Isnin, 28 Februari 2011

Yang kekal adalah DiSANA.


Nun di sana cita-cita kita
Iaitu Akhirat namanya
Di dunia ini hanya sementara
Bahkan yang kekal adalah disana

Sama-sama kita perbetulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Jadikan Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup
Agar esok tidak kekesalan

Terimalah sedikit kesusahan di dunia ini
Dalam menegakkan kebenaran
Dalam mentaati perintahNya
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang amat dasyat
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Yang tidak ada bandingannya
Ambillah iktibar jika mahu sedar

Di akhirat nanti tiada taulan yang membela
Tiada tempat untuk mengadu
Amal ibadah itulah pembela kita
Amalan di dunia inilah penentunya
Ayuh bersegera membuat kebajikan
Taatilah suruhanNya
Jauhilah laranganNya
Yakinlah padaNya
Hanya kepadaNya kita berserah

Janganlah dilalaikan nafsu keduniaan
Dan hasutan syaitan
Segala pangkat, kedudukan, kaum kerabat, harta
Tidak dapat membantu
Dan ianya tidak akan kekal
Bahkan akan ditanya

Hidup didunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana
Sejak Nabi Adam as
Hinggalah hari ini
Telah ramai yang telah menemui ajal mereka
Datuk, nenek, ibu bapa, sanak saudara, teman kita
Hingga sekarang sudah berapa lama
Meraka hidup di alam kubur

Kita yang masih hidup
Bila-bila masa sahaja akan mati
Semuanya telah ditetapkan

Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatilah Dia, hindarilah laranganNya
Minta ampun padanNya
Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia
Untuk mengadap yang Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan