Rabu, 25 Julai 2012

Itulah Kehidupan....

Beginilah kehidupan, permulaannya adalah lemah dan akhirnya juga adalah lemah, maka ambillah peluang di antara kedua-duanya dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan mencari keredhaan-Nya.




Kehidupan itu memedihkan, kemudian harapan menyembunyikan kepedihan itu, kemudian amalan merealisasikan harapan itu, kemudian ajal menghentikan amalan itu, kemudian dibalas setiap orang apa yang telah dikerjakannya. 

Kehidupan itu tidaklah ia kecuali kisah yang pendek, “dari tanah, atas tanah, kembali ke tanah”, kemudian hisab sama ada ganjaran pahala atau balasan hukuman, maka hiduplah kehidupanmu kerana Allah, kamu akan menjadi makhluk Allah yang paling bahagia.




Seekor ikan besar memakan ikan kecil kemudian seekor burung memakan ikan besar yang memakan ikan kecil itu. Demikianlah kehidupan, kita bekerja dan bekerja kerana semata-mata untuk diri kita sehingga kita menyangka bahawa kita memiliki dunia dan apa yang ada di dalamnya, maka tiba-tiba datang sesuatu yang menyergah kita dan memusnahkan setiap angan-angan, harapan dan cita-cita kita. Itulah kematian akan menemui kita. 




Pilihan dari status kenalan Fb. 
05 Ramadhan 1433 H bersamaan 25 Julai 2012 M 
Rabu, 03.00 pm. Sana’a, Yaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan