Isnin, 25 November 2013

Konsert? Pas untuk semua?

Alhamdulillah...

1. Ingin juga saya memberikan sedikit pendapat berkaitan konsert yang menjadi kejutan buat para ahli Pas. Dan berbagai pendapat telahpun kita lihat dan baca dari kalangan agamawan dan ramai lagi yang lain mengikut pengalaman dan ilmu yang dimiliki masing-masing. Benar ia juga sangat mengejutkan.

 2. Amat sukar lagi untuk diterima dari kalangan ahli-ahli pas yang telah terlalu ta'asub dengan pas, pakcik-pakcik dan makcik dikampung yang tidak melayan ruang media seperti kebanyakan muda-muda hari ini. Mereka sangat sensitif dengan hal sebegini kerana telah lama pas dikenali dengan sangat menekankan soal batas Nyanyian, Akhlak, Rock dan seumpamanya lagi seperti itu.

3. Secara pengalaman dari diri sendiri. Setiap kita sudah pasti ada masa lampau dan perubahan demi perubahan telah terjadi dalam hidup kita. Apa yang membawa kepada perubahan kearah semakin dekat Agama adalah bukan kerana tarikan dan pendekatan yang dibuat oleh orang lain atau satu kumpulan yang membawa perkara sangat kurang baik dan ia disukai saya. Namun ia terkesan dan tertarik dengan ilmu Agama, mempelajarinya dan nampak jalan hidayah dan bagaimana syariat yang betul. Suatu perubahan itu adalah pengorbanan.

4. Perlu lebih lagi kepada penerangan dakwah yang penuh hikmah dan rahmatnya Islam dari Allah. Dengan kisah Al-Quran dan Hadis yang banyak memberi tarikan dan kesedaran. Masih tidak diterima dan dihirau mereka, kita terus cari jalan menyampaikan dengan baik. Boleh dicari pendekatan lain lagi, namun tidaklah perlu sampai kepada sama melakukan perkara yang mereka lakukan. Dan mestilah kita ingat, asasnya dan mesti juga kembali kepada tarikan dan pendekatan yang cantik telah ditunjuk dari Al-Quran dan Hadis.

5. Apapun terpulang atas ilmu dan pengalaman masing-masing yang boleh menjadi penilaian dan perbincangan akal kita dalam membaca dan memahaminya.

6. Ini juga menunjukkan betapa perihatinnya ahli-ahli Pas dan walau yang tidak menyokong untuk kekalkan prinsip dan dasar pas dalam memperjuangkan Islam yang syumul ini. 



21 Muharram 1435 H bersamaan 25 November 2013 M 
Isnin, 09.15 pm. Ipoh, Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan