Sabtu, 27 Julai 2013

Teks Perhimpunan (3)

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستهديه ونستغفروه، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له. أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا رسول الله. أما بعد 



Yang dihormati Tuan pengerusi majlis. Yang dihormati lagi dikasihi, Tuan pengetua Ustaz Rais, Penolong kanan 1 Ustaz Halim, Penolong kanan 2 Ustaz Megat, para Asatizah, barisan Mpp serta semua pelajar-pelajar mtq sekalian. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah Azza wa Jalla atas rahmat-Nya masih memberi peluang kepada kita bertemu sekali lagi dengan ramadhan pada tahun ini. Suatu bulan yang sangat besar anugerahnya. Bulan digandakan pahala, bulan diampunkan dosa dan bulan untuk mendidik kita kearah melahirkan manusia yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. 

Marilah kita berpuasa di ramadhan ini dengan penuh kehambaan dan pengharapan kepada Allah s.w.t. Dikesempatan bulan Ramadhan yang berkat ini, marilah kita dengar dan hayati beberapa Sabda Nabi s.a.w ini yang berbunyi: 

Yang Pertama:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَعَمِلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةً فِى أَنْ يَدَعْ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ 

 “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukannya, maka tiada pada Allah sebarang hajat terhadap dia meninggalkan makannya dan minumnya.” (Hr al-Bukhari) 

Yang Kedua:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ 

 “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (Musnad Imam Ahmad, Sahih ibn Khuzaimah, at-Thabrani dalam al-Kabir dan sanadnya tidak mengapa. Al-Albani - sahih dalam Sahih al-Jaami’)

Yang ketiga: 


لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ


“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan sia-sia, tiada faedah dan keji, lucah. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat buruk padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa.” (Ibn Khuzaimah, ibn hibban dalam sahihnya, dan al-Haakim. Al-Albani - sahih dalam Sahih al-Jaami’)


Dan yang terakhirnya: Marilah merenungi dengan sebaik-baiknya pesanan dari Nabi s.a.w. ini:


 يا باغي الخير أقبل، ويا باغي الشر أقصر 

 “Ada seruan (pada bulan ramadhan); wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu (berhentilah).” (Hr at-Tirmidzi) 

Demikianlah beberapa hadis yang telah diperingatkan Nabi s.a.w kepada kita semua. Sekarang kita dibulan Ramadhan. Marilah kita mengingati dan bermuhasabah bagaimana tahap keadaan puasa ramadhan kita sekarang ini. Tempoh ramadhan yang masih banyak berbaki ini, marilah sama-sama kita manfaat sebaiknya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


07 Ramadhan 1434 H bersamaan 15 Julai 2013 M 
Isnin, 09.50 am. Perak, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan