Rabu, 18 Julai 2012

Marilah kesali Dosa, tidak Ego..

"Firman Allah swt: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (At-Tiin 4)"




1. Jika sentiasa patuh dan serahkan ke kehendak nafsu. Hancur binasalah dunia ini. Gay, lesbian, tipu, rasuah, curi, bunuh, zalim, bebas aurat, pergaulan, zina, sumbang mahram, anak luar nikah, arak, dan sebagainya lagi, andai dihalalkan dan tiada halangan. Entah, apa jadi dengan dunia ini. Memang kelam kabut dan habis celaru, punah rosak. Seperti binatang yang kita lihat. Begitulah Al-Quran sifatkan lebih teruk dari binatang kerana kita ada akal. Sudah pasti, kita semua secara fitrah asalnya tidak sesekali mengingini dan benci sifat ini. Ini sifat asal pada setiap manusia. Namun nafsu sentiasa menghasut. Kita manusia, Allah kurniakan akal dan nafsu. Binatang hanya nafsu, sedang malaikat tiada nafsu. “Demikian ada pendapat yang menyatakan, ada manusia yang tahapnya lebih mulia dari malaikat. Dan ada yang menyatakan sebaliknya”. Apabila berjaya mengawal kedua-duanya pemberian ini. Lebih dari malaikat atau teruk dari binatang. 


2. Islam tak halang nafsu seperti dilakukan sami budha atau cina dikasi dan lain lagi. Islam juga tak biarkan turutinya, sampai sumbang mahram, rogol dan lain lagi. Tapi Islam mengawalnya, meletakkan cara yang sesuai. Cara ini yang dapat menyelamatkan dan membentuk kita. Kita nak harta yang banyak, tapi bukan dengan mencuri, menipu. Kita saling ingin untuk bebas bergaul, tapi bukan dengan zina, lalu anak luar nikah. Kita nak agar orang tertarik dengan kita, tapi bukan dengan pakai seksi. Kita nak cari duit, tapi bukan dengan jadi pelacur, jual dadah. Begitulah perkara lain lagi. Memang semua ini bukan senang nak hindar dan ubah. Tapi difikir, amat munasabahlah ganjaran syurga yang Allah janji kelak. Semua ini, kita tak akan dapat tinggal dan kawal melainkan setelah hubungan kita dengan Allah kuat. Tauhid, keimanan kita kepada Allah. Amal, ketaatan kita pada tiap suruhan Allah. Semuanya berkait rapat soal rukun Iman dan Islam. Inilah penting dan tujuan besarnya segala ibadat yang diwajibkan Allah. Kesan untuk diri, hubungan dengan Allah. Kearah membentuk manusia yang mulia, yang berakhlak. Ini ujian dan ini tujuan kita hidup, sebab kita bukan kekal disini. Bersambung ke alam Akhirat. Begitu juga kes pengeboman berani mati sesukanya, cara ibadat yang melampau dan berikutnya lagi. Ia bukanlah dari ajaran Islam.




3. Yang terlanjur, pernah buat jahat, keji dahulu. Islam buka pintu seluasnya pada kita. Jangan kita sombong. Kita perlu kembali, usaha berubah taatkan perintah Allah. Jangan ikut iblis yang sombong, dia rasa tak patut taat perintah Allah. Kenapa perlu taat pada perintah Allah? Sedang aku dari api, Adam dari tanah. Begitulah kita, jangan sampai fikir demikian. Kita fikir kita ini macam mana yang asalnya dari dalam kandungan, dari air mani. Kadang hakikatnya, bila kita ingat semula dosa, perbuatan yang kotor, yang jahat kita lakukan. Kita rasa, bodohnya, peliknya, teruknya aku. Macam mana aku boleh buat macam tu, kenapa aku sanggup buat. Tak berfikirkah aku ketika tu. Itulah nafsu, saat akal tak berfungsi. Iman lemah. Keinginan ini sebenarnya fitrah, fungsikanlah ia dengan iman. Tidak bertindak mengikut nafsu.




Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." 

Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina." (Al-A'raaf 12,13)


Iblis diberi syurga, disuruh agar sujud. Kita diberi dunia, disuruh supaya patuh. Gunalah nikmat dunia dalam keadaan tidak lalai. Guna nikmat dunia dengan berpatuhkan Allah. 


Firman Allah swt: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai tua, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. (Al-Hajj 5) 


“Begitulah beratnya hukum bagi orang yang tidak Solat, jenayah yang paling teruk. Kerana sifat sombong” 


4. Banyak dan berat mana dosa kita, kembalilah kita bertaubat. Banyakkan, lebihkan amal, kebaikan. Ia akan menghapus kejahatan, ia akan lahir rasa malu, rasa bimbang, tidak selesa untuk buat dosa. Selalu bersalah dan tidak berputus asa, lalu terus bertaubat. Kelak, lama-kelamaan, ia akan menenggelamkan kejahatan. Hati akan tawar dengan maksiat. Nabi saw pernah bersabda: “Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dihasankan oleh al-Albani). Ini gambaran, kita tak dapat lari dosa, namun bukan semesti kita perlu redha, terima kerana bersandar pada hadis ini. Hadis ini menyatakan, yang sifat sememangnya manusia ini. Allah swt ciptakan akal dan nafsu, tak ada yang bersih, pasti pernah juga terlanjur. Dan disuruh terus bertaubat. Ini sifat hakikat manusia, jangan kata dan anggap seseorang seperti malaikat atau binatang. Itu lumrah, semenjak kisah Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga. Ini semua pengajaran dan panduan kepada kita.




“Copy dari status fb seorang sheikh, katanya: Penyakit-penyakit nafsu itu semuanya berpunca daripada keinginan. Manakala penyakit-penyakit hati semuanya berpunca daripada kesombongan. Sesungguhnya Allah mengampunkan maksiat yang terhasil daripada keinginan, dan Dia tidak mengampunkan maksiat yang terhasil daripada kesombongan. Dalilnya, Saidina Adam, maksiatnya adalah keinginan untuk makan buah, sementara Iblis maksiatnya adalah kesombongan, maka Allah mengampunkan Saidina Adam dan tidak mengampunkan Iblis - Dr Muhammad Muhanna” 


5. Islam tak kisah banyak mana maksiat yang kita lakukan, jelek mana yang dikerjakan. Kita diberi peluang yang amat luas, demikian jika ada yang terus menghukum, menerakakan orang semudahnya, ia tidak dibenar dan dilarang Islam. Masaalahnya kita sendiri, selama mana kita terus ingin bermaksiat. Semuanya, Allah masih kurniakan kepada kita walaupun kita buat maksiat, rezeki, sihat, umur hidup ini. “Ada orang, andai Allah bagi segala isi dunia kepadanya. Segala nikmat dunia dia dapat kecap dan rasa, dikurniakan segalanya kepada dia. Tiada halangan, hukuman. Dan dia lihat, tahu berlaku kematian, kejadian alam, kemalangan, yang ditimpa penyakit. Hanya satu menjadi bezanya, menjadi ujian besar untuknya. Supaya tunduk jua kepada ketetapan Allah. Hanya agar tunduk perintah Allah. Samada patuh atau tidak? Guna segala nikmat dengan cara yang halal atau tidak? Kenapa ego, tak ingin patuhkan Allah juga dan tidak berusaha”. Kenapa kita pilih jalan yang salah, kita yang menzalimi diri kita sendiri. Kita kena berusaha untuk berubah, guna jalan yang halal, sebab kita ada akal. Ada Allah. Ada kekuatan sebenarnya. Tiap saat hidup, ini peluang dan ruang kita. Ajal itu pasti. Azab atau nikmat itu benar. Hukum Islam berkait segalanya, untuk memulihkan semua keadaan. Bacalah kisah qarun harta yang banyak, firaun kuasa yang hebat, mengaku tuhan. Kaum Nabi lut, dan banyak lagi kisah lain. Kisah ini benar, nyata dalam Al-Quran dan wujud buktinya sekarang. Begitulah iblis, bila sombong asas dan permulaan segalanya. Maka dikurniakan permintaannya dan kelak dengan waktu yang panjang ini akan ke neraka Allah juga. Kita punya harta, dapat rasa banyak nikmat, kita rasa ini usaha semuanya dari kita. Letih, susah, sakit dilalui. Kita tak ingin sandarkan dari Allah, tak ingin jua patuh pada Allah. Inilah bahayanya. Namun, Allah masih juga bagi peluang. Besarnya Rahmat Allah. Kita perlu perhati binatang-binatang yang Allah ciptakan. Perangainya bersandarkan nafsu, dia tak dapat fikir apa niat manusia bela dan suruhnya. Dan kita kena ingat, kita ini adalah “Hamba” Allah. 


“Ujian seseorang, mengikut tahap ketaatannya. Pandangan zahir, bukan hakikatnya”
“Keesaan, pergantungan, keyakinan, penyerahan semutlaknya kepada Allah, memudahkan jalannya, merubah segalanya” 


6. Akhirat, ia perkara ghaib. Memang sukar untuk diyakini. Namun ia wajib juga dipercaya, diyakini. Rukun Iman yang kelima kita akui. Yang saya fikir, apabila sudah dewasa. Akal dan segala anggota, sudah sempurna dan waras. Lalu belajar, berkerja dan buat segala yang diingini. Demikian, cuba untuk fikir tentang asal kejadian kita, kadang merasa cukup ajaib. Air mani yang keluar dari kemaluan. Terhasil dari nafsu, disalurkan dengan cara yang halal. Lalu proses demi proses berlaku, yang agak lama. Diberanakkan. Sekiranya ia sekadar dijelaskan dalam Al-Quran atau dari guru-guru. Ia mungkin tak yakin lagi, tapi setelah dapat dikaji dan dilihat sendiri. Dipercayainya. Asalnya tidakpun diketahui dan terfikirpun dengan demikian. Kita pun merasa amat munasabah dan benar. Begitulah akhirat, dicerita juga selengkapnya. Kehidupan lain setelah mati, ditanya, dibangkit, dihimpun, dibicara, diadili, timbangan, titian sirat, syafaat, azab yang pedih dan syurga yang besar nikmat. Namun tak diperlihatkan kepada kita. Tunggu selapas dihidup kali kedua, akan diperlihat. Sudah tentu kita akan percayainya juga. “Bezanya, cuma itu yang lepas dan akhirat akan datang”. Lalu tiada juga lagi ajaibnya. Rasa juga munasabah. “Kita daripada kanak-kanak, tak tahu sesuatu, lalu dapat untuk mengetahui sesuatu. Dan kita dari sudah mengetahui sesuatu, perlu untuk mempercayai, meyakini sesuatu (akhirat)”. Nabi saw sendiri telahpun menceritakan kepada kita, saat Nabi saw diangkat ke langit dalam peristiwa israk mikraj, diperlihatkan kepada Nabi perkara-perkara ghaib ini. Ini sudah memadai meyakininya. Rasul, manusia yang seperti kita dipilih Allah. Jika Allah memperlihatkan selalu, nescaya tiada seorang yang sanggup kufur, derhakan Allah. Namun bagi hati yang pekat dengan sombong, masih juga mengingkarinya. Kita baca kisah mereka yang lihat sendiri mukjizat berlaku dihadapannya, tapi dianggap itu sihir. Bahkan mereka terus makin kuat melawan para Nabi. Mungkin kita sendiri juga belum tentu, andai Allah benar tunjukkan nikmat syurga, tapi sepanjang dunia ini, kita diuji hidangan yang menghalang ke syurga. Kesusahan hidup. Walau sudah nampak, hanya iman yang benar kuat dapat mengatasi keperitan ini. Hanya doa yang terus kita panjatkan.




Al-Quran menyebut secara ditil perjalanan kisah firaun, jasadnya dikekalkan sehingga ke hari ini sebagai pengajaran untuk kita. Firman Allah swt: 


Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus 92) 


7. Sahabat, sampai bila kita ingin berterusan dalam maksiat. Sedang ajal tak dijangka, ia pasti. Muda tak kekal. Sihat tidak jua kekal. Dunia bukan selamanya. Saudara kita, yang telah mati. Yang sedang terlantar dihospital sekarang. Yang ditimpa berbagai musibah. Sakit sihat, susah senang, hidup mati, kuat lemah, gembira derita, bahagia celaka, berjaya gagal. Segalanya dalam kekuasaan, genggaman Allah. Bagaimana sanggup derhaka, ego ketetapan Allah. Tiada malukah kita kepada Allah. 

“Hidup bukan hanya memenuhi kehendak perut dan nafsu, syahwat” 


8. Hidup kita ini punya tujuannya, bukan sekadar berkerja, makan. Makan bukan hanya untuk Hidup. Hidup bukan hanya untuk makan. Bukan untuk main-main selamanya. Kita ada tujuan dan amanah dari Allah. Akhirat yang diberitahu, hal penting yang wajib sentiasa kita ingat, fikir dan rancang, renunginya. 


Allah swt berfirman: Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-Mu'minuun 115) 


“Kata pepatah: Siapa yang tujuan hidupnya hanya untuk makan minum, maka nilainya ialah apa yang dibuang dari perut itu” 


 Disana kelak, hanya ungkapan sesal. Firman Allah swt: Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat kepada Rasul." (Al-Ahzab 66) 

"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah." (An-Naba' 40)




9. Akhirnya, marilah kita saling selalu bermuhasabah. Tidak yang keras kepala dan bukan yang tiada kesal dengan dosa. Bertaubat dan terus berusaha menjauhi segala yang hanya keinginan nafsu. Bimbang ajal yang tak duga, dan rajin sama-sama tingkatkan ilmu agar kuat, meyakini segala ketetapan Allah. 


Firman Allah swt: Dari apakah Allah menciptakannya? (´Abasa 18) 

Hasan al-Basri, ulama’ taabiin berkata: Bagaimana boleh berlagak sombong seseorang yang keluar dari saluran kencing sebanyak dua kali (zakar dan faraj)? (Tafsir al-Qurtubhi, Maktabah at-Taufiiqiyyah, al-Qaahirah: 19-20) 


Sabda Nabi saw: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani) 


“Kita percaya ada Allah, semua akan mati dan dunia akan musnah. Jika kita tak ingin ikut cara, ketetapan Islam! maka cara apa yang lebih selamat, baik dan sempurna dari Islam?” 

“Setiap ketetapan Islam yang dikaji, tiada yang didapati, ia semuanya amat benar munasabah” 

“Hidup kita ini amanah dan hadiah, marilah kita nikmati hadiah dan selalu ingat pada yang Memberi hadiah” 




28 Sya’ban 1433 H bersamaan 18 Julai 2012 M 
Rabu, 02.30 pm. Sana’a, Yaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan