Rabu, 29 Mei 2013

Tak semestinya ambil bidang Agama.

1. Kita ingin mendidik anak agar faham dan kuat Agama, namun tak semestinya perlu menghantar, menyuruh dan memaksanya agar ke sekolah Agama. Andai dia punya kelebihan dan keingingan selain kearah itu, tidaklah menjadi salah. Membiarkannya dengan bidang yang disukai itu. Bahkan itu lebih baik. Tapi ingat, Agama itu tetap wajib. Itu memanglah sudah menjadi keperluan setiap muslim. Mungkin boleh dilazimi tiap-tiap hari dengan tazkirah, wacana, program-program Agama. Selepas maghrib dan subuh, tiap-tiap minggu atau seumpamanya lagi. Dan berbagai lagi kaedah tarbiyyah yang boleh kita bina dan susun.


  

2. Kemampuan dan kesukaan mereka dalam hal lain. Mereka dapat memanfaatkan dan memberi khidmat dengan segala kemahiran itu untuk Agama dan Negara. Yang penting semua faham dan memberi sumbangan untuk Agama. Untuk mendidik memahami Agama tidak semestinya dengan sekolah Agama. Kita merancang, anak yang dihantar dan dibentuk dari awal dengan kefahaman Agama adalah agar menjadi para ulama bila dewasa nanti. Yang kembali dengan imej diri yang hebat ilmunya dan gagah berani menyeru masyarakat dan membimbing masyarakat ke jalan Allah. Yang hebat pencapaian dalam exam spm dan sijil-sijil akademik itu. Hantarlah mereka untuk dalami Agama sebaiknya. 

3. Jika sekadar untuk faham dan kuat agama dan terselamat dari jenayah agama, tidaklah perlu sampai ke luar Negara. Ke peringkat yang sangat tinggi. Sebab kadang dilihat ramai dari kenalan ketika saya belajar, mereka belajar seolah kerana bukan keinginannya, kurang dan tiada sedikitpun wujud minatnya. Seolah seperti suruhan dan kerana harapan tinggi sangat dari ibubapa dan saudara-mara. Padahal asalnya ia bukanlah perkara yang salah. Bermacam ilmu yang terlalu sukar dilihat didalaminya. Kadang-kadang bimbang dilihat. Demikian ini adalah antara punca besar masaalah kepada umat dan merugikan umat. Iaitu bilamana telahpun jauh belajar. Duduk dinegara arab. Telah pula digelar ustaz. Pandai sedikit bercakap arab. Tapi perbuatan dan percakapannya telah mengaibkan dan merosakkan agama. Lahirnya masaalah: "Mengajar banyak yang salah dan mencelarukan. Mudah dan asyik suka menghukum orang. Tidak meneliti sumber. Tiada kesan pada diri. Tiada rasa keinginan lansung untuk mengajak yang baik. Tiada rasa benar-benar tanggungjawab amanah dari Allah dan Rasul. Agama menjadi harga habuan dunia. Bahan-bahan sekadar baca dan sampai. Duit sumbangan orang ramai banyak dibazirkan. Duit pengorbanan ibubapa. Sanjungan dan nilaian tinggi dari masyarakat. Tiada beza akhlak. Gelaran ustaz jadi gelaran main-main." Semua ini antara faktor kerana akibat tidak jelas tujuan dan niat dari asal sebenarnya.


 

4. Jika kita melihat tokoh-tokoh agama dikebanyakan negara arab, tidak asing bagi mereka seorang yang pakar agama itu dari seorang yang juga pakar mata, engineer dan sebagainya lagi. Kita mesti fokus tujuannya dan memberi penjelasan sebaiknya. 

5. Akhirnya, saya menyeru kepada yang membaca artikel ini agar ambil tahu dengan perkara ini. Teguran ini dari suasana yang berlaku ketika saya belajar. Pengajaran dari keadaan saya, dan saling menyedarkan untuk ibubapa dan masyarakat semua. 


28 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 09 Mei 2013 M 
Khamis, 10.30 pm. Perak, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan