2. Betapa sangat sucinya sifat ‘ikhlas’ ini, bukan mudah meraihnya dan menyelusuri jalan yang penuh ujian dalaman itu. Bila kita mampu laksanakannya tegahan diatas, akan dirasa hanya kepada Allah sahajalah benar-benar digantung segala kerja itu. Dari itu jua hadir kekuatan kerana segalanya hanya kerana Allah. Begitulah betapa murni dan jernihnya sifat ini jika dihayati. Syarat ini yang menjadi diterimanya amalan. Syarat inilah jua yang dibimbangi dan dirunsingkan oleh kita semua kelak dikakhirat nanti. Tanpa syarat ini, maka tiada guna banyak mana pun amal kita. Hakikat nilaian ini yang menyamakan kita semua, yang walau sangat jauh berbeza pada zahir didunia ini. Walau sikit dan banyak amal kita.
3. Indahnya Islam mengajar kita. Dari ikhlas, lahir sifat saling membantu, membenarkan mana yang benar dan kurang, dan saling merasa bergembira. Kerana semua mengharap hanya redha Allah. Dan selamat dari berlaku perbalahan, bermusuhan, memperlekeh dan sifat-sifat sepertimana disebut diatas, yang akan merosakkan diri pelakunya.
4. Menghindari diri dari sifat bila kita buat baik tapi kita rasa gembira dan suka bila disebut keaiban orang, dan rasa berat dan benci bila disebut kelebihan dan kebenaran orang. Sama-sama kita renungi hadis Nabi saw ini:
Sabda Nabi saw: “Orang yang awal dibicarakan pada hari kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang kerana-Mu sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-Mu”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-Mu”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (Hr Muslim)
5. Hadis ini memberi penerangan yang cukup jelas akan pentingnya faktor ikhlas dalam tika hidup kita. Marilah kita sentiasa rutin untuk muhasabah sejenak, menyemak semula niat-niat amal kita. Bagaimana keadaanku aku disisi Allah. Terus kita berusaha mengikhlaskan diri kerana Allah. Mula-mula syaitan akan ganggu dengan mari rasa riak, bangga, puji diri. “Terus kita dalami ilmu agama, berterusan dalam mengerjakan amal itu diamana jua dan walau apa keaadaan kita. Saling tegah diri dari pujian, gandakan amal. Sentiasa mohon ampun dan berdoa kepada Allah, insyaAllah kita akan rasa berharap hanya kerana Allah”. Kata Dr Aidh al-Qarni: “lihat tika waktu kamu keseorangan dan juga bila ramai orang, bagaimana tahap kesungguhanmu”.
13 Muharram 1434 H bersamaan 27 November 2012 M
Selasa, 02.00 am. Terengganu, Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan