Jumaat, 3 Ogos 2012

Hijrah dan Abby Abadi.

1. Sekarang ini, ramai yang sudah berhijrah. Iaitu kembali berubah membenarkan syariat Allah. Bertaubat dan telah mengakui kesilapan-kesilapan mereka dahulu. Demikian kita semua juga pernah alami hal ini. Namun beza hanya ia diketahui orang atau tidak. Namun bagi orang seperti artis, yang bersangkutan dengan ramai orang, pengaruhnya besar. Maka diperlukan untuk memaklumkannya. Menjelaskan kita sebenar telah lama dalam kelalaian. Kerana pengikutnya telah berpetunjukkannya.




Sabda Nabi saw: Sesiapa yang mengajak, menyeru kepada kebenaran, maka untuknya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutnya, tidak kurang daripada pahala-pahala mereka sedikitpun. Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutnya, tidak kurang daripada dosa-dosa mereka sedikitpun. (Hr Muslim) 


2. Inilah dunia, manusia tidak akan puas melainkan hinggalah masuk ke tanah. Dan Allah sentiasa menerima taubat hambanya. Sabda Nabi saw: “Sekiranya manusia memiliki satu bukit berupa emas, maka ia menginginkan untuk memiliki dua bukit (emas). Dan tidak akan ada yang dapat memenuhi keinginan manusia kecuali tanah (setelah manusia dikubur). Dan Allah akan mengampuni siapa saja yang bertaubat kepadanya”. (Hr Bukhari) 


3. Para Nabi-nabi kita juga pernah berdoa minta diampunkan dosa dan diberikan hidayah kepada mereka yang lalai dan melawan Islam ini. Kerana ramai yang benar masih jahil. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud ra, “Aku masih terbayang Rasulullah saw menceritakan tentang seorang nabi daripada nabi-nabi sebelum Rasulullah yang disiksa (dipukul) oleh kaumnya hingga berlumuran darah. Dia mengesat darah dari mukanya sambil berkata, ya Allah ampunilah kaumku oleh kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui” (Hr Bukhari dan Muslim). 


Kita juga semua acap pernah berdoa untuk semua ini. Alhamdulillah, hari ini Allah perkenankan doa dengan kesedaran dan penghijrahan mereka. Hal ini amat dirasai oleh penegak-penegak Agama. Bahkan mereka yang berhijrah begitu semangat memperjuangkan Islam. Begitulah persamaan peristiwa sejarah yang pernah berlaku pada zaman Nabi saw dahulu. 'Umar al-Khattab, Khalid al-Walid, Abu Sufyan dan lain lagi'. Mereka menjadi dikalangan orang utama yang menggerakkan Agama ini. Begitulah benar firman Allah swt: “Dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Muhammad, 38). Marilah kita terus panjatkan doa dan kuat berusaha, saling mengajak dan membantu untuk kebenaran Islam ini. 


4. Ada yang kata Pas guna artis kerana tertekan dengan Bn. Ya, saya amat setuju artis digunakan oleh Pas. Biarlah diguna oleh Pas. Guna segala nikmat dan anugerah kurniaan Allah dengan jalan yang halal. Pas perlu menggunakan artis ini. Untuk selamatkan mereka, membentuk dan menjelaskan mereka syarat-syarat hiburan yang mampu menghiburkan kita juga diwaktu akhirat nanti, insyaAllah. Kerana umno yang telah merosakkan sistem agama yang sudah cukup cantik dan sempurna. Kalau tidak ingin kaitkan dengan Pas pun. Tapi perlu bersama dengan golongan yang mengajak ke arah yang benar ini. Ada artis yang benar-benar memang kerana untuk cari rezeki, dan malang ada artis yang masih pertikai dan persoal kenapa aku perlu berubah. Mohon jauh dari demikian. Yang telah menfitrahkan perbuatan dosa itu.




5. Apa-apa ruang yang ada, kita perlu gunakannya. Walau ruang politik. Apatah lagi memang dalam golongan yang hasyratnya untuk meraih kuasa ini, adalah tidak lain untuk menjalankan syariat Allah. Negeri Kelantan, mata hati kita dapat melihat sendiri perbezaannya. Apa lagi yang nak diegokan? 


6. Saya amat terasa dengan kenyataan Abby Abadi ini. “Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan. 


"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik." "Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan Syariah” 


7. Ia, benar itu dugaan dari Allah. Atas keadaan orang itu mampu atau tidak hadapi ujian Allah. Seperti juga kita. Dengan jalan dan cara yang haram, menipu. Kita dapat raih untung besar, dan yang amanah dan halal, amat memerlukan kesabaran. Allah nak lihat keikhlasan kita. Namun sebagai orang yang saling meneyeru kepada kebenaran. Inilah dosa kerajaan dan yang menyokongnya. Memberi ruang untuk kerja dosa dan tidak berusaha bersungguh membanterasnya. Dan ruang kebaikan dilihat hal yang salah. Demikian kerana dalam pentadbirannya sendiri, hal-hal dosa masih diteruskan. Dan itu kelemahan Abby, seperti kelemahan kita juga. Sedang sifat orang-orang beriman itu saling bantu yang benar. Mungkin boleh dikatakan kenyataan itu, “kita sebenarnya telah terlalai hasutan syaitan dan terjerat perangkap orang-orang yang tidak ingin menegakkan Islam. Dan kita mampu dan perlu merubahnya, dengan memberikan kemenangan pada yang ingin menegakkan Islam. Kita dapat juga kerja dan kerjanya direhai Allah”. Dan ingatlah, ini ujian buat kita semua selaku oang beriman. Mereka dinegara eropah, yang dihalang untuk pakai tudung, dan tiada makanan halal. Maka perlu juga usahakannya hinggalah sampai tak berlaku kemudharatan.




8. Malangnya, ada yang memperlekeh. Jika dari kalangan artis, itu hal lain. Tapi kalangan yang sering menganggapnya itu hanyalah tujuan politik. Dalam kepala, hanya politik harta, pangkat dan kedudukan. Tidak nampak tujuan besar kuasa itu. Iaitu menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah yang berkuasa. 


9. Contoh bagi saya, “kita nak jaga dari buat dosa, dari hadir rasa cenderung kepada dosa, dari hanyut dengan dunia ini. Namun akan sukar nak dikawal, jika dalam keaadaan keluarga kita sendiri yang tidakpun mengambil beratnya. Dan tak terkira adegan filem-filem yang tiada moral, syariat seolah menghalang rezeki, kecanggihan yang tak dapat dikawal ibubapa, pengaruh luar rumah dan segala-galanya lagi. Ia semua berkait dengan kuasa. Dengan yang berkuasa, dengan kerajaan. Kita memang selalu salahkan diri dengan kelalaian ini. Namun kita rasa benci kepada keadaaan yang menghasut kita untuk buat dosa. Demikian bila keadaan sekeliling sering membuka ruang hiburan yang halal. Maka, kita amatlah bergembira dan ia menyelamatkan kita dari buat dosa”. “Pemimpin nak suruh rakyat taatkan Allah, tapi pemimpin buat dosa dan beri galakan untuk buat dosa. Memang itu hal dosa individu juga. Kenapa diikut yang salah. Namun ini tanggungjawab yang besar dari pemimpin. Dan untuk meneyelamatkan kita, maka perlu untuk kita menukar pemimpin itu”.




10. Semuanya dari sifat ego, tak mahu akui kesilapan diri. Semua tiap-tiap kita mempunyainya. Seorang abang, ayah, datuk, ketua, guru, ustaz, dato’, yb, menteri dan sumpamanya lagi. Jika kita walau ditegur dengan baik dan hal itu memang benar. Ada juga terasa dihati kita. Demikian ada yang terus keraskan kepalanya dan yang menginsafinya dan yang terus ingin melawan. Segalanya berkait rapat tahap taqwa kita kepada Allah. Sedar yang kita ini tetap hamba Allah, ada kuasa yang lebih besar berkuasa dari kita. 


“Ya Tuhan kami, ampunlah aku dan ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari berlakunya hisab (hari kiamat)”. (Surah Ibrahim 41) 


“Kata Abdullah bin Mubarak dan yang lain dari kalangan salaf: Dua golongan dari manusia, bila mereka baik, nescaya baiklah manusia. Dan bila mereka rosak, nescaya rosaklah manusia. Iaitu para Pemerintah dan para Ulama’. (I’laamul Muwaqqi’iin, ibn Qayyim. Jilid 1/10)” 

Mungkin boleh baca artikel ini:  
- Berusaha meraih Dunia dan Akhirat. 
- Kejayaan terhasil dari Kerja yang dilarang Allah. 




13 Ramadhan 1433 H bersamaan 02 Ogos 2012 M 
Khamis, 05.50 pm. Sana’a, Yaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan