• Apabila Bumi digegarkan dengan gegaran yang Sedahsyat-Dahsyatnya.
• Serta Bumi itu mengeluarkan segala Isinya.
• Dan berkatalah Manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
• Pada hari itu Bumipun menceritakan khabar Beritanya. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
• Pada hari itu Manusia akan Keluar Berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada Mereka (balasan) Amal-Amal mereka.
• Maka sesiapa berbuat Kebajikan seberat Zarah, nescaya akan Dilihatnya (dalam surat amalnya)!
• Dan sesiapa berbuat Kejahatan seberat Zarah, nescaya akan Dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Az-Zalzalah 1-8)

1. Antara petanda Kiamat ialah berlakunya Gempa Bumi yang sangat Dasyat, keluar dari Perut Bumi segala isi Kandungannya yang Terpendam dan Mayat-Mayat Manusia. Para Ulama’ berkata : "ketika Berlakunya Tiupan sangkakala kali Pertama bumi Bergegar lalu ia mengeluarkan Segala Khazanah yang terpendam. Apabila berlaku Tiupan Sangkakala kali Kedua bumi bergoncang lalu menghemburkan Mayat-Mayat yang kembali Bernyawa, bagaikan seorang Ibu yang melahirkan Anak yang hidup".
2. Tidak syak lagi sewaktu berlakunya Gegaran Bumi dan letusan Gunung-Gunung berapi, Manusia menjadi Gementar, Takut dan tertanya-tanya : kenapakah bumi ini Bergegar, Kenapakah ia mengeluarkan segala isi kandungannya ? ini adalah Ungkapan yg lahir dari perasaan Terkejut dan Terpinga-pinga.
3. Pada hari Bumi digegarkan dan mengeluarkan segala Isinya, Manusia pun bergerak dari Kubur mereka menuju ke tempat Perhitungan, Kumpulan demi Kumpulan. Mereka pulang dan beredar dari tempat Perhitungan ke tempat Ganjaran dan Hukuman, bondongan demi bondongan untuk melihat lembaran-lembaran Amalan mereka atau Balasan terhadap amalan mereka, sama ada Syurga atau Neraka menurut yang sesuai dengan Amalan masing-masing.
• Saudaraku sekalian. Saat berlakunya Kehancuran itu tidak diketahui, semuanya telah ditetapkan Allah swt. Keretakan dan Gegaran yang amat dasyat akan terjadi. Segala yang berada di atas bumi akan Runtuh. Manusia yang sudah mati akan Dihidupkan Kembali, Seterusnya dihimpunkan beramai-ramai untuk diperlihatkan setiap gerak kerja di Dunia dahulu, bermula dari Sekecil-kecil perkara hinggalah Sebesar-besar perkara.
• Alhamdulillah, Syukur padaNya hingga saat ini masih diberi kesempatan merasai berbagai bentuk nikmat pemberianNya, masih diberi Ruang untuk Balik Bertaubat padaNya dan mengubah segala kesilapan yang lalu. Setiap kita akan sampai Ajalnya, begitu juga Bumi yang didiami hari ini akan turut sama musnah Akhirnya. Dunia ini tidak kekal, akan binasa jua. Sama-sama kita bekalkan, persiapkan diri untuk ke Negeri Akhirat. Tempat yang Kekal selama-lamanya.
" Wahai Tuhan kami, berilah kami Kebaikan di Dunia & Kebaikan di Akhirat, dan Peliharalah kami dari Azab Neraka, Wahai Tuhan kami, tetapkanlah Hati2 kami di jalan agamaMu dan dalam mentaatiMu "
* Rujukan - Tafsir al-Munir, Dr Wahbah az-Zuhaili. (Sedikit tambahan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan