Isnin, 21 Februari 2011

Fahami apa maksud MENUTUP AURAT sejelasnya.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu Pendengaran dan Penglihatan serta Hati Akal Fikiran); supaya kamu Bersyukur. (Al-Nahl 78)

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu Hajati. Dan jika kamu Menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan Bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan Sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim 34)

Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak Mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang Kufur Ingkar. (Al-Nahl 83)


Sudah seringkali rasanya Telinga kita biasa didengari akan apa yang dimaksudkan Menutup Aurat itu sebenarnya, bahagian mana yang Wajib Sebenarnya ditutup, bagaimana cara untuk Disempurnakannya dan Kenapa perlu Disempurnakannya. Namun masih ada sebahagian besar saudara seISLAM kita hari ini nampak pada Cara pemakaiannya seolah-olah tidak pernah lansung didengari Telinganya akan Peringatan, Nasihat Allah swt dan Rasulnya. Tidak pernah digunai Akal fikirannya untuk menilai, memahami akan tiap Perintah Allah swt dan Rasulnya.

Hari ini cara hidup yang diajar Islam makin dirungkai, ditinggalkan bahkan diejek. Seorang wanita yang Maruahnya masih dijaga, Auratnya selalu disempurnakan sesempurnanya dianggap Ketinggalan zaman, dipandang Ganjil dari yang lain. Padahal menyempurnakan Aurat itu suatu kewajipan dari Allah swt. Menjadi kebiasaan dengan didedahkan Aurat itu akan membawa Kecelakaan selepas datangnya Ajal nanti.

" Perbuatan Zina, buang Anak, bunuh Anak merupakan suatu maksiat yang dipandang teramat keji dimasa dahulu, namun Hari ini ianya sudah biasa didengari tiap-tiap hari. Generasi demi generasi baru, lahir ke Dunia dalam keadaan mereka yang sudah biasa mendegar, melihat maksiat sebegini rupa. Mungkin suatu masa nanti lahirnya ungkapan “cukuplah Berzina, anak jangan Dibuang, Dibunuh” Nauzubillah min zaalik "

Begitulah jua perbuatan mendedahkan AURAT. Hari ini Lahirnya anak-anak dan dibesarkannya dalam keadaan Keluarganya sendiri tidak pernah dilihat menyempurnakan Aurat sesempurnanya. Keadaan diSekolahpun sama sahaja. Dilihat pula Iklan, Cerita-cerita yang sedikitpun tidak pernah dianjurkan untuk menititik beratkan tentang cara pakaian yang sebenar diajar Islam. Jika adapun sedikit sahaja, dan diselit pula dengan berbagai Agenda-Agenda lain yang menampakkan Aurat itu tidaklah perlu sangat Disempurnakannya. Seterusnya Pemimpin Negara sendiri yang jauh cara Hidupnya dipandukan pada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw.

Segalanya sudah tentu melahirkan lagi kecelaruan dalam Kepala kita akan Bagaimana sebenarnya cara Islam yang betul. Dilihat teman-temannya, dilihat masyarakat didada akhbar, majalah, televisyen seolah Bertudung sahaja sudah memadai dengan apa yang dimaksudkan Menutup Aurat, dilihat Bertudung, tapi pakaian lain Ketat, Sendat, Nipis, Jarang, Sempit, Terbelah sudah memadai, dilihat hingga sampai separuh telanjang Didedahkan sudah menjadi perkara biasa dan bukanlah salah disisi Islam. Hingga lahirnya rasa ragu-ragu akan benarkah sebenarnya cara pemakaian ISLAM bukanlah begini ?

Justeru itu Saya ingin mengajak Saudara-Saudara sekalian agar Penglihatan, Pendengaran yang dianugerahkan Allah swt dimanfaatkan untuk mendengar, mempelajari, Memahami akan apa yang sebenar dimaksudkan “ MENUTUP AURAT ” itu. Pelajari, fahami dan Laksanakanlah akan tiap perintah Allah swt. Kita semua bukanlah dari kalangan Orang yang masih terkecuali lagi untuk dihisab dan ditimpa Hukuman kelak.

Islam adalah Agama Allah swt. Agama kepada Pemilik Dunia ini. Apa-apa bentuk Kejayaan yang diperolehi Seseorang itu tidak akan bermakna sedikitpun, melainkan setelah hidupnya disertai dengan keIslaman, keImanan pada Allah swt. Islam bukan agama yang direka-reka, ia didatangkan untuk menyempurnakan, menyelamatkan cara hidup manusia. Bersumberkan pada Al-Quran dan al-Sunnah. Barangsiapa hidupnya sentiasa disaksikan sama kehendak Allah dan Rasulnya, maka berjayalah hidupnya Dunia, Akhirat. Dan barangsiapa yang hidupnya tidak dihiraukan akan kehendak Allah dan Rasulnya, maka rugilah hidupnya Dunia, Akhirat.

Demikianlah Aurat ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang perlu kita Remehkannya. Larangan dari didedahkan dan Balasan Mendedahkannya telah Jelas disebut didalam Kitab Allah Al-Quran dan Hadis Nabi saw.

1. Firman Allah swt: Wahai Nabi, suruhlah Isteri-Isterimu dan Anak-Anak Perempuanmu serta Perempuan-Perempuan yang Beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 59)

2. Dan katakanlah kepada Perempuan-Perempuan yang Beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir Daripadanya; dan hendaklah mereka Menutup Belahan Leher Bajunya dengan Tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan Perhiasan Tubuh mereka melainkan kepada Suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 31)

3. Sabda Nabi saw: Ada 2 golongan dari penduduk Neraka yang keduanya belum pernah Aku lihat. Yang Ke2: Para Wanita yang Berpakaian tapi Telanjang, mereka Menyimpangkan lagi Menyelewengkan Orang dari Kebenaran, Berlenggang Lenggok dalam Perjalanannya. Kepala-kepala mereka seperti Punuk unta yang condong. Mereka ini tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium wanginya Syurga padahal wanginya Syurga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh Ini dan Itu. (Hr Muslim)


Saudaraku sekalian, ketiga-tiga DALIL diatas sudah memadai dijelaskan akan tiada lagi Alasan kenapa perlu juga Didedahkan Aurat. Jika dilihat akan maksud Tersirat, Tersurat dan berbagai Tafsiran dan Perbahasan oleh para Sahabat, Ulama-ulama’ terdahulu dan Sekarang . Kesimpulannya tidak ubah melainkan seperti berikut :

Pakaian bagi seorang wanita MUSLIM ialah :

Pakaiannya mestilah menutupi seluruh Tubuh Badanya. Melainkan hanya Muka dan Tapak tangan sahaja yang boleh dizahirkan.
Jadi segala jenis pakaian yang menzahirkan selain dari Muka dan Tapak tangan adalah pakaian yang menyalahi perintah Allah swt.
Pakaiannya mestilah Longgar, tidak Nipis, tidak Jarang, tidak Ketat, tidak Dendat, tidak Dempit, tidak Terbelah, tidak kelihatan Bentuk tubuh Badannya.
Tudung yang dipakainya mestilah Labuh dan Menutup Dada.
Lengan baju panjang sehingga ke Pergelangan tangan. (mestilah longgar, tidak nipis, jarang, ketat, tidak kelihatan bentuk tubuh badannya)
Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang hingga ke Buku lali. (mestilah longgar, tidak nipis, jarang, ketat, tidak terbelah, tidak kelihatan bentuk tubuh badannya)
Pakaiannya tidak menyamai seperti Pakaian Lelaki.
Wangian, solekannya hanya Sekadar, tidak Terlalu berlebihan.

Namun sebahagian besar wanita MUSLIM hari ini pakaiannya masih :

Didedahkan selain dari Muka dan Tapak tangan, bahkan lebih lagi sehingga mendedahkan separuh Tubuh mereka.
Didedahkan Auratnya untuk menarik perhatian kaum Lelaki. Membangkitan, Meransangkan lagi Syahwat kaum Lelaki.
Pakaiannya Ketat, Sendat, Sempit, Jarang, Nipis, Singkat, Terbelah, Kelihatan bentuk tubuh Badannya, Kelihatan bentuk Kawasan-kawasan yang mudah Menggoda.
Demikian itu, Suatu kesilapan yang Besar bagi sesiapa yang Menganggap, Merasakan cara Pemakaian seperti berikut sudah memadai : (Bertudung, menutup rambut itu sudah mencukupi, Bertudung ber‘T-Shirt berlengan pendek, Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya, Bertudung longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya, Bertudung hanya dipakainya di pejabat sahaja, tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya, Bertudung tudungnya dilempar ke belakang leher, dan terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung, Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya).
Solekan, wangiannya amat Berlebihan. Mempercantikkan bibir, alis dan pipi, mempercantikkan raut muka dan sebagainya.

Demikianlah apa yang dimaksudkan dengan “ MENUTUP AURAT ” itu. Jadi apa-apa bentuk jenis, cara pemakaian di zaman sekarang, jika ianya bersalahan dengan etika yang telah digariskan SYARA’ ia masih dikira tidak lagi Menyempurnakan, Menutup Aurat.

Seterusnya apa yang diharapkan mudahan agar tiada lagi Perasaan tidak ingin jua Menyempurnakannya. Nikmat hidup ini akan berkahir, padaNya kita akan Dihimpun, Dibicara kelak. Hindarilah diri dari sifat sentiasa Suka mencari alasan dalam melaksanakan perintahNya, meremehkan dan Membelakangkan PerintahNya. Dunia dan segala makhluk ini ciptaanNya, Dia Maha Mengetahui apa keperluan makhluk ciptaanNya. Cara hidup yang sempurna, lengkap ialah ISLAM. Agama dari pemilik Alam ini. Ia merangkumi tiap sudut keperluan kehidupan manusia. Segala syarat yang diletakkan tidaklah membebankan, jika dinilai, difikir, ianya amat bertepatan dengan kehendak logik Akal Manusia yang Sihat.

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (A-li 'Imraan 19)

Pelajari, fahami dan sempurnakanlah Aurat anda, Ianya akan dapat menyelesaikan banyak masaalah2 sosial hari ini. Menutup pintu2 fitnah, maksiat dan Seterusnya dapat menghindarkan diri kita dari Disambar Neraka kelak. Masaalah membiarkan Aurat terbuka TELAH mencambahkan lagi berbagai2 maksiat lain : Pergaulan bebas, zina, rogol, lahirnya anak luar nikah, buang anak, bunuh anak, bercerai dan bermacam-macam lagi. Lahirnya maksiat atas perbuatan Manusia itu sendiri. Firman Allah swt :

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Ruum 41)

Biarlah hanya sebahagian kita yang Sedikit ini sibuk untuk beramal, melaksanakan, mengambil berat soal cara Hidup yang diajar Islam, disamping sebahagian besar lain Masih ramai lagi yang tidak menghiraukannya. Ingatlah janji Allah itu Benar. Datangnya Ajal itu tidaklah dilihat pada keadaan seseorang yang masih muda atau masih sihat.

Demikianlah penjelasan ringkas akan apa yang dimaksudkan Menutup Aurat itu, bahagian mana yang Wajib kita sempurnakannya, bagaimana Cara yang sebetulnya dalam menyempurnakannya dan Kenapa perlu disempurnakannya.

“ Sebahagian Teman-teman kita yang lain sentiasa sibuk berusaha Memelihara diri dari perkara yang dimurkai Allah SWT, sentiasa Bimbang dirinya dari terkena percikan Azab Neraka kelak. Kenapa kita pula Nampak seolah-olah sengaja untuk mendapat Syarat ke Neraka Allah swt. Ayuh kita bersegera mengubahnya ”

Akhirnya, Renungilah Sabda Nabi saw yang bermaksud : Azab yang paling ringan di Neraka pada Hari Kiamat ialah dua butir bara api di kedua Telapak Kakinya yang dapat Merebus Otak. (Hr Tarmizi)

(05.00 pm. 21.2.2011)

4 ulasan:

  1. ana mahu tya adakah betul cara org sekarang memakai tudung seperti tudung indonesia sbb tudung indonesia menutup dada dan belakang tetapi tidak menutup bahu sbb serasa ana islam menyuruh pakai tudung sehingga menutup sampai paras dada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pon keliru mengenai hal ni .. apa jwpannya ya ?

      Padam
    2. Sy pon keliru mengenai hal ni .. apa jwpannya ya ?

      Padam
  2. Pakaian bagi wanita Muslim ialah meliputi seluruh tubuhnya, kecuali Muka dan Pergelangan tangan. Pakaiannya disetiap sudut tidaklah pula ketat, sempit, sendat, jarang & nipis. tidaklah menampakkan bentuk tubuh badannya, menampakkan dalamannya. dan byk lagi sprti diatas.

    Jadi apa2 jenis tiap pakaian yg memenuhi syarat yg tlh ditetapkan, ianya dikira selamat.

    adapun mslah tudung hgga ke paras dada, sememangnya Islam mnyuruh sedemikian spya terlindung dari terlihat bentuk disebaliknya, dan dgn cara demikian dikira lbih smpurna dan selamat.

    namun diZaman sekrg brbagai fesyen tlh diketengahkan, dibuat, dan tlh diguna pakai oleh masyarakat kita. fesyen tersebut diantaranya sperti gamabaran yg dijelaskan saudara.

    jadi selagi mana sgla jenis fesyen, bntuk pakaian trsebut memenuhi syarat2 yg telah dijelaskan, maka dibolehkan.

    walaupun tudungnya pendek tidak menutup bahu, tapi pakainya hendaklah tidak ketat, sendat, sempit, x menampakkan bentuk tubuh badan. Perlu longgar, tebal.

    tapi jika sebaliknya, iaitu tudungnya pendek, kecil, sekaligus mnyebabkan nampak bentuk tubuh badan, melanggari syarat2nya. maka Haram, Brdosa.

    saya pun x berapa pasti juga bgaiamnaa gmbaran jika mggunakan tudung yg tak menutup bahu itu. apapun Hukumnya balik pd syarat2 yg telah djelaskan.

    * sgla jwapan2 ini hasil dari sebahagian ilmu yg masih lagi dipelajari.

    * sumbernya x smpat nk dijelaskan satu2, jika ada apa2 komen lagi, dialukan. jika byk lagi kemusykilan, tanyalah pd golongan2 yg lebih arif lagi.

    BalasPadam