Memaparkan catatan dengan label Siasah / Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siasah / Semasa. Papar semua catatan

Isnin, 25 November 2013

Konsert? Pas untuk semua?

Alhamdulillah...

1. Ingin juga saya memberikan sedikit pendapat berkaitan konsert yang menjadi kejutan buat para ahli Pas. Dan berbagai pendapat telahpun kita lihat dan baca dari kalangan agamawan dan ramai lagi yang lain mengikut pengalaman dan ilmu yang dimiliki masing-masing. Benar ia juga sangat mengejutkan.

 2. Amat sukar lagi untuk diterima dari kalangan ahli-ahli pas yang telah terlalu ta'asub dengan pas, pakcik-pakcik dan makcik dikampung yang tidak melayan ruang media seperti kebanyakan muda-muda hari ini. Mereka sangat sensitif dengan hal sebegini kerana telah lama pas dikenali dengan sangat menekankan soal batas Nyanyian, Akhlak, Rock dan seumpamanya lagi seperti itu.

3. Secara pengalaman dari diri sendiri. Setiap kita sudah pasti ada masa lampau dan perubahan demi perubahan telah terjadi dalam hidup kita. Apa yang membawa kepada perubahan kearah semakin dekat Agama adalah bukan kerana tarikan dan pendekatan yang dibuat oleh orang lain atau satu kumpulan yang membawa perkara sangat kurang baik dan ia disukai saya. Namun ia terkesan dan tertarik dengan ilmu Agama, mempelajarinya dan nampak jalan hidayah dan bagaimana syariat yang betul. Suatu perubahan itu adalah pengorbanan.

4. Perlu lebih lagi kepada penerangan dakwah yang penuh hikmah dan rahmatnya Islam dari Allah. Dengan kisah Al-Quran dan Hadis yang banyak memberi tarikan dan kesedaran. Masih tidak diterima dan dihirau mereka, kita terus cari jalan menyampaikan dengan baik. Boleh dicari pendekatan lain lagi, namun tidaklah perlu sampai kepada sama melakukan perkara yang mereka lakukan. Dan mestilah kita ingat, asasnya dan mesti juga kembali kepada tarikan dan pendekatan yang cantik telah ditunjuk dari Al-Quran dan Hadis.

5. Apapun terpulang atas ilmu dan pengalaman masing-masing yang boleh menjadi penilaian dan perbincangan akal kita dalam membaca dan memahaminya.

6. Ini juga menunjukkan betapa perihatinnya ahli-ahli Pas dan walau yang tidak menyokong untuk kekalkan prinsip dan dasar pas dalam memperjuangkan Islam yang syumul ini. 



21 Muharram 1435 H bersamaan 25 November 2013 M 
Isnin, 09.15 pm. Ipoh, Perak.

Jumaat, 24 Mei 2013

Ada tak penjelasan Ini?

Saya hanya copy, paste dan edit sedikit. Walau ia nampak remeh, tidak cerdik dan apapun lagi pandangan yang merendahkan. Boleh siapa-siapa untuk memberi respon, penjelasan dan jawapan bagi persoalan yang ditimbulkan dibawah.


   

Jelaskan rangka pelaksanaannya. Percuma yang bagaimana? Penghapusan tol. Belanja penyelenggaraan nak ambil dimana? Pekerja-pekerja plus nak letak dimana? Harga kereta murah. Apa bentuk perlindungan kepada kereta nasional yang menempatkan majoritinya anak melayu Islam bekerja dengan mereka. Apakah niat menurunkan harga kereta semata-mata untuk menjatuhkan usaha Tun Mahathir akibat dendam Anwar? Pendidikan percuma. Apakah tidak cukup win-win situation yang dilaksanakan menerusi pemberian percuma bagi yang mendapat kelas pertama? Sejauhmana percuma itu mampu membentuk mahasiswa yang bersaing untuk mendapat kelas pertama? Sedangkan yang berbayar sekarang pun ramai yang sangkut dan tidak serius di kampus. Berjanji memang mudah. Bila tak terlaksana macam-macam alasan timbul. Berjanji sahaja namun hanya sekadar batu asas rasanya tidak perlu. Kenapa tidak bagi percuma je kereta pada rakyat yang berpendapatan bawah 3k. Pastu bagi pada yang berpendapatan rendah ini rumah murah dan lalu highway dengan percuma. Ini lalu yang kaya pun lalu percuma makin kaya la mereka. Makin malas wakil rakyat nak baut kerja, senang-senang sahaja untuk tukar kereta. 


Dan segala persolan lain lagi dari hal kecil hingga hal besar yang berkaitan seperti diatas.


15 Rejab 1434 H bersamaan 25 Mei 2013 M 
Sabtu, 12.15 am. Perak, Malaysia.

Jumaat, 3 Mei 2013

Kenapa masih ingin menyokong UMNO? (2)

11. Umnolah yang membawa program-program maksiat ditempat saya, Negeri Terengganu. Pernah suatu masa Dr Ustaz Zaharuddin tengah memberi kuliah maghrib di masjid di bandar terengganu, berdekatan dengannya pula konsert sedang dijalankan. Siapakah pemimpin yang kerap dilihat mengimarahkan program-program maksiat dan menjemput artis-artis yang mengadakan tarian-tarian mungkar? Kenapa masih disokong pemimpin dan golongan yang terang-terang mengajak kepada kelalaian. Menggalakkan dan membiarkan maksiat. Yang menipu, zalim dan tidak amanah. Adakah ini benar memperjuangkan kalimah Allah? Adakah ini yang tujuan dan kesan hasilnya dibina banyak masjid-masjid?

 

12. Tidak dinafikan ada banyak silap dan mudharatnya dalam PR, namun dalam umno lebih dan amat yang terlalu banyak. Yang memerlukan kuasa untuk merubah dan mendakwah mereka. Dalam kita meraih kuasa ini, kita berdakwah sebenarnya. Meluaskan dakwah Islam dengan kuasa yang ada. Ingat, politik kita untuk dan kerana Islam. Jangan kesilapan pas yang sedikit, kita menyatakan semuanya. Sedang kesilapan umno yang banyak. Kita menafikan dan membilangnya. 

13. Umno tidak adil dalam media. Mereka tiada rasa malu. Anda yang punyai akal yang baik dan waras. Jangan biarkan akal anda seperti lidah yang hilang rasa pahit dan masinnya. Nilaikan dengan keadilan dengan membaca, mengkaji dan bertanya sebaiknya untuk pemilihan 5 mei ini. Solat hajat, qiamullail dan doa mohon petunjuk mana pilihan yang baik.



14. Ingatlah dosa rasuah, khianat, zalim dan tidak amanah bukan perkara biasa. Kenapa masih disokong yang jelas telah pernah terbabit. Ingatlah dosa memfitnah dan menyebarkan video lucah yang jelas menyalahi syara’ itu. 

15. Mereka sibuk dengan pembangunan material hingga kurang penekanan pembangunan rohani. Sibuk untuk pandangan dan pujian manusia kononnya begitu hebat dan maju tempatnya. Begitu hebat waktu pemerintahannya. Dan dalam masa yang sama pembaziran dengan keruntuhan binaan berkali-kali telah menjadi berita biasa oleh mereka. Sedang rakyat mengharap bantuan. Dunia tidak amanah, akhirat menjadi lalai. Dunia akhirat rugi!. 

16. Sedikit perkongsian munajat bersama Tghh dengan sedikit tambahan: “Ramai orang mampu berpuasa, bayar zakat dan pergi haji, tapi tak ramai mampu sahut seruan jihad. Kerana jihad ialah paling banyak ujian berbanding amalan lain. Mungkin di tengah jihad tu, rasa tak sabar nak menang, nak hidup seorang, banyak perkara kena korban. Beruntunglah anda yang sahut seruan itu.” Dan kita mesti ingat, apa maksud jihad itu. Semua kita sedang dan akan diuji. Dan dalam ujian-ujian itu, kita diuji untuk bersama berjuang menegakkan Islam atau tidak. Masa hidup inilah untuk berubah, semua ingin dan berharap untuk berubah. Hanya lambat atau cepat. Ada keuntungan dunia dan akhirat yang pasti. Ajal yang tidak diketahui. Berjuanglah kita dalam 'sudut' apa bentuk ujian keatas kita, untuk berubah dari yang dilarang Allah dan Rasul itu. Dan menerima dan bersama dengan perjuangan lain yang lebih besar lagi yang dibawa oleh para ulama’-ulama’ kita. Berjuang itu sentiasa. Dihidup bukan sekadar main-main, Kita dikembalikan semula pada Allah. Selama-lamanya kita berjuang hingga dimatikan. 

17. Bukan hanya sampai kemuncak suatu kejayaan dan perjuangan itu yang diingini, tapi kefahaman dan kesungguhan dalam hari-hari menanti kejayaan itu. Kerana selepas kejayaan itu pasti wujud dan lebih lagi ujian lain, hinggalah meraih kejayaan sebenar di akhirat nanti. Seperti tahap-tahap dan peringkat-peringkat yang sudah kita lepasi hingga waktu dan saat ini. Dan ingatlah bersama selepas setiap kali kesusahan itu kegembiraan.


 

18. Doa selalu dan kekalkan kesungguhan dalam amanah masing-masing dalam memperjuangkan Islam ini. Kemenangan, akan terus besar lagi ujian, dan sering bersama ujian itu ada kegembiraan. 

19. Yang masih samar jika PR menang? Dapatkah ditunai janjinya. Betulkah Islam tergadai? Lihatlah contoh dikelantan dan selangor. Sokonglah dulu, nanti baru jelas makin beza iman dan kufur. Golongan mana yang akan berjaya sebenarnya. Golongan itu ialah yang sabar dan dapat mengatasi nafsunya dari melakukan perkara yang dilarang Allah. Dari mengikuti jalan-jalan dosa.yang telah diperingatkan jelas oleh Allah dan Rasul. Dan ujian besar akhirnya turun dajjal menguji keimanan dengan pengorbanan yang benar-benar dalam hidup untuk mentaati Allah. 

20. Islam tidak mengajar fanatik terhadap kaum bangsa sendiri kerana kasih tanpa dasar yang benar dan adil sehingga menzalimi terhadap kaum dan bangsa lain dalam semua urusan cara hidup. Merasa kasih kepada kaum sendiri tidak salah, tapi apabila sampai tahap berlaku zalim kepada orang lain itu yang menjadi salahnya. 

21. Biarlah rasa susah sedikit demi Islam, masih tak secanggih dan semaju yang ditawarkan. Jalan tidak selesa. Namun suasana Agama subur dan meriah. Perintah Allah dapat diusaha laksanakan. Sanggupkah ditukar dengan kemajuan dan kesenangan yang melalaikan daripada Allah.

22. Apapun perancangan untuk menggagalkan Islam. Allah Maha Mengetahui. Janji Allah Islam pasti akan menang, kita hanya terus berkerja. Ada Nabi yang tak sempat melihat kemengan Islam. 

23. Berkaitan syiah, banyak sumber yang belum jelas. Dan ustaz-ustaz yang sokong umno, biarlah mereka terus dalam umno hingga sampai masanya.


 

Yang terakhirnya. Ya Allah, menangkanlah golongan yang ingin menegakkan Islam. Ya Allah, tumbangkanlah kezaliman. Menanti masa dengan usaha dan doa selalu. Ya Allah, tumbangkan Umno. Ya Allah, gagalkan segala perancangan jahat mereka. Ini kalilah! :) 


“Ya Allah ampunilah kaumku oleh kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui. (Hr al-Bukhari dan Muslim)”


Biar gambar menjadi saksi, Tgna sudah tiada apa lagi kepentingan pun jika dilihat dan direnung. Hanya untuk Islam. Hanya ingin melihat agar tertegaknya Islam.

Kata para Salihin. Kami meminta pada Allah. Jika Allah kurniakan, kami gembira sekali dan jika Allah tak kurniakan, kami lebih lagi gembira. Kerana yang diberi, adalah pilihan kami. Dan yang tidak diberi, adalah pilihan Allah. Dan pilihan Allah sudah pasti adalah lebih baik dari pilihan kami. 


22 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 03 Mei 2013 M 
Jumaat, 05.00 pm. Terengganu, Malaysia.

Kenapa masih ingin menyokong UMNO? (1)

Alhamdulillah, perasaan syukur perlu untuk kita sentiasa panjatkan kepada Allah atas nikmat-Nya yang tidak terhitung ini. Erti dari syukur itu ialah kita berusaha dan terus berusaha menunaikan perintah Allah dan Rasulnya dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang paling besar. Hingga kita dipanggil menemui Allah swt dan hidup kekal selamanya di akhirat nanti. 

Tulisan ini mungkin agak tidak tersusun dan bukanlah panas seperti tajuk diatas. Tapi ia hanya sedikit coretan dan luahan pengalaman dari saya sebagai orang biasa. Dan saya ingin menyeru dan mengajak kepada semua keluarga, saudara mara, teman-teman dan kenalan-kenalan saya di ruang alam maya ini untuk bersama baca, fikir dan membuat sedikit penilaian yang kenapa saya katakan ‘Kenapa masih disokong UMNO’.

 

1. Kita mesti sentiasa ingat yang tujuan dihidupkan ini bukan sekadar main-main, tetapi dikembalikan semula mengadap pencipta kita Allah swt. Maka demikian sudah pasti ada tanggungjawab besar yang perlu digalasi oleh kita semua, iaitu sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini. Dan inilah ujian kehidupan hinggalah sampai ajal. Kehidupan disana tiada lagi ujian-ujian hidup. Tiada lagi suruhan dan larangan. 

2. Lahirnya kita semua dalam keadaan fitrah, iaitu Islam. Kemudian pengaruh selepas itu yang membesarkan kita samaada Islam atau agama lain. Dan kita diberi ruang peluang hidup dan akal untuk fikir, kaji dan kembali beramal dengan Islam ini. Islam yang menjadi Agama yang paling tinggi dalam dunia ini. Yang hanya diterima. Ia bukan dengan paksaan dan bukan juga dengan syarat keturunan, tapi ia dengan kefahaman dan amalan kita. Tanda kebenarannya bukan direka-reka dan baru ditemui. Tapi telah terbukti dari 1400 tahun dahulu lagi, yang telah tercatit dalam sejarah dan fakta-fakta yang diperakui sendiri oleh golongan barat. Di bawa oleh seorang manusia yang bernama Muhammad s.a.w. Dengan kitab Al-Quran dan Sunnahnya. 

3. Kitab Al-Quran dan Hadis yang kita telah pernah baca dan dengar itulah sumber kebenaran hingga kiamat. Al-Quran dan Hadis inilah sumber kekuatan. Yang diamanahkan Nabi agar kita berpegang dengannya untuk selamat dunia dan akhirat. Berusaha menjulang sebolehnya akan kehendak Islam yang telah pernah dilaksanakan dizaman Nabi s.a.w. di madianah dahulu. 

4. Kita mesti baca bagaimana jalan kehidupan yang dilalui oleh Nabi s.a.w dahulu. Jika benar pemimpin yang kita sokong hari ini berusaha melaksanakan erti sebenar apa pengorbanan dan bukti dalam melaksanakan Islam ini yang seperti telah dilalui oleh para Nabi-Nabi dahulu. Maka itu antara bukti-buktinya. 

 

5. Kita mestilah cari pemimpin yang membanggakan dan menyelamatkan kita, bukan sekadar ketika di waktu dunia, tapi di akhirat yang kekal dan pasti semua akan pergi kesana. Yang menunjukkan arah kejayaan dunia dan akhirat. Bukan yang rela terhutang budi kerana menjadikan nama malaysia disanjung tinggi diluar negara, namun keadaan Islam terus diberikan kelonggaran dan keluasan untuk melakukan dosa atau pahala. Bukan yang sekadar mendidik rakyat kepada nilai material semata, tapi nilai ketaatan dan keadilah agama dalam kemajuan tersebut. Memanglah tidak dinafikan yang baik. Jangan dilihat 'kejayaan itu' pada sekadar kejayaan nilaian dunia dari orang sekeliling kita. Bacalah kisah manusia-manusia yang telah diberi berbagai habuan dan keuntungan dunia dahulu, diturunkan azab oleh Allah kerana kedegilan mereka. Dosa peribadi seseorang, memang seseorang itu dengan Allah, tapi kita disuruh mencegah, menasihati, dan tidak menyokong dan bersama dengannya. 

6. Pemimpin dan seorang hamba yang berjuang Itu. Rohani dan jasmaninya sentiasa diuji. Jauh dari melakukan apa yang diharamkan Allah. Mengorbankan diri untuk melaksanakan perintah Allah. Mengorbankan kehendak perkara maksiat dalam dirinya. Dalam keadaan nampak perit, letih memartabatkan Islam. Tidak jemu menegakkan kesyumulan Islam. Menunjukkan contoh dan mengajak masyarakat menunaikan syariat-syariat Islam. 

7. Menjadi orang yang tidak menyusahkan perjuangan Islam itu sudah cukup mengembirakan, apatah lagi terlibat secara lansung dalam perjuangan Islam. Marilah kita bersama-sama memberi saham untuk tertegaknya Islam dimuka bumi malaysia ini. Bukan yang membenci, menghina para ulama’ dan malang sekali membiarkan urusan politik dan mentadbir negara diratah dan dikuasai dengan penyalahgunaan dan kebebasan mereka melakukan apa sahaja pada harta negara. Adil itu ialah menolong dan meringankan beban orang lain. Bukan mementingkan diri. Mempergunakan hanya untuk keuntungan pada dirinya. Bukan menyusahkan orang. Dan tidak membiarkan orang lain susah. Jangan kita sombong, ingkar dan lawan Islam. Kita semua diuji oleh Allah bermacam cara, biarlah kita bersama memangkah golongan yang ingin menegakkan Islam walau tidak berjuang dengan keperitan dan keletihan seperti saudara kita yang lain. Biarkan walau diri kita tidak mampu mengajak untuk kebaikan, tapi ada saham dalam kebaikan tersebut.


 


8. Memang tidak dinafikan besar sebahagian agenda Agama telah dilaksanakan didalam negara kita ini. Masjid, jabatan dan institusi Agama banyak dibina. Diberi kemudahan dan keamanan. Namun dalam masa yang sama jika dikaji dan dilihat secara dalamnya Agama kita sedang berada dalam kongkongan batasan Islam yang disuruh Nabi. Masjid sunyi tanpa ceramah-ceramah yang menyentuh berkaitan amanah, kesalahan rasuah, penipuan, hiburan maksiat dan berbagai lagi. Ianya hanya berkisar kaitan tajuk yang sama. Hiburan pula terus disuburkan dan diselangi. Pemimpin turut mengiringi pula. Kehinaan akhlak dan gejala sosial makin dasyat. 

9. Islam yang diperjuangkan Nabi s.a.w adalah sempurna, bukan ada bahagian-bahagian yang dapat kita pilih. Dari peringkat memberi penekanan aqidah di mekah hingga menunaikan negara Islam di madinah. Dari bab mengajar adab memasuki tandas hingga ke urusan mentadbir negara. 

 

10. Umno juga memperjuangkan Islam, namun pas dilihat bersungguh lagi dalam memartabatkan Islam. Isu kalimah Allah, sudah memadai anda membaca ulasan Drmaza. Dan isu tunggangan dap itu, anda lihatlah secara kesan umumnya apa kesan Islam pada masyarakat bila diraih kuasa oleh pas. Semua itu hanya media jahat yang berat sebelah. Saya tidak ingin mengulasnya disini. Pas pula sekarang semakin dilihat meluas dalam memperjuangkan sudut dan kehendak Islam. Menggunakan pendekatan ‘Negara Berkebajikan’ yang memang dituntut dalam Al-Quran dan dalam masa yang memperkuatkan dakwah Islam. Sementara umno masih tidak mahu kembali tunduk sepenuhnya mendengar seruan Allah dan Rasul, dan terus dengan kes ketirisan dan pembaziran harta rakyat. 

Baca Sambungan (2)... 


22 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 03 Mei 2013 M
Jumaat, 04.30 pm. Terengganu, Malaysia.

Sabtu, 22 September 2012

Penghinaan dan Bantahan.

1. Hari ini Nabi kita dihina lagi. Islam terus menjadi mangsa, namun yakinilah yang janji Allah itu benar. Islam tetap akan dipelihara hingga kiamat. Sebagaimana Al-Quran ditangan kita ini masih dan terus akan terpelihara. 

2. Hati mukmin mana yang tidak merasa sakit dan terguris sedih bila melihat keadaan ini. Ini ujian besar dalam sedang kita menjalani suruhan Allah dan menyampaikan risalah Islam. Mereka tak kenal siapa insan bernama Muhammad sebenarnya. Dengan memikirkan pula hal sebahagian masyarakat yang sudah amat jauh sangat dalam memahami apa makna sebenar Islam yang dianutinya.



3. Sedang orang menghina Nabi kita, malang sungguh janganlah kita masih lagi tetap dengan ego ingin berada dalam hal dan golongan yang sedang melakukan apa yang dilarang Nabi saw. Jauhilah kita perangai munafiq. Bagaimana kita kata nak mempertahankan Nabi dan sayangkan Nabi? Marilah berusaha merubahnya. Marilah sama-sama kita muhasabah dari segala-galanya, menangislah dan banyakkanlah berfikir sejenak. Kenapa sampai aku tak ada rasa dihati sikit kesan apapun Islam dihina. Sekadar baca berita. Ia benar datang untuk melihat Iman kita. Menunjukkan lebih sangat sayangnya kita lagi kepada dunia. Segala nikmat dunia difikir adalah hadiah bila dihidupkan. Hilang dalam diri kemanisan Iman. 

Bagaimanapun, biarlah diri kita tetap terus subur dengan rasa cintakan Nabi, yakni akur dan terus berusaha, ingin gigih memenuhi kehendak perintah Nabi saw. Walau telah banyak silap. Diceritakan dalam satu hadis: 


“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah saw ketawa. Juga pernah Nabi saw menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi saw pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)



4. Dari penghinaan ini, kita merasa amat cukup geram, dan banyak pihak telah menganjurkan agar dibuat demonstrasi aman sebagai tanda membantahnya. Dan kita semua dituntut menghadirinya. Ya, kita semua perlu bangkit hadir sebagai salah satu cara yang menunjukkan rasa marahnya kita. Untuk membenarkan kekuatan kita, menyatupadukan kita semua dan menguatkan lagi keyakinan dalam menegakkan Islam dan memberi amaran kepada yang ingin memusuhi Islam. Namun ingin sedikit saya kongsikan dan sarankan apa lagi tanggungjawab kita yang lain patut ada dalam diri kita bilamana kita telah sering ungkapkan dan rasakan memang perlu ia, adalah untuk melahirkan sikap betapa cinta dan marahnya kepada yang menghina Nabi. Agar semangat yang digambarkan ketika bantahan itu tidak hanya disitu sekejap dan terus kendur bila selesai. Bahkan sentiasa asyik dirasa bertanggungjawab dalam menjelmakan sikap cinta dan memperjuangkan Islam ini.



5. Firman Allah swt: “Katakanlah wahai Muhammad: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali-'Imran 31)”. “Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. (An Nisaa' 80)”. (1) Iaitu dengan memandukan perjalanan hidup kita pada sunnah Nabi saw. Demikian kita perlu mengaitkan segala hal rutin hari hidup kita dengan bagaimana cara yang dilalui oleh Nabi saw. Bagaimana perbuatan dan tindakan yang telah dilakukan sepanjang hayat Nabi saw. Ini sangat penting saudara-saudaraku sekalian, turutilah sunnah Nabi. Ia cukup lengkap, sempurna, kemas, cantik, bersesuaian dan amat sudah bertepatan. Tak membebankan dan banyak yang menguntungkan. Tak perlu dan jangan kita suka memandai-mandai menokok tambahkannya. 

Hal ini jika kita dapat mempraktikkannya. Insya’ Allah, sudah pasti Islam dilihat cukup hebat, gah, cantik dan benar banyak tarikan dari sifat cara yang sebenar Nabi kita Muhammad saw. Ialah juga tanda kasihnya kita kepada Nabi saw. Dengan ditegaknya sunnah pada diri, keluarga dan terus kepada masyarakat. Pasti dilihat cemerlangnya peribadi hidup seorang muslim dari tahap adab yang kecil hinggalah ke hal masyarakat, negara dan pemerintahan. Demikian, lalu terhasil apa yang dihasyratkan dan segalanya terkandung dari kefahaman dan penghayatan kita dengan sunnah Nabi saw ini.



6. (2) Iaitu juga, menitikberatkan mana halal haram dan dosa pahala dalam tiap saat detik hidup kita. Hubungan dengan Allah, kekuatan pembangunan rohani, tahap islam, iman dan ihsan kita. Solat jamaah, solat-solat sunat, qiamullail, baca quran, zikir, berdoa, majlis ilmu dan berbagai lagi. Menjaga dan sering menilai diri kita dengan segala ketetapan dari Allah dan Rasul. Tidak hanyut dengan dunia, terumbang ambing hidup bersama nafsu semata. Kita inginkan bantahan ini benar terbit terasa dari hati. Jiwa kita seolah rasa pedihnya dari penghinaan ini. Demikian, lalu terhasil apa yang dihasyratkan dan segalanya terkandung dari kebersihan dan kekuatan jiwa dengan rapatnya hubungan kita dengan Allah swt. 

7. Mungkin ini sangat wajar sama kita sampaikan dan ketengahkan. Kerana ini adalah asas dan berkait rapat dengan laungan bantahan yang kita bangkitkan. Atau juga dengan menyebar risalah-risalah dimasjid, memanfaatkan ruang media, facebook, menghasilkan video, artikel menjelaskan kisah sejarah siapa Nabi kita dan bagaimana akhlak Nabi kita yang sebenarnya.



8. Amal dan sebar sunnah Nabi bermakna mempertahankan Nabi. “Kita cintakan seseorang, lalu kita akan sanggup penuhi hajat orang itu, buat apa yang disuruh, rela berkorban apa sahaja deminya, selalu ingat, akan mempertahan dan membelanya, tidak ingin berjauhan, gembira berdekatan”. Begitulah bila dikata cinta. Marilah sama-sama kita ruangkan masa baca kisah bagaimana cinta dari sahabat Nabi saw. 

9. Menyebar bidaah adalah patut dirasa berat juga seperti menghina Nabi saw. Sebab ia telah memalsukan dan mengkucarkan asas agama Islam ini. Begitu juga mempertikai, menolak dan melawan hukum Islam. Sebab tidak yakin dengan Islam. Dan kenapa berlaku penghinaan ini, turut juga harus kita fikirkan. 

10. Hingga berlaku kematian dan rusuhan. Ini memang sudah jelas berlawanan dengan cara Islam. Inilah perlunya asas didikan ilmu agama, untuk kawal nafsu. Demikian rasa marah yang terlalu ketara tak mampu dibendung lagi, itulah terjadinya. Bila seorang insan pilihan Allah, Rasul kebenaran kita dihina. 

11. Kesimpulannya, marilah sama-sama kita berusaha membenarkan laungan suara bantahan kita semalam. Dengan terus berkerja bersugguh-sungguh dalam apa jua bentuk untuk menaikkan Islam kembali. Bermuhasabah adakah tiap perintah dan larangan Allah dan Rasul telah sentiasa diawasi. Sunnahnya dituruti dan mesej dari Nabi saw telah kita serukannya. “Sabda Nabi saw: Sampaikanlah dari-Ku walau hanya satu ayat. (Hr Bukhari)”. Dan kita mesti ingat, musuh-musuh Islam sedikitpun tak merasa gentar dan bimbang jika kita sekadar keluar meluahkan dengan jeritan semangat itu. Tapi kosong pada diri dua perkara sepertimana yang telah dikongsikan diatas. Kita baca tentang bagaimana sirah Nabi saw dan para salaf dalam perang bila berhadapan dengan musuh. Bimbang perangai kita sama macam orang munafik. Masih ada juga mengambil peluang dengan dendam politik. Dan seterusnya sama-sama alungkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.




Firman Allah swt: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta Alam”. (Al-Anbiyaa' 107) 

 Firman Allah swt: “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olok, mempermainkan (kamu). (Yaitu) orang-orang yang menganggap adanya tuhan yang lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui (akibat-akibatnya). Dan Kami sungguh mengetahui, bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat). Dan sembahlah Tuhanmu hingga datang kepadamu yang diyakini (ajal)”. (Surah Al-Hijr 94-99) 


06 Zulkaedah 1433 H bersamaan 22 September 2012 M 
Sabtu, 10.00 am. Sana’a, Yaman.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Hijrah dan Abby Abadi.

1. Sekarang ini, ramai yang sudah berhijrah. Iaitu kembali berubah membenarkan syariat Allah. Bertaubat dan telah mengakui kesilapan-kesilapan mereka dahulu. Demikian kita semua juga pernah alami hal ini. Namun beza hanya ia diketahui orang atau tidak. Namun bagi orang seperti artis, yang bersangkutan dengan ramai orang, pengaruhnya besar. Maka diperlukan untuk memaklumkannya. Menjelaskan kita sebenar telah lama dalam kelalaian. Kerana pengikutnya telah berpetunjukkannya.




Sabda Nabi saw: Sesiapa yang mengajak, menyeru kepada kebenaran, maka untuknya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutnya, tidak kurang daripada pahala-pahala mereka sedikitpun. Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutnya, tidak kurang daripada dosa-dosa mereka sedikitpun. (Hr Muslim) 


2. Inilah dunia, manusia tidak akan puas melainkan hinggalah masuk ke tanah. Dan Allah sentiasa menerima taubat hambanya. Sabda Nabi saw: “Sekiranya manusia memiliki satu bukit berupa emas, maka ia menginginkan untuk memiliki dua bukit (emas). Dan tidak akan ada yang dapat memenuhi keinginan manusia kecuali tanah (setelah manusia dikubur). Dan Allah akan mengampuni siapa saja yang bertaubat kepadanya”. (Hr Bukhari) 


3. Para Nabi-nabi kita juga pernah berdoa minta diampunkan dosa dan diberikan hidayah kepada mereka yang lalai dan melawan Islam ini. Kerana ramai yang benar masih jahil. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud ra, “Aku masih terbayang Rasulullah saw menceritakan tentang seorang nabi daripada nabi-nabi sebelum Rasulullah yang disiksa (dipukul) oleh kaumnya hingga berlumuran darah. Dia mengesat darah dari mukanya sambil berkata, ya Allah ampunilah kaumku oleh kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui” (Hr Bukhari dan Muslim). 


Kita juga semua acap pernah berdoa untuk semua ini. Alhamdulillah, hari ini Allah perkenankan doa dengan kesedaran dan penghijrahan mereka. Hal ini amat dirasai oleh penegak-penegak Agama. Bahkan mereka yang berhijrah begitu semangat memperjuangkan Islam. Begitulah persamaan peristiwa sejarah yang pernah berlaku pada zaman Nabi saw dahulu. 'Umar al-Khattab, Khalid al-Walid, Abu Sufyan dan lain lagi'. Mereka menjadi dikalangan orang utama yang menggerakkan Agama ini. Begitulah benar firman Allah swt: “Dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Muhammad, 38). Marilah kita terus panjatkan doa dan kuat berusaha, saling mengajak dan membantu untuk kebenaran Islam ini. 


4. Ada yang kata Pas guna artis kerana tertekan dengan Bn. Ya, saya amat setuju artis digunakan oleh Pas. Biarlah diguna oleh Pas. Guna segala nikmat dan anugerah kurniaan Allah dengan jalan yang halal. Pas perlu menggunakan artis ini. Untuk selamatkan mereka, membentuk dan menjelaskan mereka syarat-syarat hiburan yang mampu menghiburkan kita juga diwaktu akhirat nanti, insyaAllah. Kerana umno yang telah merosakkan sistem agama yang sudah cukup cantik dan sempurna. Kalau tidak ingin kaitkan dengan Pas pun. Tapi perlu bersama dengan golongan yang mengajak ke arah yang benar ini. Ada artis yang benar-benar memang kerana untuk cari rezeki, dan malang ada artis yang masih pertikai dan persoal kenapa aku perlu berubah. Mohon jauh dari demikian. Yang telah menfitrahkan perbuatan dosa itu.




5. Apa-apa ruang yang ada, kita perlu gunakannya. Walau ruang politik. Apatah lagi memang dalam golongan yang hasyratnya untuk meraih kuasa ini, adalah tidak lain untuk menjalankan syariat Allah. Negeri Kelantan, mata hati kita dapat melihat sendiri perbezaannya. Apa lagi yang nak diegokan? 


6. Saya amat terasa dengan kenyataan Abby Abadi ini. “Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan. 


"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik." "Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan Syariah” 


7. Ia, benar itu dugaan dari Allah. Atas keadaan orang itu mampu atau tidak hadapi ujian Allah. Seperti juga kita. Dengan jalan dan cara yang haram, menipu. Kita dapat raih untung besar, dan yang amanah dan halal, amat memerlukan kesabaran. Allah nak lihat keikhlasan kita. Namun sebagai orang yang saling meneyeru kepada kebenaran. Inilah dosa kerajaan dan yang menyokongnya. Memberi ruang untuk kerja dosa dan tidak berusaha bersungguh membanterasnya. Dan ruang kebaikan dilihat hal yang salah. Demikian kerana dalam pentadbirannya sendiri, hal-hal dosa masih diteruskan. Dan itu kelemahan Abby, seperti kelemahan kita juga. Sedang sifat orang-orang beriman itu saling bantu yang benar. Mungkin boleh dikatakan kenyataan itu, “kita sebenarnya telah terlalai hasutan syaitan dan terjerat perangkap orang-orang yang tidak ingin menegakkan Islam. Dan kita mampu dan perlu merubahnya, dengan memberikan kemenangan pada yang ingin menegakkan Islam. Kita dapat juga kerja dan kerjanya direhai Allah”. Dan ingatlah, ini ujian buat kita semua selaku oang beriman. Mereka dinegara eropah, yang dihalang untuk pakai tudung, dan tiada makanan halal. Maka perlu juga usahakannya hinggalah sampai tak berlaku kemudharatan.




8. Malangnya, ada yang memperlekeh. Jika dari kalangan artis, itu hal lain. Tapi kalangan yang sering menganggapnya itu hanyalah tujuan politik. Dalam kepala, hanya politik harta, pangkat dan kedudukan. Tidak nampak tujuan besar kuasa itu. Iaitu menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah yang berkuasa. 


9. Contoh bagi saya, “kita nak jaga dari buat dosa, dari hadir rasa cenderung kepada dosa, dari hanyut dengan dunia ini. Namun akan sukar nak dikawal, jika dalam keaadaan keluarga kita sendiri yang tidakpun mengambil beratnya. Dan tak terkira adegan filem-filem yang tiada moral, syariat seolah menghalang rezeki, kecanggihan yang tak dapat dikawal ibubapa, pengaruh luar rumah dan segala-galanya lagi. Ia semua berkait dengan kuasa. Dengan yang berkuasa, dengan kerajaan. Kita memang selalu salahkan diri dengan kelalaian ini. Namun kita rasa benci kepada keadaaan yang menghasut kita untuk buat dosa. Demikian bila keadaan sekeliling sering membuka ruang hiburan yang halal. Maka, kita amatlah bergembira dan ia menyelamatkan kita dari buat dosa”. “Pemimpin nak suruh rakyat taatkan Allah, tapi pemimpin buat dosa dan beri galakan untuk buat dosa. Memang itu hal dosa individu juga. Kenapa diikut yang salah. Namun ini tanggungjawab yang besar dari pemimpin. Dan untuk meneyelamatkan kita, maka perlu untuk kita menukar pemimpin itu”.




10. Semuanya dari sifat ego, tak mahu akui kesilapan diri. Semua tiap-tiap kita mempunyainya. Seorang abang, ayah, datuk, ketua, guru, ustaz, dato’, yb, menteri dan sumpamanya lagi. Jika kita walau ditegur dengan baik dan hal itu memang benar. Ada juga terasa dihati kita. Demikian ada yang terus keraskan kepalanya dan yang menginsafinya dan yang terus ingin melawan. Segalanya berkait rapat tahap taqwa kita kepada Allah. Sedar yang kita ini tetap hamba Allah, ada kuasa yang lebih besar berkuasa dari kita. 


“Ya Tuhan kami, ampunlah aku dan ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari berlakunya hisab (hari kiamat)”. (Surah Ibrahim 41) 


“Kata Abdullah bin Mubarak dan yang lain dari kalangan salaf: Dua golongan dari manusia, bila mereka baik, nescaya baiklah manusia. Dan bila mereka rosak, nescaya rosaklah manusia. Iaitu para Pemerintah dan para Ulama’. (I’laamul Muwaqqi’iin, ibn Qayyim. Jilid 1/10)” 

Mungkin boleh baca artikel ini:  
- Berusaha meraih Dunia dan Akhirat. 
- Kejayaan terhasil dari Kerja yang dilarang Allah. 




13 Ramadhan 1433 H bersamaan 02 Ogos 2012 M 
Khamis, 05.50 pm. Sana’a, Yaman.

Khamis, 28 Jun 2012

Agama itu luas, tidaklah sempit dengan Politik.

1. Cara dan kehendak Islam amatlah sempurna, merangkumi setiap sudut aspek kehidupan. Segalanya ada paduan yang telah dijelaskan Islam. Ia dibicarakan dalam Islam.

2. Islam ini Agama hujjah, bukan paksaan atau bukan juga ikutan membuta tuli. Kaya dengan ilmu, keterangan dan segala bukti-buktinya.

3. Bermula dari sekecil perkara, membuang air hingga sebesar urusan, mentadbir negara. Satu-persatu telah termaktub dalam Islam caranya. Kita semua didakwah dan diseru agar berpegang dengan ajaran Islam dan mempraktikkannya. Seruan dan segala ajakan ini bukan hanya sekadar tugas mereka. Tapi ia amanah, amanah dari para ulama’, mereka-mereka yang terdahulu sebelum kita. Diambil dan didengar dari dua sumber rujukan ini, Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Melalui Nabi Muhammad saw sendiri. Pesuruh Allah, manusia seperti kita yang dipilih Allah menyampaikan risalah Islam.




4. Hal politk, muamalat, pernikahan, ekonomi, masyarakat dan segalanya diketengahkan Islam. Pada Al-Quran dan sirah perjalanan hidup Baginda Muhammad saw menjadi sumber asas rujukan utama segala masaalah.

5. Hari ini, kita bersyukur dengan Islam yang telah kita anuti ini. Hasil sebaran dakwah ulama’ dan keluarga yang mendidik kita.

6. Hinggalah sekarang, Islam terus disebarkan. Walau berhadapan dengan pelbagai sekatan dan ancaman.

7. Hakikatnya, Islam pada sebahagian masyarakat kita hari ini, amat lagi lemah dan mundur kefahamannya. Antara punca, kerana suasana dalam meraih kuasa politik, menyebabkan Agama hanya nampak kearah itu. Seolah Agama itu hanya membicarakan soal politik. Segala yang berkaitan dengan pemerintahan dan hal negara. Kadang ia melahirkan kesempitan dalam maksud apa itu “perjuangan” “berjuang”. Kesempitan dalam maksud apa itu memahami dan menegakkan Islam.

8. Tidaklah dinafikan sedikitpun, hal politik ini amat perlu dititikberatkan. Jangan memisahkan agama dengan politk. Tidak membiarkan rasuah, kezaliman, penipuan, penindasan, dan segala ketidakadilan. Segala kemungkaran kerajaan. Namun perkara lain dilihat kurang dan lemah penekanannya. Hanya nampak tentang negara Islam. Demikian juga, sandarlah pada Agama dengan politik yang bersih.

9. Zaman dan keadaan selamanya tidak kekal. Pasti dan terus berubah. Biarlah Agama dan dakwah itu luas, tidaklah disempitkan ia dengan politik. 



10. Semua perlu memahami kehendak dan matlamat Syariat. Memahami keluasan Islam. Janganlah sampai menidakkan sebarang usaha lain yang mungkin tidak seperti usaha kita. Semua kita sedang menuju agar ditegakkan Islam. Melainkan jelas yang membela dan membelakangkan perintah Agama.

11. Bila kita bercakap tentang Islam, bermakna kita kita sedang mempamerkan imej Islam. Menyampaikan ajaran Nabi saw. Menjadi penolong Allah swt.




12. Di zaman sekarang, saya melihat perlu menghasilkan tokoh seperti Dr Yusuf Al-Qardawi.

13. Saya melihat, jika tokoh ilmuan seperti drmaza, uzar, ustaz zahazan dan ramai lagi mengulas tentang Agama, mereka lebih diberi perhatian dan mereka dilihat lebih diyakini. Hatta bila mereka mengulas hal politik, pendapat mereka amat diberi perhatian. Ia mudah dan besar untuk mempengaruhi. Berbeza dengan tghh dan tgna, ia dilihat seolah kurang rujukan selain bab politik, lemah untuk mempengaruhi. Padahal tidaklah demikian. Tghh dan tgna juga tidak pernah jemu menjelaskan kehendak Islam yang syumul. Acap kali semenjak sekolah menghadiri kuliah, ceramah, seminar, apa-apa majlis perasmian dan pelbagai program lagi. Cuma ia dilihat lemah kerana kurang highlight pada setiap program itu. Berbanding highlight para-para ilmuan ini. Lalu menampakan kurang tegas dan prihatin dalam hal lain. Dan juga dari segi penulisan, pembukuan, blog, fb dan youtube. Juga dilihat kurang penekanan secara ilmiah yang ditil dari segi syarah ilmu, hadis dan lain lagi. Dan juga kurang kaitan dengan perkembangan tentang tahap perubahan minda dan maklumat masyarakat sekarang. Mungkin memang keadaan sibuk dan terlalu banyak yang perlu diutamakan. Namun disini saya ingin mengambil contoh web Dr Yusuf Al-Qardawi, pembantu setiausahanya sentiasa mengupdate webnya. Boleh dikatakan tiap-tiap hari diupdate, mengikut perkembangan isu semasa, hukum semasa, fatwa semasa, kertas-kertas kerja dan semua bidang dan perkara diketengahkan. Ia bukan selalu artikel baru, tapi dengan sentiasa diulang mengikut keadaan, contoh tentang puasa, hari raya, haji, masaalah qunut, nisfu sya’ban, dan lain-lain lagi. Berbagai kategori hal Agama dibincangkan. Walau sikit dan pendek, tapi dijelaskan. Segala video menerangkan hukum-hakam. Ia diterangkan untuk membenarkan dan mengiakan kesyumulan Islam dalam memperjuangkan Islam. Kepentingan dan penegasan dalam semua hal. Agar tidak dikata hanya sibuk dengan politik. Zaman dan masyarakat bukan seperti dahulu lagi. Masing-masing sedang sentiasa mengkaji dan melihat fakta. Bermacam ideologi dan pengaruh disebar. Bermacam persoalan ingin ia dijawabkan. Semua berebut memberi pandangan dan info. Kita semua perlu mentajdid cara dakwah kita. Sebenarnya, amat banyak penjelasan agama yang tinggi diperbahaskan oleh tghh dan tgna. Cuma tidak tersebarnya dan disebarnya secara meluas di media.

14. Demikian juga, tidaklah semestinya perlu mengikut segala kefahaman dan agenda yang disampaikan pemimpin dan parti. Kita hanya sentuh berkaitan yang selalu diungkap pemimpin dan parti. Islam ini luas, bicaralah semua sudut dan berilah pendapat ilmiah dari ilmu yang dipelajari. Tidaklah sesekali ia dianggap tidak sekepala dengan pemimpin dan melawan pemimpin. Tidaklah dirasa silap kerana ia tidak disuarakan oleh pemimpin. Semua itu mengikut kesesuaian pada tugas yang telah diamanahkan. Saling memahami dan mengiktiraf. Islam tegas dalam semua bab.


15. Hakikatnya, jika segala ilmu dijelaskan secara benar-benar ilmiah, benar-benar pada fakta dan dengan secara tegas dan adil. Masyarakat dan kita semua juga secara automatik akan jelas nampak perbezaan mana yang benar dan sesat. Pasti menolak yang zalim. Tiada lagi cenderung kepada yang salah. Tanpa perlu diiklan lagi ia mewakili dari pihak mana.

16. Yang kata politik itu kotor, tapi kenapa kita biarkan politik itu dikotorkan. Tak ramai yang sanggup masuk dan bersihkan kotoran itu. Yang sanggup hidu bau busuk itu. Politik itu juga sebahagian dari Islam. Tgna dan tghh antara yang sanggup. Marilah kita semua, berusaha untuk turut sama membersihkannya dalam mendaulatkan Islam. Berusaha ini mestilah dengan ilmu. Tidaklah sekadar semangat. Cara mendedah aib peribadi, menghina, kata kotor, keji, memfitnah, menghentam sewenangnya, memunafikkan, mengkafirkan, menerakakan dan seumpamanya lagi bukanlah politik yang dituntut Islam. Nabi kita, Muhammad saw bukan hanya mengajar, membentuk dan menonjolkan contoh dalam hal solat dan puasa. Tapi semua hal ada contoh dari Nabi saw.

17. Ingin saya kongsikan status Ustaz Khairuddin Attakiri, Setiausaha Dewan Ulama’ Pas Pusat yang dicopy dari fbnya tahun lepas. “ Ramai yang merasakan dirinya baik dan beragama terpedaya dengan ungkapan "jangan bermain politik", "politik itu kotor", "jemu dengan bicara politik", "asyik berpolitik ja", "semua nak dipolitikkan", "jangan berpolitik dalam facebook", hingga akhirnya membiarkan politik negara dikuasai dan diperintah oleh golongan tidak prihatin kepada agama, yang menjadikan agama hanya picisan, yang tidak meletakkan tujuan berpolitik ialah "menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama". tidakkah ini kemandulan dalam beragama? 
 

18. Dari sedikit pemerhatian semasa belajar. Ramai yang sibuk berpesatuan dan parti, lemah dan amat kurang pemerhatiannya pada ilmu. Sibuk sering dijadikan alasannya untuk berjaya. Tidak dinafikan berpesatuan itu juga penting. Mendidik dan mengasuh cara bermasyarakat. Penghujahannya hanya sering berkisar tentang semangat berjuang dan berjamaah. Dari pentafsiran secara ilmiah kosong. Perkara asas sebagai pendakwah amat dhaif, sedang acap berbicara memperjuangkan Islam. Pandangan lain tak didengar kerana tak sefikir dengannya. Erti dakwah itu besar dan luas. Biarlah masyarakat kuat dan yakin dengan ilmu, bukan dengan penampilan, semangat dan sokongan ramai. Manusia tak kekal dan keadaan akan berubah. Namun Al-Quran dan As-Sunnah tetap dipelihara. Kita adalah pejuang dan pendakwah. Kita jua akan mudah luntur semangat jika ilmu tiada.

19. Banyak yang dicerita, apabila pulang, hebat dan kuat berceramah. Namun banyak kecelaruan, keraguan dan mudah menghukum dengan tanpa dihalusi. Kurang untuk menarik yang lain. Begitu jua yang hebat, tapi kurang pengalaman, lalu jadilah orang biasa, kurang menyerlah, tak padan dengan tingginya tahap ilmu yang ditadahi. Malang lagi dibiar yang tiada kemahiran berbicara. Demikian, semuanya amat penting dan amat saling memerlukan.


20. Tiada lain, bimbang asas-asas dan niai-nilai Islam kita yang lain lemah. Diketepikan dan tidak dititikberatkan. Kesan yang bahaya juga menanti. Dan sebahagaian besar masyarakat yang masih jahil, bergelumang dosa, tiada pegangan dan dengan berbagai pengaruh sedang rancak melalui ruang media sekarang. Mungkin dulu dikata kenapa tak ambil tahu dan pisahkan hal politik, tapi sekarang dikata kenapa hanya politik sahaja. Dan mengharap supaya wujud pada pejuang-pejuang kita, turut hebat dan tegas ilmunya seperti drmaza, uzar, ustaz zahazan, ustaz fathulbari dan sepertinya lagi. Tidak mengharap dan hanya mengikut cara tgna dan tghh.

21. Islam menjelaskan kepada kita batas-batas iman dan kufur, sifat munafik dan ciri mukmin. Perbuatan itu membawa ke syurga atau neraka. Yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian dalam mana-mana kitab. Namun untuk mensifatkan dia seorang kafir, munafik, ahli neraka dan sepertinya lagi tidaklah disuruh Islam. Kita tak tahu bagaimana keadaan kita nanti, begitu jua bagaimana kedaan manusia lain kelak. Ini bukan tugas kita, tugas kita mengajak dan menjelaskan, serta saling mendoakan.

Firman Allah swt: Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang siapa yang bertaqwa. (An-Najm 32). Nabi saw bersabda: Siapa yang menyatakan, telah celaka, binasa orang ini, (telah jahanam puak, orang ini). Maka dialah orang yang paling binasa. (Hr Muslim). Sebabnya, kerana kita tidak memberi nilai rahmat Allah kepada orang. Kita menyempitkan keluasan rahmat Allah.

22. Akhirnya, mudahan sedikit pandangan ini ada juga manfaatnya. Jika mungkin salah tanggapan, sila abaikan. Mungkin jua terjadi hanya pada segolongan yang kecil sahaja, kita ubah yang kecil ini. Mungkin juga hakikatnya tidak berlaku pun, hanya persepsi yang sengaja ditimbulkan, atau bila ia sekadar diukur melalui ruang media. Jika demikian, kita tenggelamkan persepsi yang timbul itu. Kita gambarkan yang betul, yang menjadi ukuran orang dimedia itu. Atau jika ia benar banyak terjadi, tak patut dibiarkan dan dirasa selesa dengan sebegitu. Ia mampu mencacatkan Islam. Mohon maaf dan terima kasih sudi membaca. Jangan biar politik itu mengekang keluasan Islam. 


08 Sya’ban 1433 H bersamaan 28 Jun 2012 M
Khamis, 12.45 am. Sana’a, Yaman.

Khamis, 3 Mei 2012

Berita Lucah, amatlah keji perbuatan ini.

1. Apa sudah jadi dengan cara politik Negara kita, makin hari makin parah dengan sewenangnya wujud golongan yang mudah dan sudah selesa dengan menyiarkan berita-berita kotor, dosa itu. Sedikitpun sudah tiada lagi rasa malu, pada diri, pada Allah swt. Tiap ucapan, catatan, laporan, perkongsian, tiada lagi rasa Keimanan. Marilah muhasabah, kenapa sanggup buat, sebar dan membiar perkara sebegini. Siapa yang punya kaitan dengannya. Ia benar sifat yang dicela.


2. Apatah lagi sekarang, masaalah keruntuhan moral, maksiat yang berleluasa, laman lucah dan segala-galanya lagi yang amat sukar lagi dibendunginya. Terdokong pula Kuasa Kerajaan yang menghalalkan akhlak-akhlak sebegitu. Semua lapisan, tahap masyakarat membacanya. Dilangganinya pula di sekolah-sekolah. Suatu perkara amat keji dahulu bukan lagi dilihat keji lagi dimasa sekarang. Begitulah waktu tahun ke tahun. Hinggalah nanti hadirnya kebenaran janji-janji Allah swt. Beruntunglah mereka yang menjejaki petunjuk kurniaan Allah, yang walau susah, penuh duri jalan tersebut.


3. Semua perlu menentang cara Politik sebegini, baik dari mana-mana pihak, individu, Blogger, Fb. Sudah lama kita semua patut, perlu memahami, mendalami cara, kaedah yang telah dilunas Islam. Baik kalau bukan hal politik, masaalah mengutuk, berkata kotor, keji, saling menghina, menggelar, menuduh, memfitnah, mendedah aib, mengedit, memijak, membakar gambar, mengumpat. Berat lagi dalam masaalah maruah, gambar porno. Kita memerlukan cara yang menyegarkan, memanfaatkan fikiran dan masyarakat dalam untuk menegur dan membentuk Politik, Negara kita. Cara kematangan seorang berpelajaran.




4. Sekalipun benar berita-berita keji seperti ini. Islam amat melarang kita mendedahkan dikhalayak ramai. Islam juga melarang cara mengintip dalam mendedahkan dosa seseorang. Islam juga melarang kita bersangka buruk. Perjalanan hidup kita, Allah swt tentukan. Hayat panjang atau pendek. Kita siar dikhalayak awam, tentang hubungan, masaalah, keadaan seseorang itu dengan Allah kita tak mengetahuinya. Taubatnya atau telah matinya mereka, namun berita-berita tetap tersebar. Ingat balasan Akhirat itu benar. Tiada siapa yang rugi atau selamat. Mengintip seseorang, menimbulkan keraguan, banyak masaalah dalam menegakkan hukum, hal aib, jatuh maruh, perbalahan. Tugas kita bukan mencari salah orang, bukan suka, gembira, harap dengan salah seseorang. Banyak mana Allah swt tutup aib kita, kita pula biar aib kita terdedah, kita dedah aib orang. Pernah datang seorang, mengadu kepada Nabi saw agar dihukum, kerana ia berzina, Nabi tak melayaninya, memalingkan muka. Membisingkan, sengaja menghebohkan hal dosa yang dibuatnya lebih besar murka Allah swt. Marilah sama-sama kita renungi peringatan dari Al-Quran dan hadis Nabi saw.




Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim)

Wahai sekalian yang mendakwa Beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum Muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum Muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah cari keaibannya, maka Allah akan mendedahnya sekalipun dirumahnya. (Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad, disahihkan al-Albani)


Nabi saw sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi saw: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.




Wahai orang-orang yang Beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujurat 12)

Kata ‘Abdullah bin Mas’ud: Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak. (Riwayat Abu Daud, Sanadnya sahih)

Daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf: “Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api disebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat. Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: “Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka”. (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi. Juga al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra)

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi sewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud): “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai sewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian”. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq)

Setiap umatku diberikan Keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya orang-orang yang ingin, suka agar tersiar (berita) perbuatan keji di kalangan orang-orang yang Beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui. (An-Nuur 19)




Seorang Muslim adalah orang yang menyelamatkan Muslim yang lain dengan lidah dan tangannya. ( Hr al-Bukhari dan Muslim)

Sesiapa yang Beriman kepada Allah swt dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata yang Baik atau Diam.... (Hr Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya seorang Hamba yang bercakap sesuatu kalimah, ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (Hr Bukhari dan Muslim)

Orang yang muflis dalam kalangan Umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala Solat, Puasa dan Zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si Muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke Neraka. (Hr Muslim)

Seorang Mukmin bukanlah pencaci, dan bukan penghina, berbuat keji dan suka bercakap keji. (Hr Muslim)




5. Jangan kita mudah dan suka sangat merendah-rendahkan orang lain, sering bersangka buruk, mengutuk. Kerana ada yang tak mampu macam kita mampu, kita pun juga sebegitu. Kerana bersalahan dengan apa yang kita nampak, fikir. Kita tak mengetahuinya. Bersyukurlah pada Allah, bergembiralah dengan saling membantu. Jernihkan kekeliruan. Biarlah perbezaan. Teruskan tujuan. Tatkala dalam baki perjalanan hidup, kita akan ketahui hakikat, keadaan sebenarnya. Tatkala kita susah, mengharap bantuan. Malulah dengan Allah, malulah pada diri. Kita bangkit bersama kemampuan dan kelebihan masing-masing.


6. Sifat orang Beriman. Firman Allah swt: Wahai orang-orang yang Beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 6)


7. Tidaklah perlu saling mengata, mengutuk. Jika benar kita sebagai pendokong gerakan Islam? Penyokong agar tertegaknya kehendak Islam?. Jika memang benar mereka sering mengamalkan perbuatan yang dilarang itu, biarkanlah, usah sibuk dihalalkan jua pada kelompok kita. Perbuatan ini dilarang Allah dan Rasul. Apa keuntungan yang kita dapat sebenarnya, ia sekadar hajat nafsu, kita saling terjerat sama. Fikir kerana kejahilanya, ataupun disengaja, memadai respon dengan penuh berhemah, nasihat, dan kita berharap akan disedari, faham. Dan bahasa sindiran-sindiran yang dilihat lebih pada fakta, bukti, Peringatan al-Quran dan as-Sunnah kita ketengahkan. Yang selebihnya serah pada Allah atas keceluparan akhlak, komennya. Kita memohon pada Allah agar ditetapkan hati atas landasan-Nya hingga akhir hayat, pohon dipelihara Iman berhadapan dengan berbagai-bagai lagi ujian, pohon mudahan Allah terus bimbing kita dan yang lain dalam menerima Islam.


8. Kita sudah baca dan dengar. Dengan izin Allah, kita dapat fahaminya. Marilah kita saling mencegah, mengingatkan dan biarkan nilai-nilai Islam terbina dalam waktu tika kita sedang berpolitik dan tiap detik perjalanan hidup kita.

Ya Allah, jadikanlah kami dikalangan golongan: (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang Terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab (yang mmpunyai Akal). (az-Zumar 18)


* Wujud apa-apa persoalan, permasalahan masih terlintas. Artikel Drmaza ini mungkin berkaitan. Sebahagian sumber hadis-hadis diatas, dari artikel Drmaza.


1. http://drmaza.com/home/?p=1379
2. http://drmaza.com/home/?p=1415
3. http://drmaza.com/home/?p=317




11 Jamadilakhir 1433 H bersamaan 03 Mei 2012 M
Khamis, 10.00 pm. Sana’a, Yaman.