“ DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali...”
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmatnya yang tidak terhitung, kita masih lagi diberi waktu untuk terus hidup di muka bumiNya. Di dalam kesibukan kita melakukan tugasan harian, mencari rezeki dan sebagainya. Marilah sama-sama kita berfikir sejenak tentang kehebatan dan kekuasaan Allah swt menciptakan asal kejadian manusia, agar kita memahami dan menjadi hamba yang Bersyukur. Tunduk atas segala SuruhanNya, dan dijauhkan dari menjadi Hamba yang sombong dengan Nikmat yang dikurniakanNya.

Nikmat yang telah dianugerahiNya amatlah banyak sekali, tak dapat nak dihitung. Sihatnya Tubuh Badan, tiada kecacatan, dicukupkan rezeki, dan segala nikmat-nikmat yang lain, boleh dikatakan segalanya kita kecapi.
Persoalannya, pernahkah kita bersyukur dengan segala nikmat pemberian Allah swt ini. Dengan menunaikan segala hak-hakNya dan menjauhi segala larangannya, seterusnya meyakini akan setiap apa yang telah ditetapkan. Segala nikmat ini hanyalah sementara sahaja, mensyukuri Nikmat tersebut dengan menjalani SuruhanNya membawa kepada Hasil yang menguntungkan dan mengembirakan di Hari Akhirat kelak. Oleh itu janganlah kita lupa untuk mensyukuriNya.
Telah dijelaskan dalam Al-Quran dalil-dalil yang menerangkan bagaimana asal kejadian kita semua. Firman Allah swt :
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنْ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلاَ يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا وَتَرَى الأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (Al-Hajj 5)
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ مِنْ سُلاَلَةٍ مِنْ طِينٍ، ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ، ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ وَبَدَأَ خَلْقَ الإِنسَانِ مِنْ طِينٍ، ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِنْ سُلاَلَةٍ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ، ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِنْ رُوحِهِ وَجَعَلَ لَكُمْ السَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ قَلِيلاً مَا تَشْكُرُونَ
هَلْ أَتَى عَلَى الإِنسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا، إِنَّا خَلَقْنَا الإِنسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
فَلْيَنظُرْ الإِنسَانُ مِمَّ خُلِقَ، خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ، يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim). Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan. (At-Tariq 5-7)
أَلَمْ نَخْلُقْكُمْ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ، فَجَعَلْنَاهُ فِي قَرَارٍ مَكِينٍ، إِلَى قَدَرٍ مَعْلُومٍ، فَقَدَرْنَا فَنِعْمَ الْقَادِرُونَ
هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (A-li 'Imraan 6)
أَوَلَمْ يَرَ الإِنسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ
Syukur padaNya hari ini kita masih diberi peluang merasai Nikmat Kehidupan Dunia ini. Kelak kita pasti akan dimatikan juga. Akan pulang kepadaNya juga. Bersyukur kerana dipilihNya kita dikalangan Hamba-HambaNya yang Beriman. Yang menyerahkan setiap cara Hidup pada kehendak yang diingini Islam. Mudahan Hati kita semua ditetapkan, diistiqomahkan di atas jalanNya hingga ke Akhir hayat.
Apa-apa pun pekerjaan yang dilakukan dimasa Dunia ini perlu sentiasa diingatkan segalanya berlaku dengan kehendak Allah swt. Jika Allah swt berkehendak menyekatnya, maka segalanya tidak berlaku. Dia Maha Berkuasa atas Tiap-tiap Makhluknya. Maka harus sentiasa disyukuri, diingati bahawa segalanya adalah kuniaan Allah swt. Perlu dijauhi dari sifat riak, sombong, takabbur, dan segala perkara yang menjadikan Murkanya Allah swt pada Kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan