قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ
أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ
وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, Dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, Dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) tidak mahu menjadi kafir setelah Islam, sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka. (H.R Bukhari Muslim)

Syarah Hadis
1. Kasih mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada mencintai yang lain, maksudnya ialah kita mestilah mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kita kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, saudara mara, hatta terhadap diri kita sendiri. Dan selanjutnya kecintaan kita yang mendalam itulah yang mendorong kita untuk berbakti kepada Allah dan Rasul-Nya, seterusnya menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Kita mendahulukan perintah Allah dalam apa jua perkara.
2. Bukan kerana melihat pada harta, kedudukan yang tinggi dan sebab-sebab duniawi. Cinta jenis ini juga adalah cabang dari kecintaan seseorang terhadap Allah. Seseorang jika benar-benar cinta kepada Allah, maka kesan cintanya itu akan mendorong dia untuk suka jika orang tersebut taat kepada Allah, dan sebaliknya dia akan bersedih dan berusaha menegurnya jika rakannya itu melakukan dosa. Ini tidak bererti jika ia mencintai seseorang kerana tujuan selain itu lalu ia terkeluar daripada iman. Hanya saja sebagai bukti kemanisan iman seseorang ialah jika dia cinta kepada seseorang semata-mata kerana Allah, dan jika ia benci kepada seseorang juga adalah semata-mata kerana Allah.
3. Mukmin yang hakiki adalah orang yang tidak ragu lagi bahawa sekiranya dia kembali melakukan amal-amal kufur (dosa) setelah ia insaf dan mendapat petunjuk Allah (taufiq) maka tidak mustahil dia akan dilemparkan kedalam api neraka di akhirat nanti. Oleh sebab itu imannya yang mendalam mencegah dia daripada mengulangi lagi dosa-dosa lampau sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api di dunia ini. Dan sebagaimana kebenciannya kalau dirinya akan dihumban ke dalam api yang bernyala-nyala, begitu jugalah darjat kebenciannya jika anaknya, ibu bapanya, isterinya dan saudara maranya akan dilemparkan kedalam api.
Jika 3 pekara diatas tidak terdapat pada diri kita, ia menandakan tiada kemanisan iman dalam diri kita.
Kemanisan iman ini kita gambarkan sebagai gula yang hilang rasa manisnya, begitu juga dengan garam yang hilang rasa masinnya. Ianya tidak akan membawa manfaat, begitu juga dengan Iman yang tidak ada kemanisan padanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan