
* AWASI DIRI DARI MEMPERSENDAKAN SUATU HUKUM AGAMA.
Firman Allah swt : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfaal 24)
Allah swt telah melebihkan Manusia dari semua Makhluk yang lain. Memberinya Keistimewaan nikmat Berbicara, dan menjadikan lidah sebagai alat berbicara tersebut. Nikmat Berbicara ini dapat digunakan pada saluran yang Baik ataupun Buruk. Siapa saja mempergunakannya untuk kebaikan maka akan menghantarkannya kebahagiaan Dunia & darjat yang tinggi di Akhirat, dan siapa saja menggunakannya selain untuk itu, maka akan membawanya kepada kecelakaan di Dunia & Akhirat.
Hari ini ramai lagi sebahagian besar saudara Islam kita yang masih jahil. Yang dimaksudkan Jahil ialah mereka yang belum tahu, belum faham akan tiap-tiap Perintah, Larangan yang telah ditetapkan Allah swt. Keadaan yang menghasilkan jahilnya seseorang itu akibat dari suasana cara yang diamalkan Pemerintah hari ini. Cara pentadbiranNya, cara Islam yang dizahirkannya melalui berbagai sudut. Seterusnya kelemahan para Pendidik, Pendakwah, Ibu Bapa dan tiap individu masyarakat lainnya.
Terasa sedih juga bila dilihat, dibaca, didengar di mana-mana ruangan Media masa, Interent dan sebagainya tentang keadaan mereka yang sewenangnya mengeluarkan kata-kata yang terus terang bercanggah dengan kehendak Islam yang sebenar dan mengelirukan lagi kefahaman masyarakat Islam dan bukan Islam dalam memahami Islam.
Keadaan hari ini sesuatu Hukum Agama apabila disembang, dijelaskan dan diperbincangkan sudah biasa dipermain-mainkan, diremehkan, dan dibelakangkannya. Berbagai alasan sering dikemukan dan dipersendakan oleh mereka yang tidak ingin melaksanakan apa-apa jenis perkara yang telah ditetapkan Allah swt. Hingga ramai juga golongan yang cerdik pandai turut sama mempertikainya mengikut kefahaman ilmu Dunia yang dipelajarinya, ilmu yang tidak disertai dengan panduan kitab Allah dan Hadis.
Justeru itu saya ingin berpesan dan mengajak pada diri serta saudara-saudara seIslam sekalian yang ada dikalangan cerdik pandai agar kita sentiasa berhati-hati mengeluarkan kata-kata yang berkaitan dengan masaalah Agama. Benarkan tiap kata-kata itu pada kehendak Allah, bukan pada kehendak suasana yang menjamin pangkat, kedudukan, harta, dan bimbang dari dipecat.
Dan tidak sewenangnya mempermainkan, mempersendakan apa-apa perkara yang apabila ianya sudah jelas suatu Hukum Agama. Jika jahil pelajarilah, kenapa perlu menambahkan lagi dosa kita. Jika sudah tahu dan faham, kenapa perlu juga dikeluarkan alasan yang meremehkannya. Sama-sama kita renungi amaran, pesanan Nabi saw :
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat (Hr Bukhari)
Oleh itu marilah sama-sama kita memanfaatkan Nikmat Berbicara yang telah dikurniakan ini dengan perkara yang menguntungkan. Kita tinggalkan segala perkara yang membawa kepada dosa dan kecelakaan di Akhirat nanti, sebagaimana yang telah dijelas diatas. Masih sempat untuk kita pelajari, fahami dan memperbaiki segala kejahilan yang lepas. Seterusnya melazimkan mulut kita dengan sentiasa berzikir pada Allah swt. Jika kita sentiasa mengingati, mendekatkan diri dengan Allah swt, maka Allah swt juga akan mengahampirkan lagi jaraknya dengan Kita.
Disini dinyatakan sebahagian Dalil-dalil dari Quran dan Hadis tentang kelebihan, manfaat berzikir. Mudahan ianya dapat memberi keuntungan yang besar dimasa Akhirat nanti.
1. Sabda Rasulullah saw :
ألا أنبئكم بخير أعمالكم وأزكاها عند مليككم وأرفعها فى درجاتكم وخير لكم من إنفاق الذهب والورق وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم ؟ قالوا بلى يا رسول الله. قال : ذكر الله عزوجل
Mahukah Aku khabarkan kepada kalian, Amal kalian yang terbaik dan tersuci disisi Penguasa kalian Allah, serta tertinggi dalam darjat kalian, juga lebih baik bagi kalian dibandingkan sedekah dengan emas dan harta, dan lebih baik dari kalian daripada bertemu musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian. Mereka menjawab : “ tentu ya Rasullullah ”. Beliau pun bersabda : Berzikir kepada Allah swt. (Hr Tarmizi, ibn Majah dan disahihkan oleh Albani)
2. Firman Allah swt :
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-R'ad 28)
3. Firman Allah swt dalam Hadis Qudsi :
أنا عند ظن عبدي بي، وأنا معه إذا ذكرني، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي، وإن ذكرني في ملأ ذكرته في ملأ خير منهم، وإن تقرب إلي شبراً تقربت إليه ذراعاً، وإن تقرب إلي ذراعاً تقربت إليه باعاً، وإن أتاني يمشي أتيته هرولة.
Aku menurut prasangka hamba-Ku kepada-Ku, dan aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Bila dia mengingat-Ku pada dirinya maka Aku mengingatnya pada diri-Ku, dan jika dia mengingat-Ku pada suatu kelompok maka Aku mengingatnya pada kelompok yang lebih baik dari mereka. Jika dia mendekat satu jengkal kepada-Ku maka Aku akan mendekat satu hasta kepadanya, jika dia mendekat datu hasta kepada-Ku maka Aku akan mendekat satu depa kepadanya, jika dia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang dengan berlari. (Hr Bukhari)
4. Firman Allah swt :
وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzaab 35)
سبق المفردون ، قالوا : وما المفردون يا رسول الله ؟ قال : الذاكرون الله كثيرا والذاكرات
Telah mendahului mufarridun. Para sahabat bertanya, “ Siapakah mufarridun itu ? Beliau bersabda : iaitu kaum Lelaki dan Perempuan yang banyak menyebut nama Allah. (Hr Muslim)
6. Sabda Nabi saw :
مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكر ربه مثل الحي والميت
Perumpamaan orang yg mengingati Tuhannya dengan orang yg tidak mengingati Tuhannya bagaikan orang hidup dengan orang mati. (Hr Bukhari)
7. Ibn Taimiyyah pernah berkata :
الذكر للقلب مثل الماء للسمك، فكيف يكون حال السمك إذا فارق الماء
Zikir itu dihajati, diperlukan oleh Hati. Umpama Ikan itu dihajati, diperlukan Air. Bagaimana akan jadinya keadaan Ikan yang terpisah dari Air ? Begitulah bagaimana akan jadinya Hati yang sunyi dari berzikir mengingati Allah swt. الوابل الصيب لابن القيم
Demikianlah telah dijelaskan kepada kita sebahagian Dalil-dalil fadhilat dan Perbandingan mereka yang sentiasa mengingati Allah dengan mereka yang tidak mengingatiNya. Seterusnya akan dijelaskan pula Zikir-zikir yang perlu untuk kita amalkan sepertimana yang diajar Nabi saw. Disini saya akan menyebut hanya sedikit sahaja. Yang diharapkan mudahan mulut kita sentiasa tergerak untuk melafazkannya walau dimana jua berada.
1. Sabda Nabi saw : Dua kalimah yang ringan di sebut lidah, berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu :
سُبْحَانَ الله وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ
Subhaanallaah wabi-hamdih. (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya). Subhaanallaahil ‘azhiim. (Maha suci Allah Yang Maha Agung). (Hr Bukhari Muslim)
2. Sabda Nabi saw : Perkataan yang paling disenangi oleh Allah adalah empat : Subhaanallaah, Alhamdulillaah, Laa ilaaha illallaah dan Allaahu akbar.
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ.
Tidak mengapa bagimu untuk memulai yang mana di antara kalimat tersebut. (Hr Muslim)
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَزِيْزِ الْحَكِيْمِ.
Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah yang banyak. Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.
قَالَ فَهَؤُلاَءِ لِرَبِّيْ فَمَا لِيْ ؟ قَالَ : قُلْ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَارْزُقْنِيْ
Orang Badwi itu berkata: Kalimat itu untuk Tuhanku, mana yang untukku? Rasulullah saw bersabda : Katakanlah : Ya Allah! Ampunilah aku, belas kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku dan berilah rezeki kepadaku. (Hr Muslim)
4. Hari-hari Hidup kita pastinya ada berlaku kesilapan, keterlanjuran dari tiap sudut perbuatan, pertuturan, pendengaran dan penglihatan. Justeru itu perlu untuk kita membiasakan diri dengan sentiasa beristighfar kepada Allah swt. Nabi Muhammad saw yang maksum pun sentiasa tidak jemu beristighfar kepada Allah. Sabda Nabi saw :
وَاللهِ إِنِّيْ لأَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرُ مِنْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً
Demi Allah! Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali. (Hr Bukhari)
Akhirnya, mudahan dengan kelaziman sentiasa berzikir mengingati Allah swt dimana tempat kita berada yang diiringi dengan penuh keimanan, keikhlasan & Cinta kepada Allah swt, akan membuatkan hati dan jiwa kita sentiasa hidup dalam mengingati Allah swt pada setiap waktu dan sekaligus mendekatkan diri kepada Allah swt dan mampu mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah swt.
* Contoh Dalil zikir diatas hanya sebahagian sahaja yang dipilih, masih banyak lagi Zikir-zikir yang lain yang diajar Nabi saw supaya kita mengamalkannya. Termasuk juga amalan wirid selepas Solat. Yang penting walaupun sedikit tetapi dilaziminya tiap-tiap Hari. Agar Hari-hari dan Saat-saat Hidup kita sentiasa berlalu dengan berzikir mengingati Allah swt.
* Perbuatan Solat, Membaca al-Quran juga dikira Berzikir (iaitu mengingati Allah swt) sebagaimana telah dijelaskan dalam firmanNya : “Dan dirikanlah Sembahyang untuk mengingati Daku”. (Taha 14)
* Walaupun dalam kesibukan dengan berbagai kerja Dunia, namun perlu dimanfaatkan dicelah-celah kesibukan itu dengan mengingatinya samaada dengan Menunaikan Solat-solat Sunat, Membaca al-Quran dan Berzikir. Mudahan kita terselamat dari digolongkan dari kalangan hambaNya yang lalai dengan urusan Dunia.
(08.30 am. 17.03.2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan