Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Ahad, 28 Oktober 2018

Jika wanita berkenan lelaki... .

Keadaan seorang perempuan yang paling dekat dengan keredhaan Allah سبحانه وتعالى adalah ketika mereka berada di dalam rumahnya jauh daripada pandangan lelaki. Jikalau seseorang perempuan itu berkenan untuk melamar lelaki yang diminatinya itu maka dia bolehlah menggunakan pendekatan yang lebih baik seperti memberitahu kepada orang lain untuk menyatakan hajatnya kepada lelaki yang diminatinya.

Bukannya memperagakan kecantikannya mundar-mundir ke sana dan ke sini baik secara langsung ataupun tidak dengan memasukkan gambar di dalam facebook dan seumpamanya sehingga menjadi tontonan lelaki ajnabi. Ketahuilah harga diri perempuan itu lebih mahal daripada berlian. Jikalau berlian pun dijaga dan disimpan dengan rapi bagaimana pula dengan harga diri seorang perempuan.

- Sheikh Nuruddin Al-Banjari.

Khamis, 30 Ogos 2018

Jangan diluah public masalah Rumahtangga.

• Apapun masalah rumahtangga, first sekali dizaman sekarang ini ialah jangan sesekali meluahkan di media sosial. Jangan terkena hasutan pertama syaitan yang membawa kepada terbukanya lagi masalah lain. Banyak keburukannya diantaranya:

- Boleh memalukan keluarga.
- Menjatuhkan aib pasangan.
- Mengundang bermacam fitnah dari orang yang mengetahui.

• InshaAllah, kita cuba usaha guna saluran yang betul, baca buku Agama, dengar ceramah Agama, tanya pandangan Agama dari orang terdekat, tanya kawan atau mereka yang bertaqwa, jumpa pakar yang berkenaan. Minta doa.

• Jangan terikut akan ramainya pasangan yang suka luah, share dan tag secara public untuk menegur pasangan mereka.

• Sama-sama kita sentiasa ingatkan pasangan masing-masing. #peringatan juga untuk diri.

Sabtu, 13 Januari 2018

Buat Lelaki & Wanita yang lalai dengan Rupa.

Ingatlah dan Ketahuilah... .

Lelaki yang hebat bukan yang perasan 'macho' kerana ramai wanita meminatinya.

Wanita yang cantik bukan yang perasan 'comel' kerana ramai lelaki menyukainya.

Namun lelaki dan wanita yang telah berjaya berkorban untuk membina rumahtangga dan berusaha menjadi yang terbaik di hati isteri dan suaminya.

Ahad, 27 Ogos 2017

Malu Berbuat Dosa Kerana Anak.

1) Rezeki anak itu boleh jadi hikmahnya agar ibubapa malu dari berbuat dosa serta maksiat, dan lalu meninggalkannya.

2) Dan juga takut serta bimbang apabila berbuat dosa dan maksiat, maka nanti akan diikuti sama oleh anak-anak.

3) Namun hari ini kita melihat ibubapa tiada malu mempertontonkan perkara dosa dihadapan anak-anak, bahkan mengajar dan mengajak sama anak-anak melakukannya.

4) Contoh baru-baru ini saya melihat seorang ibu dan anak yang tidak memakai tudung, dan ada yang memakai tudung serta berpakaian tabarruj, sedang saling bergilir mengambil gambar posing dikhalayak ramai. Ini antara contoh yang kecil, renungilah disemua sudut cara hidup kita. Allah ingin mendidik hambanya dengan memberikan rezeki anak agar menjadi manusia yang lebih bertaqwa apabila telah mempunyai tanggungjawab yang perlu digalas dan merasa malu untuk mendurhakai lagi perintah Allah.

Selasa, 15 Ogos 2017

Air Penawar, Gangguan, Usaha.

Air Penawar, Gangguan, Usaha |

1. Kadang ada yang wasap minta dibuatkan air penawar tentang bermacam masalah dalam keluarga, anak serba malas, gangguan dan sebagainya. Kadang sebenarnya mungkin yang perlu dielak dikalangan kita adalah apabila terdapat sedikit masalah terus difikir gangguan, sedang itu masalah normal yang perlu diusaha dengan usaha yang normal, contoh anak malas, apabila diperhati ayah ibu tidak pernah marah dan bertegas, maka jawapannya ayah ibu kena keras, contoh anak parah sosial, bila diperhati ibu ayah juga teruk sosial.

2. Saya juga (mohon jauh mungkin jika Tuhan ingin datangkan ujian), maka terjadi juga. Cuma apa yang saya ingin nyatakan asasnya disini ialah kita berusaha jaga dahulu seluruh kewajipan Agama (tunaikan suruhan, tinggalkan larangan, dosa, maksiat) banyakkan amalan sunat, zikir, doa yang diajar Baginda, dan minta kepada Tuhan penyelesaian masaalah tadi.

3. Semak semua hal-hal ini, dalami ilmu Agama. Contoh apabila diceritakan ada banyak gangguan di rumah, rupanya bila masuk dilihat rumah tersebut didindingnya dipenuhi dengan gambar hidup, contoh juga diadukan banyak masalah dalam rumah, bila di cek, didapati rumah itu padat dengan hiburan, tiada bacaan quran dan solat.

4. Atau juga semua itu Tuhan jadikan atas sebab kafarah atas perbuatan buruk kita lalu, juga Tuhan jadikan sebagai peringatan kepada kita agar insaf dan berubah.

5. Inilah bagi saya apa yang perlu kita fahami dan muhasabah dahulu. Sabar. Semoga Allah sentiasa menyelamatkan kita dari kejahatan manusia dan jin. Aamiin.

Khamis, 13 April 2017

Jauhilah dari Ketagihan Internet.

Bahana ketagihan internet terutama fb, wassap, game dan sebagainya lagi bukan kepada orang muda sahaja, namun juga kepada yang sudah berusia. Termasuk hiburan kebebasan sosial yang lalai dan teruk didalamnya.

Bagi saya ia lagi kurang elok dan lebih berat musibahnya apabila sudah berumur dan dalam institusi sebuah keluarga, kerana:

1) Contoh ikutan buat anak-anak dalam tindakan ibubapa.
2) Hubungan kasih sayang dan komunikasi lemah bersama anak-anak.
3) Kurang berbual, bertanya khabar dan memanfaatkan masa berkeluarga yang sepatutnya sangat diperlukan.
4) Masaalah dan tekanan kepada anak.
5) Kelalaian diusia tua bagi ibubapa itu sendiri.
6) Kesan buruk akibat dari ibubapa sendiri.
7) Berbagai masalah dunia dan agama.

InshaAllah, sama-sama lah kita menyedarinya dan berubah.