam amal, ikhlas syarat terima amalan dan Rahmat Allah yang selalu kita dambakan.


Amal, ibadat, dirasa nikmat bila dosa dapat dijauhi dan rasa berat, tak selesa, bila dosa masih diselangi. Dosa, maksiat dirasa nikmat, selamat, suka, gembira, bila hati penuh dosa, dengan titik hitam, kebaikan jarang sekali dan rasa gelisah, serba salah, bila hati masih punya kebaikan, keimanan. Firman Allah swt:

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (Al-Ikhlash 2)

Sesungguhnya orang-orang yang Beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah Iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Al-Anfaal 2)

Dan orang-orang yang mau menerima Petunjuk, Allah menambah Petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan Ketaqwaannya. (Muhammad 17)




Nasihat, peringatan untuk diri dan saudara-saudari, muda-mudi sekalian. Ketahuilah, kesabaran, keperitan, ketabahan diri kita mengawal nafsu dari tergelincir kearah perkara maksiat akan beroleh ganjaran yang cukup mengembirakan di Akhirat sana. Nikmat di dunia ini tidak kekal, kelalaian diri dengan nikmat dunia yang hanya sebentar dan tidak disertai dengan taubat pada penghujungnya menghasilkan natijah yang buruk disana. Kewaspadaan diri dengan nikmat hiburan dunia yang sementara ini menghasilkan natijah yang cukup berharga, manis disana. Firman Allah swt:

Hai hamba-hamba-Ku, tiada kekhawatiran terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang Beriman kepada ayat-ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang-orang yang berserah diri. Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan. Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu Kerjakan. (Az-Zukhruf 68-72)

Sabda Nabis saw: Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) apa yang ada di antara dua janggutnya dan di antara dua kakinya, maka kuberikan kepadanya jaminan Syurga. (Hr Bukhari)



Ketetapan, hukum Islam menjamin, memelihara, menyelamatkan semua manusia. Menjaga semua kepentingan manusia. Marilah kita amalkan Doa dari Nabi saw ini: 


“Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu, aku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusan hidupku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walau sekelip mata” (Hr an-Nasaie, al-Bazzar dengan sanad yang sahih)


“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan kami atas agama-Mu” (Hr at-Tirmidzi, Ahmad, ibn Abi ‘Asim - dinilai sahih) 


Keyakinan, lahir kekuatan. Menjurus untuk teguh ketaatan dan menghadapi segala ujian. Hal selepas kematian, Akhirat, janji nikmat Syurga, azab Neraka bukan rekaan. “hari-hari hidup berlalu, esok kita mungkin ada rancang, ingin buat sesuatu, menunggu, mengharap sesuatu, mungkin ia berita, cerita bahagia atau kecewa. Namun banyak mana yang telahpun kita lalui esok itu, lain yang jadinya. Derita bertukar gembira, gembira bertukar derita, dan bermacam kejutan yang kita tak sangka, tak dapat agak, percaya terjadinya. Walau telah dikhabarkan, atau tidak pun dikhabarkan lagi. Hinggalah tetap berlalu juga masa itu. Ini menunjukkan kekuasaan Allah, benar janji, firman Allah. Ada yang mengawal, mengaturnya. Begitulah kelak, Al-Quran dan Hadis amat banyak telah menceritakan hal Akhirat, bukti terlalu banyak, namun ada tak percaya, masih menunggu saat sebenarnya. Demikian saat itu sudah pasti kita memang akan sedar, tapi tak ada guna lagi. Firman Allah swt:


Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui apa yang akan didapatinya Esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan Mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali. (Luqman 34)


Hari yang tiada guna, manfaat harta dan anak-anak. Melainkan siapa yang datang, mengadap Allah dengan Hati yang Bersih. (Asy-Syu'araa' 88, 89)

Apa-apa ujian dalam hidup, bersabarlah, kuatlah, yakinlah, ingat janji-janji Allah. Serahlah, bergantunglah pada Allah. Jangan berputus asa, tiap manusia akan pasti diuji dengan cara yang Allah aturkan. Kita tak mengetahuinya. Tiap perit, sakit, susah dirasa, ingatlah Allah, ingat duniakan pasti berakhir. Bangkitlah.. segalanya tidak sia-sia, balasan ganjaran Nikmat itu benar dalam kita menahan nafsu dari buat yang dilarang Allah, untuk taat, jalani suruhan Allah. Kita semua milik Allah, dari Allah dan pasti akan pulang kepada Allah.

“Ya Allah, bantulah, berilah kekuatan pada kami dalam menghadapi ujian-Mu”


22 Jamadilawal 1433 H bersamaan 14 April 2012 M
Sabtu, 06.10 pm. Sana’a, Yaman.

Rabu, 4 April 2012

Syair yang membuatkan Imam Ahmad Menangis.


Jika Tuhanku berkata pada ku
Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?

إذا ما قال لي ربي .. أما استحييت تعصيني

If my Lord asks me
“Have you no shame in disobeying me?

Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-Ku
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa

وتخفي الذنب عن خلقي .. وبالعصيان تأتيني

You hide your faults from my creation
yet full of sin you come to Me"

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

فكيف أجيب يا ويحي .. ومن ذا سوف يحميني

So what will I answer? O' Woe to me,
and who shall protect me do you see?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
Dan harapan dari semasa ke semasa

أسلي النفس بالآمال .. من حين إلى حين

I keep forestalling my soul
with thoughts of hope from time to time

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan

وأنسى ما وراء الموت .. ماذا بعد تكفيني

And forgetting what is to come after death,
and after I am warped in the sheets of the dead

Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku

كاني قد ضمنت العيش .. ليس الموت يأتيني

As if I have guaranteed living forever,
and that death will not overcome me

Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri
Siapa sekarang yang mampu melindungiku?

وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني

Then the harsh drunkenness of death overtakes me,
who now will be able to protect me?

Aku melihat pada wajah-wajah
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?

نظرت إلى الوجوه أليس منهم من سيفديني

I looked at the faces, is there not from amongst them
who will ransom me?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?

سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني

I will be asked
what have I put forth in my life to save myself

Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني

So what will I answer,
after I’ve been neglectful regarding my Deen

Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?

ويا ويحي ألم أسمع كلام الله يدعوني

O’ woe to me, did I not hear the
Speech of Allah calling out to me??

Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?

ألم أسمع لما قد جاء في ق و يس

Did I not hear what has come in Qaaf'n, wa Yaseen'i

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari qiamat?

ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والدين

Did i not hear of the day the crowds will be summoned,
the day we will be collected, and the day of al-Deen'i

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku?

ألم أسمع منادي الموت يدعوني يناديني

Did I not hear the caller of death
calling me; seeking me

Maka Ya Rabb! seorang hamba datang bertaubat, Siapa yang dapat melindunginya?

فيا رباه عبد تائب من ذا سيؤويه

O my lord a slave to you I come repenting,
who than shall grant me shelter?

Melainkan Tuhan yang Maha luas Pengampunannya dan yang membimbingku pada Kebenaran

سوى رب غفور واسع للحق يهديني

Other than an oft-forgiving Lord,
to the truth he will guide me

Aku telah datang pada-Mu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan ku

أتيت إليك فارحمني وثقل في موازيني

I have come to you, so have mercy on me,
and make heavy my weights

Dan mudahkan, cepatkan hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam Penghisaban

وخفف في جزائي أنت أرجى من يجازيني

And lighten my reckoning you are the best
of who will bring me to reckoning


12 Jamadilawal 1433 H bersamaan 04 April 2012 M
Rabu, 09.15 pm, Yaman.