Khamis, 29 November 2012
Jagalah Iman kita.
1. Wahai anakku, Iman adalah mutiara yang sangat indah. Bilamana imanmu mantap, engkau akan melihat sesuatu secara positif, kerana keyakinanmu terhadap Tuhanmu yang Maha penyayang. Engkau akan merasai betapa tingginya kasihsayang Tuhanmu terhadapmu, samada sewaktu engkau menerima nikmat atau engkau menerima ujian yang tidak kamu sukai.
2. Wahai anakku, Seorang anak mungkin akan tersinggung dan marah kepada ayah yang memukulnya, kerana ia tidak melihatnya secara positif. Namun bilamana ia dewasa dan memikirkan secara positif, nescaya ia akan menghargainya. Demikian juga bilamana kamu memikirkan besarnya kasih sayang Allah ke atasmu. Apakah kamu merasa besar akan ujian Allah didunia berbanding akhirat, dan tentulah engkau redhai dengan sedikit ujian di dunia berbanding azab Allah di akhirat.
3. Wahai anakku, Kemanisan iman akan dapat kamu rasai bilamana kamu meletakkan Allah ditempat yang layak baginya. Aku sangat khuatir jauhnya Tuhan darimu. Lantaran itu, hendaklah kamu sentiasa merasai melalui indera hatimu apakah hari ini engkau rasa hampir dengan Tuhanmu atau engkau merasa jauh dariNya.
4. Wahai anakku, Seandainya engkau merasai jauh dengan Tuhanmu, jangan engkau biarkan keadaan ini berlarutan, kerana seorang kekasih akan bimbang kalau ia dijauhi; betapa pula Tuhan kita. Ia tidak akan menjauhi dari makhluk yang dikasihinya, melainkan kerana ia sayang kepada makhluknya. Ketahuilah wahai anakku, Allah lebiah sayang kepada hambanya melebihi kasihsayang seorang ibu pada anaknya. Kerana itu, jangan sesekali engkau biarkan harimu jauh dari Tuhanmu.
Allah tidak menjauhi seseorang hambanya sebagaimana seorang kekasih merajuk untuk minta simpati dan perhatian, tetapi Allah akan menjauhi hamba kerana dosa hamba itu. Kerana itu dekatilah melalui istiqhfar dan taubatmu kepadaNya setiap waktu. Semoga Allah sentiasa memelihara segala perbuatan kita.
Salam sayang...... Dan senyum selalu dalam mencari redha Tuhanmu.
- Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
16 Muharram 1434 H bersamaan 30 November 2012 M
Jumaat, 07.00 am. Terengganu, Malaysia.
Rabu, 28 November 2012
Menghayati erti Syukur.
1. Syukur, suatu lafaz yang mudah dan sering kita biasa gunakannya, “syukur alhamdulillah atas segalanya, syukur dengan apa yang ada”, dan berbagai lagi bentuk dan suasana ayat ini dilafazkan mengikut selera apa yang kita rasa itu, namun jika dihayati erti sebenar Syukur ini adalah ungkapan yang begitu besar nilaian dan maksudnya.
2. Sudahkah kita beryukur sebenarnya? Adakah kita ini seorang hamba yang sentiasa bersyukur? Memang bukan mudah nak bersyukur dengan nikmat yang diberi, kita selalu lupa dan alpa, kita leka bila tika sudah senang dan sihat. Jika semua boleh laksana benar-benar erti syukur ini, kita akan dapati keihsanan berleluasa berlaku dari tiap semua orang.
3. Nikmat sihat ini, jika sering diingati dan difikirkan betapa nikmatnya nikmat sihat ini, tiada apa yang nak disanggup diingkar dan rasa untuk tidak bersyukur lagi. Tiada guna segalanya bila sakit. Tiada yang ingin untuk sakit. Sungguh besar nikmat ini. Selalulah kita ingat nikmat sihat ini. Sakit, melenyapkan segalanya. Mudahan sihat, tidak melupakan kita segalanya. Kita mohon sentiasa dalam keadaan bersabar dan bersyukur atas segala yang terjadi.
4. Erti syukur juga ialah tingkatkan amal dan buat yang disuruh dan hindar yang dilarang. Muhasabah bagaimana keadaan aku, bilamana dapat suatu keputusan dan hasil yang mengembirakan, menyenangkan dan melegakan aku.
5. Berbagai keinginan, nafsu memang tak akan kenyang, jangan kenyangkannya. Jika sentiasa dikenyangkan, makin selalu lapar, sentiasa rasa tidak cukup. Cukup sekadar tidak kelaparan sangat, (memenuhi hajat dan keperluan). Marilah, pandunya mengikut syariat. Syukur yang sentiasa dirasa, menterjemahkan erti syukur itu, memikir hal keadaan sekeliling.
6. Dalam apa-apa hal pun yang kita jalani di dunia ini, ingat selalu Allah itu Maha Adil. Jangan kita kecewa, berputus asa dan masih terus nak berdengki, rasa tidak puas hati dan itu tidak adil. Itu semua ujian dari Allah. Nabi saw pernah berpesan kepada sahabatnya:
7. Demikian jika kita hayati benar-benar pesan Nabi kita ini, akan dilihat betapa indahnya kehidupan ini “Orang yang kaya, sentiasa melihat orang yang kurang darinya, orang yang rendah darinya melihat orang yang rendah lagi, orang yang rendah pula lagi melihat yang lebih rendah lagi, dan begitulah seterusnya sentiasa melihat kekurangan yang dialami oleh orang lain. Dari itu lahir erti syukur, membawa kepada tidak bongkak, bangga, lupa diri, tidak mencela, merendahkan orang, saling terasa ingin membantu, meningkatkan kebajikan, berjimat dan tidak suka membazir. Alangkah cantiknya dari asas merasa syukur akan nikmat kuniaan Allah kepada kita. Bersabar dan dalam masa yang terus berusaha dengan berkerja”.
15 Muharram 1434 H bersamaan 29 November 2012 M
Khamis, 01.30 am. Terengganu, Malaysia.

Firman Allah swt: Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka". (Az-Zumar 8)
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus 12)
Nabi saw menyebut tentang hal seorang mukmin: “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusannya adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya”. (Hr Muslim)
3. Nikmat sihat ini, jika sering diingati dan difikirkan betapa nikmatnya nikmat sihat ini, tiada apa yang nak disanggup diingkar dan rasa untuk tidak bersyukur lagi. Tiada guna segalanya bila sakit. Tiada yang ingin untuk sakit. Sungguh besar nikmat ini. Selalulah kita ingat nikmat sihat ini. Sakit, melenyapkan segalanya. Mudahan sihat, tidak melupakan kita segalanya. Kita mohon sentiasa dalam keadaan bersabar dan bersyukur atas segala yang terjadi.
4. Erti syukur juga ialah tingkatkan amal dan buat yang disuruh dan hindar yang dilarang. Muhasabah bagaimana keadaan aku, bilamana dapat suatu keputusan dan hasil yang mengembirakan, menyenangkan dan melegakan aku.
5. Berbagai keinginan, nafsu memang tak akan kenyang, jangan kenyangkannya. Jika sentiasa dikenyangkan, makin selalu lapar, sentiasa rasa tidak cukup. Cukup sekadar tidak kelaparan sangat, (memenuhi hajat dan keperluan). Marilah, pandunya mengikut syariat. Syukur yang sentiasa dirasa, menterjemahkan erti syukur itu, memikir hal keadaan sekeliling.
Rasulullah saw apabila melihat apa yang disukai, beliau membaca:
((الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ))
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal shalih sempurna.
Dan apabila melihat apa yang tidak disukai, beliau membaca:
((الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ))
Segala puji bagi Allah, atas segala keadaan. (Hr ibn Majah, al-Albani: hasan)
6. Dalam apa-apa hal pun yang kita jalani di dunia ini, ingat selalu Allah itu Maha Adil. Jangan kita kecewa, berputus asa dan masih terus nak berdengki, rasa tidak puas hati dan itu tidak adil. Itu semua ujian dari Allah. Nabi saw pernah berpesan kepada sahabatnya:
“Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi saw pernah suatu hari berpesan kepadanya: Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu. (agar sentiasa bersyukur)”. (Hr al-Bukhari dan Muslim)
7. Demikian jika kita hayati benar-benar pesan Nabi kita ini, akan dilihat betapa indahnya kehidupan ini “Orang yang kaya, sentiasa melihat orang yang kurang darinya, orang yang rendah darinya melihat orang yang rendah lagi, orang yang rendah pula lagi melihat yang lebih rendah lagi, dan begitulah seterusnya sentiasa melihat kekurangan yang dialami oleh orang lain. Dari itu lahir erti syukur, membawa kepada tidak bongkak, bangga, lupa diri, tidak mencela, merendahkan orang, saling terasa ingin membantu, meningkatkan kebajikan, berjimat dan tidak suka membazir. Alangkah cantiknya dari asas merasa syukur akan nikmat kuniaan Allah kepada kita. Bersabar dan dalam masa yang terus berusaha dengan berkerja”.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari lenyapnya nikmat yang Engkau kurniakan, berubahnya kesihatan yang Engkau anugerahkan, dan kejutan kemurkaan Engkau, dan dari segala bentuk amarah-Mu. (Hr Muslim)
15 Muharram 1434 H bersamaan 29 November 2012 M
Khamis, 01.30 am. Terengganu, Malaysia.
Selasa, 27 November 2012
Anakku, baca dan fahamilah Al-Quran.
1. Wahai anakku, Bagaimana hal kamu jika kamu menerima surat dari orang yang kamu sayang. Tentulah engkau membacanya dengan penuh perasaan kamu. Tentulah engkau akan mengulang ulangi bacaan itu, dan tentulah engkau akan cuba memahami setiap kalimah yang ditulis. Betapa hal kamu bilamana engkau menerima risalah dari Tuhanmu, berapa kali kamu membacanya dan apakah kamu berusaha untuk memahaminya.
2. Wahai anakku, Quran adalah risalah dari Tuhanmu. Jangan engkau biarkannya tanpa dibaca. Engkau sepatutnya rasa bersalah bilamana engkau membiarkannya lebih dari tiga hari. Ia pelembut hatimu. Membacanya berulang kal alan melembutkan jiwamu dan menambah kasihmu kepadaNya. Bacalah dan renugilah setiap kalimahnya, kerana ia adalah sebaik baik pengajaran. Ikutilah arahannya kerana ia sebaik-baik pertunjuk.
3. Wahai anakku, Aku sangat dukacita melihat banyaknya al-Quran yang langsung tidak diusik. Setiap kali engkau menghampirinya, ia meminta agar engkau mengambilnya. Andainya engkau rindu kepada Tuhanmu, bacalah kalimahNya. Dan andainya engkau ingin berbicara dengan Tuhanmu, hayatilah setiap kalimahNya.
4. Wahai anakku, Janganlah engkau gopoh gapah sewaktu membacanya, kerana perbuatan itu menyebabkan engkau tidak merasai kemanisan setiap ayatnya. Renungilah hadis Rasulullah bilamana Baginda menyatakan setiap huruf diberi pahala oleh Allah. Maka setiap huruf mempunyai hak pada sebutannya dan hukumnya. Maka sempurnakan haknya nescaya engkau akan merasai kelazatan menyebut setiap kalimahnya.
5. Wahai anakku, Jangan sesekali kamu terpedaya dengan bisikan syaitan yang membisikkan perasaan malasmu ntuk membaca al-Quran. Syaitan terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk menjauhkan kamu dari al-Quran. Sedangkan emgkau membaca dengan mengeja satu persatu diganjari pahala dua kali ganda oleh Allah. Langaran itu berusahalah mempelajarinya. Jangan kamu merasa malu mempelajari Quran, kerana tiada manusia dilahirkan dalam keadaan alim.
6. Wahai anakku, aku sangat bahagia mendengar bergemanya al-Quran dari suara anak-anakku. Kerana itu adalah hiburan yang amat indah yang akan mengundang rahmat Allah dalam rumah dan memberkati semua penghuninya. Janganlah engkau biarkan rumahmu bergema muzik, dan sunyi dari al-Quran. Kerana rumah yang tidak dibacakan al-Quran, dan sunyi dari zikrullah adalah kuburan.
Senyumlah nescaya Allah sayang padamu...
- Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
14 Muharram 1434 H bersamaan 28 November 2012 M
Rabu, 02.30 pm. Terengganu, Malaysia.
Anakku, jagalah Solatmu.
1. Wahai anakku, Janganlah engkau gopoh gapah semasa mendirikan solat, kerana dihadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.
2. Wahai anakku, Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solahmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solah itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.
3. Wahai anakku, Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solah, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh gapah dihadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.
4. Wahai anakku, Ketahuilah bahawa solah adalah amalan pertama dihitung di akhirat. Apakah perasaanmu kalau engkau melihat solahmu yang tidak memelihara tertib dan adabnya, tentulah engkau akan merasa malu dan aib dihadapanNya. Engkau sendiri pun akan mencemuh amalan sambil lewamu. Kerana itu bezakanlah ketika mana kamu berdiri dihadapan manusia dengan saat kamu berdiri dihadapan Tuhanmu.
5. Wahai anakku, Lakukanlah dengan sebaiknya, kerana solah mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ia adalah perisai. Ia adalah tunjang kekuatan. Lakukan dengan tenang, nescaya kamu akan merasai kemanisan ibadahmu.
6. Wahai anakku, Saat paling hampir manusia dengan Tuhannya ialah waktu sujud. Maka ambil kesempatan untuk memohon apa yang kamu inginkan. Lamakan sedikit saat sujudmu, engkau akan merasai kemanisannya.
7. Wahai anankku, Disaat engkau sujud iblis menangis dan akan lari darimu. iblis engan sujud menyebabkan ia jadi kafir dan durhaka kepada Tuhannya. Kerana itu wahai anakku. Sempurnakan sujudmu dan sedari bahawa kamu sedang sujud kepada Allah yang Maha Agong. Pohonlah keampunan dan kasihsayang Allah di saat itu, nescaya Allah akan memeliharamu diwaktu tiada manusia mampu memeliharamu. Kamu tidak akan berdukacita, di saat mana manusia yang durhaka berdukacita. Semoga Allah menerima amalan kita, kerana ia tanda ketaatan kita kepadaNya.
Ya Allah, terimalah amalan yang sedikit ini, dan terimalah amalan yang tidak sempurna ini, dan ampuni kami atas kecuaian kami selama ini. Amin.
Senyum selalu...
- Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
14 Muharram 1434 H bersamaan 28 November 2012 M
Rabu, 02.30 pm. Terengganu, Malaysia.
Isnin, 26 November 2012
Ikhlas, yang menyelamatkan Kita.
1. Hanya Allah mengetahui batin kita semua. Islam melarang kita menyelidik hal dalaman orang, dan juga bersangka buruk dari kebaikan orang. Islam juga menyuruh menyelamatkan diri dari perasaan riak, ego, memuji diri, dengki, mengumpat dan memfitnah. Mengelak dari untuk dipuji.
2. Betapa sangat sucinya sifat ‘ikhlas’ ini, bukan mudah meraihnya dan menyelusuri jalan yang penuh ujian dalaman itu. Bila kita mampu laksanakannya tegahan diatas, akan dirasa hanya kepada Allah sahajalah benar-benar digantung segala kerja itu. Dari itu jua hadir kekuatan kerana segalanya hanya kerana Allah. Begitulah betapa murni dan jernihnya sifat ini jika dihayati. Syarat ini yang menjadi diterimanya amalan. Syarat inilah jua yang dibimbangi dan dirunsingkan oleh kita semua kelak dikakhirat nanti. Tanpa syarat ini, maka tiada guna banyak mana pun amal kita. Hakikat nilaian ini yang menyamakan kita semua, yang walau sangat jauh berbeza pada zahir didunia ini. Walau sikit dan banyak amal kita.
3. Indahnya Islam mengajar kita. Dari ikhlas, lahir sifat saling membantu, membenarkan mana yang benar dan kurang, dan saling merasa bergembira. Kerana semua mengharap hanya redha Allah. Dan selamat dari berlaku perbalahan, bermusuhan, memperlekeh dan sifat-sifat sepertimana disebut diatas, yang akan merosakkan diri pelakunya.
4. Menghindari diri dari sifat bila kita buat baik tapi kita rasa gembira dan suka bila disebut keaiban orang, dan rasa berat dan benci bila disebut kelebihan dan kebenaran orang. Sama-sama kita renungi hadis Nabi saw ini:
5. Hadis ini memberi penerangan yang cukup jelas akan pentingnya faktor ikhlas dalam tika hidup kita. Marilah kita sentiasa rutin untuk muhasabah sejenak, menyemak semula niat-niat amal kita. Bagaimana keadaanku aku disisi Allah. Terus kita berusaha mengikhlaskan diri kerana Allah. Mula-mula syaitan akan ganggu dengan mari rasa riak, bangga, puji diri. “Terus kita dalami ilmu agama, berterusan dalam mengerjakan amal itu diamana jua dan walau apa keaadaan kita. Saling tegah diri dari pujian, gandakan amal. Sentiasa mohon ampun dan berdoa kepada Allah, insyaAllah kita akan rasa berharap hanya kerana Allah”. Kata Dr Aidh al-Qarni: “lihat tika waktu kamu keseorangan dan juga bila ramai orang, bagaimana tahap kesungguhanmu”.
13 Muharram 1434 H bersamaan 27 November 2012 M
Selasa, 02.00 am. Terengganu, Malaysia.

Sabda Nabi saw: “Orang yang awal dibicarakan pada hari kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang kerana-Mu sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-Mu”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-Mu”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (Hr Muslim)
5. Hadis ini memberi penerangan yang cukup jelas akan pentingnya faktor ikhlas dalam tika hidup kita. Marilah kita sentiasa rutin untuk muhasabah sejenak, menyemak semula niat-niat amal kita. Bagaimana keadaanku aku disisi Allah. Terus kita berusaha mengikhlaskan diri kerana Allah. Mula-mula syaitan akan ganggu dengan mari rasa riak, bangga, puji diri. “Terus kita dalami ilmu agama, berterusan dalam mengerjakan amal itu diamana jua dan walau apa keaadaan kita. Saling tegah diri dari pujian, gandakan amal. Sentiasa mohon ampun dan berdoa kepada Allah, insyaAllah kita akan rasa berharap hanya kerana Allah”. Kata Dr Aidh al-Qarni: “lihat tika waktu kamu keseorangan dan juga bila ramai orang, bagaimana tahap kesungguhanmu”.
13 Muharram 1434 H bersamaan 27 November 2012 M
Selasa, 02.00 am. Terengganu, Malaysia.
Semangat untuk Hidup dari IbuBapa.
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu). (Al-A'raaf 126)
1. Alhamdulillah, Allah sentiasa beri peluang kepada hambanya yakni kita semua untuk berubah. Seorang mukmin dia tidak akan berputusa asa dari rahmat Allah yang begitu luas itu. Kita tidak boleh mengalah untuk berubah. Suatu masa yang telah lepas berlalu, kita telah berusaha, bersabar dan kita merasa sedikit hasil manisnya benih kesabaran itu, demikian datang lagi ujian menguji kesabaran dan kekuatan pergantungan kita. Jika memang hasilnya masih tidak menyebelahi diri kita, tiada lain teruslah kita berusaha dan bersabar kerana janji Allah sudah pasti tidak akan disiakan. Dalam Al-Quran dinyatakan:
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (Ath-Thalaaq 2)
Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-'Ankabuut 69)
“Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk kita, sesungguhnya kita tidak mengetahui kebaikan pilihan itu, kadang-kadang kesukaran itu lebih baik bagi kita dari kesenangan”
2. Alam dunia ini akan terus berjalan diatas fitrahnya, fitrah yang telah diciptakan Allah. Teruslah kita melalui fitrah ini, yang bersungguh akan berjaya, jika jahat akan celaka. Yang berdosa ada hasilnya , jika patuh ada natijahnya. Disebalik kita sentiasa meneliti silap-silap yang masih tergantung sesama yang lain.
3. Kita ini lemah, keluarga, saudara-mara dan teman-teman yang menjadi sumber kemanisan, kegembiraan dan semangat dalam kehidupan kita. Kita saling bergantung dan berhajat. Cari dan binalah kekuatan dengan menjaga sebaiknya hubungan ukhuwah persaudaraan ini.
“Kadang kita merasa gembira dengan apa yang mengembirakan orang lain. Biarkan rasa saling gembira dan ada rasa kasih dan sayang ini tidak pudar. Ia tanda dari kejernihan hidup. Besarnya nikmat ini. Syukur atas anugerah perasaan ini. Binalah ia atas dasar keimanan. Kelak janji Tuhan besar ganjaran”
4. Ibu dan Ayah kita sebenarnya yang menajadi perkara utama sumber kejayaan hidup, sudah kuat untuk menjadi pencetus semangat dalam hidup. Sahabatku, masih sempat lagi untuk kita berbuat baik, berbakti kepada ibubapa kita. Mohon maaf dan tebus segala silap. Segalanya tidaklah sia-sia. “Ibu Ayah yang telah mendidikku, terus juga memberi kasih sayangnya, terus bersabar dengan kerenahku, terus biar diri dalam keletihan, terus segar dengan senyuman dan terus memberi dan menolong, menjadi motivasi yang besar dalam hidup aku untuk terus hadapi ujian-ujian hidup ini”. Jasanya memang tak terhitung.
اللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk memperelokkan ibadatku kepada-Mu. (Hr Abu Daud, an-Nasaai dengan sanad yang sahih)
Ya Tuhan kami, ampunlah aku dan ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari berlakunya hisab (hari kiamat). (Surah Ibrahim 41)
“Apapun yang telah kita terlajak, Allah masih beri peluang kita, marilah jauhi dosa, cari bahagia dunia dan akhirat”
13 Muharram 1434 H bersamaan 27 November 2012 M
Selasa, 12.30 am. Terengganu, Malaysia.
Ahad, 25 November 2012
Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 15).
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ
نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ - رواه مسلم
Ya Allah! Aku berlindung dgn-Mu dari lenyapnya
nikmat yg Engkau kurniakan, berubahnya kesihatan yg Engkau anugerahkan, dan
kejutan kemurkaan Engkau, dan dari segala bentuk amarah-Mu . (Hr Muslim)
----------------------------------------------------------------------------------------
Tegahlah diri dari pujian, tidak dgn suka saling
sentiasa memuji. Pujian, bahayanya lbh besar dari kritikan, teguran.
----------------------------------------------------------------------------------------
(Berbagai Keinginan), nafsu mmg tak akan
kenyang, jgn kenyangkannya.. jika sentiasa dikenyangkan, makin selalu lapar,
sentiasa rasa x cukup. Cukup sekadar tidak kelaparan sgt. (Memenuhi hajat,
keperluan). Marilah, pandunya mengikut Syariat. Syukur yg sentiasa dirasa,
menterjemahkan erti syukur itu, memikir hal keadaan sekeliling. - Muhasabah..
----------------------------------------------------------------------------------------
قال شيخ الإسلام
ابن تيمية -رحمه الله-: ليس في الدنيا نعيمٌ يشبه نعيم الآخرة إلا نعيم الإيمان
----------------------------------------------------------------------------------------
Kita perlu usaha fikir dan cari wasilah,
berhijrah, berkorban, macam mana agar dapat / untuk dibentuk dan diubah diri
kita... - Muhasabah Bersama
----------------------------------------------------------------------------------------
Menyedari dari menjadi sia-sia dan tiada nampak,
kesan guna ilmu...
----------------------------------------------------------------------------------------
Sejauh mana kita telah saling membenarkan Agama
dalam ungkapan kepentingan berukhuwah...
----------------------------------------------------------------------------------------
Malu dan bimbang dgn Kitab yg begitu byk dgn
kelakuan, rutin kita.
----------------------------------------------------------------------------------------
Nikmat Sihat, jika sering diingati betapa
nikmatnya nikmat sihat ini, tiada apa yg nak perlu diingkar dan rasa utk tdk
bersyukur lagi. Tiada guna segalanya bila sakit. Tiada yg ingin untuk sakit.
Sungguh besar Nikmat ini.
----------------------------------------------------------------------------------------
Jiwa manusia tak dpt nak dibersihkan tanpa
solat, bila solat masih dicuaikan. Tiada kefahaman dan penghayatan sebaiknya pd
solat.
----------------------------------------------------------------------------------------
Tiadalah Iman tanpa Ujian...
----------------------------------------------------------------------------------------
Dendam tiada lain, pasti akan mmbawa masaalah,
kebinasaan pd pelakunya...
----------------------------------------------------------------------------------------
Tahu hukum hakam Agama wajib bagi semua org,
Tahu amat mendalam hal Agama perlu kpd sebahagian
org.
----------------------------------------------------------------------------------------
Rapatkan, maniskan Ukhuwah dgn Solat Berjemaah
:)
Mohon doa agar terus istiqomah dlm berusaha
meraih istiqomah mentaati Allah. Mohon agar istiqomah, yakni sentiasa wujud,
lahir kesedaran dan kekuatan utk selalu muhasabah diri. Tersedar dari
kelekaan...
Ya Allah,
Terimalah segala amalan dan kerja baik kami..
Ampunlah silap yg tidak kami sedari dan
disedari...
Selamat Hari Raya (Eidul Adha) semua...:)
Sama-sama menghayati pengorbanan, pergantungan & keyakinan yg begitu tinggi
oleh Nabi Ibrahim as, Siti Hajar dan Nabi Ismail as.
----------------------------------------------------------------------------------------
12 Muharram 1434 H bersamaan 26 November 2012 M
Isnin, 02.30 pm. Terengganu, Malaysia.
Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 14).
Bila kejahatan demi kejahatan yg terus masih
juga ingin dihasyratkan dan diniatkan. Maka kita akan jadi makin teruk,
mnjadikan kita mcm terikat dgn kejahatan lain, mnjadikan kita terpandu juga
kearah hal itu, krn kita sudat niat dan setkan yg kita akan terus ingin begitu.
Insaf dan berputusalah dari dosa, dari dengki, dendam dan segala kepuasan nafsu
yg tdk akan puas. Bahkan kelak, sakit kesannya, buangkahlah ego dan
bersihkanlah hati kita. Tiap baik buruk walau kecil, ada kesannya. Kita dpt
terima, sabar ataupun tidak, dari permulaan kelakuan kita juga dari segalanya.
----------------------------------------------------------------------------------------
Belajar dari "AKAR", Ia begitu GIGIH
mencari air, MENEMBUS tanah yg KERAS, demi sebatang pohon. Ketika pohon TUMBUH,
berdaun RIMBUN, berBUNGA indah,lalu BERBUAH, maka bnyk orang memuji pohon tersebut
apakah AKAR jg mendapat pujian? Tentu tidak ! Tetapi AKAR tak pernah mengeluh,
ia tetap sembunyi dalam tanah, dan terus bekerja untk memberi buah pd pohon
tsbut, Dari AKAR lah kita belajar ttg KETULUSAN & KERENDAHAN HATI.
----------------------------------------------------------------------------------------
Berbagai karenah, ujian dan masalah. Sampai bila
perlu bersabar? Teruslah bersabar, kesabaran-kesabaran yg terus dan sedang
dilalui itu tidak akan sia-sia. Pahala bersamanya dan kelak hasil yg manis
menanti...
----------------------------------------------------------------------------------------
Dunia, kita akan sentiasa diuji. Knp kita tetap
juga masih ingin memilih jalan yg salah? Sedang jalan nikmat yg dibenar itu sdh
mudah diraih dan amat sgt nyata kesan, hikmah kebaikannya. Marilah kita
sedarinya...
----------------------------------------------------------------------------------------
Ingatlah tutupan Allah bagi aib-aib kita...
----------------------------------------------------------------------------------------
Keakraban yg benar ialah saling mmbenarkan
kebenaran. Berpisah dan bertemu kerana Allah.
----------------------------------------------------------------------------------------
Tiadalah aku dapati apa yg lebih indah drpd
seorang yg tahu keaibanku, tetapi tetap menyayangiku...
----------------------------------------------------------------------------------------
Keburukan demi keburukan, menyerlahkan lagi
hanya keburukan...
----------------------------------------------------------------------------------------
Slpas solat subuh, Al-Quran atau Fb yg diutama.
Moga kita tdk lalai dgn hiburan, nikmat ini.
----------------------------------------------------------------------------------------
Gaza terus dibedil,,
Apa yg tlh aku buat utk Islam?
Apa yg aku mampu buat utk Islam?
Sama kita bermuhasababah... jgn lupa doa
teman....
----------------------------------------------------------------------------------------
هل قدمت للإسلام عُشر معشار ما قدم الصحابة؟ إن كنت أنفقت دراهماً فقد أنفقوا أرواحاً وإن كنت تكتب بحبر دفاعاً عن الإسلام فقد كتبوا بدمائهم
----------------------------------------------------------------------------------------
Ada org yg suka permain hal kematian dan
selepasnya. Sedang kelak,, amat terlalu sungguh berat penyesalannya. Sama
muhasabah sblm hadirnya.
----------------------------------------------------------------------------------------
Org sdg berjuang, aku masih tertewas subuh
berjemaah...
----------------------------------------------------------------------------------------
Jagalah Agama dimana jua kita berada. Letaklah
Agama setinggi² nya. Solat benar² dipelihara. Dosa jgn sesekali dianggap hal
biasa. Sisa hidup yg masih ada. Terus sentiasa kita dgn berusaha berubah kpd yg
disuruh Agama, dan agar ia menepati kehendak Al-Quran dan Sunnah Nabi kita
Muhammad saw. - Sama Muhasabah
----------------------------------------------------------------------------------------
Muhasabah bagaimana keadaan aku, bilamana dpt
keputusan, hasil yg mengembirakan, menyenangkan dan melegakan aku. Syukur,
menghayati maksud, erti Syukur itu.
----------------------------------------------------------------------------------------
Hal dunia ini, sentiasa berkaitan dgn Akhirat...
----------------------------------------------------------------------------------------
Jaga-jagalah percakapan kita, ada Hadis sahih yg
menyatakan.
Sabda Nabis saw: “Ssngguhnya seorang hamba yg
bercakap sesuatu kalimah, ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum
percakapannya, maka kalimah itu blh mencampakkannya di dlm neraka lebih sejauh
antara timur dan barat”. (Hr Muslim)
Sabda Nabis saw: “Barangsiapa dpt memberikan
jaminan kpdku (utk menjaga) apa yg ada di antara dua janggutnya dan dua
kakinya, maka kuberikan kpdnya jaminan masuk syurga”. (Hr Muslim)
----------------------------------------------------------------------------------------
Menda yg baik, benar itu bkn hal yg pelik,
Biarlah dinampak pelik kerana hal baik,
Bukan pelik kerana hal buruk..
----------------------------------------------------------------------------------------
(Berbagai Keinginan), nafsu mmg tak akan
kenyang, jgn kenyangkannya.. jika sentiasa dikenyangkan, makin selalu lapar,
sentiasa rasa x cukup. Cukup sekadar tidak kelaparan sgt. (Memenuhi hajat,
keperluan). Marilah, pandunya mengikut Agama. Syukur yg sentiasa dirasa,
menterjemahkan erti syukur itu. - Sama muhasabah.
----------------------------------------------------------------------------------------
Dan jgnlah kamu cenderung kpd org² yg zalim yg
menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai
seorang penolongpun selain drpd Allah, kemudian kamu tidak akan diberi
pertolongan. (Surah Huud 113)
----------------------------------------------------------------------------------------
Hingga saat hari ini, kita masih sempat
muhasabah dan semak segalanya dari awal akaun hidup kita. Kelak sedikitpun
sudah tiada guna...
----------------------------------------------------------------------------------------
Knp disokong yg zalim, rasuah, khianat, tipu
duit rakyat,, org lain sedang ramai sakit, menderita kesusahan...
----------------------------------------------------------------------------------------
Kita ini sedang Menumpang...
----------------------------------------------------------------------------------------
Besar Keuntungan tanpa sebarang keletihan:
(Senyum, Ucap Salam dan terima kasih, Zikir, Istighfar, Doa dan Selawat).
----------------------------------------------------------------------------------------
Tiga amalan tak memerlukan sebarang keletihan:
Senyum, Ucap Salam, Lafaz hal yg baik
سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ
:)
----------------------------------------------------------------------------------------
..berubah mmg bkn mdh sekelip mata, marilah
sentiasa menilai sudah dimana tahap kita, dan terus berusaha mencari jalannya
dan meneruskan perjalanan untuk berubah itu...
----------------------------------------------------------------------------------------
Itu tanggungjawab, amanah walau tiada minat..
sama-sama terus Berusaha...
----------------------------------------------------------------------------------------
Selalulah kita ingat nikmat Kesihatan ini..
sakit, melenyapkan segalanya. Mudahan sihat, tidak melupakan segalanya. Kita
mohon sentiasa dlm keadaan bersabar dan bersyukur atas segalanya.
----------------------------------------------------------------------------------------
Dlm masa yg sama, apa yg baik, benar dari
seseorang itu, kita pakat ambil manfaat, contohinya. Apa yg buruk, silap,
kurang dari seseorang itu, kita jadikan pengajaran, muhasabah untuk diri kita.
----------------------------------------------------------------------------------------
Kemenangan di dalam pilihanraya ialah sesuatu
yang penting, namun lebih penting daripada itu ialah keredhaan Allah SWT yang
mengiringi perjuangan kita. Sesungguhnya telah berlalu generasi sebelum
daripada kita yang tidak pernah memenangi sebarang kerusi di dalam pilihanraya,
tetapi hati mereka ikhlas dan jasad mereka sentiasa bertitik peluh demi memastikan
syariat Allah SWT ditegakkan dalam negara ini. - Tgna
----------------------------------------------------------------------------------------
Bila kita tak blh nak terima kelemahan,
kekurangan org. Org lain mgkin pula tak dpt akan terima kelemahan, kekurangan
kita. Jika kita sentiasa dengar, manfaat apa jua hal yg benar dari seseorang,
org lain juga akan dengar, manfaat apa jua yg benar dari kita.
----------------------------------------------------------------------------------------
Ingat selalu Allah itu Maha Adil, jgn kita
kecewa, brputus asa dan masih terus berdengki, rasa tdk puas hati dan tdk adil.
Itu semua ujian dari Allah. Nabi saw pernah berpesan kpd sahabatnya:
“Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi saw pernah
suatu hari berpesan kpdnya: Lihatlah kpd org yg berada di bawah mu dan jgn
melihat org yg berada di atas mu krn yg demikian lebih patut supaya kamu tdk
meremehkan nikmat Allah yg diberikan kpdmu. (agar sentiasa bersyukur)”. (Hr
al-Bukhari & Muslim) Bergembiralah...:)
----------------------------------------------------------------------------------------
Menda yg memang betul, kena juga ikut saluran yg
betul. Dan saluran yg sudah betul lagilah mesti menda yg nak disalurkan itu
betul.
----------------------------------------------------------------------------------------
Aurat Wanita, perubahan dgn rasa sgt perit,
ejekan, ketawa dan dgn panas, peluhnya, dan berbagai pengorbanan lain.
Segalanya merupakan hal-hal yg amat besar nilaian dan ganjarannya disisi Allah.
Menutup dgn sempurna Aurat dan tdk mempamerkannya pula, lambang Keimanan yg
hebat pd suruhan Allah. Wahai Muslimah, disegani dan dimegahi krn begitu tinggi
kehendak agama padamu.
----------------------------------------------------------------------------------------
Dari tidak berpakaian dilahir dan kain putih
pakaian terakhir kita semua.
----------------------------------------------------------------------------------------
Walau berjauhan, sama saling mendoakan :)
----------------------------------------------------------------------------------------
Taat krn ia adlh Perintah, kita akan dapat lebih
drpd itu lagi...
----------------------------------------------------------------------------------------
Memikir tentang Cinta, dlm bercinta itu, adlh
Amanah...
----------------------------------------------------------------------------------------
Segalanya dari bagaimana sangkaan kita, jika
kita sentiasa dlm bersangka baik kpd sesiapa, maka kita akan dapati byk
keuntungan, dlm sentiasa tenang. Tapi jika hal buruk yg sentiasa ingin
disangkakan, kita yg menanggung hasil buruknya, dlm masih kedendaman. Jom usaha
bersangka baiklah, di fb dan juga diluar.
----------------------------------------------------------------------------------------
Untuk rasa sabar menerima hinaan, khianat lbh
selamat dari menerima pujian, sanjungan. (Kesan ujian dihina, dikhianat, lbh
baik dan selamat dari kesan dipuji, disanjung).
----------------------------------------------------------------------------------------
Jika kita berpaling dari yg disuruh, maka hal
dosa yg menjadi sumber ketenangan, hiburan sepanjang hidup kita...
----------------------------------------------------------------------------------------
Allah sentiasa beri peluang kepada kita.
----------------------------------------------------------------------------------------
Malas nk share, luah yg bermanfaat. Tak pyh
share, luah mnda² dosa, kata² kotor, keji, fitnah. Mls nk tmbh pahala jgn tmbh
dosa.
----------------------------------------------------------------------------------------
12 Muharram 1434 H bersamaan 26 November 2012 M
Isnin, 02.30 pm. Terengganu, Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)