“ Setiap Manusia akan Mati juga, Bila, Dimana & Bagaimana keadaannya. Segalanya telah tertulis disisi Allah swt ”

Menikmati pelbagai Nikmat serta Makanan dan Hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai betapa Indahnya Belaian kasih sayang, Cinta dan saat-saat kebahagiaan.
Seterusnya kita dapat mengenali siapa Pencipta kepada semuanya ini termasuk Alam yang Maha Luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan Rahmat-Nya.
Segalanya adalah kurniaan Allah swt kepada kita. Namun ramai yang melupainya. Seharusnya kita perlu menggandakan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah atas segalanya. Sentiasa tunduk dan menerima dengan penuh yakin tiap perkara yang diperintahkanNya, dan menghindari tiap perkara yang dilarangNya. Membiasakan diri dengan amalan-amalan Sunat. Bersedia untuk dikorbankan segala kehendak Nafsu dalam menjalani Kehidupan ini.
Dunia ini hanya sementara sahaja. Yang kekal adalah diakhirat sana. Sama-sama kita Persiapkanlah bekalan untuk kesana.
* Kita semua akan dimatikan. Firman Allah swt :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنْ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (A-li 'Imraan 185)
* Dunia hanya Permainan, Hiburan Semata-mata.
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الأَمْوالِ وَالأَوْلاَدِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
* Datangnya Kematian walau dalam keadaan sekali manapun.
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُّمْ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ وَإِنْ تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِكَ قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ فَمَالِ هَؤُلاَءِ الْقَوْمِ لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا
* Kita tak dapat menghindarinya.
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاَقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
* Kematian telah ditetapkan tempatnya.
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
* Telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat.
وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (Al-Munafiquun 11)
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-A'raaf 34)
Demikianlah Dalil-dalil yang telah jelas menunjukkan Setiap Manusia akan Mati juga. Dunia akan berkahir jua. Setiap Kita akan pulang mengadapNya. Dihidupkan buat kali Kedua untuk dibicara kembali tiap cara Hidup yang telah diguna dimasa Dunia dahulu. Adakah segalanya menepati kehendak Islam (Agama Allah swt) atau dibelakanginya. Seterusnya penentuan Syurga atau Neraka yang menjadi tempat yang kekal selepas Dunia.
Justeru itu tiada seruan lain lagi yang ingin disampaikan. Sama-sama kita menilai diri masing-masing. Adakah kita semua sudah melaksanakan tuntutan Agama dalam kehidupan seharian. Menjaga segala batas-batasnya, Halal Haram, dan semua yang berkaitan. Saling diingatkan pada diri, keluarga, sanak-saudara, teman-teman serta masyarakat lainnya.
Dimasa masih Hidup inilah peluang untuk merubah segalanya. Islam bukan Agama yang susah, zalim dan sebagainya. Islam datang menyelamatkan manusia. Mencorakkan kehidupan manusia dengan nilai-nilai yang murni. Berbeza dengan kehidupan mereka yang tiada aspek Halal, Haram, tiada Perhintungan Dosa, Pahala dalam kehidupan mereka. Hanyalah memuaskan Nafsu dengan Dunia semata-mata. Firman Allah swt :
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan. (Hud 15,16)
Mudah-mudahan digolongkan kita menjadi hamba yang sentiasa patuh, Istiqomah dalam menunaikan kehendakNya, bukan yang berputus asa dengan rahmatNya. Firman Allah swt :
Katakanlah : Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 53)
Selalulah kita berdoa kepadaNya agar sentiasa diberi kekuatan, keteguhan Iman dalam menghadapi sebarang bentuk ujian yang hanya Sementara ini untuk terhindar dari Siksa Neraka Kelak.
Nabi saw mengingatkan supaya kita berlindung dari empat perkara dan disuruh membacanya setiap kali selepas Tahiyyat Akhir.
أللهم إنا نعوذبك من عذاب جهنم ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات ومن شر المسيح الدجال
Nabi saw bersabda : Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir. Maka berlindunglah kamu dari Empat Perkara. Daripada azab Api Neraka, azab Siksaan Kubur, dari fitnah dimasa Hidup dan Mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal. (Hr Bukhari Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan