Khamis, 31 Januari 2013

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 19).



Kadang direnung sebenarnya sifat suka berleter bagi wanita itu adalah anugerah yg besar Allah tlh jadikan. Bagi lelaki memang payah dan berkesan untuk mendidik dan menyedarkan anak atau muridnya, dengan leteran seperti seorang wanita itu. Ketabahan dan kesanggupan mereka. Leteran itu bukan suka-suka... 
-----------------------------------------------

Didik anak murid dan pelajar, umpamalah didik anak dan adik kita sendiri, insyaAllah.. keuntungan dunia dan akhirat. Kita terus usaha buat sebaiknya.
-----------------------------------------------

Untuk mendidik dan ubah sesuatu itu, mesti kena sabar, satu-persatu dan terus buat kerja itu, terus ajar.... 
-----------------------------------------------

 Dengan binatang pun kita disuruh beradab, buat baik... 
-----------------------------------------------

 Berjiwa besar untuk meraih Syurga.. suka dan berdoa agar semua ke Syurga.
-----------------------------------------------

 NABI S.A.W BERSABDA: “Apabila salah seorang kalian makan suatu makanan, maka hendaklah dia mengucapkan “Bismillah” (Dengan nama Allah), dan bila dia lupa diawalnya hendaklah dia mengucapkan “Bismillah fii awwalihi wa akhirihi” (Dengan nama Allah di awal dan diakhirnya) (Hadith Riwayat at-Tirmidzi). 
-----------------------------------------------

 Adab-adab yang ditunjuk, disuruh dan diajar Nabi saw dalam segala aspek kehidupan dunia telah lama terbenar akan benarnya kajian-kajian oleh para saintis dan doktor sekarang, dan hinggalah kiamat... Allahuakbar. 

-----------------------------------------------

 Kemuliaan, kekuasaan itu milik Allah. Mudah bagi Allah hanya dlm sekelip mata sahaja untuk mencabut kemuliaan, kekuasaan seseorang. Allah memuliakan siapa yg ia kehendaki dan menghinakan siapa yg ia kehendaki.
-----------------------------------------------

 Rezeki itu milik Allah. Kita disuruh usaha cari dan selalu mengingati Allah, ia dari Allah... 
-----------------------------------------------

 Mohon jauh bila susah, lemah, rasa tak mampu, ada masalah, kita ingat Allah, doa, minta tolong. Tapi bila sdh berjaya, dpt hasil. Sombong, rasa hebatnya, kuatnya diri. Lupa untuk berdoa dan bersungguh seperti semasa sebelumnya. - Sama-sama muhasabah semua. - Selamat Berehat.... :) 
-----------------------------------------------

 Kita berdoa, kita usaha sebaiknya buat apa yg kita panjatkan itu.. insyaAllah. Usaha untuk yakin dengan Allah. Yakin kpd Allah. Yakin yg Allah tak akan mengecewakan dan menyusahkan hambanya. Jika niat kita memang benar-benar untuk berubah, untuk buat yg baik, terbaik. Kearah dan jalan yg baik. Yang disuruh dan dituntut. 
-----------------------------------------------

 Jgn tangguh untuk bertaubat. Syaitan makin suka bila menangguh-nangguh, berjayanya syaitan. Kita cari jalan usaha untuk berubah.... 
-----------------------------------------------

 Apapun bentuk lagu, jika sbb menjadi lalai, leka. Maka ia salah. Mendengar nasyid, lagu-lagu yg liriknya mengajak dan membawa ke arah manfaat, merasa keperluan fitrah hiburan dunia dan kebaikan juga untuk akhirat. Bukan lagu-lagu yg kepuasan nafsu semata. Tiada manfaat, ia membentuk benteng-benteng untuk hadirnya kemanisan dan kenikmatan dlm ibadat. Krn selalu khayal hal dunia... 
-----------------------------------------------

 Hidup,, mencari keuntungan dunia dan Akhirat.... 
-----------------------------------------------

 Kadang begitu teliti dirancang, lain yg jadi.. lemahnya kita.... 
-----------------------------------------------

 Mendidik murid dan pelajar.. Kita belajar untuk mendidik anak. Bagaimana akan terjadi juga pada anak kita nanti. 
-----------------------------------------------

 Ya Allah, mudahkanlah urusan kami, di dunia dan Akhirat... يَا حَيُّ يَا قَيُّوْم بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّه وَلاَ تَكِّلْنِي إلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْن “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, dgn rahmat-Mu, aku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusan hidupku, dan jgnlah Engkau serahkan diriku ini kpdku walau sekelip mata”. (Hr an-Nasaai, dinilai sahih oleh al-Albani) 
-----------------------------------------------

 Biar orang suka kita, kerana kebaikan kita..... 
-----------------------------------------------

 Seluruh makhluk tunduk dan patuh mengikut perintah Allah. Berzikir memuji Allah...
-----------------------------------------------

 Buatlah apa-apa kebaikan, walau ringan, sikit. Pasti akan boleh keuntungannya. Jauhilah apa-apa keburukan, walau nampak ringan, sikit. Ia akan datang menyakitkan hidup. Sabar hasilnya manis, menghapus dosa. Berdoa, mohon ampun dan usaha berubah, usaha untuk saling memafkan... 
-----------------------------------------------

 Kadang masih sikit tahu atau banyak yg aku tahu ilmu agama, bukanlah perlu sibuk sangat difikirkan dan dibimbangkan, tapi lebih lagi perlu dibimbangkan. Ilmu itu tak dapat nak diamalkan dan memberi manfaat walau untuk diri aku sendiri. Benarlah ilmu yg sedikit lebih baik dari banyak jika beramal. Walau sedikit, namun tetap berpanjangan. Ia menjadi pengawal hidup kita. Memelihara, memandu kita. Ia mengubah kita kearah yg lebih baik. Banyak atau sikit bukan beza, amal itu yg ada beza. Kerana walau sikit, jika diamal, ada manfaat, kesan dan keuntungannya walau masih tidak banyak. 
-----------------------------------------------

 Sesuatu yg baik, untuk hasil yg baik. Memang perlu sabar, dan sentiasa kuat bersabar... begitulah sebaliknya tiada kesabaran, bila sesuatu yg buruk, dan hasilnya akan buruk. 
-----------------------------------------------

 Usaha untuk tutup aurat teman... dosa masih suka dedah, dgn sendat, ketat, jarang, nipis dan sbgainya, kemanapun hendak pergi. Dipamer pula di fb. Seolah merasa aman dan bebas dari murka Allah... 
-----------------------------------------------

Ya Allah, kurniakan kpd ku, keluarga, teman-teman, dan setiap hambamu taufik (kekuatan) dan hidayah (petunjuk) dari mu untuk menunaikan suruhan-Mu, untuk melakukan kebaikan... 
-----------------------------------------------

 Senyum :) dan terus usaha dan usaha buat yg baik dan terbaik... 
----------------------------------------------- 

Sibukkanlah fikir, dunia dan juga akhirat.... 
-----------------------------------------------

 Biarlah malu untuk mengajak yg benar krn jahil, Dan berani untuk mengajak yg benar krn tahu... 
-----------------------------------------------

 Mukmin, sentiasa ada Azam baru dan terbaik. 
-----------------------------------------------

 Ada dari kalangan pemimpim kaum Quraisy dizaman Nabi saw dahulu menghalang seruan Islam yg dibawa oleh Nabi saw, mereka merasa begitu terancam dan menyatakan yg Nabi saw yg tlh menyebabkan berpecah belahnya masyarakat. Mudah kita tidak dari yg turut menghalang kesyumulan Islam dan menganggap itu yg memecahbelahkan masyarakat... 
-----------------------------------------------

 Apa² masalah yg hadir, kembalilah kita merujuk Al-Quran dan Hadis. Janganlah kita rasa sombong dan keras kepala... 
-----------------------------------------------


20 Rabiulawal 1434 H bersamaan 01 Februari 2013 M 
Jumaat, 12.10 am. Perak, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan