Baca doa-doa harian, tanda bersyukur dgn nikmat Allah, erti syukur dari seorang hamba, mengingati segalanya dari Allah...
---------------------------------------
Bukan sebab rupa yg cantik dipilih ke Syurga, tapi sebab Akhlaknya yg cantik...
---------------------------------------
Perkara yg baik telah terpampang nyata dihadapan, begitu juga perkara yg merosakkan. Inilah ujian dan fitnah kehidupan. Moga kita terus kuat berada di landasan yg benar ini, dari diri, keluarga dan masyarakat. Dgn ilmu dan amalan. Bersama golongan yg membenarkan tiap seruan Islam.
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
"Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau jadikan hati kami condong kpd kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami, dan kurniakanlah kpd kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." (Ali-'Imran 8)
---------------------------------------
Dasar Islam yg tidak syumul itulah yg memecahbelahkan rakyat...
---------------------------------------
Kita ini saling menumpang, tumpanglah untuk kebaikan dan kebenaran. Jangan menumpang untuk kejahatan dan kesesatan. Kelak kita turut dipertangunggjawabkan...
---------------------------------------
Selamat Tahun Baru 2013
Jom jadikan apa-apa kejayaan dunia kita untuk Akhirat, ada saham untuk Islam, tidak abai Agama. Kerana disana itu pasti dan nikmatnya kekal selamanya. Disanalah kejayaan yg sebenarnya. Biarlah kejayaan didunia menghasilkan kejayaan diakhirat.
---------------------------------------
Jom niat cari pencen Kubor lebih banyak 2013 - Dr Muhaya
---------------------------------------
Semua Allah cipta cantik dan tergoda wanita..
Itu sebab semua diwajibkan tutup dengan sempurna Aurat... ♥
---------------------------------------
Besarnya Fitnah kelak.
Firman Allah swt: Orang kafir (ingkar) ingin kalau sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya, dan isterinya dan saudaranya, dan kaum keluarganya yang melindunginya (di dunia). (Surah Al-Ma´aarij 11-13)
Dunia ini manusia sanggup untuk pertahankan keluarga dan saudaranya kerana sayang. Kelak manusia sanggup untuk tebus dengan keluarga dan saudaranya sendiri untuk selamat.
"Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan." (Al-Furqaan 65)
---------------------------------------
Bila mari rasa berat dan malas sangat nak buat suatu amal. Usahalah sedayanya biar dibuat juga...
---------------------------------------
Jangan berdukacita pada ujian dan musibah²,
Ia menghapus dosa², mengangkat darjat, dan menjadi peringatan tentang kelalaian²...
---------------------------------------
Jatuh lagi ke lembah dosa, bangkitlah kita dengan pohon taubat kepada Allah. Insaf, tinggal, dan azam tidak mahu ulanginya lagi. Doa dan cari jalan untuk menghindarinya. Jangan berputus asa dgn rahmat Allah. Untuk bertaubat. Jika dibiarkan terus dlm dosa, makin lama-kelamaan, syaitan akan terus lagi menghasut. Hadir rasa berat untuk bertaubat, lalu selesa dan sayang dengan maksiat. Mari rasa putus asa untuk taubat, berubah, putus asa dengan rahmat Allah. Tiada lagi perasaan malu dan takut untuk buat hal-hal dosa. Sedarlah, dan teruslah juga kita bangkit dengan besarnya rahmat dan kasih sayang Allah. Ampunlah dosa kami ini ya Allah...
---------------------------------------
Jatuh lagi ke lembah dosa, bangkitlah kita dengan pohon taubat kepada Allah. Insaf, tinggal, dan azam tidak mahu ulanginya lagi. Doa dan cari jalan untuk menghindarinya. Jangan berputus asa dgn rahmat Allah. Untuk bertaubat. Jika dibiarkan terus dlm dosa, makin lama-kelamaan, syaitan akan terus lagi menghasut. Hadir rasa berat untuk bertaubat, lalu selesa dan sayang dengan maksiat. Mari rasa putus asa untuk taubat, berubah, putus asa dengan rahmat Allah. Tiada lagi perasaan malu dan takut untuk buat hal-hal dosa. Sedarlah, dan teruslah juga kita bangkit dengan besarnya rahmat dan kasih sayang Allah. Ampunlah dosa kami ini ya Allah...
---------------------------------------
Ilmu yg bermanfaat ialah ilmu yg dpt menyedarkan diri, dan seterusnya dpt menyedarkan org lain. Marilah kita sama² sentiasa usaha, cuba perbaiki, muhasabah dan dakwah diri kita, dan sentiasa usaha, cuba perbaiki, muhasabah dan dakwah org lain. Terutama keluarga, org terdekat kita, insyaAllah...
---------------------------------------
Hidupkan diri kita dengan Zikrullah.
---------------------------------------
Tidaklah kita yg seronok dan nak dengar dan cari ilmu hanya bilamana ia kena atas/untuk orang lain sahaja...
---------------------------------------
Segala isi Al-Quran dan Hadis itu adlh pengajaran, peringatan dan panduan yg ditujukan untuk diri-diri kita semua. Sesiapapun diri kita...
---------------------------------------
Kita sakit.. kita kata: 'hebatnya ubat, perubatan ini, sungguh berkesan...' Kita kata: 'jika tiada ubat ini, tak tahulah apa akan jadi, aku hanya bergantung pada ubat ini...' Yang sebenarnya, jgn kita lupa pada Allah yg berkuasa yg tlh mengurniakan segalanya. Bukanlah ubat yg menyembuhkan, kita mesti ingat Allah yg berkuasa menyembuhkan kita. Selalu juga ubat yg begitu mahal dan berbagai cara tlh diusaha, namun masih sakit. Dan selalu juga dgn sedikit ubat. Kita pulih semula dgn baik...
---------------------------------------
Cantik Akal, dengan berfikir...
Cantik Mulut, dengan senyap...
Cantik Muka, dengan senyuman...
Cantik Pakaian, dengan akhlak...
Cantik Keadaan, dengan istiqamah...
Cantik Ucapan, dengan benar...
---------------------------------------
Sama² Muhasabah Mlm ini: “Bila senang, sihat, berjaya, kadang kita selalu ada kata dan rasa, itu hasil dari kita sendiri bersungguh usaha. Tiada pula untuk panjatkan dan gandakan erti syukur. Tapi bila susah, sakit, gagal, ditimpa masalah sekejap, kita mengeluh, tau pula salahkan takdir. Malang kita tak ingin nak sandarkan dan ingat segalanya itu dari Allah...”
---------------------------------------
Solat itu yg menjadi kerehatan sebenarnya.. ia sumber ketenangan...
---------------------------------------
Banyak manapun kita cakap, orang dengar. Kita payah untuk ubah orang lain, jika hal diri kita sendiri susah nak diubah. Banyak manapun orang lain cakap, kita dengar. Mereka juga tak boleh nak ubah kita, jika kita sendiri tak nak ubah diri kita...
---------------------------------------
Buang ego, keras kepala. Untuk kejayaan dunia dan akhirat...
---------------------------------------
Ibadat² kepada Allah, dgn penuh kerendahan, penyerahan dan pengharapan diri kita kepada Allah, insyaAllah...
---------------------------------------
Tiadalah kehidupan ini, kita dari serba lemah dilahirkan dan pasti lemah juga diakhirnya nanti. Di pertengahannya kadang sudah pasti akan sakit. Marilah kita rebut peluang sebanyak² nya diantara waktu² yg sihat dan kuat ini, untuk bekalan kita waktu akhirat kelak...
---------------------------------------
Siapapun kita, ilmu agama mestilah sentiasa dicari, dituntut dan ditadahi. Dgn juga saling berpesan, berkongsi. Tua ataupun muda. Kita ini sentiasa mudah sering lupa. Tidaklah kita yg merasa sdh cukup dgn ilmu yg ada, yg diketahui. Terlalu byk lagi yg blm kita ketahui. Benarlah, barangsiapa yg rasa ilmunya sdh cukup, maka itu dari tanda kearah kegagalan, kecelakaan. Benar, ilmu bila semakin byk dipelajari, diketahui, akan dirasa semakin skt sangat ilmu, rasa makin byk lagi yg blm diketahui, makin jahil. Ilmu Agama, mengajar tntg kehidupan dunia...
---------------------------------------
Benar, kita memang akan letih bila sentiasa cari dan sibuk dgn pandangan manusia. Krn kita sibuk nak bertanding hebat, ego, dan berebut nilaian dunia yg tiada kesudahan. Manusia itu tdk akan puas, manusia itu serba lemah. Kita sibuk dgn kehendak org, karenah, keinginan org. Sebenarnya kita perlu byk fikir dan buat untuk diri kita sendiri yg utamanya. Fikir apa yg blh kita beri, bantu. Fikir pandangan Allah. Bagaimana dari sunnah Rasul yg Allah tlh didik. Demikian, insyaAllah hati kita pasti tidak letih lagi, selalu tenang dan gembira. Dan byk keuntungan akan diraih...
---------------------------------------
Tanda² kesedaran dan keinsafan itu, sudah memadai juga dgn berubahnya kelakuan dan imej kita dgn org lain. Luahan kita dgn pertuturan dan pesanan yg baik...
---------------------------------------
Sahabat, mencari apa kebaikan dunia dan juga akhirat kita...
---------------------------------------
Siapa yg melakukan kebaikan, kebaikan itu adlh untuk dirinya. Dan siapa yg melakukan keburukan, keburukan itu adlh untuk dirinya...
---------------------------------------
Biasa kita menyebut sedekah 'jariah'. Apa yg dimaksudkan dgn jariah itu? Jaariah dgn maksud sedekah 'yg mengalir, yg berjalan'. Matinya Pemberinya, namun pahalanya masih berjalan. Seperti dijelaskan dari Hadis Nabi saw: "Bila mati anak adam, maka terputus amalnya melainkan 3, yg pertama ialah sedekah jaariah." (Hr Muslim)
---------------------------------------
Sudah tiada sbb yg lebih besar dan penting lagi utk sokong yg mengekang kesyumulan Islam.. luaskan lagi skop dakwah Islam...
---------------------------------------
Pandanglah setiap kali peringatan dari Al-Quran dan Hadis Nabi saw itu, suatu yg sgt tidak wajar untuk sering kita jadikan bahan gurauan, suka-suka dan meremehkannya, dan juga sekadar post dan share. Itu wasiat dari Nabi saw agar berpetunjuk dgnnya. Muhasabah apa kesan, kesedaran untuk diri kita. Yang pertamanya marilah kita tujukan peringatan-peringatan itu untuk diri kita sendiri. Jika ramai org yg jahil bercakap mempergunakan al-Quran, Hadis, tidaklah kita org yg tahu, tapi rasa malu dan berat untuk menerima dan membenarkan al-Quran, Hadis...
---------------------------------------
Kebaikan-kebaikan, tidak akan menyesalkan, ia berlalu dan ia pasti ada hasilnya. Keburukan-keburukan itulah yg pasti akan amat menyesalkan, ia juga berlalu dan ia pasti ada hasilnya...
---------------------------------------
Hati Gembira, bila dapat buat yg disuruh Allah...
---------------------------------------
Kita bangun, untuk sujud kepada Allah..
Dengan penuh kerendahan, penyerahan dan pengharapan diri kepada Allah...
---------------------------------------
Jangan kita membenci dan merasa marah dgn kejahatan orang, sedang kita tiada benci dan bersalah dgn kejahatan dari diri kita sendiri...
---------------------------------------
Kesan-kesan kebenaran, keihsanan seseorang, akan dirasa dahulu dari keluarga, dan teman rapatnya...
---------------------------------------
Dahulukan fakta, ucapan seseorang. Agar kita tidak mengiakan juga seseorang itu walau memang benar silap. Dan menyalahkan juga seseorang sesuatu itu walau memang benar.
Supaya kita tidak terus sentiasa membenarkan dari pandangan dan cerita umum mengenai seseorang, namun sebaliknya sering diutama, dihayati fakta dan isinya. Dan tidak terus sentiasa juga menafikan dari pandangan dan cerita umum mengenai seseorang.
Yang saya ingin bangkitkan disini ialah supaya kita sering utamakan fakta, krn utk ingatkan sifat kita manusia pasti ada silap, agar kita boleh menerima yg setiap org mmg ada silap. Kita merasa itu mgkin dari kesilapannya.
---------------------------------------
Benarlah...
Walau sedikit, tapi berterusan amal. (Hr al-Bukhari dan Muslim)
Berkata yg baik, atau senyap. (Hr al-Bukhari dan Muslim)
Tanya pada pakar, jika tak tahu. (An-Nahl 43)
Telepas sunat, krn sibuk yg wajib. (Fiqh Keutamaan)
Tidak mampu buat ibadat, jgn buat maksiat. (Pesan Ulama')
---------------------------------------
Kita mohon ilmu yg bermanfaat. Yang dpt mengawal kita dari melakukan perkara buruk, keji, maksiat.
---------------------------------------
Kemana dan dalam apa jua pun keadaan kita, fikirlah dan carilah apa yg dpt memberi kebaikan, manfaat dan keuntungan kpd diri kita dan juga org lain untuk kehidupan dunia dan akhirat kita. Sangka buruk, itu masalah kita. Fikir kata orang, itu mgkin krn kejahilannya atau mgkin ia memang benar...
---------------------------------------
Facebook kadang memang tlh melalaikan, membuatkan malas membaca Al-Quran. Bahkan dalam Solat pun akan membuatnya tergesa-gesa. Sama-sama muhasabahnya...
---------------------------------------
Kita semua saling menumpang, tumpang gembira dan kecewa, tumpang suka dan minat masing². Kita saling berkerja sesama lain, saling menyempurnakan tuntutan hasyrat org lain.
Tiadalah ego, dengki, fitnah, bermusuh. Dgn tegas tanpa menumpang atas tegahan Allah dan Rasul. Kepentingan diri dan apa² bentuk kepentingan lain dari Allah dan Rasul...
---------------------------------------
Ilmu tanpa diusaha amal, seolah masih seperti org jahil. Bahkan lbh bahaya dari itu, krn nasihat untuknya pula lagi sukar. Demikianlah dari doa Nabi saw diajar “Ya Allah, berikanlah manfaat dgn ilmu yg tlh Engkau ajarkan kpdku, dan ajarilah aku ilmu yg bermanfaat bagiku serta tambahkanlah aku ilmu. (Hr at-Tirmidzi) dan Doa mohon dijauhkan dari ilmu yg tiada manfaat. Dari sdkt, kita amal. Marilah kita selalukan muhasabah tahap kesedaran ilmu² kita dan mohon jauh dari dibalakan dgn ilmu...
---------------------------------------
Buruknya akhlak, dari antara tanda-tanda dan lambang-lambang kejahilan dan jauh dari kebenaran...
---------------------------------------
Tiap² hari aku guna nikmat Tuhanku. Ingat nikmat Allah, untuk agar selalu rasa bersalah nak buat yg dilarang Allah, dan supaya sentiasa rasa syukur dgn nikmat kurniaan-Nya (nak taat & gandakan amal)...
---------------------------------------
Aku seorang yg sering lupa, lalai, mudah hanyut, banyak main², serba kurang, tak tahu dan sgt lemah hal itu. Maka aku perlu usaha cari jalan dan berada dlm keadaan, suasana yg menyedarkan, mengingatkan dan membangkitkan aku...
---------------------------------------
Doa² selalu, betulkan niat kita baik². Sentiasa muhasabah tahap, kesedaran ilmu² kita.. lebih bahaya dari yg jahil jika yg sudah tahu Agama, namun seolah dlm jahil, tiada beza ada ilmunya...
---------------------------------------
Kaya ilmu, adalah bila menyampaikannya. Sesuatu keuntungan adalah mula dgn memberinya...
---------------------------------------
Asing Islam itu bkn dibiar cara hidup kita asing dari orang ramai. Memilih untuk mengasingkan diri. Namun kita sering terasing dan masih diasing dari orang ramai...
---------------------------------------
Dari segala tuntutan Agama, segala suruhan dan larangan Allah. Menjadikan seorang hamba itu begitu hebat, kuat, mulia, berjaya dunianya...
---------------------------------------
---------------------------------------
19 Safar 1434 H bersamaan 02 Januari 2013 M
Rabu, 08.45 am. Terengganu, Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan