بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستهديه ونستغفروه، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له. أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن
محمدا رسول الله. أما بعد
Yang dihormati Tuan pengerusi majlis. Yang dihormati lagi dikasihi, Tuan pengetua Ustaz Rais, Penolong kanan 1 Ustaz Halim, Penolong kanan 2 Ustaz Megat, para Asatizah, barisan Mpp serta semua pelajar-pelajar mtq sekalian. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, yang pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat pemberiannya yang tidak terkira banyak, dan kerana masih memberi ruang dan peluang kepada kita semua untuk berusaha berubah menjadi hamba Allah yang istiqomah di atas perintah-Nya.
Alhamdulillah, dikesempatan yang ada ini, saya akan menyentuh beberapa perkara untuk sama-sama kita mengambil manfaat.
Yang pertama: Soal disiplin, marilah kita melatih diri kita agar mempunyai disiplin yang sangat tinggi dari segi masa dan rutin harian kita semua disekolah ini. Kita semua perlu belajar untuk melatih diri dari awal-awal lagi agar berdisiplin, pandai berdikari dan mengurus masa. Apatah lagi pelajar yang bakal menjadi pendakwah yang mengajak masyarakat kepada Islam. Kita semua adalah contoh dan menjadi ukuran orang-orang kampung diluar sana. Mari kita renungi kata pepatah arab ini:
“Kebenaran tanpa disiplin akan dikalahkan dengan kejahatan yang mempunyai disiplin.”
Yang kedua: Adalah berkaitan dengan solat. Kesilapan-kesilapan yang berkaitan dengan solat adalah. 'pakaian kotor, bau busuk, solat tiada thuma’ninah (iaitu solat yang gopoh), bergelak ketawa, bersembang, bergurau sebelum mengangkat takbir, dan selepas selesai memberi salam dan terlalu banyak pergerakan ketika solat.' Inilah adalah sebahagian perkara yang masih sering kita lakukan. Marilah kita berusaha menjaga solat kita dengan sebaiknya. Kerana ia adalah tiang segala perkara. Yang pertama ditanya dan dihisab kelak. Dan solat adalah tahap hubungan kita dengan Allah. Sabda
Nabi s.a.w:
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ
“Kepala segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah Solat.” (Hr at-Tirmidzi)
Dan yang terakhirnya: Marilah kita mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan Ramadhan dalam tempoh 1 hari lagi. Bulan rahmat, bulan kemapunan, bulan penuh barakah dan banyak habuan dijanjikan. Bulan untuk mendidik kita menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa. Bulan untuk membersihkan kembali segala kekotoran yang dilakukan dalam masa setahun ini. Jangan kita mempersiakan kedatangannya nanti.
Sabda Nabi s.a.w:
أَتَاكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ ، وَتُغَلُّ فِيهِ مِرَدَةُ الشَّيَاطِينِ ، لِلَّهِ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ. رواه النسائي ( 2106 ) وأحمد (8769) صححه الألباني في صحيح الترغيب ( 999 )
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kalian untuk berpuasa. Pintu-pintu langit telah dibuka, pintu-pintu neraka telah ditutup. Syaitan-syaitan telah dirantai kerana Allah. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka sesungguhnya benar-benar dia haram daripadanya.”
Sampai disini sahaja dahulu, marilah selalu bermuhasabah dan berusaha berubah kearah menjadi yang baik dan lebih baik. Untuk kejayaan dan kebaikan hidup didunia dan akhirat yang pasti nanti. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
29 Sya’ban 1434 H bersamaan 08 Julai 2013 M
Isnin, 07.30 am. Perak, Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan