
Kekuatan Iman & Taqwa penentunya.
Berbagai ujian fitnah kehidupan harus ditempuhi jua. Perit, letih, susah yang ditempuhi akan dibalas dengan kegembiraan yag kekal disana.
Firman Allah swt : Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (An Naazi´aat 40,41)
Jangan bedukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan – Imam Syafie.
Syurga itu bukan percuma, perlu Sabar akan Ujian dari Allah swt. Fitnah Wanita dan segala hiburan Dunia hari ini amat dasyat. Tak terbayang lagi bagaimana dasyatnya fitnah Dajjal kelak. (Syurganya, Neraka Allah. Nerakanya, Syurga Allah).
Justeru itu perlunya jiwa ini diisi dengan IMAN & TAQWA yang kuat. Meyakini semutlaknya akan segala Perintah dan Hikmah LaranganNya.
Solat itu perlu didirikan dengan sesempurnanya. (Tidak menangguhkannya, tunaikan di Masjid, jaga Rukun & thuma’ninah) Insya’ Allah jika ia dilakukan dengan penuh kesempurnaan, khusyuk akan dapat menjadi benteng dari perbuatan mungkar. Seterusnya melazimi lidah dengan sentiasa beristighfar, berzikir mengingatiNya dimana jua, Quran dijadikan bacaan harian, fahami maknanya, perbanyakkan amalan sunat, hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu dan jauhi jalan-jalan maksiat. (Penglihatan, perbuatan & pertuturan). Insya' Allah Rahmat & Berkat dariNya akan hadir.
Firman Allah swt dalam hadis Qudsi : Aku menurut prasangka hamba-Ku kepada-Ku, dan aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Bila dia mengingat-Ku pada dirinya maka Aku mengingatnya pada diri-Ku, dan jika dia mengingat-Ku pada suatu kelompok maka Aku mengingatnya pada kelompok yang lebih baik dari mereka. Jika dia mendekat satu jengkal kepada-Ku maka aku akan mendekat satu hasta kepadanya, jika dia mendekat datu hasta kepada-Ku maka Aku akan mendekat satu depa kepadanya. (Hr Bukhari)
Tak salah kita nak mencari kenikmatan dunia selagi mana ianya tidak mlalaikan dari tujuan Sebenar Hidup, tidak melanggar ketetapan Allah & Rasulnya, tidak mngambil cara hidup yang lain dari Islam.
Harta benda, makanan menjadi keperluan Hidup di dunia, perlu berkerja mencarinya. Ianya sebagai bekalan untuk menampung hari-hari hidup kita hinggalah sampai ajal.
Namun bila sampai ajal, bekalan harta & sgala isi dunia ini akan meninggalkan kita. Hanya satu yang akan kekal dan ianya menjadi penentu antara NIKMAT atau AZAB di sana. Iaitu AMAL.
Justeru itu dalam kita mencari keperluan dunia, janganlah dilupai tentang keperluan Akhirat. Tempat sebenar hidup, kekal didalamnya.
Saksikan sama cara hidup kita hari ini tentang mana Halal Haramnya, mana Perintah dan Larangannya. Adakah segalanya sudah menepati cara Hidup Islam yang sebenar, atau sebaliknya. Supaya kita terselamat diakhirat Kelak dan tak merasa rugi bila dibangkitkan.
Saat ini akal kita masih waras memikirkan segalannya. Sama-sama kita manfaatkan masa
Sihat, Senang, Lapang, Muda & Hidup ini sebelum datangya masa Sakit, Susah, Sibuk, Tua & Mati.
Firman Allah swt : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Nahl 97)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan