Sabda Nabi r: Allah telah berkata: Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya. Puasa adalah pendinding. (Hr Bukhari)
Sabda Nabi r: Setiap amalan anak Adam akan digandakan, satu amalan kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda. Allah berkata: kecuali puasa, puasa itu untuk-Ku, dan Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebab-Ku. (Hr Muslim)
1. Berbeza dengan ibadat lain, mungkin seseorang yang tunai atau tinggal solat. Mereka tunai atau tinggal dalam kedaan ada orang mengetahui dan melihatnya. Walau diucap aku sudah solat, aku bukan yang tinggal solat, tapi perbuatan membuktikannya. Mungkin jua mereka tunai dalam tidak ikhlas, kerana disuruh, menunjuk-nunjuk atau sekadar memenuhi syarat dan seumpamanya lagi.
2. Namun bagi yang berpuasa, mereka tunai atau tidak, tiada orang mengetahui dan melihatnya. Hanya Allah yang mengetahui hal sebenarnya. Mereka mengaku aku sedang puasa, aku bukan yang tinggal puasa, tapi perbuatannya tak dapat diketahui melainkan Allah. Hanya kita dengan Allah.
3. Sebab ibadat ini benar-benar berkait rapat antara perintah Allah dengan keinginan nafsu. Solat, mungkin hanya beberapa rakaat, lalu selesailah dan dapat buat dosa semula. Namun puasa tidak, ia boleh dinampak jelas kesan kepatuhan kita pada Allah. Kerana kita sanggup menahan lapar dan dahaga. Menahan rasa letih, tekanan, terliur dengan makanan dan melakukan persetubuhan bagi yang sudah berkahwin. Memaksa diri untuk segalanya itu. Disamping sentiasa mengawal tiap perbuatan yang menghilangkan ganjaran Puasa. Tiada keinginan untuk menunjuk, memenuhi syarat dan sebagainya.
4. Demikianlah sabda Nabi saw: “Allah swt menyatakan, puasa ini untuk Aku, dan Aku yang akan memberi balasannya”. Kerana hanya Allah mengetahui hakikat dan kadar segalanya. Kerana sudah pasti semutlaknya untuk Allah. Tidaklah bermaksud amal yang lain tak diketahui dan bukan untuk Allah. Tapi menggambarkan tentang betapa besar dan hebat kelebihan orang yang berpuasa. Bagi yang sanggup menahan nafsu jasmani dan rohaninya. Sebab ia berkait dengan kedua-duanya. “Makanan jasad dan roh”. Tidak seperti ibadat lain.
Wallahu 'alam.
02 Ramadhan 1433 H bersamaan 22 Julai 2012 M
Ahad, 02.30 pm. Sana’a, Yaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan