Lelaki yang soleh: Aku ingin menjaga mataku dari dosa, kau jagalah auratmu dari terbuka.
Wanita yang solehah: Aku ingin menjaga diriku dari fitnah, kau jagalah matamu dari dosa.
Lelaki yang soleh: Kau peliharalah kelakuanmu, aku ingin membendung penyakit-penyakit dalam hatiku.
Wanita yang solehah: Kau benarkanlah agama dalam niatmu, aku ingin memelihara kemuliaan dan kesucian ini.
1. Ini yang perlu saling kita lahirkan semua teman. Bukan lelaki yang suka mengambil kesempatan, yang nak merasa nikmat bebas dan masa muda. Bukan wanita yang dibiar direla sentuh dan dibawa kesana kemari, nak merasa nikmat bebas dan masa muda. Marilah kita kembali dan nilai semula bagaimana cara yang telah dilunas dan disuruh Agama. Melahirkan hamba soleh, lahir zuriat yang soleh dan lalu membentuk masyarakat dan negara yang aman dari hal dilarang Allah. Segala kecelaruan dan berbagai masalah mendatang, ada kaitan dengan masa kesukaan dan kelewaan ini semua teman. Yang punya tanggungjawab, marilah saling sering memerhati hal ini. Memikir dari cinta, dan dalam bercinta itu adalah merupakan amanah hidup.
2. Yang masih lagi leka memanjang dengan bercinta, bermanja, bersembang siang malam, sayang, miss u, kongsi gambar, video, lihat aurat atau lebih lagi, bebas bersentuhan, berkhalwat dan berjalan kesana kemari. Sembarangan berputus dengan yang ini, bermain dengan yang itu, dan yang parah lagi dengan sudah biasa berzina. Marilah banyak-banyakkanlah mohon ampun, berfikir, matangkan dan waraskan fikiran kita sebentar. Kita bukan kekal dalam kedaan sebegini, sudah tentu kita pasti akan ingin berkahwin juga. Kahwin bukan tujuan "seks" semata-mata. Terlalu banyak perkara yang perlu kita fikir. Banyak hukum dan undang-undang rumahtangga perlu diketahui dan dititiberatkan. Dan kita sebenarnya sudah dan dapat mampu dan faham segalanya, namun usia dan nikmat muda ini asyik melenakan kita.
3. Bangkit dan marilah saling sedarkannya temanku. Tinggallah adat yang salah itu. Kebiasaan dan kesukaan dengan keadaan sebegini punyai banyak kesan yang buruk kelak selepas kahwin. Pada anak, rumahtangga dan diri kita sendiri. Kita perlu bentuk dan tarbiyyah dari awal lagi. Marilah kita mengikut acuan dan cara yang telah digaris Islam, segalanya amat sempurna dan cantik dilihat. Apa yang dilarang Islam, telah jelas zahir keburukannya dan apa yang diseru Islam, telah jelas zahir kebaikannya. Marilah kita yakininya. Kita gembira dan bahagia, Allah redha, kasih dan pelihara. Sama-sama kita berubah, saling belajar dan memahami asas ajaran Islam ini. Segala yang lepas, kita pohon taubat kepada Allah. Segala ini ujian dalam menuju akhirat, kita inginkan kebaikan dunia dan akhirat. Mohon tidak dari kenikmatan dunia dan sakit di akhirat.
4. Banyak yang perlu difahami lagi. Islam bukan melarang dan mengharamkan segalanya. Artikel Drmaza dibawah ini perlu kita sama-sama baca dan fahaminya.
Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Kahwin?
Disini saya sertakan sedikit komen tambahan dari kenalan fb saya tentang artikel Drmaza ini, katanya: “Cinta itu fitrah, tindakan kita akan memandu cinta kita ke syurga atau neraka. Kita mampu berkahwin, lalu memilih perkahwinan untuk merealisasikan cinta kita, maka pahalah untuk kita.
Jangan perguna artikel di atas (Dr Asri) untuk memadu asmara atau bermanja-manja dengan si dia yang bukan suami mahupun isterimu!.
Kita tidak mampu berkahwin, lalu kita memilih untuk berusaha mnjaga diri kita, mengawal perasaan kita, tidak memadu asmara, usahkan berzina ber 'I miss you, I love you' pun kita hindar. Kita tidak menyibukkan diri dengan bermanja-manja atau berhubung dengan si dia. Cinta itu hanya terpateri di dalam hati. Iman yang ada mengawal diri, sekali terpandang, menunduk diri, terbias di hati, segera istighfar di hati. Insya'Allah, baik buat kita. Untuk seorang mukmin, semuanya baik, samaada dia syukur atau sabar. Dapat nikah, syukur, tak dapat nikah sabar :) Nice kan aturan Islam”.
16 Safar 1433 H bersamaan 10 Januari 2012 M
Selasa, 11.45 pm. Terengganu, Malaysia.
Edit semula:
06 Zulhijjah 1433 H bersamaan 22 Oktober 2012 M
Isnin, 08.30 am. Sana’a, Yaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan