Selasa, 1 Januari 2013

Dakwah yang terdekat, khusus buat jurusan Agama.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Firman Allah swt: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. (Surah At-Tahrim, ayat 6) 


 “Dalam kita berusaha memelihara diri dan keluarga dari api neraka, menjadikan diri dan keluarga kita manusia yang baik, hebat, dan berjaya dunia dan akhiratnya” 

1. Tiap manusia pasti ada rasa kasih dan sayang dalam hatinya. Terutama perasaan kasihnya pada keluarga sendiri, isteri dan anak, saudara mara berdekatan, dan teman-teman rapatnya. Perasaan yang terbina dan dirasa ini adalah dari hubungan jarak yang dekat. Mungkin bila jauh, rasa itu kurang sedikit eratnya. Kita sudah pasti lebih utamakan yang terdekat. 

2. Dari hubungan dan perasaan ini. Sesuatu hal yang dibicara dan ingin saling disampaikan diantara kita ini adalah lebih berkesan dirasai dan dihayati, kerana ia punyai hubungan kekeluargaan. Dalam menasihati dan membicangkan sesutu perkara. Kepercayaan dan penyetujuan sesuatu hal itu pasti lebih diharapkan lagi.



3. Demikian saya sarankan buat pelajar-pelajar dari jurusan Agama khususnya, marilah kita gunakan jalan ini sebaiknya. Disebalik pesanan Allah dan Rasul agar semua memelihara diri, keluarga dan kaum kerabatnya. Ini adalah ruangnya yang perlu kita manfaatkan sebaiknya. Orang lain telah mengetahui yang kita ini seorang pelajar yang mengambil kos Agama. Ini jalan dakwah kita dan cara untuk kita menarik mereka. 

4. Yang belajar agama ada macam-macam. Ada antara darinya kerana paksaan ibubapa, ada yang ingin untuk perbaiki diri, ada yang sudah minatnya berhasyrat ingin menjadi tokoh Agama, ada yang kerana diera zamannya mudah untuk mencari rezeki, dan ada yang merasai ia dari antara tuntutan dan tanggunjawab besar dari Allah yang perlu ada seseorang untuk sanggup menggalasnya. 

5. Itulah antara perbezaanya, namun apapun bagi mereka yang sekarang masih menuntut dan kelak merancang sekadar untuk mencari kerja dengan mengajar, membuka kelas-kelas agama, menjadi pensyarah. Tidaklah patut ilmu-ilmu yang dijelaskan itu berada dalam linkungan bila hanya mendapat duit sahaja. Marilah kita sama-sama berusaha lebarkannya lagi dengan menyeru dan menitikberatkan dari keluarga kita sendiri, kaum kerabat terdekat, jiran tetangga, dan teman-teman rapat kita. Menggunakan segala ruang-ruang yang diminati oleh kita semua. 

6. Ilmu yang biasa kita sebut ‘fardhu ain’ ini iaitu asas bagi setiap orang Islam adalah wajib dipelajarinya. Yang mengambil jurusan agama itu adalah sebahagian yang perlu dari masyarakat agar mendalaminya. Kemudian bila pulang tamat pengajian, menyampaikan pada orang lain pula. Disebalik ujian besar, untuk dakwah kepada orang lain, dan sudah menjadi kewajipan besar untuk beramal pada diri, disebalik mencari kerja semata dan menyebarkannya lagi dengan amanah. Itu mungkin antara jalan ujian dan cara diangkat darjat bagi seorang penuntut ilmu agama. Namun sedikit dukacita, ramai pelajar-pelajar agama tidak faham dan menyedari hal ini. Jika kita tidak mengambil jurusan agama pun, mereka wajib juga mencari dan mempelajari mana halal haram dan dosa pahala itu. “Seperti telah disebut dalam hadis: Menuntut ilmu menjadi kewajiban atas setiap Muslim (al-Imam as-Suyuuthi menyatakan hasan)”. Maksud ilmu disini ialah Ilmu fardhu ain. Dan begitulah orang lain dengan jurusan masing-masing yang diminati, saling berkongsi dan memerlukan. Semua disarankan oleh Islam. Bila mengenai agama, kita tanya yang pakar agama. Bila mengenai perubatan, kita tanya pakar perubatan. Tidak dinafikan banyak kelebihan yang besar dalam menuntut ilmu. Cuma agar kita tak silap merasakan yang semua perlu menjadi orang yang benar hebat dan tinggi ilmunya dalam Agama. Merasakan untuk tahu dan faham agama mesti mengambil kos agama. Belajar agama untuk kenal dan beramal dengannya tak perlu susah hantar ke luar negara, bimbang nanti terjadi fitnah. Tapi bila belajar untuk jadi pendakwah, maka perlu bersusah payah menghantar dan memberi penekanan sedalamnya mengenai hal itu, agar tidak mencelarukan ilmu untuk masyarakat.



7. Tiada seorang yang rela berpisah dengan orang yang disayangi tanpa apa-apa sebab, bahkan orang yang dipisahkan itu merana kesusahan. Saya dan kita semua mendamba nikmat syurga yang pasti kelak. Jika tiada apa selepas dimatikan, maka untuk apa dihidupkan. Jika rasa kenapa aku patut ikut yang disuruh Allah, fikir bagaimana aku sendiri tak dapat nak fikir tentang hal sebelum dilahirkan, lemahnya bila dilahirkan, dan kelak lemah juga dan akan dimatikan juga. Kita mengharap disyurga nanti, masih bersama-sama dengan keluarga, isteri, anak-anak, saudara-mara dan teman-teman kita yang begitu baik, dirindui dan yang tak terkira nikmatnya bila dapat bersama di waktu dunia. 

8. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyedarkan diri, dan seterusnya dapat lagi menyedarkan orang lain. Marilah kita sama-sama sentiasa usaha, cuba perbaiki, muhasabah dan dakwah diri kita, dan sentiasa usaha, cuba perbaiki, muhasabah dan dakwah orang lain. Terutama keluarga dan orang terdekat kita. 

9. Marilah selalu perhati dan muhasabah kesan-kesan ilmu kita, benarlah ilmu yang sedikit lebih baik dari banyak jika beramal. Sedikit tapi beramal lebih baik dari banyak, tapi tidak diamal. Banyak dengan beramal sudah tentu lebih lagi baik dari sikit yang juga beramal. Banyak sikit bukan beza, amal itu yang ada beza. Kerana sikit, jika diamal, ada manfaat dan keuntungannya walau tidak banyak. Ilmu yang bermanfaat, ia menjadi pengawal hidup kita. Ia memelihara kita. Ia memandu kita. Ia mengubah kita kearah yang lebih baik. Kita mohon jauh dibalakan ilmu, tahu yang benar, tapi mempergunakan untuk modal kejahatan, tetap mempertahanan kesalahannya, menafikan kesilapannya dan tidak dapat mengubah dirinya, orang lain juga rosak dengannya. 

10. Para Nabi-Nabi dahulu sentiasa berdakwah mengajak kaumnya agar beriman kepada Allah, meninggalkan segala sembahan selain Allah. Dan menerima ketetapan-ketetapan dari Allah. Mereka tetap berdakwah walau dihina dan ditentang, masa yang begitu lama dilalui mereka. Akhirnya Allah mendatangkan pertolongan dengan menangnya Islam, dan ada yang dibinasa kerana tetap derhaka. Para Nabi dan Rasul sentiasa pergi memujuk umatnya agar insaf dan bertaubat kembali kepada Allah. Begitulah hari ini, tugas kita juga adalah mencari jalan dengan memujuk orang-orang yang didakwah kita agar kembali mentaati perintah Allah. Menunjukkan indahnya akhlak seorang muslim. Semua pernah buat silap dan semua dituntut untuk saling mengajak orang pada kebenaran dan tidak turut dalam kejahatan. Islam melarang kita sibuk menerakakan orang dan membilang dosa orang. Dan tidaklah kita juga hanya membenci dan merasa marah dengan keburukan orang, sedang kita tiada benci dan rasa bersalah dengan kesalahan dari diri kita sendiri.




11. Kesimpulannya, insyaAllah dari kesungguhan yang bermula dari diri, keluarga, saudara terdekat dan seterusnya lagi akan menjadikan ia terus berbuah dengan memanjangkan lagi mesej-mesej dakwah itu. Dari perasan kasih dan sayang dirasaiAkhirnya, marilah sama-sama kita renungi firman Allah swt ini: 


يُبَصَّرُونَهُمْ يَوَدُّ الْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِي مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍ بِبَنِيهِ، وَصَاحِبَتِهِ وَأَخِيهِ، وَفَصِيلَتِهِ الَّتِي تُؤْويهِ

Orang kafir (ingkar) ingin kalau sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya, dan isterinya dan saudaranya, dan kaum keluarganya yang melindunginya (di dunia). (Surah Al-Ma´aarij, ayat 11-13) 

Dunia ini manusia sanggup untuk pertahankan keluarga dan saudaranya kerana sayang. Kelak manusia sanggup untuk tebus dengan keluarga dan saudaranya sendiri untuk selamat. 


رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا


Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (Surah Al-Furqaan, ayat 65)



19 Safar 1434 H bersamaan 02 Januari 2013 M
Rabu, 03.15 pm. Terengganu, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan