Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberi kesihatan yang baik dan rezeki yang cukup. Nikmat ini adalah sangat penting untuk sentiasa disyukuri kerana ia akan ditanya kembali apa yang telah kita lakukan dengan nikmat tersebut semasa hidup ini. Hari ini ingin saya berkongsi sedikit pengalaman berkaitan membuang sifat terlalu malu dalam hidup, hingga sampai tahap merasa terlalu rendah diri dan merasa seolah pasti tidak boleh atas keinginan yang dihasyratkan itu. “Merasa malu setelah usaha lebih baik dari malu dan melepaskan diri dari terus cuba berusaha”.
1. Tiap manusia Allah jadikan berbagai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang semua kelebihan dapat diraihnya. Pastinya terdapat beberapa perkara yang tidak mampu dilaksanakan juga. Namun seorang mukmin disuruh sentiasa berusaha kearah yang baik dan terbaik dalam hidupnya. Berupaya dan hebat dalam pelbagai-bagai bidang untuk membawa dan menaikkan imej Islam ini. Tidaklah berada dalam keadaan lemah dan sentiasa hanya mengharap bantuan dari orang lain. Dalam Al-Quran dan Hadis sudah pasti menekankannya. Kita juga mengetahui sejarah kegemilangan, ketamadunan dan kecanggihan ilmu dahulu milik dan berasal dari orang-orang Islam.
2. Pengalaman hidup saya semenjak kecil dikenali dengan seorang terlalu sangat pemalu. Lalu ke taska, sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke universiti. Perasaan malu yang selalu menjadi keruagian besar dalam hidup. Kadang selalu terlintas dalam fikiran, ‘andai perasaan malu ini dapat dibuang, pasti segala perkara aku akan buat dan tunjuk’. Ketika sekolah menengah aku sering memikirkan bagaimana aku mungkin dapat memberanikan diri kelak, aku merasa hal itu seolah ajaib dan sangat mustahil untuk berlaku. Kadang aku selalu berdoa, dan mengharap keajaiban dalam hidup ini dari Allah. Begitulah hari terus berlalu dengan aku sentiasa cuba meloloskan diri dari awal-awal lagi bila berhadapan dengan arahan supaya menyampaikan ucapan apa-apa majlis dihadapan. Perkara yang sangat melegakan hidup aku adalah apabila selamat dari pergi berucap memegang microfon. Segala macam kutukan, kritikan dan pandangan pelik selalu menjadi ujian besar buat diri. Dari kawan dan keluarga sendiri. Malang lagi tiada seorangpun yang pernah memberi kata semangat dari pengalaman untuk memberanikan diri. Kadang lagi aku fikir untuk mencari kerja yang kurang bergaul dengan orang, aku juga sangat kurang bergaul. Kadan lagi fikir kenapa Allah jadikan aku demikian, adakah aku memang dijadikan sebegini. Mungkin ini ada hikmah dari Allah. Banyak peluang sentiasa dilepaskan.
3. Hinggalah kesaat ini, Alhamdulillah akhirnya dapat juga untuk paksa memberanikan diri bercakap dihadapan orang ramai. Walau terlalu banyak kesilapan, tapi aku merasa gembira kerana dapat usaha pergi bercakap. Apa yang memberi semangat untuk berubah ini ialah: (1) Aku memikirkan yang Allah tak beban apa yang aku tak mampu. Demkian bebanan dan amanah yang diberikan itu sebenarnya aku mampu untuk buat. Dan (2) Apabila kita merasa malu setelah usaha itu lebih baik dari rasa malu dan gembira melepaskan diri dari terus cuba berusaha. Kerana kita tahu mana silap kita dan dapat berusaha merubah mana yang silap, sementara terus melepaskan diri, kita sentiasa dalam keaadaan silap dan tidak berusaha merubah yang silap itu. Bila kita sering ungkapkan, ‘biarlah, nantilah aku cuba beranikan diri, itu lebih kesan buruknya dari orang yang terus cuba usaha beranikan diri walau banyak silap’.
4. Ada orang malu kerana tidak tahu, ada orang malu kerana merasa muda, dan ada orang malu kerana takut salah. Biarlah kita malu kerana tidak tahu dan tidak malu kerana perkara sebenar. Dan jauhilah sampai terlampau malu dan tiada lagi sifat malu dengan bebas membuat apa yang diingini, hingga juga sampai nampak keegoan dan kejahilan diri. Sekarang saya sedang berusaha tidak malu untuk perkara baik, saling doakan walau tidak mengenali. Mungkin perkongsian ini bermanfaat buat yang seperti saya.
18 Ramadhan 1434 H bersamaan 27 Julai 2013 M
Sabtu, 11.45 pm. Perak, Malaysia.

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَال
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut, dari lilitan hutang dan penindasan. (Hr al-Bukhari)
18 Ramadhan 1434 H bersamaan 27 Julai 2013 M
Sabtu, 11.45 pm. Perak, Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan