Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Isnin, 18 September 2017

Apabila Membuat Post di Fb.

Apabila post dibuat secara umum di facebook, ia kebiasaannya akan mengundang masalah.

Pertama: Ada yang salah memahami tujuan penulis.

Kedua: Ada yang mengambil kesempatan untuk menyokong kehendak serta tindakan mereka.

Ketiga: Ada yang memang tidak suka penulis, lalu membuat tuduhan, fitnah, berkata huduh dan sebagainya lagi.

Jadi kesimpulannya:

1) Jaga tulisan.
2) Deret kepada siapa hendak ditulis.
3) Jaga dari post public.
4) Jawab jika terjadi fitnah tulisan tersebut.
5) Diam dari sebarang ulasan.
6) Boleh berbuat diam jika ada komentar yang tidak berilmu.

Wallahu'alam.

Rabu, 14 Jun 2017

Facebook 1

⚫ Di dalam Fb ini ramai yang tidak berpelajaran, kerana syarat untuk dibuka akaun Fb ini hanyalah murah dan mudah sahaja caranya, semua lapisan masyarakat dan tahap minda masyarakat boleh lulus serta lepas.

⚫ Justeru bagi saya jika terdapat komentar-komentar yang kita tidak setujui serta tidak betul dan mengarut, maka jawapan yang paling baik saya sarankan ialah diam, tidak dilayan dan abaikan, jika nak di unfriend atau block itu terpulang.

⚫ Cadangan ini bukan ingin merendahkan atau ego, maaf, tetapi untuk mengelak pergaduhan dan akhlak yang tidak baik dari kedua-dua pihak, dan untuk mencari lebih banyak kebaikan. Sebaiknya jika mampu ajaklah bertemu.
Sekadar pandangan saya.