Memaparkan catatan dengan label Tazkirah / kata² Fb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah / kata² Fb. Papar semua catatan

Selasa, 23 April 2013

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 22).

 

 Duit boleh dicari, Dunia tak dapat kembali lagi... 
-----------------------------------------------------

 Carilah Pemimpin yang membanggakan dan menyelamatkan kamu, bukan sekadar ketika di waktu Dunia, tapi di Akhirat yang kekal dan pasti semua akan pergi kesana. 
-----------------------------------------------------

 Sunnah baca Surah Al-Mulk & Solat Witir sblm tidur... jom sahabat², kenalan² fb yg dikasihi. 
-----------------------------------------------------

 PAS sekarang semakin dilihat meluas dlm memperjuangkan sudut/kehendak ISLAM. Allahu Akbar... 
-----------------------------------------------------

 Kembali kpd Allah, Jalan yg akan menyelamatkan dan menyelesaikan apapun masaalah kita. 
-----------------------------------------------------

 In-sha Allah.. sesuatu yang dilakukan dari hati pasti sampai ke hati juga...
-----------------------------------------------------

 Jangan mengalah teman.. ingatlah saat titisan-titisan Airmata taubat kita.
-----------------------------------------------------

 Allah sentiasa hampir dgn kita. Pertolongan Allah itu dekat. 
-----------------------------------------------------

 Perasaan Cinta itu Amanah, Allah menguji kita dengan perasaan itu... 
-----------------------------------------------------

 Allah menyuruh kita berlumba-lumba melakukan Kebaikan.. Dan berusaha meninggalkan kejahatan... 
-----------------------------------------------------

 Allah menguji kita, agar kita kembali semula ingat dan taat perintah Allah. Usaha hentikanlah kedegilan kita. Kelak, pada Allah semula kita kembali. Tiada yg disuruh Allah itu buruk... 
-----------------------------------------------------

 Ingat sentiasa Allah Maha Adil.... 
-----------------------------------------------------

 “Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan letih mengajar” 
-----------------------------------------------------

 “Bila kamu tak tahan lelahnya Belajar, maka kamu tidak akan dapat mengecapi Kejayaan” 
-----------------------------------------------------

 Jangan dilihat 'kejayaan itu' pada sekadar kejayaan nilaian Dunia dari orang sekeliling kita. Bacalah kisah manusia-manusia yang telah diberi berbagai habuan/keuntungan dunia dahulu, diturunkan azab oleh Allah kerana kelalaian mereka. 
-----------------------------------------------------

Allah menciptakan manusia itu sempurna, Tiada yang hodoh....... 
-----------------------------------------------------

 Gembiranya bila dapat tahu ilmu Agama. Ia panduan/keuntungan untuk dunia dan akhirat.... 
-----------------------------------------------------

Ilmu, lebih mahal dari segalanya..... 
-----------------------------------------------------

 Bala’, kita seolah tiada masa untuk buat baik, dan ada masa untuk buat dosa.
-----------------------------------------------------

 Sahabat.. sudah berapa lama hidup kita sunyi dari Al-Quran, jomlah baca Al-Quran ye... 
-----------------------------------------------------

 Mudahkan dan luaskanlah yang Halal.. Susahkan dan sempitkan yang Haram..  
-----------------------------------------------------

Sentiasa fikir Akhirat l Agar bersungguh meraih kejayaan sebenar. Kejayaan Akhirat menuntut agar berjaya juga dlm dunia. Fikr tntg Kematian dan Akhirat, agar terus kuat berusaha buat yg terbaik/ jadi org yg baik di dunia, akan dpt hasil kebaikan didunia dan hasil yg telah pasti sangat beruntung diakhirat sana. Menikmati hidup ini dgn sentiasa bersaksikan perintah dan larangan Allah. 
-----------------------------------------------------

 Pelajar Agama l Fikir dan muhasabah, berbaloikah aku belajar jauh diluar Negara. Adakah sama keadaan jika aku di dlm Negara, atau lebih baik di dlm Negara lagi. Apa keuntungan/manfaat/perubahan/beza besarnya. Duit sumbangan orang ramai. Fikir keuntungan/kerugian diri dan umat. Marilah kita muhasabah betul-betul, menyedarinya dan bangkit ubahinya. Jaga Solat kita yg pertama dgn sebaik-baiknya. (waktu, hukum, berjamaah, penghayatannya).
-----------------------------------------------------

 Bila kita dapat usaha pelihara ia sebaik-baiknya. Sukar dijangkiti kuman/penyakit dosa disekelilig pada diri kita. Permulaannya bermula dgn lemahnya kesempurnaan Solat itu. - Sama Muhasabah 
-----------------------------------------------------

 Jauhilah dosa dik, kelak ia menghinakan, jangan kita hina pada pandangan Allah....
-----------------------------------------------------

 Memilih pasangan hidup pun disuruh pentingkan nilai Agama, apatah lagi memilih Pemimpin Negara.
-----------------------------------------------------

 Tenangnya hati bila dengar alunan bacaan Al-Quran, Allahuakbar.
-----------------------------------------------------

 Takutlah bala dari Allah, ajal yg menunggu...
-----------------------------------------------------

 Tanggunglah dosa wahai yang menyebar dan memanjangkan lagi video lucah itu... perbuatan mencari dan menyebar aib itu sudah ditegah dan diancam berat lagi balasannya, apatah lagi difitnah. 
-----------------------------------------------------

 Buatlah fitnah, bukalah aib, kelak pasti aib kamu pula dibuka, amalan muflis, munasabahlah beratnya ancaman Allah dlm Al-Quran. Ya Allah, tetapkanlah hati kami, bantulah kami....
-----------------------------------------------------

 Ilmu dengan Kesungguhan.... 
-----------------------------------------------------

 Jangan biarkan hubungan kita dgn Allah jauh, makin jauh... 
-----------------------------------------------------

 Bila kita berusaha buat apa yang telah disuruh Allah dan Rasul. Kita akan dimuliakan, disegani, dikenali dan dihormati. (Buat krn Allah, kita akan dimuliakan dan tak akan dikecewakan) 
-----------------------------------------------------

 Jangan mengambil jawatan kerana mencari pandangan orang. 
-----------------------------------------------------

 Jangan kenyang dgn mengumpat....
-----------------------------------------------------

 Allah menguji kamu, makananya Allah sayangkan kamu.. Allah menguji kita, maknanya Allah sayangkan kita... 
-----------------------------------------------------

 Mendidik l Fokuskan 'tidak faham' atau 'malas' sebenarnya. 
-----------------------------------------------------

 Kita dimurahkan/dimudahkan rezeki dgn jalan/cara yang haram/berdosa. Kita sedang diuji oleh Allah.... 
-----------------------------------------------------

 Sabar dari menggunakan cara yg tidak baik, yg dilarang Islam ketika berkempen... 
-----------------------------------------------------

Jangan dirunsingkan sangat apa yang telah ditetapkan Allah. 
-----------------------------------------------------

Hari ini masing-masing mempersoalkan perbuatan ini dan itu adalah hak masing-masing. Dan ingatlah kelak, kita semua akan dibalas apa hak kita yg sebenarnya.
-----------------------------------------------------

 Silih berganti 'doa (taubat) dan usaha' untuk berubah.... 
-----------------------------------------------------

 Tambah ilmu & manfaat akal l Belajar untuk 'belajar, mengajar/tolong menyampaikan dan bertanya'. Semua itu sumber ilmu yang perlu saling berkait. Untuk dan akan kuat ingatan dan kefahamannya.
-----------------------------------------------------

 Bila kita ingat Allah, pasti ada jalan keluarnya.... 
-----------------------------------------------------

 Sahabat, berjuang untuk solat berjamaah, penuhkan masjid..... 
-----------------------------------------------------

 Begitu Gembiranya rakyat dengar berita bubar hari ini sebab tak sabar dan sudah lama perit menunggu untuk tukar Kerajaan baru.... 
-----------------------------------------------------

 Cadangkanlah pada rakan2 page ini, Sekadar kongsi, peringatan untuk kebaikan... Tegur jika admin salah... Untuk saling sama-sama kita muhasabah dan memperingatkan.... 
-----------------------------------------------------

 Masa sakit, kita seolah baru sedar dari hidup, ada, apa dgn/ untuk hidup ini. Dengan izin Allah, kita diizinkan kembali sihat. Begitulah kelak mati, kita akan benar-benar tersedar sesedar-sedarnya. Namun tiada guna lagi, sahabatku2 semua, sama2 kita muhasabah, saling peringatkan sesama kita semua...
-----------------------------------------------------

 Assalamualaikum sahabat2, jom berjemaah maghrib.. apalah sangat hidup ini, bila sakit baru kita akan tahu/ sedar hakikatnya...
-----------------------------------------------------

 Diuji dgn kesakitan, mungkin doa agar diampunkan dosa kita diuji, ditebus dgn kesakitan... ingat bila dalam kesakitan itu mungkin dosa yg baru sahaja kita lakukan dan kita telah sedarinya. Alhamdulillah, kurniakan kami kesabaran dan kekuatan ya Allah... "Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang." (Surah Al-Anbiyaa' 83)"
-----------------------------------------------------

  Janji Allah, apa2 berita, kajian, usaha perancangan untuk gagalnya Islam tidak akan berjaya. Kita hanya terus berkerja... 
-----------------------------------------------------

 Masa hidup inilah untuk berubah, semua ingin, berharap untuk berubah. Hanya lambat atau cepat. Ada keuntungan dunia dan akhirat yg pasti. Ajal yg tidak diketahui. Berjuanglah kita dalam 'sudut' apa bentuk ujian keatas kita, untuk berubah dari yg dilarang Allah dan Rasul itu. Dan menerima, bersama dgn perjuangan lain yg lebih besar lagi yg dibawa oleh para Ulama'2 kita...
-----------------------------------------------------

 Allah sentiasa memberi harapan kepada hambanya... 
-----------------------------------------------------

 Makbul atau tak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Jgn pernah jemu berdoa, sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa.
-----------------------------------------------------

 Yang salah itu, Allah sentiasa Maha Mengetahui hakikatnya, Manusia akan ada yang tahu juga akhirnya, Kita berubah atau tidak yang menjadi beza/ keuntungannya, Allah sentiasa memberi peluang kpd kita.. Allah Maha Berkuasa atas segalanya... 
-----------------------------------------------------

 Tiap usaha kita mesti sentiasa kaitkan dgn doa, pengharapan kpd Allah, krn yg terjadi pasti ada hikmahnya dari Allah dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya... 
-----------------------------------------------------

Syukur, ingat atau tidak kita dengan besarnya Nikmat Sihat ini... 
-----------------------------------------------------

 Segala hal yang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku pada diri kita, pada keluarga, dan segala hal dalam dunia ini. Kita mesti ingat, Allah sentiasa Maha Mengetahui semuanya. Kita berusaha buat yang terbaik dan sentiasa mohon doa kepada Allah Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya...
-----------------------------------------------------

 Benarnya dari taubat. Akan bersemangat menunaikan perintah Allah, melakukan kebaikan. 
-----------------------------------------------------

 Allah sentiasa menyayangi kita....
-----------------------------------------------------

 Apa untung jika sibuk berdengki, dunia akhirat tiada keuntungan...
-----------------------------------------------------

 Assalamualaikum teman-teman semua, sudahkah kita membaca Al-Quran, berzikir memuji Allah pagi ini.... 
-----------------------------------------------------

Silap selepas usaha tak ada masalah.... 
-----------------------------------------------------

 Perkara yg baik, perintah dari Allah dan Rasul. Harap pakat tolong kita usaha kongsikan dgn org lain, saling nasihat, sampaikan dan peringatkan agar semua mendapat manfaat untuk kejayaan hidup dunia dan akhirat. Dengan apa cara yg kita ada... 
-----------------------------------------------------

 Nabi Muhammad s.a.w mengajak kepada Islam dengan menunjukkan kemuliaan akhlak Islam, keadilan dlm Islam, kemudahan, keringanan dlm Islam dan keindahan Agama Islam itu. 
-----------------------------------------------------

 Jika kita selalu berdoa, kita akan rasa sesungguhnya Allah dekat... 
-----------------------------------------------------

 Buka fb, jangan melupai al-Quran.... 
-----------------------------------------------------

 Islam banyak memberi keuntungan kpd kita, apa yg kita berikan untuk Islam..... 
-----------------------------------------------------

 Jujur waktu exam (belajar), mengajar jujur ketika bekerja...
-----------------------------------------------------

 Orang pandai memang dia tak suka/ benci meniru dan tak suka/ benci perbuatan orang menirunya....
-----------------------------------------------------

 Jaga hak Allah, pasti dijaga hak sesama manusia...
-----------------------------------------------------

 Apabila kita melakukan dosa kecil, tutuplah dengan kebaikan. Dosa besar pula hendaklah didahului dengan taubat dan diikuti pula dengan melakukan kebaikan juga. Hanya kebaikan dapat mengimbangi dosa tersebut.
-----------------------------------------------------

 Fikir kadang sebab kita mari rasa benci, dan nak marah sangat sesutu perkara itu, adakah dengan sebab kerana masalah dari diri kita sendiri atau memang benar ia silap dari faktor luar itu... Solat, zikir, al-Quran penenang hati. 
-----------------------------------------------------

 Syukur sedar itu Ujian dari Allah.. 
-----------------------------------------------------

 Perbuatan dosa itu sebab jadi: Keras kepala, Payah menerima yg benar, Selalu nak marah, Dan gopoh, melulu bertindak. Sama Bermuhasabah...
-----------------------------------------------------

 Jangan biarkan dan suka orang lain juga merasa susah dan sukar seperti kita juga telah merasai itu susah dan sukar. Itu sombong namanya... Allah tak suka orang yang sombong.
-----------------------------------------------------

 Penerangan, kisah dan pengajaran dari isi Al-Quran dan As-Sunnah amat cukup lengkap, jelas, tepat, hebat dan bersesuaian hingga kiamat... 
-----------------------------------------------------

 Kita sabar dengan usaha guna dan cari jalan yang halal... 
-----------------------------------------------------

 Bersabar itu memang bukan mudah, bersamanya adalah pertolongan dan kekekuatan dari Allah. (Allah akan tolong jika kita bersabar dan kekuatan untuk mampu bersabar) 
-----------------------------------------------------

 Yang tak tahu, kita jauhi sangka buruk. Itu akhlak yg buruk.
-----------------------------------------------------

 Kita baik dengan manusia, Allah lebih Berkuasa, Allah Maha Berkuasa...
-----------------------------------------------------

 Adillah, jangan tipu dan zalim walau sedikitpun. Walaupun manusia tidak tahu. Allah Maha Mengetahui. Malaikat dikiri kanan kita sentiasa mencatit...
-----------------------------------------------------

 Dari sifat mukmin itu ingin saling memberi peringatan, nasihat dan ingin diri diperingatkan, diberi nasihat.... 
-----------------------------------------------------

 Pilihlah yg disukai dan tidak dilarang Allah dan Rasul untuk ikutan dan panduan.. 
-----------------------------------------------------

 Ihsan: "Beri tanpa diminta, buat tanpa disuruh, tolong tanpa balasan, tunai kerana sudah tanggungjawab". 
-----------------------------------------------------

 "Selalu ada harapan, bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan, bagi mereka yang berusaha." 
-----------------------------------------------------

 Ya Allah, berkatilah dan permudahkanlah urusan buat mereka-mereka yg memberikan pertolongan.... 
-----------------------------------------------------

 Kita cari minat yang Halal.. dan kita fokus, tumpu seinginnya. Minat yang haram itu ujian, ada ganti cara yang halal sebenarnya. 
-----------------------------------------------------

 PEROKOK itu perlu tahu dan sentiasa ingat yg asap rokoknya itu tlh sentiasa menyusahkan dan menyakitkan saudaranya yg lain....
-----------------------------------------------------

 Allah tahu masalah kita, marilah kita kembali kpd Allah selalu... 
-----------------------------------------------------

 Hidup ini besar tujuannya, besar keuntungan kelak.. jgn ungkap bosan...
-----------------------------------------------------

 Orang yg berjaya ialah org yg sanggup dan sedia berubah.... 
-----------------------------------------------------

 Yang menegur itu kerana tahu, Kita pula melawan kerana tak tahu, Jgn kita melawan dan biar kerana juga telah tahu... 
-----------------------------------------------------

 Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk sentiasa berdoa dan bergantung kepada-Mu... 
-----------------------------------------------------

 Perbanyakkan ingat Allah dan Hari Akhirat....
-----------------------------------------------------

 Ya Allah, Mudahkanlah yang susah, Ringankanlah yang berat.. 
-----------------------------------------------------

 Ya Allah, terima kasih kerana menyedarkan aku..... 
-----------------------------------------------------

 Ya Allah, terima kasih atas nikmat sihat ini.... 
-----------------------------------------------------

 Memang, kawan yg suka, asyik sudah biasa, dan tiada malu bercakap hal orang lain depan kita. Keaiban, mengumpat dan menghina orang. Kemungkinan besar hal sama dibuat kepada kita. Ku muhasabahkan diriku selalu, jauhilah kita keburukan tersebut. Sabarlah, mulakan diri kita jadi orang yg baik, dan saling muhasabah buat kawan-kawan kita agar bina akhlak yg baik. 
-----------------------------------------------------

 Akhlak yg baik itu, keuntungan buat org lain dan juga kita. 
Dan akhlak yg buruk itu, org lain tak dapat apa, dan kerugian untuk kita. 
-----------------------------------------------------

 Kita akan lalui dan duji apa yg kita kata. Justeru itu, bicaralah kita atas dasar benar-benar untuk teguran, dakwah, muhasabah, pengajaran dan keinsafan bersama. Dan itulah yg dituntut asasnya. Jauhilah kita bila diatas dasar benci, hadir mari rasa benci, dendam, menghina, dedah dan sebar aib, sekadar suka, bahan umpat, dan yg penuh dengan akhlak dan ucapan yg buruk. Kelak takut berat menimpa kita kesan dari cara tersebut. Sama Muhasabah. 
-----------------------------------------------------

 Semua akan diuji, kita tolong sahabat kita bila diuji.... 
-----------------------------------------------------

 Sentiasa untuk membaca/belajar.. tidak membaca/belajar... tak tahulah mana salah dan betul. Yang sebenarnya salah dan betul. Dan yang telah salah dan betul. 
-----------------------------------------------------

 Kerja-kerja, Allah dan Rasul menyuruh kita berkerja, dan dgn baik, tekun...
-----------------------------------------------------

 Malu kerana itu dosa dipuji Syara'... 
-----------------------------------------------------

 Kerja, untuk manfaat dan keuntungan diri dan orang lain (Itu juga keuntungan untuk kita).
-----------------------------------------------------

 Halal itu nikmat dan selamat, Dunia dan juga janji nikmat yg besar di akhirat nanti...
-----------------------------------------------------

 Bagaimana jalan yg kita gunakan dlm melakukan sesuatu perkara kpd org lain, maka jalan itu jugalah akan dilakukan org lain pula kpd kita. Demikian, selalulah kita berfikir dan muhasabah dahulu, jika dgn baik dan terbaik, hasilnya juga yg baik dan yg paling disukai. 
-----------------------------------------------------

 Janganlah kita lupa semua yg kita ada adalah kurniaan dari Allah yg Maha Pemurah.. 
-----------------------------------------------------

 Nafsu hanya mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya... 
-----------------------------------------------------

 Antara kesalahan dalam pendidikan anak dalam era ini yang dibincangkan dalam buku ni termasuklah membuat anak takut kepada manusia, harap akan pujian dan redha manusia, motivasi bersifat duniawi, dan banyak lagi yang menyebabkan anak-anak tidak memikirkan perihal iman, akhirat (syurga-neraka) dan tidak mengutamakan akhlak yang baik dalam kehidupan.
-----------------------------------------------------

 Diuji dgn kekecewaan itu agar kita sedar, sentiasa ingat Allah kembali....
-----------------------------------------------------

 Untuk terhalangnya dari menjadi rezeki kita itu mudah. Kadang duit habis (tidak cukup) hanya kerana perlu membayar ini dan itu.... 
-----------------------------------------------------

 Adik, teman-teman yg dikasihi... Pasakkanlah kuat-kuat kefahaman Agama dan rutin kehendak Allah dan Rasul dalam hari-hari hidup kita. Kita akan selamat dan nampak betapa indahnya syariat Islam ini. 
-----------------------------------------------------

 Zaman skrg perlukan sijil, dulu tidak. Tapi jika tak dapat, gagal dapat sijil lagi. Kita kena juga bersungguh seperti sentiasa ada sijil. Lebih dari nilaian sijil. Terutama lagi bidang Agama.... 
-----------------------------------------------------

 Dosa ada kecil dan besar. Jangan kita remeh yang kecil dan sentiasa waspada, usaha jauhi yang besar... 
-----------------------------------------------------

 Yakinlah, bila kita buat yg baik. Akan dibalas oleh Allah yg baik dan lebih baik. Begitulah jika kita buat yg tidak baik.
-----------------------------------------------------
 Teman, sama selalu muhasabah, mati itu sangat hampir. Kita dah tak dpt buat-buat apa-apa bila mendengar berita tntg kematian. Kita hanya mampu mendengar berita dan melihat keadaannya. 
-----------------------------------------------------

 Dik yg manis lagi ayu, jangan murahkan nilaimu.. tiap-tiap hari gambar dijaja. 
-----------------------------------------------------

Ingatlah pesan Allah dan Rasul. 
-----------------------------------------------------

 Bosan buat seseorang jadi boros.... 
-----------------------------------------------------

 Sabarlah dari biasa suka bercakap yg tidak baik, tiada manfaat, dan hal yg takut memufliskan kita kelak... 
-----------------------------------------------------

Mudah diubah diri, mudahlah diubah orang lain.... 
-----------------------------------------------------

 Ujian itu memang besar, kuat dapat juga dilalui kerana pertolongan Allah bersama-sama. 
-----------------------------------------------------

Sahabat-sahabat yg telah dijanji Syurga itu besar ujiannya... 
-----------------------------------------------------

 Hidup ini Ujian, hinggalah dimatikan. 
-----------------------------------------------------

Apapun perjuangan itu, menuntut adanya pengorbanan demi pengorbanan....
-----------------------------------------------------

 Berdoa pun sudah dikira ibadah... 
-----------------------------------------------------

 Solat dijaga sesempurnanya (berjemaah, awal waktu dan segala kesempurnaan lain). In-sya' Allah, amal lain mudah dan dapat dipelihara. Solat diabai dan diremehkan. Perintah lain sukar dan payah nak dikawal...
-----------------------------------------------------

 Kerja kena ada sifat Ihsan. Dari ihsan itu akan terbit kesungguhan dan keuntungannya... 
-----------------------------------------------------

 Bukan kaya yg memberi ketenangan, tapi dari keberkatan itu ada ketenangan dan diberi kecukupan... 
-----------------------------------------------------

 Sahabat, kenapa kita bila murah rezeki, banyak duit sikit. Perbelanjaan, tahap barang-barang keperluan hidup harian nak juga agar sentiasa yg mahal-mahal, yg begitu canggih. Bersyukurlah, itulah sebab kita merasa sentiasa tidak cukup, masih tidak cukup dan banyak berhutang, rasa susah dan serba tak cukup ini dan itu. Hindarilah berebut-rebut, untuk menunjuk-nunjuk kerana melihat org lain hebat dunianya. Memadai keperluan penting untuk benar-benar digunakannya. Marilah kita manfaatkannya pada hal yg benar-benar diperlukan. Untuk keluarga, org lain. Bukan kaya yg memberi ketenangan, tapi dari keberkatan itu ada ketenangan dan diberi kecukupan... 
-----------------------------------------------------

 Kita belajar dan buat kerja sungguh-sungguh. Cari kerjaya yang menjamin kebaikan hidup dunia dan akhirat....
-----------------------------------------------------

 Belajar atau mengajar akan bertambah ilmu. Mengajar itu juga adalah belajar. Sebelum belajar dan mengajar mesti kena juga membaca. Ilmu itu asasnya dengan rajin membaca. 
-----------------------------------------------------

 Wajib usaha, Usaha dgn jalan yg halal, Rezeki itu luas dan mudah bagi Allah untuk memberi... 
-----------------------------------------------------

 Solat menghapus dosa-dosa.... 
-----------------------------------------------------


13 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 24 April 2013 M 
Rabu, 12.00 pm. Perak, Malaysia.

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 21).

 

 Tiap kali terjadi atau timbul berbagai masalah dalam hidup. Marilah kita perhati, muhasabah rutin hidup harian kita dengan perintah Allah dan Rasul. Solat dan segala aspek lain. Kadang yang tidak menjadi punca masaalah sebenarnya boleh terjadi masalah juga. 
------------------------------------------------------

 Marah dan benci dgn kebaikan, kebenaran org itu dengki... 
------------------------------------------------------

 Setiap kali Allah panjangkan umur, agar kita bertaubat, berubah. Kembali bertaubat, usaha berubah walau seteruk manapun. Akhir kita tak tahu, ia penentu segalanya. Besarnya peluang, rahmat Allah walau sejahat manapun. 
------------------------------------------------------

 Bala dan Hebatnya kuasa Allah yang telah ditunjukkan... masih boleh dipermain dan direka hal-hal lucu, remeh.. jangan Teman....... 
------------------------------------------------------

 Ingat, politik kita kerana dan untuk dakwah, untuk Islam... 
------------------------------------------------------

 Segalanya krn ego. Belajar didik diri, usaha rendahkan ego.... 
------------------------------------------------------

Jangan kita fakir disisi Allah..... 
------------------------------------------------------

 Didikan, nak merubah dan membentuk seseorang itu akan berkait pada hubungannya. 

 - Sikap dan perangai ayah,ibu dengan anaknya. 
 - Sikap dan perangai guru dengan pelajarnya. 
- Sikap dan perangai ketua, bos dengan pekerjanya. 
- Dan kerajaan dengan rakyatnya. 

 Ia bermula dari diri, secara tak lansung, ia mudah diubah dan terubah sendiri, insyaAllah. Begitulah jika sebaliknya yang buruk dilakukan. Antara faktor kejayaan Nabi juga ialah dilalui dan dibuktikan sendiri segalanya oleh Nabi s.a.w. 
------------------------------------------------------

 Masalah-masalah dalam hidup itu adalah ujian bagi orang Beriman. 
------------------------------------------------------

 Adil itu juga ialah tidak suka dan menasihati org yg buat zalim dan susahkan org lain sepertimana org itu juga telah pernah buat zalim dan susahkan dirinya... 
------------------------------------------------------

 Bersukan untuk gagah buat ibadat, buat kebajikan.... 
------------------------------------------------------

 Nabi s.a.w. suruh kita minta syurga Firdaus. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya di syurga ada 100 tingkat yang disediakan oleh ALLAH bagi mujahidin di jalan ALLAH, yang jarak antara satu tingkat ke tingkat lainnya seperti jarak antara langit dan bumi. Maka jika kamu minta kepada ALLAH, mintalah syurga Firdaus kerana ia terletak di syurga yang paling tengah dan paling tinggi, di atasnya adalah ‘Arsy ALLAH Yang Maha Pemurah dan dari situlah terpancarnya sungai-sungai di syurga.” (Sahih Bukhari) 
------------------------------------------------------

 Tiap kelebihan dan kekurangan, sebagai ujian dan adilnya Allah s.w.t...
------------------------------------------------------

 Usahalah agar tidak buat perkara buruk, salah yang sudah pernah orang buat kepada kita. Kelak nanti akan ada juga orang buat yang buruk dan salah itu kepada kita semula. Semuanya sebab diri kita. 
------------------------------------------------------

 Bahayanya perangai sangka buruk ni, sebab ia permulaan segalanya (mengumpat, fitnah, mengadu domba, hina, kata keji). Dan berat kesannya juga pada pelaku dan orang lain, kerana memang kita tak tahu perkara asal yang sebenarnya. 
------------------------------------------------------

 Jom berbuat yg baik dan terbaik sabahat-sahabatku yg baik... 
------------------------------------------------------

 Adil itu juga: 
 - Menolong, membantu dan meringankan beban orang lain. 
- Bukan mementingkan diri. 
 - Bukan menyusahkan orang. 
 - Membiarkan orang lain susah. 
 - Mempergunakan hanya untuk keuntungan pada dirinya.
------------------------------------------------------
Berlaku adil dalam mencari keadilan. 
------------------------------------------------------

 [Khabar Nabi tentang Hujan batu bersalut api dari langit] Daripada ‘Imran B. Hushain, Beliau berkata: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فِي هَذِهِ الأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ المُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَتَى ذَاكَ؟ قَالَ: إِذَا ظَهَرَتِ القَيْنَاتُ وَالمَعَازِفُ وَشُرِبَتِ الخُمُورُ: وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الحَدِيثُ، عَنِ الأَعْمَشِ 

 Bahawasannya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Akan ada dalam kalangan umatku ini nanti kejadian tanah runtuh (atau ditenggelamkan ke dalam bumi), penukaran wajah menjadi binatang, dan turunnya hujan batu berapi dari langit.” Maka berkata seorang lelaki dari kalangan kaum muslimin (iaitu dari kalangan sahabat Nabi), “Bila ia akan berlaku wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Apabila telah muncul (berleluasa) artis wanita, alat-alat muzik, dan al-khamr (minuman-minuman yang memabukkan) telah diminum.” [Sunan at-Tirmidzi, no. 2212. Dinilai sahih oleh al-Albani kerana banyaknya mutaba’ah] 
------------------------------------------------------

 Untuk mengangkat tangan, berdoa itupun bukan mudah.... 
------------------------------------------------------

 Orang sedang, telah berubah pun masih dikutuk, jauhilah ia teman... Allah masih sentiasa beri ruang setiap saat, jam kepada kita juga untuk berubah.
------------------------------------------------------

 Perhatilah baik-baik tiap kali teguran-teguran kita, untuk kepuasan nafsu, sifat dengki, dendam, sekadar untuk menghina, mengutuk, menjatuhkan org. Atau benar kerana sahut perintah Allah dan Rasul. 
------------------------------------------------------

 Untuk tulis status, like, komen pun ambik masa banyak. Malaikat sebelah kita ni sentiasa dengan memerhati dan mencatit. 
------------------------------------------------------

 Ilmu tidak akan membosankan. Hilangkan rasa, masa bosan kita dengan mencari dan menambah ilmu. Untuk dunia dan akhirat kita. 
------------------------------------------------------

 Dikurniakan kepada kita akal, disuruh agar kita cuba usaha berfikir sebaik-baiknya. Memanfaatkan sebaik mungkin. Al-Quran dan contoh Sunnah menjadi panduan nilaiannya yang telah cukup sempurna. Tidak terus diikutkan apa keinginan nafsu. 
------------------------------------------------------

 Dunia tempat untuk muhasabah dan berubah.... 
------------------------------------------------------

 Kita mohon doa, usaha dgn baik, pelihara baik-baik perintah (hak) Allah dan Rasul. Untuk kuat berhadapan ujian-ujian mendatang.... 
------------------------------------------------------

 Taqwa disisi Allah, maka baik disukai disisi manusia.... 
------------------------------------------------------

 Biar hidup ingat mati.... 
------------------------------------------------------

 Berusaha dgn merendah diri.... 
------------------------------------------------------

 Mati itu memang dekat, tiada siapa sering jangka mati kemalangan.... 
------------------------------------------------------

 Syukur dilintaskan dan diingatkan masalah itu ujian dan sebagai pengajaran buat kita... 
------------------------------------------------------

 Mati, sesalnya dan tiada guna lagi sifat ego, sombong..... 
------------------------------------------------------

 Tiap kelebihan dan kekurangan yang dijadikan Allah itu memang ada hikmahnya. 
------------------------------------------------------

Usaha bersih diri kita dari sifat sombong. Yang baik dan benar itu amatlah indah... 
------------------------------------------------------

 Apa yg kita rasa memang ia betul dan salah. Kita nilai dahulu pada neraca Allah dan Rasul. Demikian, kita akan selamat dan kuat. Jangan ikutan nafsu yg diguna... 
------------------------------------------------------

Gantungkanlah keyakinan dan kekuatan Islam itu pada dalil Al-Quran dan As-Sunnah. 
------------------------------------------------------

 Usaha tanpa doa itu Sombong.... 
------------------------------------------------------

 Nikmat ibadat itu juga bila selamat dari maksiat... 
------------------------------------------------------

 Ya Allah.. jadikan kami redha dengan tiap ujian-Mu. Walaupun berat, namun rahmat-Mu lebih mengatasi segalanya. إنا لله وإنا اليه راجعون Ujian, ingin menyedarkan dan menambahkan keimanan... 
------------------------------------------------------

 Memang jika kita sentiasa ingat Allah, ingat untuk taat, pelihara, dengar perintah Allah. Allah akan jaga dan peringatkan kita.(dengan diingatkan, dilintaskan kpd kita itu salah dan benar, itu baik dan buruk, itu ujian dan sebagai peringatan). 
------------------------------------------------------

 Jgn malu kerana kelemahan dan kesilapan pertama kita. Tapi malu, bersalah kerana keengganan, kesombongan dan kejahatan kita... 
------------------------------------------------------

 Nak mendidik, cari dahulu kebaikan-kebaikan pada diri orang... 
------------------------------------------------------

 Kita akan merasa tak cukup, bila sentiasa bergantung dgn manusia... 
------------------------------------------------------

 Hal dosa, rugi masa, tiada manfaat, faedah.. memanglah akan masih bosan dan merasa kebosanan dan kerugiannya... 
------------------------------------------------------

 Biar lambat, asal rajin... Tak mengapa lambat, biar rajin... 
------------------------------------------------------

 Nabi s.a.w mengajak kepada Islam dengan menunjukkan bukti kebenaran dan mulianya Agama (cara hidup) Islam itu... 
------------------------------------------------------

 Masih, tetap juga dengan hal maksiat. Maka nampak susah dan sempit jalan yg halal, (jalan kesukaan yg halal). InsyaAllah.. bila kita jauhi hal maksiat. Maka banyak, mudah, dan luas jalan (kegembiraan) yg halal dapat kita rasa dan raih... 
------------------------------------------------------

 Akan faham, hebat ilmu agama (dikurniakan kefahaman, kealiman) bukan kerana yang belajar ambil jurusan Agama. Tapi kerana siapa yang rajin berusaha mencari, belajar, memahami dan beramal dengan perintah Agama. 
------------------------------------------------------

Biar orang suka kita, kerana kebaikan kita..... 
------------------------------------------------------

 Seluruh makhluk tunduk dan patuh mengikut perintah Allah. Berzikir memuji Allah... 
------------------------------------------------------

 Bukan sebab rupa yg cantik dipilih ke Syurga, tapi sebab Akhlaknya yg cantik... 
------------------------------------------------------

 Ingat Allah tika senang dan susah, Insha-Allah kita diingatkan Allah tika senang dan susah... 
------------------------------------------------------

 Nabi S.A.W pun pernah ditegur...... 
------------------------------------------------------

 Agama bukan ikut akal kita..... 
------------------------------------------------------


13 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 24 April 2013 M 
Rabu, 12.00 pm. Perak, Malaysia.

Khamis, 31 Januari 2013

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 20).


Harta, nikmat dunia lebih mudah bila diusaha cari dari mencari bekalan-bekalan Akhirat... 
----------------------------------------

Akan dibuat dan diusaha buat juga perkara itu kerana ia disuruh dan disukai Allah dan Rasul.. Nabi saw suka orang yang amal sunnahnya.... 
----------------------------------------

 Sentiasa khayal dgn mainan cinta, tanpa tujuan.. menumpulkan tajamnya akal... 
----------------------------------------

 Sabar, tahan nafsu dari mengumpat... 
----------------------------------------

 Mengajak kpd ketaatan itu bukannya mengajak dan mengajar agar org menjadi taksub dan memuja kita dan seseorang itu... 
----------------------------------------

 Disuruh supaya 'ikhlas', menyuruh agar tetap usaha bersungguh dalam apa jua kerja. Berbuat yg baik. Walau dimana dan apa keadaan. Ingat Allah yg sentiasa memerhati dan pasti ada balasan yg mengembirakan... 
----------------------------------------

 Ketika kita masih jahil, sedang lalai. Kita buat yg dilarang Allah. Dan sekarang kita telah tahu, sedar. Kita buat dan terus usaha buat segala yg diperintah Allah. Lihatlah perbezaan sebelum dan selepasnya, dan selepasnya. Makin mulia dan sempurna atau makin buruk dan hina kita. Tiap ketetapan Allah itu, menguji dan mengangkat darjat kita. Beroleh kebaikan dunia, dan kebaikan akhirat yg pasti. Menjadikan makin hebat, makin tinggi akhlak dan nilai hidup seorang hamba itu... 
----------------------------------------

 Yang disuruh Allah pasti disuka :) manusia... 
----------------------------------------

 Sayang Nabi, selawat atas Nabi, ingat Nabi, ikut sunnah Nabi, baca dan hayati sirah Nabi, sampai pesan Nabi. Semuanya tidak perlu bermusim teman.... - Perlu sentiasa sama muhasabah. 
----------------------------------------

 Kita ingin Allah tahu isi hati, niat kita yg sebenarnya. Demikian, knp masih suka, nak bersangka buruk dengan orang lain... (tak termasuk yg jelas zahir yg dilarang). - Muhasabah Bersama... 
----------------------------------------

 Terlajak apa-apapun, selagi hidup... itu peluang kita.
----------------------------------------

 Buatlah pilihan, buat baik atau jahat. Kita akan mati juga. Bagaimana hal selepas dibangkitkan. Sebelum diproses dan dilahirkan, kita juga tidak mengetahuinya... 
----------------------------------------

 Luasnya rahmat Allah. Nikmat Allah tak terkira banyaknya. Tak dapat nak dinilai dan dihitung... hanya sikit atau banyak tahap Syukur kita atas segala-galanya. Berubah dan menjadi hamba yang reti bersyukur atau tidak.... 
----------------------------------------

 Pujian orang, makin tinggi akhlak... Meraih pujian Allah (yang disukai Allah), ada keuntungan kelak. 
----------------------------------------

 Bersyukur atas kejayaan, demi kejayaan.. walau masih sedikit... 
----------------------------------------

 Sabar, tahan nafsu dari mengumpat. Nafsu kenyang, dosa boleh, muflis amal... Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirat hendaklah ia mengatakan perkara yg baik atau diam. (Hr al-Bukhari dan Muslim). Sama kita muhasabah selalu. 
----------------------------------------

 Tiap orang pasti ada baik buruknya. Namun biarlah kita lebih dikenali dengan kebaikan-kebaikan kita.. Jom berlumba-lumba buat yang baik dan terbaik teman. 
----------------------------------------

 Rintihan dan doa kita sentiasa didengari dan ditunggu Allah... 
----------------------------------------

 Jadikanlah Al-Quran dan Hadis sebagai motivasi dan kekuatan hidup kita. Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis memberi motivasi untuk diri kita. Ia telah, sedang, akan berkait segala-galanya. Mesejnya sentiasa segar, tepat dan benar... 
----------------------------------------

 Besarnya pengorbanan Nabi s.a.w untuk kita. Nabi berjuang untuk kita semua. Begitu besar ujian yang dilalui oleh Nabi s.a.w. Apakah pengorbanan kita untuk Nabi teman? Dengan bimbingannya yang dapat membawa kita bersama untuk merasai nikmat Syurga kelak. Selawat dan Salam atas Nabi s.a.w. 
----------------------------------------

 Nabi Muhammad SAW adalah Nabi yang diutus sebagai rahmat sekalian alam. Untuk seluruh manusia. Semua penghuni alam. 
----------------------------------------

 Yang disuruh Allah dan diajar Rasul, pasti baik dan ia disukai oleh semua manusia. Yang dilarang Allah dan Rasul, pasti buruk dan ia dibenci oleh semua manusia. 
----------------------------------------

 Kerja kerana wang, memang penat. Jika kerja kerana Allah. Ingat tujuan yang lebih besar lagi. InsyaAllah akan kuat... 
----------------------------------------

 Siapa yang kejar Syurga akhirat, syurga dunia memang akan dapat. Syurga akhirat menyuruh kita kuat berusaha. 
----------------------------------------

 Nabi saw suka orang yang amal sunnahnya....
----------------------------------------

 Jika tiada bayaran, sanjungan, pengiktirafan, dan pengetahuan org pun, akan dibuat dan diusaha buat juga perkara itu kerana ia disuruh dan disukai Allah dan Rasul.. inilah pengorbanan yang kita inginkan dan harapkan. 
----------------------------------------

 Nikmatnya iman bagi seorang mukmin itu merasa begitu sangat gembira, dan kadang bercampur sebak melihat Penghijrahan saudara-saudaranya bersama kejalan yang diredhai Allah... 
----------------------------------------

 Akan diuji berlaku adil atau tidak, adil atau tidak kemarahan dan kebangkangan kita dengan sesuatu perkara itu, bila kita telah dapat juga meraihnya. Adil, lawannya zalim, susahkan org lain, mengambil kesempatan atas kelemahan org. Gembira, selesa, sedang yg lain susah. Sebenarnya seseorang itu telah menzalimi dirinya sendiri... 
----------------------------------------

 Usaha cari dalil Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W dahulu... 
----------------------------------------

 Malang sungguh hidup seseorang, masanya sering habis berlalu dengan mengumpat orang. Kenapa yg kita tak tahu, tapi sangka buruk yg selalu diutamakan. - Muhasabah teman... 
----------------------------------------

Dosa, maksiat, sebab tawarnya Iman.... 
----------------------------------------

 Kaitkanlah segalanya dgn Allah, knp seolah kita tiada Allah, tiada hubungan langsung untuk mengadu, bergantung dan mendengar perintah Allah. Tidak mahu mengaitkan dgn aturan Allah. Seolah urusan keinginan kita tiada kena mengena dgn Allah. Bertanya knp perlu dikaitkan. Hanya menyandarkan kpd Allah, apa yg dirasa suka, yg memihak kepadanya. Sedang segala dan seluruh isi Alam ini dalam genggaman Allah. Dalam pengetahuan Allah. Allah Maha Dekat dan lagi Maha Halus Pengetahuan-Nya. 
----------------------------------------

 Cinta itu akan Buta!, tanpa Agama.... 
----------------------------------------

 InsyaAllah, walau memang letih sangat kerja, tapi ia halal, tidak abai dan remeh perintah Allah dan Rasul. Mengambil pula kelebihan mengajak orang kearah ketaatan. Dikurniakan kekuatan dan semangat untuk terus juga mengerjakannya... 
----------------------------------------

 Org-org beriman, jika apa-apapun masalah yg hadir dan terjadi dalam hidup. Ia mesti yakin kpd Allah. Pastinya ia bukan sesekali untuk menyusahkan, menyakitkan dan mengecewakannya. Bahkan untuk menghapus dosa, menyedarkannya, dan menganugerahkan keuntungan kebaikan dunia dan akhirat yg pasti... 
----------------------------------------

 Peringatan-peringatan disini, untuk diri saya sendiri. Untuk motivasi dan menjadi peringatan buat diri. Berharap mudahan, ada kesan dan kesedaran juga buat anda semua. Terima kasih rakan-rakan :) 
----------------------------------------

 Mohon jauh dari sifat, hakikatnya sudah senang... namun selalu merasa sangat terlalu susah.... 
----------------------------------------

 Kita sudah cukup dan sangat senang sebenarnya, namun ramai sering tidak merasa cukup dan senang. Sebabnya krn selalu suka memandang dan membandingkan yg kaya, yg lebih darinya. Sentiasa sibuk bercakap perbezaan dunia. Sibuk berebut siapa paling kaya, menunjuk-nunjuk. Syukurlah.. dengarlah Pesan Nabi saw dlm suatu riwayat yg sahih: "Lihatlah org yg berada dibawah kamu, dgn demikian agar kamu jadi org bersyukur".... Jika syukur, insyaAllah, kita akan dicampakkan rasa cukup. Jika tidak, kita akan sentiasa rasa tak cukup. 
----------------------------------------

 Ketika mendidik, mengajar seseuatu ilmu. Ingatlah suatu masa kita juga memang benar-benar tidak tahu apa-apa juga masa itu. Ingat kembali jalan-jalan yg sangat sukar dilalui dan dirasai kita. Ingat kenapa begitu susah dan apa sebabnya, bagaimana caranya. Begitulah juga org lain. Jgnlah sombong, riak, ujub dgn diri, ia mengsia-siakan amalan. Segalanya dari Allah. Apa-apapun diniat untuk kebaikan dunia akhirat, krn Allah. Tiada nilai ganjarannya.
----------------------------------------

 Kadang byk ada perkara-perkara, perlu bagi kita, cubalah usaha belajar sendiri untuk sesuatu itu sebaiknya, dan kedua barulah bertanya, belajar untuk tidak malu bertanya. Janganlah suka dgn perangai org malas... 
----------------------------------------

 Belajar didik diri untuk tidak ego walau bagaimana keadaan kita. Kerana makin tinggi dan hebat sanjungan, harapan dan pujian orang pada kita. Makin besar ujian keegoan kita... pahala tiada diraih, orang pun tidak suka.... 
----------------------------------------

 Jatuh cinta memang tidak berdosa pun. Tetapi perkara selepas jatuh cinta itu yg selalu bawa kpd dosa. Iman, kefahaman agama memeliharanya. Bukan juga sengaja untuk mempermainkan seseorang. Menghindari jalan-jalan yg menimbulkan fitnah, sangka yg lain. Saling memaafkan. Rutin amalan agama melahirkan rasa malu, bersalah untuk melakukan yg dilarang... 
----------------------------------------

 Keburukan dan kejahatan yg dilakukan, kita memang jelas tahu ia buruk dan salah.. kita akan diuji sendiri dgn kejahatan-kejahatan itu... 
----------------------------------------

 Jom tanam baja akhlak-akhlak, perbuatan yg baik. Walau tiada bayaran lagi, sedikit kesan, apapun kita usaha cuba buat yg terbaik. Pasti ada keuntungannya, mungkin tidak hari, bulan, tahun ini. InsyaAllah, ada hasil untuk hari-hari esok, masa-masa mendatang nanti. Kerana Allah, insyaAllah, 2 keuntungan yg besar, untuk Akhirat kelak juga yg tiada tandingannya... 
----------------------------------------


20 Rabiulawal 1434 H bersamaan 01 Februari 2013 M 
Jumaat, 12.35 am. Perak, Malaysia.