Rabu, 15 Mei 2013

Berjaya Dunia dan Akhirat.

 

1) Minat dan berusaha (tak akan menjadi perniagaan dan pelaburan jika tidak ada minat dan usaha). 

2) Berniaga itu mula dari apa yang diminati. Cari apa yang kita minati dan kita diberi kelebihannya. 

3) Kuasai ilmu dahulu sebelum memulakan perniagaan. 

4) Jangan takut untuk gagal, kerana kegagalan adalah kamus kehidupan orang berjaya. 

5) Jangan hiraukan orang cakap yang penting usaha yang kita buat itu akan menutup mulut orang yang bercakap. 

6) Perbanyakan amalan Sunnah Nabi s.a.w, bantu orang yang susah, sentiasa jujur dan jangan sombong. 

7) Jangan hanya banyak bercakap tapi dalam diam laksanakan tindakan, kena fokus sampai jadi, selagi tak jadi kita kena cari idea lain sampai jadi dan banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t. 

8) Sebarkan ilmu dan bantu orang dengan ikhlas, jangan ambil kesempatan pada orang lain, tapi ubah mereka ke arah menjadi orang yang berjaya dengan ikhlas. 

9) Solat Dhuha. 

10) Niat memang untuk tolong orang. 

11) Ingat, kita akan diuji dengan minat dan keuntungan yang diharamkan Allah. Usaha carilah yang halal. Pasti ada. 


28 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 09 Mei 2013 M 
Khamis, 12.30 pm. Perak, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan