بسم الله الرحمن الرحيم، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستهديه ونستغفروه، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له. أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن
محمدا رسول الله. أما بعد
Yang dihormati Tuan pengerusi majlis. Yang dihormati lagi dikasihi, Tuan pengetua Ustaz Rais, Penolong kanan 1 Ustaz Halim, Penolong kanan 2 Ustaz Megat, para Asatizah, barisan Mpp serta semua pelajar-pelajar mtq sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang pertama-tamanya sama-sama perlu kita panjatkan, kerana nikmat pemberiannya yang tidak terhitung banyaknya, dan kerana masih memberi ruang dan peluang kepada kita semua untuk berusaha berubah menjadi hamba-Nya yang benar-benar patuh.
Marilah kita mengingati ayat yang ke 2 daripada surah Al-Mulk yang bermaksud:
“Yang menjadikan mati dan hidup, untuk Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.”
Alhamdulillah, dikesempatan yang ada ini, saya sebagai wakil daripada majlis perwakilan pelajar sekolah, ingin mengingatkan rakan-rakan pelajar beberapa perkara yang mesti bagi kita untuk sentiasa menyedarinya.
Yang pertama: Adalah berkaitan dengan kebersihan sekolah. Soal kebersihan bukanlah suatu perkara yang remeh dan kecil. Namun ia adalah suatu perkara yang sangat besar ditekan disisi Islam. Apatah lagi kita pula adalah pelajar-pelajar yang akan membawa imej Islam ini. Kebersihan dari sudut hal peribadi kita, kebersihan halaman sekolah, kantin dan surau disekolah kita ini. Pelajar-pelajar sekalian, perkara ini sangat perlu kita muhasabahkan. Ketahuilah soal keadaan sekeliling ini juga menjadi syarat bagaimana keadaan hubungan kita dengan Allah swt. Marilah kita hayati pesan dari Nabi kita Muhammad s.a.w:
ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يده إلى السماء : يا رب ! يا رب ! ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذي بالحرام فأنى يستجاب له
“Dikisahkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, berada dalam keadaan kusut rambutnya lagi berdebu mukanya, menghulurkan dua tangan menadah ke langit sambil berdoa: ‘Wahai Tuhan..! Wahai Tuhan..! Padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaianya pula haram, dan setiap kali ia mengenyangkan perutnya dengan benda-benada yang haram, bagaimana doanya diperkenankan?’ (Hr Muslim).”
Yang keduanya: Adalah berkaitan dengan akhlak kita sebagai seorang muslim. Akhlak dari sudut percakapan dan perbuatan kita hari ini. Ungkapan yang baik atau buruk sering dilafazkan dimulut kita? Dan perbuatan baik atau buruk masih dilakukan kita? Ingatlah pelajar-pelajar sekalian, semua ini akan memberi kesan kepada diri kita di hari tua nanti. Dan ingatlah Allah sentiasa melihat kelakuan kita. Marilah kita dengar apa pesan Nabi s.a.w kepada kita semua:
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
“Seorang muslim ialah yang kawannya selamat dari keburukan lidahnya dan tangannya.” (Hr al-Bukhari)
Ada kata pepatah arab yang berbunyi: “Separuh dari kecantikan manusia itu pada lidahnya.” Maksudnya: Kerana dari percakapan yang buruk atau baik dari kita, menjadi sebab orang lain menganggap kita adalah seorang manusia yang baik atau jahat.
Dan lagi pesan Nabi s.a.w:
مَا مِنْ شَيْءٍ أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ
“Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada hari akhirat) berbanding akhlak yang baik.” (Hr Abu Daud, Sahih)
Itulah sedikit pesanan yang ingin disampaikan, cukup sampai disini sahaja dahulu, mudahan kita semua dapat bermuhasabah dan berusaha berubah kearah yang baik dan lebih baik. Untuk kejayaan dan kebaikan hidup didunia dan akhirat yang pasti nanti. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
22 Sya’ban 1434 H bersamaan 01 Julai 2013 M
Isnin, 09.90 am. Perak, Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan