Sabtu, 3 Julai 2010

Jika benar kamu mengasihi Allah

Firman Allah swt :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li 'Imraan 31)



Ayat ini menyatakan berkaitan kasihkan Allah menjadi suatu perkara yang sangat penting di dalam beriman kepada Allah swt dan juga beriman kepada Rasulullah saw.

Ayat ini menceritakan Allah swt menyuruh umat yang menjadi sasaran dakwah dizaman Nabi saw, iaitu orang-orang musyrikin mekah dan juga golongan ahli kitab. (Nabi saw mengatakan : Jika kamu benar-benar mengasihi Allah maka ikut lah daku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu)

Syarat untuk mendapat kasih Allah swt ialah mengikut Nabi Muhammad saw.

Diantara maksud Allah mengasihi ialah sebagaimana yang disebut di dalam ayat diatas (Maka ikutlah daku) yakni hendaklah kita mengikuti segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Bermula dari mengucap kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, haji, perkahwinan, muamalat dan seluruh aspek kehidupan kita mestilah berlandaskan tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Termasuklah juga dalam mendirikan kerajaan Islam.

Sebagaiman yang dilaksanakan oleh Nabi saw di Madinah. Menjadikan hukum Islam sebagai hukum yang berkuasa memerintah Negara. Kita juga melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh para sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar dalam menunaikan suruhan Allah swt.

Membuktikan keimanan mereka dengan mengikuti Nabi saw untuk berhijrah ke Madinah. Sehingga sanggup meniggalkan tanah air, harta benda serta anak isteri, semata-mata bagi mendirikan Kerajaan Islam.

Dan orang madinah pula menyerahkan tanah air mereka dan harta benda, untuk melihat tertegaknya Kerajaan Islam.

Janganlah kita menjadi golongan yang mengambil sebahagian sahaja di dalam melaksanakan perintah Allah swt dan meninggalkan sebahagian yang lain, sepertimana yang kita lihat keadaan pemimpin pada hari ini. Bahkan yang lebih malang lagi mereka yang menganggap politik itu adalah suku dan agama suku.

Firman Allah swt : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al- Baqarah 208)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan