Jumaat, 3 Mei 2013

Kenapa masih ingin menyokong UMNO? (1)

Alhamdulillah, perasaan syukur perlu untuk kita sentiasa panjatkan kepada Allah atas nikmat-Nya yang tidak terhitung ini. Erti dari syukur itu ialah kita berusaha dan terus berusaha menunaikan perintah Allah dan Rasulnya dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang paling besar. Hingga kita dipanggil menemui Allah swt dan hidup kekal selamanya di akhirat nanti. 

Tulisan ini mungkin agak tidak tersusun dan bukanlah panas seperti tajuk diatas. Tapi ia hanya sedikit coretan dan luahan pengalaman dari saya sebagai orang biasa. Dan saya ingin menyeru dan mengajak kepada semua keluarga, saudara mara, teman-teman dan kenalan-kenalan saya di ruang alam maya ini untuk bersama baca, fikir dan membuat sedikit penilaian yang kenapa saya katakan ‘Kenapa masih disokong UMNO’.

 

1. Kita mesti sentiasa ingat yang tujuan dihidupkan ini bukan sekadar main-main, tetapi dikembalikan semula mengadap pencipta kita Allah swt. Maka demikian sudah pasti ada tanggungjawab besar yang perlu digalasi oleh kita semua, iaitu sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini. Dan inilah ujian kehidupan hinggalah sampai ajal. Kehidupan disana tiada lagi ujian-ujian hidup. Tiada lagi suruhan dan larangan. 

2. Lahirnya kita semua dalam keadaan fitrah, iaitu Islam. Kemudian pengaruh selepas itu yang membesarkan kita samaada Islam atau agama lain. Dan kita diberi ruang peluang hidup dan akal untuk fikir, kaji dan kembali beramal dengan Islam ini. Islam yang menjadi Agama yang paling tinggi dalam dunia ini. Yang hanya diterima. Ia bukan dengan paksaan dan bukan juga dengan syarat keturunan, tapi ia dengan kefahaman dan amalan kita. Tanda kebenarannya bukan direka-reka dan baru ditemui. Tapi telah terbukti dari 1400 tahun dahulu lagi, yang telah tercatit dalam sejarah dan fakta-fakta yang diperakui sendiri oleh golongan barat. Di bawa oleh seorang manusia yang bernama Muhammad s.a.w. Dengan kitab Al-Quran dan Sunnahnya. 

3. Kitab Al-Quran dan Hadis yang kita telah pernah baca dan dengar itulah sumber kebenaran hingga kiamat. Al-Quran dan Hadis inilah sumber kekuatan. Yang diamanahkan Nabi agar kita berpegang dengannya untuk selamat dunia dan akhirat. Berusaha menjulang sebolehnya akan kehendak Islam yang telah pernah dilaksanakan dizaman Nabi s.a.w. di madianah dahulu. 

4. Kita mesti baca bagaimana jalan kehidupan yang dilalui oleh Nabi s.a.w dahulu. Jika benar pemimpin yang kita sokong hari ini berusaha melaksanakan erti sebenar apa pengorbanan dan bukti dalam melaksanakan Islam ini yang seperti telah dilalui oleh para Nabi-Nabi dahulu. Maka itu antara bukti-buktinya. 

 

5. Kita mestilah cari pemimpin yang membanggakan dan menyelamatkan kita, bukan sekadar ketika di waktu dunia, tapi di akhirat yang kekal dan pasti semua akan pergi kesana. Yang menunjukkan arah kejayaan dunia dan akhirat. Bukan yang rela terhutang budi kerana menjadikan nama malaysia disanjung tinggi diluar negara, namun keadaan Islam terus diberikan kelonggaran dan keluasan untuk melakukan dosa atau pahala. Bukan yang sekadar mendidik rakyat kepada nilai material semata, tapi nilai ketaatan dan keadilah agama dalam kemajuan tersebut. Memanglah tidak dinafikan yang baik. Jangan dilihat 'kejayaan itu' pada sekadar kejayaan nilaian dunia dari orang sekeliling kita. Bacalah kisah manusia-manusia yang telah diberi berbagai habuan dan keuntungan dunia dahulu, diturunkan azab oleh Allah kerana kedegilan mereka. Dosa peribadi seseorang, memang seseorang itu dengan Allah, tapi kita disuruh mencegah, menasihati, dan tidak menyokong dan bersama dengannya. 

6. Pemimpin dan seorang hamba yang berjuang Itu. Rohani dan jasmaninya sentiasa diuji. Jauh dari melakukan apa yang diharamkan Allah. Mengorbankan diri untuk melaksanakan perintah Allah. Mengorbankan kehendak perkara maksiat dalam dirinya. Dalam keadaan nampak perit, letih memartabatkan Islam. Tidak jemu menegakkan kesyumulan Islam. Menunjukkan contoh dan mengajak masyarakat menunaikan syariat-syariat Islam. 

7. Menjadi orang yang tidak menyusahkan perjuangan Islam itu sudah cukup mengembirakan, apatah lagi terlibat secara lansung dalam perjuangan Islam. Marilah kita bersama-sama memberi saham untuk tertegaknya Islam dimuka bumi malaysia ini. Bukan yang membenci, menghina para ulama’ dan malang sekali membiarkan urusan politik dan mentadbir negara diratah dan dikuasai dengan penyalahgunaan dan kebebasan mereka melakukan apa sahaja pada harta negara. Adil itu ialah menolong dan meringankan beban orang lain. Bukan mementingkan diri. Mempergunakan hanya untuk keuntungan pada dirinya. Bukan menyusahkan orang. Dan tidak membiarkan orang lain susah. Jangan kita sombong, ingkar dan lawan Islam. Kita semua diuji oleh Allah bermacam cara, biarlah kita bersama memangkah golongan yang ingin menegakkan Islam walau tidak berjuang dengan keperitan dan keletihan seperti saudara kita yang lain. Biarkan walau diri kita tidak mampu mengajak untuk kebaikan, tapi ada saham dalam kebaikan tersebut.


 


8. Memang tidak dinafikan besar sebahagian agenda Agama telah dilaksanakan didalam negara kita ini. Masjid, jabatan dan institusi Agama banyak dibina. Diberi kemudahan dan keamanan. Namun dalam masa yang sama jika dikaji dan dilihat secara dalamnya Agama kita sedang berada dalam kongkongan batasan Islam yang disuruh Nabi. Masjid sunyi tanpa ceramah-ceramah yang menyentuh berkaitan amanah, kesalahan rasuah, penipuan, hiburan maksiat dan berbagai lagi. Ianya hanya berkisar kaitan tajuk yang sama. Hiburan pula terus disuburkan dan diselangi. Pemimpin turut mengiringi pula. Kehinaan akhlak dan gejala sosial makin dasyat. 

9. Islam yang diperjuangkan Nabi s.a.w adalah sempurna, bukan ada bahagian-bahagian yang dapat kita pilih. Dari peringkat memberi penekanan aqidah di mekah hingga menunaikan negara Islam di madinah. Dari bab mengajar adab memasuki tandas hingga ke urusan mentadbir negara. 

 

10. Umno juga memperjuangkan Islam, namun pas dilihat bersungguh lagi dalam memartabatkan Islam. Isu kalimah Allah, sudah memadai anda membaca ulasan Drmaza. Dan isu tunggangan dap itu, anda lihatlah secara kesan umumnya apa kesan Islam pada masyarakat bila diraih kuasa oleh pas. Semua itu hanya media jahat yang berat sebelah. Saya tidak ingin mengulasnya disini. Pas pula sekarang semakin dilihat meluas dalam memperjuangkan sudut dan kehendak Islam. Menggunakan pendekatan ‘Negara Berkebajikan’ yang memang dituntut dalam Al-Quran dan dalam masa yang memperkuatkan dakwah Islam. Sementara umno masih tidak mahu kembali tunduk sepenuhnya mendengar seruan Allah dan Rasul, dan terus dengan kes ketirisan dan pembaziran harta rakyat. 

Baca Sambungan (2)... 


22 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 03 Mei 2013 M
Jumaat, 04.30 pm. Terengganu, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan