“Aku mesti sentiasa ingat dan yakin, segala ketetapan dari Tuhanku itu bukanlah untuk menyusahkan dan menbebankan aku. Tuhanku yang menciptakan aku. Dia mengetahui segala kelemahan dan kekurangan aku. Dia mengetahui segala kesanggupan dan kemampuanku. Dia mengetahui aku sebenarnya mampu atau tidak. Dia tidak akan menzalimi dan mempersiakan aku. Segalanya itu untuk membentuk dan menjaga aku. Kelak aku pasti kembali kepadanya semula. Disaat-saat yang terus berjalan ini, aku akan usaha dan terus bangkit usaha untuk buat yang terbaik meraih kejayaan dunia dan akhirat. Dalam Al-Quran dinyatakan: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah 286) Tuhanku tidak akan susahkan aku, tidak biarkan aku dalam kesukaran, melainkan itu memang aku mampu buat sebenarnya, demikian aku perlu berusaha dengan sentiasa pohon kekuatan kepada-Nya”
“Tuhanku tak pernah menzalimi diriku, tapi akulah yang menzalimi diri aku sendiri, yang sebab terzalimnya diri aku”
“Walau tiada minat, itu adalah tanggungjawab dan amanah. Sama-sama terus berusaha. Tanggungjawab mengatasi minat. Tanggungjawab untuk diminatinya. Tanggunggawab itu dari Allah, minat itu pilihan kita. Allah tak akan suruh apa yang kita tak mampu, sebab Allah tahu apa yang kita mampu sebenarnya”
Copy dari status kenalan fb - “Makhluk yang hanya melakukan kebaikan berterusan adalah malaikat, makhluk yang melakukan kejahatan sahaja adalah syaitan terkutuk. Sedangkan sikap kembali dari keburukan dan kejahatan menuju kebaikan dan ampunan adalah tabiat anak-anak Adam. Kerana sebaik-baik pendosa itu adalah mereka yang bertaubat dan mohon keampunan”
Bila kita telah sentiasa sedarkan pada diri mesej diatas ini, insyaAllah, kita pasti meraih nikmat manisnya Iman dan Islam ini. Berada dalam bimbingan Agama. Dan bila mampu meraihnya, kita akan kuat dapat mengagak apa yang akan mencenderungkan kepada maksiat atau taat, dan sentiasa sedar dan muhasabahnya. Saat itu merasa hakikat sebenar ketenangan dan kesakitan dalam hidup ini. Saat itu kesabaran dan keperitan dirasa manisnya. Nikmat dalam ketaatan dan sakit dalam maksiat. Sangat takut dengan maksiat dan gembira dengan taat. Dan yang kita harap, akhirnya agar mati dalam keadaan sedang dalam keinsafan dan berterusan dengan amal yang diredhai Allah. Terselamat dari tergelincir, mengelaknya dengan sentiasa muhasabah selalu dan berwaspada selalu dari imbasan godaan dari syaitan. Dari rutin amalan kita yang akan memberi kesan kepada hal ini.
“Kita mohon doa agar terus istiqamah dalam berusaha meraih istiqamah mentaati Allah. Kita mohon agar istiqamah, yakni mudahan sentiasa wujud dan lahir kesedaran dan kekuatan untuk selalu muhasabah diri. Tersedar bingkas dari hal dan jalan kelekaan”
Hari ini sebahagian besar masyarakat terutama para remaja masa kini. Amat menyedihkan dan meresahkan. Kefahaman agama yang menipis, akhlak makin merudum, moral makin hancur, solat dan fadhilat lain bukan menjadi keutamaan, berseronok dan berhibur menjadi kesukaan, berpergian lelaki dan perempuan menjadi amalan, aurat dan maruah dicabut seharian dan sebagainya lagi. Dengan keadaan dunia terbuka hari ini. Semuanya marilah sama-sama usaha baiki kejahilan ini. Inilah ujian dan perjuangan kita.
“Kita sampai pada keadaan kita yang sekarang adalah dengan perjuangan. Dan selama nafas ini berhembus selama itu pula kita dan semua manusia lain akan terus juga berjuang. Berjuang dan terus berjuang. Kehidupan didunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti sejak lahir hingga akhir hayat. Semua dari kita berjuang. Seorang bayi berjuang dengan linkungan asing yang ia belum kenal sebelumnya. Seorang ibu yang berjuang untuk menjaga dan mendidik anak-anaknya. Seorang ayah yang berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganya. Perjuangan ibubapa kita sudah terlalu amat sudah cukup untuk menyedar dan membangkitkan semangat kita. Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu. Yang miskin berjuang untuk mendapatkan kehidupan yang layak. Yang sedang dilamun cinta berjuang untuk menahan rindu. Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dari membuka tudungnya. Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumah tangga. Yang terkena musibah atau orang yang di tinggal oleh orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupannya. Yang berselisih berjuang untuk berdamai dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan Agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi” – Copy status kenalan fb
Berbagai kata orang dan hal sekeliling yang terjadi itu, itu ujian pada kita semua, untuk terus membentuk kita, mungkin ia betul, dan atau terjadi untuk melihat keikhlasan, kesabaran dan pergantungan kita dengan Allah.
Fitrah itu akan terus berlalu menjadi fitrah, itu fitrah dari
penciptaan Allah. Disebalik dalam kekuasaan dan pengetahuan Allah segalanya.
Hanya bila tanpa tiada suluhan petunjuk, rahmat, doa dan pergantungan kepada
Allah, maka terkeluar dari fitrah yang difitrahkan sebenarnya. Kerosakan
akhlak, cara hidup, merosakkan diri dan kesan pada orang lain. Berbagai masalah
lahir, lupa asal usul, sombong, ikut selera nafsu, keinginan diri dan lupa hal
kematian. Marilah mengikut petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah. Telah indahnya
segala syariat Islam.
Kadang dalam hidup kita, syariat Agama telah kita sentiasa
awasi, namun sering gagal dan tidak tercapai apa yang ingin dilaksana. Itu
ujian dari Allah, menguji kesabaran, keikhlasan dan ketaatan. Memberi pahala
dan menghapuskan dosa. Dan itu mungkin memang ia bersalahan dengan fitrah yang telah
Allah jadikan, siapa yang bersungguh usaha, akan berjaya, siapa yang selalu gopoh,
banyak masaalah terjadi. Kerana Allah tak akan buat zalim pada hambanya, makhluk
yang diciptakannya. Hamba yang mentaatinya. Takkan Allah yang menjadikan kita,
nak sengaja menyusahkan hidup kita.
Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi saw pernah suatu hari berpesan kepadanya: “Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu. (agar sentiasa bersyukur)”. (Hr al-Bukhari dan Muslim)
“Tuhanku adalah saksiku, malaikat dikiri kananku, manusia-manusia sekelilingku dan diriku sendiri menjadi saksi”
Bila selalu difikir dan dikhayalkan nikmat syurga yang pasti itu, sedikitpun tak dapat nak dibanding dengan nikmat dunia. Terlalu lebih memadai dari apapun kesakitan dan keperitan dunia. Segala semua hal yang menguntungkan diraih dan tiada perlu usaha sedikit apapun lagi. Sungguh besar, kadang mengingatinya menjadi pembawa semangat dalam hidup. “Ya Allah, golongkanlah kami dari kalangan ahli syurga-Mu ya Allah. Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami ini, terimalah amalan kami, ampunlah silap kami dan bantulah kami melalui ujian-ujian itu ya Allah”. Kita akan bersama menempuh segalanya hingga berjaya ke syurga kelak.
Kata para Salihin.
“Kami meminta pada Allah”
Jika Allah kurniakan, kami gembira sekali.
Dan jika Allah tak kurniakan, kami lebih lagi gembira.
Kerana yang diberi, adalah pilihan kami.
Dan yang tidak diberi, adalah pilihan Allah.
Dan pilihan Allah sudah pasti adalah lebih baik dari pilihan kami.
- Ada sedikit penambahan dari status kenalan fb yang dicopy diatas.
18 Zulhijjah 1433 H bersamaan 03 November 2012 M
Sabtu, 02.15 pm. Sana’a, Yaman.
Dan pilihan Allah sudah pasti adalah lebih baik dari pilihan kami.
- Ada sedikit penambahan dari status kenalan fb yang dicopy diatas.
18 Zulhijjah 1433 H bersamaan 03 November 2012 M
Sabtu, 02.15 pm. Sana’a, Yaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan