Manfaat kesihatan dan muhasabah melihat orang ditimpa penyakit.
Keuntungan utama hidup ini adalah sihat. Jika sihat, segala-galanya ada guna dari hidup. Waktu bila sangat sakit, baru kita sedari hanya amal ibadah dan kebaikan yang ada manfaat dari hidup ini. Hidup bukan selalunya sihat. Kadang ada yang hanya sedikit tempoh hidupnya dalam keadaan sihat. Ada yang separuh dalam kesakitan dari tempoh panjang umurnya. Dan ada yang kadang bersilih ganti sihat dan sakit. Semua itu ujian dari Allah. Tika masa yang senang ini, cuba kita renung dan selalu ingat keadaan pesakit-pesakit yang sedang terlantar dihospital. Pergi ziarah dan bertanya khabar bagaimana keadaan hidup mereka yang sedang sakit. Sedikit perkongsian tentang saudara yang mengalami penyakit buah pinggang yang sudah sampai tahap teruk. Ada yang tua dan masih muda. Tahu atau tidak waktu masa mereka habis dengan pergi mencuci darah dihospital. Tenaga untuk berkerja lemah. Makanan kena dijaga. Ubat mesti dimakan. Waktu cucian dilakukan tiga kali seminggu. Masa mengambil empat jam sehari. Kos bayaran tiap-tiap kali cucian yang mahal. Kesusahan dan kesanggupan anak dan keluarga. Dan berbagai-bagai lagi ujian dilalui mereka. Tujuan dikongsikan hal ini agar kita memanfaatkan tiap kali hembusan detik nafas yang masih diizinkan Allah. Masa sakit menentukan ketaatan masa sihat kita. Hidup kita akan kembali lemah semula. Waktu muda dan sihat ini adalah waktu untuk manfaat dan didik rohani kita sebaiknya. Kita mohon tika dalam kesakitan dapat bersabar dan istiqomah diberi kekuatan menunaikan suruhan Allah.
“Berbagai penyakit berat. Teruk keadaan dialami pesakit-pesakit yang sedang terlantar dihospital. Takut dan sedih mata melihat, merenung dan berfikir. Sampai masanya, kita diuji juga seberat demikian. Ingatilah, sedarlah ia selalu waktu sihat. Jangan dilupa syukur nikmat kita sihat ini. Sabar menghapus dosa-dosa.”
Bersungguh berusaha dan meraih pahala dengan keuntungan dunia.
Hidup ini memerlukan pengorbanan. Usaha untuk hidup menuntut pengorbanan demi pengorbanan hinggalah dimatikan. Pengorbanan dalam meraih nikmat dunia yang dikurniakan Allah agar mencari dan mengambilnya. Tika waktu muda adalah peluang untuk berusaha sebaiknya dan menabung untuk waktu dunia dan akhirat. Pesan seorang teman tentang pentingnya rajin usaha sebaiknya waktu muda dan sebelum kahwin lagi. Kerana semasa muda itu sering malas dan banyak beralasan tidak sempat dan teramat letih. Padahal apabila sudah berkahwin, sempat pula diganti waktu dan bahkan ditambah lagi waktu kerja dan letih. Beliau mengingatkan waktu mudanya sebenarnya boleh dan terlalu banyak masa dibazir. Cuma malas dan tidak berusaha bersungguh. Benarlah nasihat beliau. Jangan kita sibuk khayal nak senang, tanpa sibuk fikir nak usaha. Dan sentiasa fikirlah kesenangan dunia itu menikmati kurniaan nikmat yang telah diberi dan apa yang telah diizinkan Allah. Fikir kesenangan dunia untuk bantu orang dan buat kebaikan.
Semua unsur ketenangan dan kegembiraan berada dalam sudut Islam.
Semua insan sentiasa mengharap dan menunggu-nunggu waktu yang membahagiakan dan menyenangkan hatinya. Mencari dan mengharapnya berkekalan. Dalam Islam ketenangan dan dan kesusahan itu adalah ujian yang silih berganti. Itu ujian bagi hamba yang beriman. Bersama selepas kesukaran itu pasti ada kegembiraannya. Jika kita melihat kepercayaan faktor-faktor dan amalan-amalan dari agama lain untuk mencari sumber ketenangan itu telah berada dalam sudut-sudut meraih ketenangan yang diaspekkan Islam. Itu semua lumrah yang pasti dirasa dan dapat diraih jika diusaha dilakukannya. Cuma kita hanya perlu kembali kepada Islam. Tidak perlu berpetunjukkan faktor luar yang lain. Beramal dengan rukun islam dan iman. Tidak mensyirikkan Allah. Islam agama yang luas menyentuh segala bidang dan kehendak naluri manusia. Islam itu sangat sudah sempurna. Ujian didalamnya ada hasil yang indah diakhirat nanti.
Dari niat, memberi keuntungan besar kebaikan atau kerugian.
Niat, sabda Nabi s.a.w: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya. (Hr Muslim dan al-Bukhari).
Tiap hasil mengikut dari niat kita, walau sangatlah besar kesungguhan dan pengorbanan kita. Namun jika sudah hal itu yang telah memang kita niatkan. Maka kita akan dapat hal tersebut. Kita akan lalui keadaan dan suasana dari semasa ke semasa itu dengan apa yang kita telah niatkan. Yang tercapai itu kerana niat kita sebegitu. Jika kita niat sekadar dunia, kita akan dapat dunia sahaja. Akan dapat mengikut kadar yang kita niatkan. Jika kerana dunia akhirat, maka dunia akhirat kita dapat. Jika kerana akhirat, maka akhirat. Niat yang baik atau buruk, ada hasil didunia dan diakhirat nanti. Demikian, betulkan, fikirkan dan muhasabahkan dari niat kita mula-mula dahulu sebaikya. Dapat keuntungan itu melalui dari niat. 'Niat' membetuk keadaan yang dilalui.
“Keuntungan hidup seseorang didunia dan akhirat yang lagi untung itu pada akhlaknya. Rupa dan bermacam kelebihan ada, namun jika buruk akhlak. Maka rendah kehormatannya didunia. Dan begitulah juga walau sekadar membuang sisa kayu dan dahan dijalanan, kesan dari tingginya nilai akhlak tersebut hingga dijanji hadiah syurga kelak.”
28 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 09 Mei 2013 M
Khamis, 01.00 pm. Perak, Malaysia.