Khamis, 16 Mei 2013

Kerja, tugas penting dari berbagai pengalaman.

1. Dari perancangan yang kemas dan tersusun. Dari kesungguhan dan ketekunan semasa berkerja. Pasti akan melahirkan hasil yang memuaskan dan terbaik. Islam juga menyuruh penganutnya tekun dan bersungguh apabila ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Bukan dengan sambil lewa dan sering tidak fokus.

  

2. Kepakaran dan kehebatan dari seseorang itu daripada pengalamannya diwaktu sebelum berkerja itu. Bagaimana cara yang dilalui seseorang itu diwaktu belajar, maka jalan dan cara itu juga akan diguna pakai diwaktu menjadi pengajar. Bagaimana jalan dan suasana kejayaan yang diraih seseorang itu ketika belajar, maka jalan dan suasana itu juga akan digunakan untuk meraih kejayaan mengajar ketika mengajar.

 


3. Contoh mungkin seseorang yang suasana belajar dan kejayaannya dahulu dengan paksaan, asyik dimarahi dan didenda, dan berbagai keperitan dilalui waktunya hinggalah dia berjaya. Maka hal itu juga akan diguna pakai bila mendidik orang kelak. Dan ada yang dilalui dengan kesugguhan masa yang lama, sentiasa dengan pujukan dan bertolak ansur, perubahan secara mengejut. Dan apa-apa lagi keadaan yang berbeza dilalui dari setiap orang. Maka keadaan itu juga akan diterjemahkan ketika waktu untuk dia mendidik pula. Pelajar pula berbeza keaadaan dalam menerima cara didikan tersebut. Demikian, perlu disini untuk kita melihat latar belakang keadaan pekerja kita diwaktu usia belajarnya. Dan gabungkan dengan kelebihan dan kekurangan yang ada dari diri masing-masing. Supaya kita dapat tenang memahami keadaan yang akan terjadi nanti, dan tidak mudah memaksa dan menyuruhnya berubah secara cepat untuk kerja-kerja yang belum mampu dibuat. Dan mudah mengasingkan dan menyusun gerak kerja organisasi kita. Kerana kita telah memahaminya. Indahnya anugerah kelebihan dan kekurangan yang telah dijadikan Allah itu. Begitulah Nabi s.a.w tidak menafikan minat dan keadaan sahabat-sahabat yang belum Islam kepada selepas keislamannya. Lihat Saidina Umar, Abu Zar, Khalid dan ramai lagi yang lain. Insha-Allah, pasti dapat menghasilkan kualiti hasil kerja yang cukup membanggakan. Kita dapat tahu bagaimana keadaannya, lalu kita memberi dan menyusun tugas yang sesuai dengannya. 

4. Banyak pengalaman, tapi keras kepala tiada guna. Kurang pengalaman, namun tidak keras kepala adalah lebih baik. Kurang pengalaman, tapi malas dan dan keras kepala lagilah merugikan. Dan banyak pengalaman, tapi dalam masa yang sama sentiasa terbuka dan rendah diri amatlah menguntungkan. Itulah akhlak yang baik.

 


“Pengalaman itu memang penting, hebatnya kerana dari pengalaman. Namun bersama atau wujudnya sifat rendah diri, sabar serta kuat usaha bersungguh untuk berubah, lebih membawa keuntungan. Sombong dan bangga merugikan dan memundurkan diri” 

5. Usaha terbaik dan dengan akhlak yang baik akan menguntungkan. Sifat rendah diri dan akui kekurangan dan tidak sombong, bangga, malas, dan rajin berusaha adalah asas permulaan dan keuntungan segalanya. Hebat nilaian dunia, tapi buruk akhlak. Alangkah ruginya. 


29 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 10 Mei 2013 M 
Jumaat, 11.30 pm. Perak, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan