Memaparkan catatan dengan label Syurga / Neraka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syurga / Neraka. Papar semua catatan

Ahad, 17 April 2011

Bukan mudah meraih SyurgaNya.

Firman Allah swt: Adakah patut kamu menyangka bahawa Kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada Orang-orang yang Terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa Kepapaan (Kemusnahan Hartabenda) dan Serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh Ancaman bahaya Musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya Pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan Berpegang teguh kepada Ugama Allah). (Al-Baqarah 21)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li 'Imraan 200)

Dan sabarlah (wahai Muhammad, Engkau dan Umatmu, dalam Mengerjakan Suruhan Allah), kerana Sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat Kebaikan. (Hud 115)


“ Teramat perlu dinilai sedalamnya akan segala tiap perkerjaan yang Dijalani di masa Dunia ini. Adakah ianya tak menyalahi pada kehendak Allah swt dan Rasulnya? ataupun sebaliknya. Andaikanlah jika sesuatu Perkara yang diarang Allah dan Rasul itu sentiasa bertentangan dengan keinginan, kehendak Hawa Nafsu kita dan sememangnya teramat sukar untuk menjauhinya. Biarkanlah, biarlah dihadiri segala perasaan tersebut, Biarlah diri terasa susah, sedih dari terasa senang, gembira dengan Perkara yang dilarang Allah. Biarlah terasa Susah sedikit di Dunia yang sementara ini dari terasa Susah yang amat dasyat dihari Akhirat kelak. Ingatlah dan Yakinilah Kehidupan di Dunia ini bukanlah suatu yang kekal, tiap Kenikmatannya bukanlah suatu yang kekal. Ianya padahal hanyalah suatu tempat perhentian yang sementara sahaja, kemudian barulah kita Semua akan diangkut Beramai-ramai menuju ke suatu tempat yang Kekal selamanya, iaitu Akhirat. Seterusnya samaada laluan ke Syurga atau laluan ke Neraka bakal dilalui berdasarkan dari tiap pekerjaan, amalan cara Hidup yang diamali masa Dunia ini. Ingatlah janji tentang Kesenangan, Kemewahan, kebahagiaan, ketenangan, kedamaiaan didalam Syurga itu adalah Benar. Ingatlah janji tentang Kedasyatan, Kesakitan, Keperitan, Kesusahan, Kemiskinan didalam Neraka itu juga adalah Benar

“ Andai terasa susah dengan cara yang diingini Islam, Biarlah. Demikianlah Hidup di Dunia bukan tempat dan tujuan untuk bersuka-ria, bersenang-senang. Tetapi ianya suatu tempat untuk diUji sekuat mana kekuataan kita berpegang dengan PetunjukNya. Demikianlah Nikmatnya Kehidupan Syurga yang telah dijanjikan itu bukanlah percuma untuk memasukinya. Ia memerlukan kekuatan, pengorbanan Diri menghadapi Ujian dimasa Dunia ”

“ Ingatlah Apa-apa pun Pekerjaan yang dilakukan dimasa Dunia ini perlu sentiasa diingatkan segalanya berlaku dengan kehendak Allah swt. Jika Allah swt berkehendak menyekatnya, maka ianya amat mudah bagi Allah. Dia Maha Berkuasa atas Tiap-tiap Makhluknya. Maka harus sentiasa disyukuri, diingati bahawa segalanya adalah kurniaan Allah swt. Perlu dijauhi dari sifat riak, sombong, takabbur, dan segala perkara yang menjadikan Murkanya Allah swt pada Kita ”

Ingatlah Apa-apa bentuk Kelebihan, Kegembiraan, Kesukaan, Kemenangan, Kekayaan, Kejayaan Hidup di Dunia yang tidak disertai dengan Keimanan pada Allah tidak dapat memberi faedah sedikitpun. Sabda Nabi saw :

Kekayaan, kejayaan hidup itu bukanlah dilihat pada banyaknya harta seseorang, tapi kekayaan, kejayaan hidup yang sebenar ialah dilihat pada jiwa seseorang itu. (Hr Muslim)

Dalam riwayat yang lain pula disebut : Nabi saw telah bertanya kepada Abu Zar, Adakah engkau melihat orang yang banyak harta itulah orang yang Kaya? Lalu Abu Zar menjawab Ya. Dan adakah engkau melihat orang yang sedikit hartanya itu orang yang susah? Lalu Abu Zar menjawab Ya. Kemudian Nabi saw bersabda : Bukanlah sedemikian, Sesungguhnya orang yang Kaya itu ialah mereka yang Kaya jiwanya manakala orang yang susah, fakir itu ialah mereka yang kosong jiwanya. (Sahih ibn Hibban, no 685. Mustadrak al-Hakim, no 7929).

Sama-sama kita renungi, hayati peringatan yang telah dijelaskan kepada kita semua yang diambil dari kitab Petunjuk (Al-Quran) :

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka ORANG-ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK.

Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman". (Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya Kamu dan Teman-Teman kamu itu tetap Menderita bersama-sama di dalam Azab". (Az-Zukhruf 36-39)

Khamis, 1 Julai 2010

Syurga itu besar Nikmatnya. Renungilah...

Apabila Anda lapar dinegeri ini, atau fakir, sedih, sakit, terampas hakmu, atau merasakan kezaliman, maka ingatkan diri Anda akan kenikmatan, kesukaan, kesenangan, kebahagian dan keabdian di Syurga penuh kenikmatan.


Apabila Anda meyakini AQIDAH ini dan berbuat untuk tujuan ini, maka berbagai kerugianmu akan berubah menjadi keuntungan, dan berbagai musibahmu menjadi anugerah. Orang yang paling cerdas adalah orang yang beramal untuk akhirat. Sedangkan orang yang paling bodoh adalah orang yang melihat bahawa dunia ini adalah negeri, tempat menetap, dan puncak tujuan mereka. Kerana itu Anda mendapati mereka orang yang paling takut menghadapi musibah, dan paling besar penyesalannya terhadap berbagai bencana, kerana mereka tidak melihat selain kehidupan mereka yang hina. Mereka tidak melihat selain dunia yang fana ini. Mereka tidak berfikir selainnya dan tidak berbuat untuk selainnya. Mereka tidak ingin kesenangan dan kebahagiaan mereka terganggu.

Seandainya mereka membersihkan karat yang menutupi hati mereka, dan Tabir Kebodohan yang menutupi Mata mereka, nescaya mereka menyeru Jiwa mereka untuk menggapai Negeri keabdian, kenikmatannya, rumah-rumahnya dan istana-istananya. Dan pasti mereka mendengar perintah wahyu yang menggambarkan syurga. Demi Allah, itulah negeri yang berhak diperhatikan dan diperjuangkan.

Apakah kita pernah merenung lama tentang gambaran penghuni Syurga bahawa mereka tidak sakit, tidak sedih, tidak mati, tidak hilang masa muda mereka, tidak usang pakaian mereka, di bilik-bilik yang bahagian luarnya tampak dari dalam dan bahagian dalamnya tampak dari luar ? Di dalam syurga terdapat apa yang tidak pernah terlihat mata, tidak pernah terdengar telinga, dan tidak terdetik di hati manusia. Seorang pengembara berjalan di naungan salah satu pohonya selama seratus tahun tanpa boleh mencapai hujungnya.

Panjang tenda di dalam syurga enam puluh mil. Sungai-sungainya tidak berhenti mengalir, Istana-istananya menjulang tinggi, Buah-buahnya sangat dekat, Bata airnya memancar, Tempat tidurnya ditinggikan, Cawan-cawanya diletakkan sangat dekat, bantal-bantal sandaranya tersusun rapi, Bidadari-bidadari yang bebas dari haidh, nifas dan sebagainya, dan Permaidani-permaidaninya terhampar. Lengkap kesenangannya, dan sangat Besar kebahagiaannya. Itulah puncak tujuan. Mengapa akal kita tidak berfikir dan mengapa kita tidak merenung ?

Apabila tujuan akhirnya adalah negeri ini, maka hendaklah segala musibah yang menimpa menjadi ringan, dan hati orang yang susah menjadi Senang.

Wahai orang yang dirundang kefakiran, dan yang ditimpa musibah, lakukanlah amal salih agar kalian menghuni Syurga Allah swt dan berada disisinya.

سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ

Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, ( keselamatan menyertai berkat kesabaranmu ) disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-R'ad 24)

Dr Aidh Al-Qarni - La Tahzan. (Sedikit tambahan)

Isnin, 28 Jun 2010

Gambaran Neraka menurut al-Quran.

" Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon akan Dikau keredhaan Engkau dan Syurga, dan kami berlindung dengan Engkau dari kemurkaan Engkau dan api Neraka "

Syurga dan Neraka adalah makhluk yang diciptakan Allah swt. Kita semua akan Berada diantara 2 Tempat tersebut kelak. Kita semua akan dibangkitkan diAkhirat Kelak dan dihisab setiap gerak kerja yang dilakukan masing-masing. Firman Allah swt:

فَحَاسَبْنَاهَا حِسَابًا شَدِيدًا

Maka Kami hitung amal Mereka satu Persatu dengan hitungan yang Keras Rapi. (At-Tallaq 8)

Setiap perbuatan yang dikerjakan sentiasa Dirakam dan Akan Dibentangkan di Akhirat kelak. Firman Allah swt:

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنْ الْيَمِينِ وَعَنْ الشِّمَالِ قَعِيدٌ، مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaaf 17,18)

وَقَالَ قَرِينُهُ هَذَا مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ

Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)". (Qaaf 23)

Oleh itu janganlah kita menganggap kehidupan Akan Berakhir dengan kematian di Dunia, bahkan akan bersambung di Akhirat. Kehidupan yang kekal selama-lamanya. Sama2 Persiapkan Bekalan untuk kesana...

(Kita semua akan dibangkitkan, dihimpun beramai-ramai bermula dari Nabi Adam as, dibicara di mahkamah Allah swt, akan disoal setiap amal perbuatan yang dilakukan, di hitung amal masing-masing, setiap orang akan meniti titian sirat, dan akhirnya ditentukan Syurga atau Neraka)


Bila kita persoalkan Syurga atau Neraka yang diinginkan? sudah tentu Jawapannya adalah Syurga. Tetapi sekadar mana Kesungguhan kita untuk meraih SyurgaNya dan Kewaspadaan kita untuk menjauhi Azab NerakaNya? Adakah semudah jawapan yang ditanya sahaja, tanpa memerlukan Keimanan, Ketaqwaan pada Allah swt ? Fikir-fikirkanlah...

Di sini akan dinyatakan sebahagian Dalil-Dalil berkaitan keadaan Penghuni NERAKA. Mudahan dengan sedikit pengetahuan ini dapat melahirkan rasa takut, bimbang dan seterusnya meninggalkan apa2 Perbuatan yang dilarang oleh Agama.

Allah swt telah mengingatkan kepada Hamba-hambanya supaya Memelihara Diri mereka serta Keluarga dari bahaya siksaan Api Neraka. Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلاَئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ لاَ يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahriim 6)

Menunjukkan siksaan Neraka tersebut amat Dasyat, yang tidak tertanggung oleh sesiapapun yang Merasainya. Firman Allah swt:

إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُوصَدَةٌ فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. (Al-Humazah 8,9)

Pelbagai Jenis azab yang Berbeza dirasai. Diantaranya:


1. Api Neraka Membakar Muka Mereka. Firman Allah swt:

تَلْفَحُ وُجُوهَهُمْ النَّارُ وَهُمْ فِيهَا كَالِحُونَ

Api neraka itu membakar Muka Mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan Muka yang Hodoh Cacat. (Al-Mu'minun 104)

2. Kulit Menjadi Masak.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur Ingkar kepada Ayat-Ayat Keterangan Kami, Kami akan Membakar mereka dalam Api Neraka. Tiap-tiap kali Kulit mereka Masak Hangus, Kami Gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa Azab Sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 56)

3. Dihancurkan Apa yang ada di dalam Perut dan Pukulan Dengan Besi.

هَذَانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ فَالَّذِينَ كَفَرُوا قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ يُصَبُّ مِنْ فَوْقِ رُءُوسِهِمُ، يُصْهَرُ بِهِ مَا فِي بُطُونِهِمْ وَالْجُلُودُ، وَلَهُمْ مَقَامِعُ مِنْ حَدِيدٍ

Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka Pakaian dari Api Neraka, serta dicurahkan atas Kepala mereka Air Panas yang Menggelegak. Yang dengannya Dihancurkan apa yang ada dalam Perut mereka, dan juga Kulit Badan mereka. Dan mereka pula disediakan Batang-Batang Besi untuk menyeksa Mereka. (Al-Hajj 19,20,21)

4. Diseret Ke Neraka Dengan Muka Mereka.

إِنَّ الْمُجْرِمِينَ فِي ضَلاَلٍ وَسُعُرٍ ، يَوْمَ يُسْحَبُونَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ ذُوقُوا مَسَّ سَقَرَ

Sesungguhnya orang-orang yang Berdosa berada dalam keadaan Sesat (di Dunia), dan (di Akhirat pula mereka berada dalam) Api Neraka. Semasa mereka Diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas Muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran Api Neraka. (Al-Qamar 47,48)

5. Diliputi oleh Api Neraka.

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ

Dan sesungguhnya Azab Jahannam meliputi orang-orang yang Kafir. (At-Taubah 49)

6. Makanan mereka adalah Zaqqum dan Ghislin.

إِنَّ شَجَرَةَ الزَّقُّومِ، طَعَامُ الأَثِيمِ، كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ، كَغَلْيِ الْحَمِيمِ

(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum. (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang Berdosa (dalam Neraka). (Makanan ini pula Panas) seperti tembaga Cair, Mendidih dalam Perut. Seperti Mendidihnya Air yang meluap-luap Panasnya. (Ad-Dukhaan 43,44,45,46)

أَذَلِكَ خَيْرٌ نُزُلاً أَمْ شَجَرَةُ الزَّقُّومِ، إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِلظَّالِمِينَ، إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ، طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ، فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ

Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok Zaqqum? Sesungguhnya Kami jadikan pokok Zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang Zalim (di Dunia dan Azab Seksa bagi mereka di Akhirat). Sebenarnya ia sebatang Pohon yang tumbuh di Dasar Neraka yang marak Menjulang; Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan; [Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun Pahit dan Busuk), sehingga mereka memenuhi Perut darinya. (As-Saaffaat 62,63,64,65,66)

7. Minuman mereka adalah Air Mendidih, Nanah, Air Danur.

وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ

Dan diberi minum dari Air yang Menggelegak sehingga menjadikan isi Perut mereka Hancur? (Muhamad 15)

وَلاَ طَعَامٌ إِلاَّ مِنْ غِسْلِينٍ

Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari Air Danur. (Al-Haaqqah 36)

مِنْ وَرَائِهِ جَهَنَّمُ وَيُسْقَى مِنْ مَاءٍ صَدِيدٍ، يَتَجَرَّعُهُ وَلاَ يَكَادُ يُسِيغُهُ وَيَأْتِيهِ الْمَوْتُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَمَا هُوَ بِمَيِّتٍ وَمِنْ وَرَائِهِ عَذَابٌ غَلِيظٌ

Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari Air Danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka).

Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh Tekaknya (kerana Busuknya), dan ia didatangi (Penderitaan) Maut dari segala Arah, sedang ia tidak pula Mati (supaya terlepas dari Azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi Azab Seksa yang lebih Berat. (Ibrahim 16,17)

Inilah sebahagian Dalil-Dalil yang menerangkan Berkaitan Azab siksaan Neraka kelak. Moga ia memberi pengajaran pada kita Semua. Siksaan yang cukup Dasyat disana, Penyesalan disana sudah tiada gunanya. Harta, Pangkat, Kedudukan, Keluarga dan segalanya sudah tidak dapat dimanfaat lagi disana. Firman Allah swt :

فَلَيْسَ لَهُ الْيَوْمَ هَاهُنَا حَمِيمٌ

Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (Seorangpun dari) Kaum Kerabat serta Sahabat Handai (yang dapat menolongnya). (Al-Haaqqah 35)

Justeru itu, marilah Sama-sama kita memuhasabah Diri masing-masing, Adakah kita semua sudah melaksanakan tuntutan Agama dalam kehidupan seharian. Menjaga batasan-batasanNya, Halal, Haram pada setiap sudut aspek Kehidupan. Kalau Diri sudah terjaga, lihat pula pada Keluarga & Anak-anak. Seterusnya saling mengingatkan pada Sanak-saudara, teman-teman serta masyakarat lainnya.

Tidak dapat tidak Kita Perlu mengambil berat soal Perkara Agama. Tentang dimana Halal dan Haram dan semua Aspek Agama yang Wajib diketahui oleh tiap individu yang bergelar Muslim.

Islam bukan Agama yang sempit, susah zalim dan sebagainya. Bahkan islam datang sebagai Rahmat, Penyelamat bagi sekalian Manusia. Yang mencorakkan Kehidupan dengan nilai-nilai, cara-cara yang Murni, berbeza dengan Kehidupan Barat yang tiada Tamadun. Tiada Halal Haram dalam kehidupan mereka, hanyalah Mencari Dunia semata-mata. Tak diendahkan Perkara Akhirat.

Akhirya, Sama-samalah kita saling sentiasa Peringatkan Diri, Keluarga dan Masyarakat supaya tidak terus leka, hanyut dengan segala permainan Dunia ini. Kita Pohon pada Allah agar diistiqamah Diri dalam mentaati segala perintahNya. Diberi kekuatan Iman dalam menghadapi Ujian yang semakin hari semakin mencabar ini.

Nabi saw mengingatkan supaya kita Berlindung dari 4 perkara dan Disuruh membacanya setiap kali selepas Tahiyyat Akhir.

أللهم إنا نعوذبك من عذاب جهنم ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات ومن شر المسيح الدجال

Sabda nabi saw :

إذا فرغ أحدكم من التشهد فليتعوذ بالله من أربع. من عذاب جهنم ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات ومن شر المسيح الدجال

Apabila kamu selesai membaca Tasyahhud Akhir maka berlindunglah kamu dari 4 perkara. Daripada azab Api Neraka, Azab siksaan Kubur, segala Fitnah Kehidupan dan Kematian dan Kejahatan fitnah Dajjal. (Hr Bukhari Muslim)

Gambaran Syurga menurut al-Quran & as-Sunnah.

" Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon akan Dikau keredhaan Engkau dan Syurga, dan kami berlindung dengan Engkau dari kemurkaan Engkau dan api Neraka "

Sesungguhnya Kehidupan Dunia ini pasti akan Musnah jua. Yang kekal adalah Kehidupan di Akhirat sana. Allah swt telah menjanjikan barangsiapa yang cara Hidupnya di Dunia ditaati pada tiap Perintah Pemilik kepada Dunia ini (Allah) dan dijauhi segala LaranganNya, akan memperolehi hasil natijah yang cukup mengembirakan iaitu SYURGA. Segala nikmat yang Belum pernah dipandang Mata, Belum pernah didengari Telinga dan belum pernah terlintas di Fikiran, terdetik di Hati Manusia. Disana penghuninya sentiasa kekal dalam keadaan Muda Umurnya, tiada lagi ditimpa Penyakit, ditimpa Ujian dan tidak pula Mati. Disediakan pula Mahligai-mahligai, Istana-istana, Sungai-sungai, Minuman, Pakaian, Perhiasan, Hamparan, Kebun-kebun, Bidadari-bidadari, Pembantu dan bermacam-macam Nikmat yang tak dapat nak digambarkan dan dihitungkan. Yang tak dapat nak dibandingkan dengan sehebat manapun Nikmat yang dirasai di Dunia ini melainkan persamaan hanya pada Namanya sahaja. Sabda Nabi saw :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : قال الله تعالى: أعددت لعبادي الصالحين، ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر . فاقرؤوا إن شئتم : فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرة أعين

Rasulullah saw bersabda bahwa Allah swt berfirman : Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang shaleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh Mata, didengar oleh Telinga dan belum pernah terlintas dalam Benak manusia. Oleh karena itu bacalah kalau kamu ayat: 'Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.' (As-Sajdah: 17). (Hr Bukhari no. 3072)


Disini akan dinyatakan sebahagan Dalil-Dalil dari al-Quran & Hadis berkaitan keadaan yang akan diperolehi Penghuni Syurga kelak.

1. Tempat (Syurga) yang akan didiami amatlah Luas. Seluas Langit dan Bumi. Firman Allah swt :

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (A-li 'Imraan 133)

سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 21)

Para Ulama berbeza pendapat dalam menghuraikan ayat diatas. Ibn Abbas ra berkata : Iaitu digabungkan, dihimpunkan Langit dan Bumi. Menggambarkan betapa luasnya tempat tersebut. (Tafsir al-Qurtubi)

2. Keadaan diSyurga penuh dengan ketenangan, kedamaian. Tiada lagi kedengaran perkara-perkara yang meresahkan, perkara-perkara Dosa. Tidak didengari lagi bisingnya kenderaan, teriakan atau jeritan kanak-kanak dan sebagainya, akan tetapi yang didengari hanyalah suara-suara yang menyenangkan. Firman Allah swt :

لاَ يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلاَ تَأْثِيمًا ، إِلاَّ قِيلاً سَلاَمًا سَلاَمًا

Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa, Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain). (Al-Waaqi'ah 25,26)

سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ

Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, ( keselamatan menyertai berkat kesabaranmu ) disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-R'ad 24)

3. Cuaca di Syurga amatlah Nyaman, Tenang. Tidak panas membakar dan tidak pula sejuk menggigil. Firman Allah swt :

مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الأَرَائِكِ لاَ يَرَوْنَ فِيهَا شَمْسًا وَلاَ زَمْهَرِيرًا

Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. (Al-Insaan 13)

4. Tempatnya (Syurga) bukan hanya luas, tetapi Binaan dan segala Perhiasan didalamnya terdiri daripada Emas, Perak, Permata, Mutiara Zamrud dan segala perkara yang menyukakan hati dan pandangan. Dan mengalir pula dibawah, dicelah-celahnya Sungai-sungai. Firman Allah swt & Sabda Nabi saw :

لَكِنْ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ غُرَفٌ مِنْ فَوْقِهَا غُرَفٌ مَبْنِيَّةٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ وَعْدَ اللَّهِ لاَ يُخْلِفُ اللَّهُ الْمِيعَاد

Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya. (Az-Zumar 20)

Di Syurga tempat kediamanNya terdiri daripada Mutiara yang Nampak dari Luarnya. (Hr Bukhari)

5. Pakaian dan PerhiasanNya. Firman Allah swt :

عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. (Al-Insaan 21)

6. Terdapatnya Sungai-Sungai yang amat jauh bandingannya dengan Sungai di Dunia hari ini. Terdiri dari perisa Susu, Madu yang bersih, segar, lazat yang tidak berubah rasa, baunya. Kekal selama-selamanya. Tiada hujan, panas dan segala perkara yang boleh mengurangkan rasa nikmatnya minuman di Syurga. Ada pula sungai-sungai yang berisi dari Arak yang begitu lazat, yang tidak memabukkan seperti mana di Dunia hari ini. Segalanya tak dapat nak dibayangkan, cukuplah kepercayan, keyakinan kita akan benarnya Janji-janji Allah swt sebagaimana telah dijelaskan dalam FirmanNya :

مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ فِيهَا أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِنْ عَسَلٍ مُصَفًّى وَلَهُمْ فِيهَا مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ كَمَنْ هُوَ خَالِدٌ فِي النَّارِ وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ

Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! (Muhamad 15)

وَبَشِّرْ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (Al- Baqarah 25)

لاَ يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلاَ يُنزِفُونَ

Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (Al-Waaqi'ah 19)

لاَ فِيهَا غَوْلٌ وَلاَ هُمْ عَنْهَا يُنزَفُونَ

Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya. (As-Saaffaat 47)

7. Hamparan dan bejana. Bermacam-macam nikmat telah dijanjikan, hatta hamparan dan bejananya pun terdiri dari Sutera, Emas, Perak. “Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha suci Allah Yang Maha Agung”. Firman Allah swt :

مُتَّكِئِينَ عَلَى فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam. (Ar-Rahmaan 54)

يُطَافُ عَلَيْهِمْ بِصِحَافٍ مِنْ ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الأَنفُسُ وَتَلَذُّ الأَعْيُنُ وَأَنْتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam Syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya." (Az-Zukhruf 71)

وَيُطَافُ عَلَيْهِمْ بِآنِيَةٍ مِنْ فِضَّةٍ وَأَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيرَ

Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya) : bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya). (Al-Insaan 15)

8. Pohon-pohon, Kebun-kebun, Buah-buahan dan Bermacam jenis Hidangan disediakan diSyurga. Segalanya lebih enak rasanya dari Hidangan Dunia. Boleh dipilih-pilih dan segalanya Percuma. Bayangkanlah kalau di masa Dunia kita berada di tengah-tengah suatu kebun, ataupun suatu tempat yang penuh dengan berbagai macam jenis hidangan makanannya, sudah tentu kita akan merasa asyik dengan Nikmat tersebut. Namun Syurga teramatlah lagi besar NikmatNya. Firman Allah swt :

مُتَّكِئِينَ فِيهَا يَدْعُونَ فِيهَا بِفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ وَشَرَابٍ

(Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya. (Saad 51)

وَفَاكِهَةٍ مِمَّا يَتَخَيَّرُون، وَلَحْمِ طَيْرٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ

Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. (Al-Waaqi'ah 20,21

وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ ، فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ ، وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ ، وَظِلٍّ مَمْدُودٍ ، وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ ، وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ ، لاَ مَقْطُوعَةٍ وَلاَ مَمْنُوعَةٍ.

Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya. (Al-Waaqi'ah 27-33)

9. Dianugerahkan pula Bidadari-bidadari buat kaum Lelaki yang telah dijadikan khas di Syurga. Kecantikan, kesucian, keayuannya tak dapat nak digambarkan. Firman Allah swt & Sabda Nabi saw :

وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ عِينٌ ، كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌ مَكْنُونٌ

Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya, Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik. (As-Saaffaat 48,49)

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلاَ جَانٌّ ، فَبِأَيِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ، كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ ، فَبِأَيِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ، هَلْ جَزَاءُ الإِحْسَانِ إِلاَّ الإِحْسَانُ ، فَبِأَيِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahmaan 56-61)

إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً ، فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ، عُرُبًا أَتْرَابًا

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 35-37)

Jika Seorang perempuan dari kalangan Bidadari Syurga itu turun ke Bumi nescaya diterangi, dipenuhi tempat kawasan tersebut itu akan keserian, kewangian, keharumanNya. (Hr Tarmidzi- Hadis Sahih)

10. Keadaan Penghuninya. Firman Allah swt & Sabda Nabi saw :

Sesungguhnya kumpulan pertama yang akan memasuki Syurga adalah umpama Bulan Purnama dan kumpulan berikutnya bagaikan Cahaya Bintang yang bergemerlapan di langit. Masing-masing mempunyai dua orang pasangan yang tulang sumsum betisnya jelas kelihatan. Di dalam Syurga tiada seorang pun yang bersendirian tanpa pasangan. (Hr Muslim)

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنْ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! (Yunus 10)

11. Seterusnya Nikmat terbesar bakal diperolehi ialah dapat melihat Allah swt. Bayangkan di dunia jika kita diberikan kesempatan untuk bertemu dan berbual-bual dengan orang-orang yang hebat, Pemimpin-pemimpin dan sebagainya. Sudah Tentu kita rasa gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah swt. Tuhan yang meciptakan segalanya, yang memberikan segalanya. Tuhan yang telah memberikan berbagai Nikmat yang dapat kita rasai Hari ini.

Sudah tentu bagi orang-orang yang Beriman, yang sentiasa mentaati pada tiap Perintah dan Larangan Tuhannya, yang meyakini tentang benarnya Janji-janjiNya. Nikmat ini amat cukup mengembirakan. Firman Allah swt :

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ , إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya. (Al-Qiaamah 22,23)

Dalam hal ini pernah Nabi Musa as meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah swt menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Demikianlah sebahagian dalil-dalil dari al-Quran & Hadith yang menceritakan betapa besarnya Nikmat kehidupan di Syurga kelak. Mudah-mudahan dengan segala Gambaran diatas menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah swt, tidak berputus asa dalam melaksanakan tuntutan kehendakNya. Sentiasa istiqamah diJalannya dan Berjaya meraih Syurganya.

Nak memasuki Syurga bukanlah percuma. Ianya memerlukan kepatuhan Diri pada syarat-syarat yang telah diletakkanNya. Dikesempatan masih Hidup ini, marilah sama-sama kita manfaatkannya dengan melakukan amal-amal kebaikan, kebajikan serta sentiasa menjauhi, memelihara Diri dari tiap perkara yang dilaranganNya.

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah swt disetiap bidang amal yang kita laksanakan. Mudahan segalanya diterima oleh Allah swt. Dan Rahmat, Berkat dariNya sentiasa diiringi.

Sentiasa Mengambil kesedaran Bersama tentang perkara yang berlaku disekeliling kita. Gejala sosial yang semakin parah dikalangan Masyarakat Islam pada hari ini (meninggalkan solat, tak mengambil berat soal solat, mendedahkan aurat, bebas pergaulannya, berzina, rogol, buang anak, bunuh anak, pelacur, gro, sibuk dengan hiburan2, kelab2 malam, konsert2 yg tak mengikut etika Islam, berjudi, minum arak, jual arak, pil ectasy, melihat video, cerita2 lucah, merompak, membunuh, merasuah, terima rasuah, salah guna kuasa, zalim dan berbagai bentuk kemungkaran lagi).

Firman Allah swt: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 71)

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan di dunia semata-mata, kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. (Asy-Syuura 20)

Akhirnya Marilah sama-sama kita menjadi Manusia yang Berjaya Hidupnya diDunia dan Akhirat. Bukannya sekadar Berjaya diDunia dan Rugi dihari Akhirat. Kita laksana Syarat-syarat yang menjadikan kita Hamba yang tidak rugi di masa Akhirat.

Firman Allah swt: Demi Masa!, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang Beriman dan Beramal soleh, dan mereka pula Berpesan-pesan dengan Kebenaran serta Berpesan-pesan dengan Sabar. (Al-'Asr 1,2,3)

• Keimanan pada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qada’ & Qadar (Ketentuan Baik dan Buruk datangnya dari Allah).

• Amal Soleh ialah melaksanakan perkara-perkara wajib, dan menjauhi perkara-perkara maksiat dan melakukan Kebaikan, perkara-perkara Sunat lain.

• Memberi Nasihat agar menurut Kebenaran ialah memberi bimbingan kepada orang lain dengan perkara-perkara yang pasti dan menggesa mereka supaya Mentauhidkan Allah dan Beramal dengan ajaran Al-Quran, berdakwah kepada Agama Allah, memberi nasihat, menyuruh orang lain supaya melakukan perkara-perkara yang baik, melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar, disamping mengasihi orang lain seperti mengasihi dirinya sendiri. Saidina Umar ra pernah Berkata : “Semoga Allah merahmati orang yg menunjukkan kepada saya kelemahan saya”.

• Memberi nasihat supaya Bersabar ialah agar sebahagian Umat Manusia menasihati sebahagian yang lain supaya mentaati Allah. Bersabar dan tidak melakukan maksiat. Dalam masa yang sama mereka hendaklah Redha dengan Qada’ dan Qadar dalam menghadapi sesuatu Musibah dan Ujian. (Tafsir al-Munir- Dr Wahbah az-Zuhaily)

" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di Dunia dan kebaikan di Akhirat, dan peliharalah kami dari Azab Neraka "