Memaparkan catatan dengan label Pendakwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendakwah. Papar semua catatan

Khamis, 6 Jun 2013

Usaha sampaikan berserta Dalil.

 

Biarkan orang yang mahu dan baru ingin mengenal Agama. Ingin memahami dan beramal dengan perintah Agama. Dapat mengenalinya dengan sumber dan sandaran yang sahih. Jadi menjadi tugas penting kepada kita samaada yang pertama. 

- Cuba berusaha menjadi orang yang menyampaikan dan mencari sumber-sumber yang sahih itu untuk diketengahkan. 

- Dan kedua berusaha menjadi wakil mengongsikan yang benar itu.

Dan perlu menjadi ingatan selalu adalah supaya kita tidak jemu menjelaskan sumber rujukan dan teks arabnya. Dan tidak merasa remeh. Walau sudah diketahui orang dan pengaruh yang makin berkembang. Kerana ia dari antara asas besar perbezaan dan kesannya dari cara dakwah yang dituntut ini.


28 Rejab 1434 H bersamaan 07 Jun 2013 M
Jumaat, 12.45 am. Terengganu, Malaysia.

Rabu, 29 Mei 2013

Tak semestinya ambil bidang Agama.

1. Kita ingin mendidik anak agar faham dan kuat Agama, namun tak semestinya perlu menghantar, menyuruh dan memaksanya agar ke sekolah Agama. Andai dia punya kelebihan dan keingingan selain kearah itu, tidaklah menjadi salah. Membiarkannya dengan bidang yang disukai itu. Bahkan itu lebih baik. Tapi ingat, Agama itu tetap wajib. Itu memanglah sudah menjadi keperluan setiap muslim. Mungkin boleh dilazimi tiap-tiap hari dengan tazkirah, wacana, program-program Agama. Selepas maghrib dan subuh, tiap-tiap minggu atau seumpamanya lagi. Dan berbagai lagi kaedah tarbiyyah yang boleh kita bina dan susun.


  

2. Kemampuan dan kesukaan mereka dalam hal lain. Mereka dapat memanfaatkan dan memberi khidmat dengan segala kemahiran itu untuk Agama dan Negara. Yang penting semua faham dan memberi sumbangan untuk Agama. Untuk mendidik memahami Agama tidak semestinya dengan sekolah Agama. Kita merancang, anak yang dihantar dan dibentuk dari awal dengan kefahaman Agama adalah agar menjadi para ulama bila dewasa nanti. Yang kembali dengan imej diri yang hebat ilmunya dan gagah berani menyeru masyarakat dan membimbing masyarakat ke jalan Allah. Yang hebat pencapaian dalam exam spm dan sijil-sijil akademik itu. Hantarlah mereka untuk dalami Agama sebaiknya. 

3. Jika sekadar untuk faham dan kuat agama dan terselamat dari jenayah agama, tidaklah perlu sampai ke luar Negara. Ke peringkat yang sangat tinggi. Sebab kadang dilihat ramai dari kenalan ketika saya belajar, mereka belajar seolah kerana bukan keinginannya, kurang dan tiada sedikitpun wujud minatnya. Seolah seperti suruhan dan kerana harapan tinggi sangat dari ibubapa dan saudara-mara. Padahal asalnya ia bukanlah perkara yang salah. Bermacam ilmu yang terlalu sukar dilihat didalaminya. Kadang-kadang bimbang dilihat. Demikian ini adalah antara punca besar masaalah kepada umat dan merugikan umat. Iaitu bilamana telahpun jauh belajar. Duduk dinegara arab. Telah pula digelar ustaz. Pandai sedikit bercakap arab. Tapi perbuatan dan percakapannya telah mengaibkan dan merosakkan agama. Lahirnya masaalah: "Mengajar banyak yang salah dan mencelarukan. Mudah dan asyik suka menghukum orang. Tidak meneliti sumber. Tiada kesan pada diri. Tiada rasa keinginan lansung untuk mengajak yang baik. Tiada rasa benar-benar tanggungjawab amanah dari Allah dan Rasul. Agama menjadi harga habuan dunia. Bahan-bahan sekadar baca dan sampai. Duit sumbangan orang ramai banyak dibazirkan. Duit pengorbanan ibubapa. Sanjungan dan nilaian tinggi dari masyarakat. Tiada beza akhlak. Gelaran ustaz jadi gelaran main-main." Semua ini antara faktor kerana akibat tidak jelas tujuan dan niat dari asal sebenarnya.


 

4. Jika kita melihat tokoh-tokoh agama dikebanyakan negara arab, tidak asing bagi mereka seorang yang pakar agama itu dari seorang yang juga pakar mata, engineer dan sebagainya lagi. Kita mesti fokus tujuannya dan memberi penjelasan sebaiknya. 

5. Akhirnya, saya menyeru kepada yang membaca artikel ini agar ambil tahu dengan perkara ini. Teguran ini dari suasana yang berlaku ketika saya belajar. Pengajaran dari keadaan saya, dan saling menyedarkan untuk ibubapa dan masyarakat semua. 


28 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 09 Mei 2013 M 
Khamis, 10.30 pm. Perak, Malaysia.

Jumaat, 5 April 2013

Buat Sahabat Sejurusan.

Assalamualaikum semua, sedikit nasihat dan muhasabah bersama.


 

1. Duduk dialam mempelajari ilmu-ilmu Agama itu adalah berada dalam satu perjuangan. Jika di dalam medan perjuangan kita sudah amat payah dan tidak berusaha lansung untuk membenarkan dan mempraktikkan kehendak dan yang paling disukai Agama itu (iaitu seolah untuk betul-betul berperang). Bahkan malu kerana sama-sama tidak menyokong. Masih asyik banyak bermain, korea dan bermacam cerita masih mesti dirutinkan, lagu-lagu memanjang, tidur, dan melakukan hal sebaliknya pula. Bagaimana nanti kita pulang selepas selesai peperangan itu. Berhadapan pula dengan bermacam ujian. Ujian dunia luar dan dari diri kita sendiri. 

2. Hendaknya kita berfikir, menjadi wakil mencari jalan menyelesaikan masalah hal Agama dalam masyarakat. Dan faktor diatas juga penyebab banyak kecelaruan, kelemahan dan berhentinya mesej-mesej dakwah. 

3. Status ini saya muhasabahkan untuk diri saya dan kerana teringat sahabat-sahabat di Yaman. Belajar Agama ini besar tujuan, tanggungjawabnya dan kerana itu besar keuntungannya kelak. Perhatilah kesan-kesan ilmu dalam rutin hidup kita walau ilmu sikit. Mana dosa dan pahala. Sama-sama muhasabah.


25 Jamadilawal 1434 H bersamaan 06 April 2013 M
Sabtu, 12.30 am. Perak, Malaysia.

Selasa, 1 Januari 2013

Dakwah yang terdekat, khusus buat jurusan Agama.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Firman Allah swt: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. (Surah At-Tahrim, ayat 6) 


 “Dalam kita berusaha memelihara diri dan keluarga dari api neraka, menjadikan diri dan keluarga kita manusia yang baik, hebat, dan berjaya dunia dan akhiratnya” 

1. Tiap manusia pasti ada rasa kasih dan sayang dalam hatinya. Terutama perasaan kasihnya pada keluarga sendiri, isteri dan anak, saudara mara berdekatan, dan teman-teman rapatnya. Perasaan yang terbina dan dirasa ini adalah dari hubungan jarak yang dekat. Mungkin bila jauh, rasa itu kurang sedikit eratnya. Kita sudah pasti lebih utamakan yang terdekat. 

2. Dari hubungan dan perasaan ini. Sesuatu hal yang dibicara dan ingin saling disampaikan diantara kita ini adalah lebih berkesan dirasai dan dihayati, kerana ia punyai hubungan kekeluargaan. Dalam menasihati dan membicangkan sesutu perkara. Kepercayaan dan penyetujuan sesuatu hal itu pasti lebih diharapkan lagi.



3. Demikian saya sarankan buat pelajar-pelajar dari jurusan Agama khususnya, marilah kita gunakan jalan ini sebaiknya. Disebalik pesanan Allah dan Rasul agar semua memelihara diri, keluarga dan kaum kerabatnya. Ini adalah ruangnya yang perlu kita manfaatkan sebaiknya. Orang lain telah mengetahui yang kita ini seorang pelajar yang mengambil kos Agama. Ini jalan dakwah kita dan cara untuk kita menarik mereka. 

4. Yang belajar agama ada macam-macam. Ada antara darinya kerana paksaan ibubapa, ada yang ingin untuk perbaiki diri, ada yang sudah minatnya berhasyrat ingin menjadi tokoh Agama, ada yang kerana diera zamannya mudah untuk mencari rezeki, dan ada yang merasai ia dari antara tuntutan dan tanggunjawab besar dari Allah yang perlu ada seseorang untuk sanggup menggalasnya. 

5. Itulah antara perbezaanya, namun apapun bagi mereka yang sekarang masih menuntut dan kelak merancang sekadar untuk mencari kerja dengan mengajar, membuka kelas-kelas agama, menjadi pensyarah. Tidaklah patut ilmu-ilmu yang dijelaskan itu berada dalam linkungan bila hanya mendapat duit sahaja. Marilah kita sama-sama berusaha lebarkannya lagi dengan menyeru dan menitikberatkan dari keluarga kita sendiri, kaum kerabat terdekat, jiran tetangga, dan teman-teman rapat kita. Menggunakan segala ruang-ruang yang diminati oleh kita semua. 

6. Ilmu yang biasa kita sebut ‘fardhu ain’ ini iaitu asas bagi setiap orang Islam adalah wajib dipelajarinya. Yang mengambil jurusan agama itu adalah sebahagian yang perlu dari masyarakat agar mendalaminya. Kemudian bila pulang tamat pengajian, menyampaikan pada orang lain pula. Disebalik ujian besar, untuk dakwah kepada orang lain, dan sudah menjadi kewajipan besar untuk beramal pada diri, disebalik mencari kerja semata dan menyebarkannya lagi dengan amanah. Itu mungkin antara jalan ujian dan cara diangkat darjat bagi seorang penuntut ilmu agama. Namun sedikit dukacita, ramai pelajar-pelajar agama tidak faham dan menyedari hal ini. Jika kita tidak mengambil jurusan agama pun, mereka wajib juga mencari dan mempelajari mana halal haram dan dosa pahala itu. “Seperti telah disebut dalam hadis: Menuntut ilmu menjadi kewajiban atas setiap Muslim (al-Imam as-Suyuuthi menyatakan hasan)”. Maksud ilmu disini ialah Ilmu fardhu ain. Dan begitulah orang lain dengan jurusan masing-masing yang diminati, saling berkongsi dan memerlukan. Semua disarankan oleh Islam. Bila mengenai agama, kita tanya yang pakar agama. Bila mengenai perubatan, kita tanya pakar perubatan. Tidak dinafikan banyak kelebihan yang besar dalam menuntut ilmu. Cuma agar kita tak silap merasakan yang semua perlu menjadi orang yang benar hebat dan tinggi ilmunya dalam Agama. Merasakan untuk tahu dan faham agama mesti mengambil kos agama. Belajar agama untuk kenal dan beramal dengannya tak perlu susah hantar ke luar negara, bimbang nanti terjadi fitnah. Tapi bila belajar untuk jadi pendakwah, maka perlu bersusah payah menghantar dan memberi penekanan sedalamnya mengenai hal itu, agar tidak mencelarukan ilmu untuk masyarakat.



7. Tiada seorang yang rela berpisah dengan orang yang disayangi tanpa apa-apa sebab, bahkan orang yang dipisahkan itu merana kesusahan. Saya dan kita semua mendamba nikmat syurga yang pasti kelak. Jika tiada apa selepas dimatikan, maka untuk apa dihidupkan. Jika rasa kenapa aku patut ikut yang disuruh Allah, fikir bagaimana aku sendiri tak dapat nak fikir tentang hal sebelum dilahirkan, lemahnya bila dilahirkan, dan kelak lemah juga dan akan dimatikan juga. Kita mengharap disyurga nanti, masih bersama-sama dengan keluarga, isteri, anak-anak, saudara-mara dan teman-teman kita yang begitu baik, dirindui dan yang tak terkira nikmatnya bila dapat bersama di waktu dunia. 

8. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyedarkan diri, dan seterusnya dapat lagi menyedarkan orang lain. Marilah kita sama-sama sentiasa usaha, cuba perbaiki, muhasabah dan dakwah diri kita, dan sentiasa usaha, cuba perbaiki, muhasabah dan dakwah orang lain. Terutama keluarga dan orang terdekat kita. 

9. Marilah selalu perhati dan muhasabah kesan-kesan ilmu kita, benarlah ilmu yang sedikit lebih baik dari banyak jika beramal. Sedikit tapi beramal lebih baik dari banyak, tapi tidak diamal. Banyak dengan beramal sudah tentu lebih lagi baik dari sikit yang juga beramal. Banyak sikit bukan beza, amal itu yang ada beza. Kerana sikit, jika diamal, ada manfaat dan keuntungannya walau tidak banyak. Ilmu yang bermanfaat, ia menjadi pengawal hidup kita. Ia memelihara kita. Ia memandu kita. Ia mengubah kita kearah yang lebih baik. Kita mohon jauh dibalakan ilmu, tahu yang benar, tapi mempergunakan untuk modal kejahatan, tetap mempertahanan kesalahannya, menafikan kesilapannya dan tidak dapat mengubah dirinya, orang lain juga rosak dengannya. 

10. Para Nabi-Nabi dahulu sentiasa berdakwah mengajak kaumnya agar beriman kepada Allah, meninggalkan segala sembahan selain Allah. Dan menerima ketetapan-ketetapan dari Allah. Mereka tetap berdakwah walau dihina dan ditentang, masa yang begitu lama dilalui mereka. Akhirnya Allah mendatangkan pertolongan dengan menangnya Islam, dan ada yang dibinasa kerana tetap derhaka. Para Nabi dan Rasul sentiasa pergi memujuk umatnya agar insaf dan bertaubat kembali kepada Allah. Begitulah hari ini, tugas kita juga adalah mencari jalan dengan memujuk orang-orang yang didakwah kita agar kembali mentaati perintah Allah. Menunjukkan indahnya akhlak seorang muslim. Semua pernah buat silap dan semua dituntut untuk saling mengajak orang pada kebenaran dan tidak turut dalam kejahatan. Islam melarang kita sibuk menerakakan orang dan membilang dosa orang. Dan tidaklah kita juga hanya membenci dan merasa marah dengan keburukan orang, sedang kita tiada benci dan rasa bersalah dengan kesalahan dari diri kita sendiri.




11. Kesimpulannya, insyaAllah dari kesungguhan yang bermula dari diri, keluarga, saudara terdekat dan seterusnya lagi akan menjadikan ia terus berbuah dengan memanjangkan lagi mesej-mesej dakwah itu. Dari perasan kasih dan sayang dirasaiAkhirnya, marilah sama-sama kita renungi firman Allah swt ini: 


يُبَصَّرُونَهُمْ يَوَدُّ الْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِي مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍ بِبَنِيهِ، وَصَاحِبَتِهِ وَأَخِيهِ، وَفَصِيلَتِهِ الَّتِي تُؤْويهِ

Orang kafir (ingkar) ingin kalau sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya, dan isterinya dan saudaranya, dan kaum keluarganya yang melindunginya (di dunia). (Surah Al-Ma´aarij, ayat 11-13) 

Dunia ini manusia sanggup untuk pertahankan keluarga dan saudaranya kerana sayang. Kelak manusia sanggup untuk tebus dengan keluarga dan saudaranya sendiri untuk selamat. 


رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا


Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (Surah Al-Furqaan, ayat 65)



19 Safar 1434 H bersamaan 02 Januari 2013 M
Rabu, 03.15 pm. Terengganu, Malaysia.

Sabtu, 28 Julai 2012

Peringatan Bersama Sepenuntut Agama.



- Penuntut-penuntut Agama, perlulah sentiasa mengaitkan hal sekeliling dengannya. 


- Penuntut-penuntut Agama, perlu mengambil dan mencari bahagian untuk menyelesaikan dan memikirkan dari berbagai-bagai penyakit agama dalam masyarakat. 


- Berusaha mencari dan menggunakan apa-apa ruang menyampaikan Agama, bukan hanya jika ada peluang. Ditawarkan pekerjaan, dapat kerja, jawatan dan sebagainya. 


- Penuntut-penuntut Agama, perlu berusaha menjadikan sandarannya dalil-dalil anjuran Al-Quran dan As-Sunnah. 


- Dan marilah kita selalu perhati dan muhasabah kesan-kesan dan manfaat ilmu-ilmu yang dipelajari. 

 اللهم انفعنا بما علمتنا وعلمنا ما ينفعنا وزدنا علما
 اللهم إنا نعوذبك من علم لا ينفع 

 "Bukan yang berilmu dengan tahunya ilmu, tapi berilmu dengan amalnya ilmu" 

 “Apabila kita duduk untuk memberi pelajaran kepada manusia, maka marilah kita pertama-tamanya menjadi orang yang memberi peringatan kepada hati dan diri kita sendiri, dan janganlah kita tertipu dan bangga diri dengan berkumpul dan mendengarnya orang menghadap kita. Sesungguhnya orang lain hanya memerhatikan luaran zahir dan apa penyampaian kita, sedang Allah swt sentiasa memerhatikan dalaman kita” 




08 Ramadhan 1433 H bersamaan 28 Julai 2012 M 
Sabtu, 02.50 pm. Sana’a, Yaman.