Memaparkan catatan dengan label Fadhilat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fadhilat. Papar semua catatan

Selasa, 20 Ogos 2013

Jom Puasa Sunat 6 Syawal.




 Menggandakan ibadat kepada Allah s.w.t sebagai tanda syukur kita kepada Allah s.w.t atas segala nikmat syawal dan segala nikmat-nikmat Allah s.w.t yang sentiasa dikurniakan. 

 Merebut hadiah yang telah Allah s.w.t janjikan kepada kita. 

 Meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan puasa sunat.

 

14 Syawal 1434 H bersamaan 21 Ogos 2013 M
Rabu, 07.40 am. Perak, Malaysia.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Masaalah Puasa Enam Syawal.

“Sabda Nabi saw: Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari pada bulan syawal, maka ia seperti berpuasa setahun. (Hr Muslim)” 

Hukumnya, bila, bagaimana cara, adakah perlu berturut-turut, adakah boleh sebelum ganti yang ramadhan dan adakah boleh gabung sunat dengan yang wajib sekali? Jom kita baca dan sebarkannya.


Klik untuk besarkannya (1)
Klik untuk besarkannya (2)


Kata Abdullah bin Mubarak: “Jika aku meninggalkan sesuatu solat sunat, ataupun sesuatu adab Islam, aku bimbang Allah akan menarik segala yang diberikan kepadaku”. (Kitab Indahnya Saat Bersama-Mu. Zahazan Mohamed, cetakan pertama. M/s 152) 


07 Syawal 1433 H bersamaan 25 Ogos 2012 M 
Sabtu, 08.00 am. Sana’a, Yaman.

Isnin, 31 Oktober 2011

Zulhijjah, IdilAdha: Qorban, Haji.



Sedang kita sibuk dengan Kerja, Urusan Harian, Dunia. Jangan sampai tak sempat untuk ambil Tahu tentang Urusan, Perkara-Perkara, Hukum-Hukum Agama. Sedarkah Kita sekarang berada di Bulan Zulhijjah? ada dikalangan Kita yang dibiarkan berlalu begitu sahaja Bulan ini, mungkin masih tidak Tahu atau tak sempat mengambil Tahunya. Demikian marilah sama-sama kita mengambil sedikit Waktu untuk Baca & Faham sebaiknya tentang berkenaan (Bulan, kelebihan Zulhijjah, IdilAdha, masaalah Qorban, kisah Pengorbanan, & berkenaan Haji).


Hakikatnya perkara-perkara ini sebenarnya sudah banyak seringkali diulang pada tiap-tiap Tahun, berbagai bentuk bahan diedarkan, dan sememangnya ini sudah menjadi tugas Pendakwah. Namun sepatutnya Kita sudah dapat memahami sejelasnya, kemudian saling sentiasa memperingatkannya pada Keluarga, sanak-saudara & masyarakat lain yang ramai lagi belum Tahu.


Sebolehnya saya ingin berkongsi, menjelaskan, menulis Artikel tentang ini. Namun dilihat telah ramai Ahli-Ahli Ugama yang telah membincangkannya, menjelaskannya. Search sahaja diGoogle, beratus-ratus Artikel akan didapati. Demikian disini saya hanya memilih beberapa Artikel yang dirasakan sudah memadai untuk Kita baca & fahaminya. Antaranya:



5. Fadhilat Amalan 10 Awal Zulhijjah. - Dr Abdullah Yasin



Sama-sama memanfaatkannya, amat rugi andai tak dimanfaatkan apa yang telah dikongsikan Mereka. 


(31.10.2011, Isnin. 09.30 pm)

Khamis, 17 Mac 2011

Perniagaan yang Menguntungkan – Berzikir.

* AWASI DIRI DARI MEMPERSENDAKAN SUATU HUKUM AGAMA.

Firman Allah swt : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfaal 24)

Allah swt telah melebihkan Manusia dari semua Makhluk yang lain. Memberinya Keistimewaan nikmat Berbicara, dan menjadikan lidah sebagai alat berbicara tersebut. Nikmat Berbicara ini dapat digunakan pada saluran yang Baik ataupun Buruk. Siapa saja mempergunakannya untuk kebaikan maka akan menghantarkannya kebahagiaan Dunia & darjat yang tinggi di Akhirat, dan siapa saja menggunakannya selain untuk itu, maka akan membawanya kepada kecelakaan di Dunia & Akhirat.

Hari ini ramai lagi sebahagian besar saudara Islam kita yang masih jahil. Yang dimaksudkan Jahil ialah mereka yang belum tahu, belum faham akan tiap-tiap Perintah, Larangan yang telah ditetapkan Allah swt. Keadaan yang menghasilkan jahilnya seseorang itu akibat dari suasana cara yang diamalkan Pemerintah hari ini. Cara pentadbiranNya, cara Islam yang dizahirkannya melalui berbagai sudut. Seterusnya kelemahan para Pendidik, Pendakwah, Ibu Bapa dan tiap individu masyarakat lainnya.

Terasa sedih juga bila dilihat, dibaca, didengar di mana-mana ruangan Media masa, Interent dan sebagainya tentang keadaan mereka yang sewenangnya mengeluarkan kata-kata yang terus terang bercanggah dengan kehendak Islam yang sebenar dan mengelirukan lagi kefahaman masyarakat Islam dan bukan Islam dalam memahami Islam.

Keadaan hari ini sesuatu Hukum Agama apabila disembang, dijelaskan dan diperbincangkan sudah biasa dipermain-mainkan, diremehkan, dan dibelakangkannya. Berbagai alasan sering dikemukan dan dipersendakan oleh mereka yang tidak ingin melaksanakan apa-apa jenis perkara yang telah ditetapkan Allah swt. Hingga ramai juga golongan yang cerdik pandai turut sama mempertikainya mengikut kefahaman ilmu Dunia yang dipelajarinya, ilmu yang tidak disertai dengan panduan kitab Allah dan Hadis.

Justeru itu saya ingin berpesan dan mengajak pada diri serta saudara-saudara seIslam sekalian yang ada dikalangan cerdik pandai agar kita sentiasa berhati-hati mengeluarkan kata-kata yang berkaitan dengan masaalah Agama. Benarkan tiap kata-kata itu pada kehendak Allah, bukan pada kehendak suasana yang menjamin pangkat, kedudukan, harta, dan bimbang dari dipecat.

Dan tidak sewenangnya mempermainkan, mempersendakan apa-apa perkara yang apabila ianya sudah jelas suatu Hukum Agama. Jika jahil pelajarilah, kenapa perlu menambahkan lagi dosa kita. Jika sudah tahu dan faham, kenapa perlu juga dikeluarkan alasan yang meremehkannya. Sama-sama kita renungi amaran, pesanan Nabi saw :

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat (Hr Bukhari)

Oleh itu marilah sama-sama kita memanfaatkan Nikmat Berbicara yang telah dikurniakan ini dengan perkara yang menguntungkan. Kita tinggalkan segala perkara yang membawa kepada dosa dan kecelakaan di Akhirat nanti, sebagaimana yang telah dijelas diatas. Masih sempat untuk kita pelajari, fahami dan memperbaiki segala kejahilan yang lepas. Seterusnya melazimkan mulut kita dengan sentiasa berzikir pada Allah swt. Jika kita sentiasa mengingati, mendekatkan diri dengan Allah swt, maka Allah swt juga akan mengahampirkan lagi jaraknya dengan Kita.

Disini dinyatakan sebahagian Dalil-dalil dari Quran dan Hadis tentang kelebihan, manfaat berzikir. Mudahan ianya dapat memberi keuntungan yang besar dimasa Akhirat nanti.

1. Sabda Rasulullah saw :

ألا أنبئكم بخير أعمالكم وأزكاها عند مليككم وأرفعها فى درجاتكم وخير لكم من إنفاق الذهب والورق وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم ؟ قالوا بلى يا رسول الله. قال : ذكر الله عزوجل

Mahukah Aku khabarkan kepada kalian, Amal kalian yang terbaik dan tersuci disisi Penguasa kalian Allah, serta tertinggi dalam darjat kalian, juga lebih baik bagi kalian dibandingkan sedekah dengan emas dan harta, dan lebih baik dari kalian daripada bertemu musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian. Mereka menjawab : “ tentu ya Rasullullah ”. Beliau pun bersabda : Berzikir kepada Allah swt. (Hr Tarmizi, ibn Majah dan disahihkan oleh Albani)

2. Firman Allah swt :


الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-R'ad 28)

3. Firman Allah swt dalam Hadis Qudsi :


أنا عند ظن عبدي بي، وأنا معه إذا ذكرني، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي، وإن ذكرني في ملأ ذكرته في ملأ خير منهم، وإن تقرب إلي شبراً تقربت إليه ذراعاً، وإن تقرب إلي ذراعاً تقربت إليه باعاً، وإن أتاني يمشي أتيته هرولة.

Aku menurut prasangka hamba-Ku kepada-Ku, dan aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Bila dia mengingat-Ku pada dirinya maka Aku mengingatnya pada diri-Ku, dan jika dia mengingat-Ku pada suatu kelompok maka Aku mengingatnya pada kelompok yang lebih baik dari mereka. Jika dia mendekat satu jengkal kepada-Ku maka Aku akan mendekat satu hasta kepadanya, jika dia mendekat datu hasta kepada-Ku maka Aku akan mendekat satu depa kepadanya, jika dia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang dengan berlari. (Hr Bukhari)

4. Firman Allah swt :

وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzaab 35)

5. Sabda Nabi saw :

سبق المفردون ، قالوا : وما المفردون يا رسول الله ؟ قال : الذاكرون الله كثيرا والذاكرات

Telah mendahului mufarridun. Para sahabat bertanya, “ Siapakah mufarridun itu ? Beliau bersabda : iaitu kaum Lelaki dan Perempuan yang banyak menyebut nama Allah. (Hr Muslim)

6. Sabda Nabi saw :


مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكر ربه مثل الحي والميت

Perumpamaan orang yg mengingati Tuhannya dengan orang yg tidak mengingati Tuhannya bagaikan orang hidup dengan orang mati. (Hr Bukhari)

7. Ibn Taimiyyah pernah berkata :

الذكر للقلب مثل الماء للسمك، فكيف يكون حال السمك إذا فارق الماء

Zikir itu dihajati, diperlukan oleh Hati. Umpama Ikan itu dihajati, diperlukan Air. Bagaimana akan jadinya keadaan Ikan yang terpisah dari Air ? Begitulah bagaimana akan jadinya Hati yang sunyi dari berzikir mengingati Allah swt. الوابل الصيب لابن القيم

Demikianlah telah dijelaskan kepada kita sebahagian Dalil-dalil fadhilat dan Perbandingan mereka yang sentiasa mengingati Allah dengan mereka yang tidak mengingatiNya. Seterusnya akan dijelaskan pula Zikir-zikir yang perlu untuk kita amalkan sepertimana yang diajar Nabi saw. Disini saya akan menyebut hanya sedikit sahaja. Yang diharapkan mudahan mulut kita sentiasa tergerak untuk melafazkannya walau dimana jua berada.

1. Sabda Nabi saw : Dua kalimah yang ringan di sebut lidah, berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu :

سُبْحَانَ الله وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ

Subhaanallaah wabi-hamdih. (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya). Subhaanallaahil ‘azhiim. (Maha suci Allah Yang Maha Agung). (Hr Bukhari Muslim)

2. Sabda Nabi saw : Perkataan yang paling disenangi oleh Allah adalah empat : Subhaanallaah, Alhamdulillaah, Laa ilaaha illallaah dan Allaahu akbar.

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ.

Tidak mengapa bagimu untuk memulai yang mana di antara kalimat tersebut. (Hr Muslim)

3. Seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah saw lalu berkata : ‘Ajari aku zikir untuk aku baca!’ Rasulullah saw bersabda : Katakanlah :

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَزِيْزِ الْحَكِيْمِ.

Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah yang banyak. Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

قَالَ فَهَؤُلاَءِ لِرَبِّيْ فَمَا لِيْ ؟ قَالَ : قُلْ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَارْزُقْنِيْ

Orang Badwi itu berkata: Kalimat itu untuk Tuhanku, mana yang untukku? Rasulullah saw bersabda : Katakanlah : Ya Allah! Ampunilah aku, belas kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku dan berilah rezeki kepadaku. (Hr Muslim)

4. Hari-hari Hidup kita pastinya ada berlaku kesilapan, keterlanjuran dari tiap sudut perbuatan, pertuturan, pendengaran dan penglihatan. Justeru itu perlu untuk kita membiasakan diri dengan sentiasa beristighfar kepada Allah swt. Nabi Muhammad saw yang maksum pun sentiasa tidak jemu beristighfar kepada Allah. Sabda Nabi saw :

وَاللهِ إِنِّيْ لأَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرُ مِنْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً

Demi Allah! Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali. (Hr Bukhari)

Akhirnya, mudahan dengan kelaziman sentiasa berzikir mengingati Allah swt dimana tempat kita berada yang diiringi dengan penuh keimanan, keikhlasan & Cinta kepada Allah swt, akan membuatkan hati dan jiwa kita sentiasa hidup dalam mengingati Allah swt pada setiap waktu dan sekaligus mendekatkan diri kepada Allah swt dan mampu mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah swt.

* Contoh Dalil zikir diatas hanya sebahagian sahaja yang dipilih, masih banyak lagi Zikir-zikir yang lain yang diajar Nabi saw supaya kita mengamalkannya. Termasuk juga amalan wirid selepas Solat. Yang penting walaupun sedikit tetapi dilaziminya tiap-tiap Hari. Agar Hari-hari dan Saat-saat Hidup kita sentiasa berlalu dengan berzikir mengingati Allah swt.

* Perbuatan Solat, Membaca al-Quran juga dikira Berzikir (iaitu mengingati Allah swt) sebagaimana telah dijelaskan dalam firmanNya : “Dan dirikanlah Sembahyang untuk mengingati Daku”. (Taha 14)

* Walaupun dalam kesibukan dengan berbagai kerja Dunia, namun perlu dimanfaatkan dicelah-celah kesibukan itu dengan mengingatinya samaada dengan Menunaikan Solat-solat Sunat, Membaca al-Quran dan Berzikir. Mudahan kita terselamat dari digolongkan dari kalangan hambaNya yang lalai dengan urusan Dunia.

(08.30 am. 17.03.2011)

Ahad, 27 Jun 2010

Selalulah memohon padaNya.

Semua makhluk berhajat kepada Allah dan mengharapkan apa yang ada disisi-Nya, sedang Allah Maha Kaya tidak memerlukan mereka. Allah telah mewajibkan kepada hamba-Nya untuk berdoa.


Firman Allah swt :

وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Ghaffir 60)

Dialah Tuhan yang menciptakan segala makhluk di bumi, kekuasaan hanya milikNya. Janganlah kita menjadi hamba yang sombong dengan nikmat yang telah dikurniakan. Mintalah perlindungan padanya, bukan kepada pemerintah, dukun, bomoh dan sebagainya.

Sabda Nabi saw :

من لم يسأل الله يغضب عليه

Sesiapa tidak memohon kepada Allah, maka Allah akan marah kepadanya.

Namun demikian, Allah senang dengan permintaan hambanya kepada-Nya, dan mencintai orang-orang yang terus-menerus meminta-Nya, serta mendekatkan mereka kepada-Nya.

Para sahabat Nabi saw telah menghayati hal ini, maka tak seorang pun dari mereka meremehkan sesuatu untuk memohon kepada Allah swt, dan mereka tidak menadahkan permintaan mereka kepada seorangpun dari makhluknya. Hal ini demikian, kerana kecintaan dan kehampiran mereka kepada Rabb-Nya, dan kerana kehampiran Allah swt kepada mereka.

Firman Allah swt :

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) : sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) (Al- Baqarah 186)

Diantara waktu-waktu yang khusus untuk berdoa :

Waktu pertengahan malam, diantara azan dan iqamah, setelah wudhuk, semasa sujud, setelah selesai solat fardhu, ketika ayam berkokok, ketika dalam perjalanan, doa orang-orang yang dizalimi, di bulan-bulan tertentu, bulan ramadhan disaat berbuka dan bersahur, malam lailatul qadar dan banyak lagi waktu-waktu yang khusus.

Diantara hal-hal yang menghalangi dari terkabulnya doa :

Mempersekutukan Allah, terlalu tergesa-gesa, berdoa dalam keadaan lalai, bersuara keras dalam berdoa, menggantungkan doa dengan kehendak seperti, Ya Allah ampunilah aku jika engkau berkehendak, doa yang mengandungi dosa dengan bermaksud untuk memutuskan silaturrahim.

HADIS-HADIS YANG MENYEBUT TENTANG KEADAAN BERDOA, DIANTARANYA :

B
erteguh hati dalam berdoa dan tidak berdoa dengan ucapan: Jika Engkau berkenan.

Hadis riwayat Anas ra, ia berkata : Rasulullah saw. bersabda: Apabila seorang di antara kamu berdoa maka hendaklah dia berteguh hati dalam berdoa serta jangan pula dia berdoa dengan mengucapkan: Ya Allah! Jika Engkau sudi maka berilah aku. Sesungguhnya Allah tidak ada yang memaksanya. (Shahih Muslim No.4837)

Anjuran merendahkan suara ketika berzikir.


Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata : Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan, mulailah orang-orang mengeraskan suara mereka dalam membaca takbir lalu bersabdalah beliau: Wahai manusia, rendahkanlah suara kamu sekalian! Karena kamu sekalian sesungguhnya tidak sedang memohon kepada yang tuli maupun yang gaib bahkan kamu sekalian sedang memohon kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat Yang selalu bersama kamu sekalian. Aku pada saat itu berada di belakang beliau sambil mengucapkan: "Laa haula wa laa quwata illa billah", (Tidak ada daya dan kekuatan kecuali berkat bantuan Allah). Rasulullah saw. berkata: Wahai Abdullah bin Qais! Maukah kamu aku tunjukkan kepada salah-satu kekayaan surga yang tersimpan? Aku menjawab: Tentu, wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Yaitu ucapan: "Laa haula wa laa quwata illa billah". (Shahih Muslim No.4873)

Doa ketika akan tidur dan berbaring di atas peraduan.

Hadis riwayat Barra' bin Azib ra : Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila kamu hendak berbaring ke tempat peraduanmu, maka berwudulah seperti wudu untuk salat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu lalu bacalah doa: (Ya Allah! Sesungguhnya aku menyerahkan diriku kepada-Mu, dan aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, dan aku baringkan tubuhku ke hadapan-Mu karena mengharapkan pahala-Mu dan takut akan siksa-Mu, tidak ada tempat berlindung dan tidak ada pula yang dapat menyelamatkan diri kecuali kembali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab-Mu yang Engkau turunkan dan dengan nabi-Mu yang Engkau utus). Jadikanlah semua itu sebagai ucapanmu yang terakhir karena apabila kamu mati pada malam itu, maka kamu telah mati dalam keadaan fitrah. (Barra') berkata: Aku mengulang-ulangi kalimat-kalimat tersebut untuk mengingatnya. Aku ucapkan: Aku beriman kepada rasul-Mu yang Engkau utus. Rasulullah saw. bersabda: Ucapkanlah! Aku beriman dengan nabi-Mu yang telah Engkau utus. (Shahih Muslim No.4884)

Anjuran berdoa ketika mendengar suara ayam jantan.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa Nabi saw. bersabda: Jika kamu sekalian mendengar suara kokok ayam jantan, maka mohonlah kurnia Allah karena sesungguhnya binatang tersebut telah melihat malaikat dan jika kamu sekalian mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan, karena binatang tersebut telah melihat syaitan. (Shahih Muslim No.4908)

Menerangkan seorang yang berdoa akan dikabulkan selama dia tidak cepat berkata : Aku telah berdoa tetapi tidak dikabulkan.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Akan dikabulkan doa seseorang di antara kamu sekalian selama dia tidak terburu-buru berkata: Aku sudah berdoa, tetapi aku tidak atau belum dikabulkan. (Shahih Muslim No.4916)

10 JAWAPAN DR.IBRAHIM BIN ADHAM TERHADAP SOALAN SEORANG HAMBA YANG MENANYAKAN (MENGAPA DOA AKU TIDAK DI TERIMA SETELAH SEKIAN LAMA AKU BERDOA)

1. Kamu mengenal Allah akan tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu membaca kitab Allah (Al-Quran) akan tetapi tidak mengamalkannya.
3. Kamu mengakui cinta terhadap Rasulullah saw akan tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.
4. Kamu mengakui syaitan itu adalah musuh tetapi tetap menurut jejak langkahnya.
5. Kamu berkata ingin memasuki syurga tetapi tidak beramal untuk ke syurga.
6. Kamu berkata takut akan neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahuinya.
7. Kamu mengakui kematian itu benar tetapi tidak bersedia menghadapinya.
8. Kamu membuka aib orang lain sedang aib mu ditinggalkan.
9. Kamu menggunakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.
10. Kamu melihat berlakunya kematian tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.

Peristiwa dalam bulan Islam.

MUHARAM

Maal Hijrah / Awal Muharam pada 1 haribulan dan Hari Asyura pada 10 haribulan. Kewafatan Sayidina Hassan bin Ali di Karbala dan 10 haribulan tahun ke 61 hijrah

SAFAR

Peperangan Bani Qainuqak pada tahun ke-3 Hijrah. Peperangan Khaibar pada tahun ke-1 Hijrah. Kegeringan baginda Rasulullah SAW.

RABIUL AWAL

Perlantikan baginda Rasullah SAW menjadi Rasul. Pembinaan masjid pertama di Quba' pada 8 haribulan. Keputeraan SAW pada 12 haribulan. Ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dalam peristiwa Hijrah. Kewafatan Rasullah SAW pada 12 haribulan.

RABIUL AKHIR


Berlakunya peperangan Jamal (unta), perang saudara pertama dalam sejarah Islam. Bermulanya Kerajaan Bani Umaiyah.

JAMADIL AWAL

Kelahiran Saydina Ali bin Abi Talib pada 8 haribulan. Berlakunya peperangan Bani Salim di Bahrin.

JAMADIL AKHIR

KHalifah Saydina Abu Bakar As-Siddik meninggal dunia pada 23 haribulan tahun ke 13 hijrah. Perlantikan Saydina Umar sebagai Khalifah kedua pada 8 haribulan tahun ke 13 hijrah. Berlakunya peperangan Yarmuk di zaman pemerintahan Saydina Umar Al Khattab dalam tahun ke 13 Hijrah. Serangan ke atas Kota Makkah dan tembakan ke bangunan Kaabah pada tahun ke 73 Hijrah oleh tentera Hajjaj As-Saqati. Pembunuhan ke atas Abdullah bin Zubir yang memerintah Kota Makkah oleh Hajjaj As-Saqati bagi pihak Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Kelahiran Siti Fatimah Az-Zahrah binti Muhammad SAW pada 20 haribulan.

REJAB

Berlaku peristiwa Israk dan Mikraj pada 26/27 haribulan. Sembahyang lima waktu diistiharkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Berlaku peperangan Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW pada tahun ke-9 Hijrah.

SYAABAN

Malam Nisfu Syaaban pada 14 haribulan. Penukaran arah kiblat dari Masjidil Al-Aqsa di Baitul Muqqaddis ke Kaabah di Batullahil Haram pada 15 haribulan. Peperangan Banu Mustalik pada tahun ke-5 Hijrah.

RAMADHAN


Bulan Ramadhan difardhukan ke atas umat Islam untuk mengerjakan ibadat puasa. Rasulullah SaW dan para sahabat beliau dari MAdinah pada 8 haribulan tahun ke-2 Hijrah untuk peperangan Badar. Berlakunya peperangan Badar pada 17 haribulan tahun ke-2 Hijrah. Penyempurnaan pembukaan Kota Kammah pada 10 haribulan tahun ke-8 Hijrah. Permulaan turunnya ayat-ayat suci Al-Quran pada 17 haribulan. Tragedi pembunuhan Sayadina Ali dalam tahun ke 40 Hijrah, Beliau wafat dalam keadaan ketika memasuki Masjid Kufah pada 17 Ramadhan. Malam Lailatul Qadar jatuhnya pada 21, 23, 25, 27, atau 29 Ramadhan.

SYAWAL

Umat Islam merayakan Hari Raya Fitah pada 1 haribulan. Berlakunya peperangan Uhud pada 5 haribulan dalam tahun ke-3 Hijrah. Berlakunya peperangan Khandak pada tahun ke-5 Hijrah. Kerajaan tentera Islam di zaman pemerintahan Khalifah Umar merampas bandar Madain. Tentera Islam berjaya menawan Istana Raja Farsi yang dikenali dengan nama Istana Putih dalam tahun ke-10 Hijrah.

ZULKAEDAH


Peristiwa Umrah, Perjanjian Hudaibiyyah dan Baiah Ridhwan berlaku dalam bulan ini. Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah ke Makkah untuk menunaikan haji Wida' (Haji Penghabisan), Baginda SAW disertai seramai 10 000 kaum muslimin.

ZULHIJJAH

Orang Islam yang mampu difardhukan menunaikan haji di Makkah pada bulan ini. Peristiwa Haji Wida berlaku pada 8 haribulan tahun ke-10 Hijrah. Rasullah SAW menyampaikan pidato kepada kaum muslimin di Bukit Arafah sebelum selesai Ibadat Haji. Saydina Umar Al-Khattab wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk berbangsa Paris beragama Majusi di malam Rabu, di akhir bulan ini pada tahun ke-23 Hijrah. Saydina Umar bin Affan dibunuh di rumahnya disamping tangannya memegang Al-Quran pada 18 haribulan tahun ke-35 Hijrah. Jatuhnya kerajaan Bani Umayyah pada 27 haribulan pada tahun ke-132.

Berpuasa enam di Bulan Syawal.

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah sekalian, tidak dapat tidak kita sebagai orang-orang Islam hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah swt, memelihara diri kita dari segala bentuk maksiat dan istiqamah dalam membentuk diri, keluarga dan masyarakat ke arah jalan yang diredhainya.
Setiap ibadat yang dilakasanakan menjadi benteng bagi orang-orang yang beriman dari segala bentuk ujian di dunia ini.

Ibadah puasa juga dapat membersihkan hati dari segala daki-daki yang kotor, dapat mengawal nafsu dari lembah kemaksiatan. Jika kita mengkajinya, banyak hikmah disebalik ibadah puasa tersebut.

Sabda nabi saw :

عن أبي أيوب الأنصاري : أن النبي ص قال : من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال فكأنما صوم الدهر

Dari Abu Ayyub Al-Anshory bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa setahun." (Hr Muslim)

Para ulama' mengatakan : Yang dimaksudkan seperti puasa setahun adalah bagi mereka yang meyempurnakan puasa ramadhan tiap-tiap tahun dan diikuti dengan puasa enam hari di bulan syawal. Seperti mana yang disebut oleh para ulama' :

وإنما كان كصيام الدهر، لأن الحسنة بعشر أمثالها، فرمضان بعشرة أشهر، والستة بشهرين

Yang dikatakan puasa seperti setahun itu ialah kerana setiap kebaikan yang dilaksanakan dilipat kali ganda menjadi 10. Maka puasa ramadhan seperti 10 bulan, manakala enam hari di bulan syawal beroleh 2 bulan. Inilah yang dimaksudkan dengan puasa setahun.

Puasa enam ini menggambarkan kesyukuran kita kepada Allah swt atas limpah kurnianya dapat kita menyempurnakan puasa ramadhan dengan secukupnya. Begitu juga menunjukkan kecintaan kita dalam menunaikan segala suruhanNya.

Perlu diingat, setiap ibadah yang dilaksanakan bukan hanya pada waktu-waktu yang tertentu sahaja, jika selesai ramadhan sudah mula melakukan perkara-perkara yang dimurkainya. Bahkan hendaklah istiqamah dalam mengerjakan suruhanNya.

Puasa enam ini diibaratkan seperti solat sunat. Setiap solat sunat yang kita lakukan menjadi penampung bagi segala kekurangan yang terdapat pada solat fardhu. Begitu juga dengan puasa enam ini menampung bagi segala kekurangan pada puasa Ramahdan lalu.

Sabda Nabi saw :

قال صلى الله عليه وسلم : " إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم " رواه أبو داود

Amalan yang pertama akan dihisab diakhirat nanti ialah berkenaaan dengan solat, lalu Allah swt menyuruh malaikat memeriksa setiap solat hambanya, sudah sempurna atau masih ada kekurangan. Jika masih terdapat kekurangan maka dilihat pada amalan sunatnya, adakah ada atau tidak, jika ada maka menjadi penampung bagi segala kekurangan yang ada pada solat fardhu tadi. (Hr Abu Daud)

Ia juga merupakan natijah daripada hasil tarbiyah yang telah dilakukan di bulan ramadhan. Menunjukkan keimanan, ketaqwaan dalam ibadah yang dikerjakan. Jika kita dapati seseorang yang masih melakukan maksiat, tidak menerima hukum Allah swt dan sebagainya, mungkin hikmah ramadhan itu masih belum dicapai dengan sempurna.