Mereka dihalang, disekat, ditangkap dan dipaksa supaya menanggalkannya. Kita di Malaysia sebaliknya, sewenangnya biasa, masih suka dengan pakaian yang mendedahkan Aurat, sendat, ketat, jarang, nipis, singkat, terbelah dan seumpamanya. Mereka bersusah payah, walau dihina, ditekan, berusaha juga melaksanakan ketetapan Agama. Mereka takut membangkanginya. Kita tiada sedikitpun sekatan, bahkan malu pula, dipandang, dirasa lain bila menyempurnakannya.
Duhai saudari-saudari seIslamku. Tutuplah dengan sempurna Aurat anda. Perbuatan tersebut amat-amat terlalu besar kesan Fitnahnya. Ingatlah... Ingatlah... akan Sabda Nabi saw tentang 2 golongan penghuni Neraka itu.
15 Rabiulawal 1433 H bersamaan 08 Februari 2012 M Rabu, 04.15 pm.
• Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai Mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima Balasan). (Al-Ankabuut 57)
• Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis Ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima Balasan)". (As-Sajdah 11)
• Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-A'raaf 34)
• Sedarlah (janganlah mengutamakan Dunia dan melupakan Akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak Mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?" Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; serta kedahsyatan bertindih-tindih; (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan). (Al-Qiaamah 26-30)
• Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak Diri daripadanya!" (Qaaf 19)
• Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan Azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak Benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya. (Al-An'aam 93)
(2)
• Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang Benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat Hidayah petunjuk.
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di Dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraKu denganMu sejauh timur dengan barat! kerana (engkau) adalah sejahat-jahat Teman". (lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah Nyata bahawa kamu telah menganiaya Diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi Faedah kepada Kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam Azab". (Az-Zukhruf 36-39)
• Demi sesungguhnya! Engkau di Dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yg menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pd hari ini mnjadi Tajam (dpt menyaksikan dgn jelasnya prkara² hari Akhirat). (Qaaf 22)
• Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan Bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (Al-An'aam 94)
• (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab Seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)" (Ad-Dukhaan 49)
• Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi Amaran kepada kamu mengenai Azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi Tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima Balasan)". (An-Naba' 40)
• Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal Maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di Dunia) "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang Soleh dalam perkara-perkara yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam Barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari Kiamat). (Al-Mu'minun 99,100)
(3)
" Tiada ungkapan dan rasa terdetik perkara lain lagi, marilah sama-sama Muhasabah.. kita Bertaubat, sebelum Terlambat "
" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan Hati kami condong kepada Kesesatan sesudah Engkau beri Petunjuk kepada kami, dan Kurniakanlah kepada kami Rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia) " (Ali-'Imran 8)
“ Kisah Firaun tenggelam di Laut Merah tidak diceritakan oleh Bible, tapi ada dalam al-Quran menyebut secara Ditil perjalanan Kisah ini bahkan al-Quran menyebut secara jelas jasad Firaun dikekalkan sehingga ke hari ini sebagai Pengajaran untuk Kita ” ~ fb Nazri Jai.
Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus 92)
" Antara teks al-Quran dan Fakta Sains Moden selalu ada Keserasian. Fakta al-Quran berhubung rapat dengan Fakta Sains berbeza dengan apa yang ditulis dalam Bible. Tidak ada satupun Fakta yang disebut dalam al-Quran dapat dibohongi oleh Sains, sedangkan banyak keraguan kenyataan-kenyataan yang ditulis dalam Bible bila dirujuk kepada Fakta Sains. Inilah hasil pengkajian yang didapati oleh Saintis Moden pada hari ini " ~ (Dr Maurice Buchaili ‘Bible, Quran dan Sains Moden) - fb Nazri Jai.
" Jika seseorang yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi benar-benar mahu mengamalkan Agama mereka, mereka sepatutunya Rajin membaca dan mengkaji kitab-kitab Agama mereka kerana di dalamnya terdapat Ramalan tentang ciri-ciri Jenis Nabi pada akhir Zaman, yang mana ciri-ciri tersebut bertepatan dengan Nabi saw. Maka, jika mereka benar-benar percaya pada kitab Agama mereka, kenapa mereka tidak mahu Beriman kepada Agama Nabi Muhammad saw. (Islam) " ~ Dr Zakir Naik - fb Nazri Jai.
" Negara Brunei Darussalam walaupun Kecil, tetapi ini tidaklah menghalangi Kita untuk mengambil langkah-langah melaksanakan Undang-Undang Syariah. Kerana selaku orang Islam kita Wajib melaksanakan, sebagai memenuhi tuntutan Allah swt. Apabila Undang-Undang Syariah terlaksana, maka barulah Bumi yang Permai ini dapat diungkap sebagai: {بَلْدَةٌطَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ: (Negerimu) adalah Negeri yang Baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun: Saba' 15 }
Kita tidak ada pilihan lain selain daripada mematuhi semua Perintah Allah, inilah Kewajipan Utama kita, salah satu daripada Perintah itu ialah melaksanakan Undang-Undang, itu adalah Undang-Undang Syariah. Secara amnya pada 15 Julai 1996 dan dalam Persidangan Majlis Ugama Islam, pada 13 Mac 2011, Beta ada menyebut secara Khusus mengenai Undang-Undang Jenayah Syara'. Ini juga sepatutnya mendapat Perhatian yang Serius dan Segera, kerana kita tidak boleh lagi berkata "tidak atau tunggu dulu" sebab kita sudah pun Cukup segala-galanya, ada Kemampuan, dan ada Kuasa untuk melaksanakannya. Kalau kita masih juga berkata "tidak atau tunggu dulu" ini adalah tidak Kena. Siapakah kita dihadapan Allah untuk berkata "tidak atau tunggu dulu" sedang Undang-Undang ini bukanlah baru digubal. Tetapi telah termaktub di dalam al-Quran & al-Hadis. Semenjak dari 1400 Tahun lebih lagi.
Dimanakah kita dengan al-Quran & al-Hadis itu. Kerana itu Beta amatlah terpanggil tanpa sebarang Keraguan untuk melihat satu Akta Undang-Undang Jenayah Syara' Wujud dan Dilaksanakan, disamping tidak pula menolak Undang-Undang biasa, juga akan masih diguna Pakai, dalam makna Akta Jenayah Syara' adalah diperlukan, sementara Akta Sivil biasa masih saja tidak diketepikan "